BENGANG DENGAN PEMANDU GRAB! - Aisya Ismail

Tuesday, 12 December 2017

BENGANG DENGAN PEMANDU GRAB!

Assalamualaikum and hye readers~



Ai dah jadi pengguna aplikasi Grab dan Uber selama tiga ke empat tahun ni. Bukan lah setiap hari ai naik Grab dan Uber ni, tapi sentiasa jadi pilihan bila tak ada pilihan. Hehehe! Tapi, Grab always be my first choice. Lepas tu baru ai akan pertimbangkan Uber. Sebab Grab fee dah fixed, so senang untuk ai buat bajet perjalanan.





Bila encik Husband outstation, ai memang akan pilih Grab. Selama ni memang tak ada problem pun. Selalu  sangat diorang dapat five star dari ai. Sampailah tadi, ai rasa hilang sabar dengan pemandu Grab. Dari office ai memang susah nak dapat service Grab ni. Ai pun tak pasti sama ada diorang memang tak suka masuk kawasan tu ataupun customer tak ramai kat situ. Kalau dah lama sangat masih tak dapat searching pemandu Grab, barulah ai akan beralih arah kepada Uber. Uber memang tiada masalah di kawasan tu.


Sebelum balik kerja tadi, ai search for Grab driver awal-awal. Lama juga lah baru ai dapat pemandu Grab tu. Beberapa minit lagi nak pukul 6 petang. Syukur alhamdulillah boleh balik  awal. Pemandu Grab tu messege bagitau akan lewat dalam 20 minit. Lama tu, tapi ai ok je. Biasalah mesti jammed masa orang nak balik kerja. Selepas lebih sepuluh minit ai tunggu dengan sabar, tiba-tiba pemandu Grab tersebut cancelled booking. Seriously? Lepas lebih sepuluh minit? Dah lah susah nak dapatkan pemandu Grab selepas pukul 6. Ai bengang betul dengan Grab! Ini lah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 


Nasib ai baik, bila ai search untuk pemandu Grab yang baru terus dapat. Walaupun jammed teruk nak masuk kawasan tu, abang pemandu Grab tu masuk juga. Oh terharu. Kalau tak, ai akan salah kan pemandu Grab yang cancelled booking tu 100% walaupun dia tak ada kena mengena dengan jammed!





12 comments:

  1. this one is bad. i hope this will not happen to me. alhamdulillah setakat xde lg jd mcm ni. xpe la jnji perjalanann selamat n dpt smpi ke destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. ai ni jenis marah sekejap je pun. hihihi

      Delete
  2. pernah terjadi pemandu cancel sebab tak jumpa lokasi

    ReplyDelete
  3. Takde pengalaman guna grab lagi. Memang slalu dengar macam macam jugak eh masalah grab car ni. Betul lah sebab sorang dua habis buruk semua servis grab car

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually ni first time ai ada masalah dengan grab. before ni ok je.

      Delete
  4. Tak pernah guna grab dan uber nie.. Tapi tak baguslah buat macam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Nasib dipermudahkan lepas tu.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D