GONG YOO VS FATTAH AMIN - Aisya Ismail

Wednesday, 6 December 2017

GONG YOO VS FATTAH AMIN

Assalamualaikum and hye readers~



Kalau sebut pasal artis Korea, ai memang tak kenal ramai. Ai just kenal Gong Yoo, Lee Min Ho sebab Boys Over Flower dan "my name is Rain". Hahaha! Kalau bukan sebab iklan tu, mesti ai tak kenal Rain. Yang lain-lain bukan lah tak kenal, ada juga yang bila tengok muka ai tahu tu artis Korea. Dan ada juga bila sebut nama ai tahu tu artis Korea. Tapi kalau korang bagi nama dengan tunjuk muka, suruh ai matchkan, ai angkat bendera putih.



Tak pernah tak handsome. Gambar hasil carian di google.com.



Nama Gong Yoo memang tidak asing lagi di Korea. Ai rasa mula famous dengan cerita Coffee Prince dan yang terbaru Goblin. Berlakon memang best, menjiwai betul watak. Tapi ai perasan something, kebanyakkan drama yang dilakonkan oleh Gong Yoo mesti hero and heroin asyik nak bergaduh je. Tapi gaduh-gaduh manja lah. Nak dekat ending cerita berpisah sementara dan di akhir cerita bertemu semula. Atau memang semua cerita Korea macam tu ye? Tapi tak kisah lah, kalau actor, actress dan acting nya bagus dan berkesan, who cares?


Fattah Amin pula? Kalau Malaysian tak kenal, memang sedih lah. Kalau korang minat ke tak minat dengan Fattah Amin, korang tetap kenal kan? Tak baik tau buat-buat tak kenal. Ai masih ingat first drama Fattah Amin, Playboy Itu Suami Aku. Eh, yeke? Ke Suami Aku Playboy? Lebih kurang lah, memang tajuknya ada playboy. Sejak tengok cerita tu, ai memang dah tak follow cerita-cerita Fattah Amin. Fobia! Kalau ada pun, tengok gitu-gitu je. Sampai lah drama Bencinta lakonan Fattah Amin dan Fathia Latiff. Ai suka drama tu and ikut sampai habis. Dan yang terbaru, My Coffee Prince yang ai baru je tengok tadi. Not Bad. Banyak improvement. Kesian dia korang masih panggil kayu. Tak hebat macam Namron tapi ok je tak teruk pun.



As model memang selalu in character. Gambar hasil carian di google.com.



Kenapa ai compare Gong Yoo dengan Fattah Amin? Mesti lah sebab dua-dua pun berlakon dalam Coffee Prince. Dan of course versi Gong Yoo lagi best. Tapi, ok je yang versi Fattah Amin. Cuma kalau dia lebih bersahaja lagi ok kot. Lama-lama mantap lah tu lakonan dia. Apa-apa pun, ai suka tengok video pernikahan Fattah Amin dan Fazura. Sweet-sweet gittuww..





12 comments:

  1. Best juga drama Korea, tapi saya jenis tak sanggup nak tunggu episod seterusnya... tak sempat... wife tengok saya tengok, wife tengok, saya tidur.. hihi

    ReplyDelete
  2. no one can match my gong yoo. okbye. haha

    ReplyDelete
  3. dua dua suka ... masing masing ada karakter sendiri ...

    ReplyDelete
  4. lbh suka klu versi korean punya heee..xminat ngn fattah amin, tp sjk dia khwin ngn fazura mcm sweet ja hahaha

    ReplyDelete
  5. ohhhhhh nooo !!!!! janganlah samakan dia ni dn fattah amin., hahaha. #heatersFattahamin

    ReplyDelete
  6. Tertengok sikit malam tadi versi Fattah Amin.. Tak mampu nak suka.. Hehehe.. Lebih melekat yang versi Korea.. Sha memang tak minat Fattah pun tapi video kawin dia memang sweet habis..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D