PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY

Saturday 20 January 2018

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY


Assalamualaikum and hye readers~



Minggu lepas ai berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga mertua. Percutian singkat satu hari dua malam je. Kami pilih untuk pergi ke tempat yang dekat , iaitu Kuala Selangor. Kurang sejam perjalanan. Jimat masa. Badan pun tak penat sangat nak duduk dalam kereta lama-lama.



PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Erly Villa Homestay



Di Kuala Selangor kami menginap di Erly Villa Homestay. Kenapa homestay? Sebab perccutian kami ini untuk family day. Jadi, kami memilih homestay agar semua orang boleh duduk di bawah satu bumbung. Ya, tak perlu keluar ke mana-mana, hanya bersama keluarga di dalam villa homestay tersebut.


Erly Villa Homestay ni mempunyai empat bilik tidur dan lima bilik mandi/tandas. Tak perlu berebut ok kalau nak buang air serentak. Apa yang seronok di Erly Villa Homestay ni? Macam-macam ada. Semuanya memang disediakan oleh pemilik Erly Villa Homestay ini. Oh ya, di villa homestay ni terdapat cctv tau. Jadi, jangan sesekali cuba nak buat perkara pelik-pelik.


Aktiviti di dalam villa
1- Congkak
2- Set Karaoke
3- Kerusi urut Gintel
4- Peralatan gym
5- Ruang dapur yang besar untuk memasak
6- Charging motobike untuk kanak-kanak






Aktiviti di luar villa
1- Halaman yang luas di depan dan belakang villa
2- Mini playground
3- BBQ set
4- Kolam untuk kanak-kanak
5- Trampoline
6- Motorsikal



PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Halaman depan rumah. Waktu ni tengah setup untuk bergambar.

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Kolam mandi dan peralatan gym.

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Trampoline di halaman belakang rumah. Kurang daripada 90kg sahaja ye.



Kami memang tak merancang untuk berjalan-jalan, disebabkan itu kami memilih villa homestay yang lengkap segala-galanya. Pada ai lengkap lah, sebab semua benda yang ai perlukan ada di villa homestay tersebut. Malah perabot dan pinggan mangkuk cukup untuk kami 20 orang. Memang sangat berpuas hati. Lagi pun, tak semua homestay terima pengunjung dengan jumlah yang ramai.


Kalau korang ada perancangan nak buat family day, Erly Villa Homestay sangat sesuai. Kuala Selangor ada tarikan lain seperti Jeram ikan Bakar dan kelip-kelip. Kalau nak jalan-jalan keliling kampung pun boleh. Amik udara segar. Ai sangat berpuas hati dengan Erly Villa Homestay.


Jika korang berminat nak menginap di sana, ni ai sertakan details Erly Villa Homestay. Kalau korang nak tau apa-apa termasuk lah harga, do and don't atau apa sahaja maklumat lengakap boleh whatsapp atau call je nombor di bawah.


Erly Villa Homestay, Kuala Selangor

Kampung Permatang, 
45500 Kuala Selangor, Selangor
0173571121/0192320058





aisyaismail

24 comments:

  1. nampak menarik la villa ni, Ai. siap ade gym lg...lengkap cam hotel plak..cume takde free breakfast la kann

    ReplyDelete
  2. wow bagusnya ada homestay macam ni! memang sangat lengkappp :D

    ReplyDelete
  3. nice gila. i would love to try n stay there once

    ReplyDelete
  4. Menarik.. terima kasih kerana berkongsi pengalamannya..

    ReplyDelete
  5. cantik banglo ni..bhg dalam pun ok..byk facilities,mmg berbaloi utk family day..

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik sangat villa ni.

    ReplyDelete
  7. Mohon acknowledge sekali harga penginapan utk satu malam supaya readers senang untuk consider villa nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tak pasti sebab tak uruskan. But below rm1k per night.

      Delete
    2. Nice.
      Luas.
      Nampak selesa...
      And seronok sebab big famili sebumbung.

      Delete
  8. menarik giler tempat dia..siap ada permainan dan kemudahan lain

    ReplyDelete
  9. bestnya tmpt ni, lngkap smuanya kann

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D