BUKAN TAKUT PADA SCAMMER - Aisya Ismail

Thursday, 18 January 2018

BUKAN TAKUT PADA SCAMMER

Assalamualaikum and hye readers~



Pagi tadi ai dapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali 01300882888. Memandangkan nombor tersebut adalah nombor handphone, ai terus jawab dengan segera. Ye lah mana lah tahu supplier call pagi-pagi kan. Sebaik sahaja jawab panggilan tersebut, kedengaran suara operator mengatakan ai ada tunggakan dengan Maybank sebanyak RM2500 dan tekan satu untuk menyemak tunggakan. Dengan pantas ai matikan panggilan.
BUKAN TAKUT PADA SCAMMER
No yang call bagi pihak Maybank.

Ai matikan telefon bukan kerana scammer, tapi kerana takut panggilan tersebut adalah penipuan bil telefon. Tak pasal-pasal ai kena bayar bil untuk dia. No no no! Terus ai call careline Maybank dan bertanyakan mengenai tunggakan tersebut. Dalam tahu panggilan tersebut daripada scammer, hati ni tetap rasa was-was. Manalah tahu Maybank memang ada buat kesilapan dan tiba-tiba ai ada tunggakan sebanyak itu.


Pegawai Maybank mengesahkan panggilan tersebut memang daripada scammer. Ada dua perkara yang dalam kes ai tak mungkin pihak Maybank akan lakukan semasa membuat panggilan kepada pelanggan.

1- Membuat panggilan menggunakan nombor telefon bimbit
Pihak Maybank tak akan sesekali membuat panggilan melalui telefon bimbit. Pihak Maybank mempunyai talian khas mereka sendiri.

2- Bercakap menggunakan mesin operator
Jika ada sebarang masalah, pegawai Maybank sendiri akan bercakap dengan pelanggan mereka. Mereka tidak menggunakan mesin operator sebagai pengganti kepada pegawai mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah menghantar surat ke alamat rasmi pelanggan.



BUKAN TAKUT PADA SCAMMER



Pernah tak korang terima panggilan juga daripada scammer? Apa reaksi korang? Scammer ni adalah satu cara penipuan untuk mendapatkan duit dengan mudah. Scam selalunya melibatkan wang ribuan ringgit. Kalau dulu, scam sangat popular dengan skim cepat kaya. Seorang individu akan mencari mangsa untuk menipu duit mangsa. Mangsa dijanjikan pulangan yang lumayan. Setelah melabur, scammer dan duit mangsa lesap begitu sahaja.


Tapi sekarang scammer ini sudah maju seiring membangunnya dunia. Mereka mula menggunakan kaedah menipu melalui panggilan telefon atau pun khidmat pesanan ringkas. Ai rasa nombor telefon tu mereka hanya pilih secara rawak. Sumbernya ai tak pasti. Sekarang memang popular scammer memerangkap mangsa dengan mengatakan mangsa mempunyai hutang dengan bank. Ada juga scammer yang menggunakan kaedah dengan menyatakan mangsa terlibat dengan jenayah langgar lari ataupun penjualan dadah. Siapa yang terpedaya pasti akan mengalami kerugian.


Kalau korang ada menerima panggilan telefon yang mencurigakan, cepat-cepat lah call pihak yang lebih meyakinkan. Kalau dia cakap daripada Maybank, korang call lah Maybank. Kalau dia cakap daripada balai polis Kuala Kangsar, korang call lah balai polis Kuala Kangsar. Jangan sesekali ikut apa yang disuruh. Paling penting, jangan beri maklumat peribadi korang kepada pihak yang tidak dikenali.




aisyaismail

14 comments:

  1. Bahaya scammer ini.. Kang tak pasal-pasal kita membayar bil mereka.. bukan boleh caya.. Macam-macam cara mereka nie nak untung ke mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kadang tu orang promote benda betul pun kita jadi sangsi.

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Nasib baik ak jadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. sha kalau number macam pelik pelik tak angkat tapi kalau tak angkat mesti caLL tu dari orang penting haha

    ReplyDelete
  4. dua hari lepas baru je ada org call naik no pelik-pelik ,panggilan di buat dari pakistan..terus tak angkat..scammer nie macam-macam..member husband pun pernah kena pukau melalui hp je melayang rm 1900

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. harap kita dijauhkan dari benda-benda macam ni.

      Delete
  5. i'll never pick up an unknown number. just to be safe

    ReplyDelete
  6. pernah dpt panggilan hp nombor start dari 00 ni, tapi mcm pelik, mmg tk jwb..
    macam2 sekarang ni..mencuri duit cara zaman millenium..semakin canggih teknologi, semakin canggih cara nk menipu...semoga kita terpelihara dari segala kes2 mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Penh kna ngn scammer..sampi skg fobia ngn no pelik.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D