TAMBAH ILMU DAN JUMPA MINAT BARU

Wednesday 14 February 2018

TAMBAH ILMU DAN JUMPA MINAT BARU


Assalamualaikum and hye readers~



Baru-baru ni ai telah menyertai Bengkel Fotofon Bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan Cosmoderm. Rasa bertuah sangat apabila ai dapat peluang untuk bersama-sama blogger lain untuk menimba ilmu. Ilmu yang berguna untuk seorang blogger pula tu. Dan sudah pasti ilmu yang sangat berguna.





Apa itu fotofon? Secara ringkasnya fotofon adalah fotografi dengan menggunakan kamera handphone. Sebelum ni minat ai pada fotografi ni biasa-biasa je. Tak adalah nak beriya sangat. Asalkan ada gambar yang clear dan sampai apa yang ai nak tunjuk dalam tu dah ok. Tapi selepas join bengkel fotofon ni, ai rasa fotografi lebih fun kalau kita berjaya ambil gambar yang 'wow'. Apatah lagi bila mendapat pujian, best! Macam orang puji content blog korang best.


Sepanjang bengkel fotofon ini berjalan, ai tak rasa bosan langsung. Mungkinkah minat itu telah berputik? Dalam bengkel tersebut kami telah belajar tentang teknik mengambil gambar daripada seorang photographer SONY iaitu Encik Rahman Roslan. Encik Rahman Roslan banyak menekankan penggunaan line dan perspektif di dalam gambar. Fuh teringat zaman belajar dulu, lukisan perspektif.





Selepas tamat sesi pembelajaran, kami berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dengan menyertai fotofon contest. Tangkap gambar dan muat naik di instagram. Subjek di dalam gambar tersebut adalah produk Cosmoderm. Selaepas itu gambar tersebut diadili satu persatu oleh Encik Rahman Roslan sendiri. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh blogger Mama Kembar Tiga di tempat pertama dan blogger Nina Mirza di tempat yang kedua. Tahniah Kak Hanani dan Kak Nina.


Perkara yang paling best sekali semasa bengkel fotofon ini adalah waktu makan. Makanan semua sedap-sedap sangat. Sarapan dan kudapan dia memang terbaik. Makanan tengahari ai tak makan, sebab menu kambing. Ai tak makan kambing. Terima kasih kepada semua yang telah menaja makanan pada hari tersebut. Perut ai sangat riang dan gembira. Alhamdulillah.






Kalau korang tanya ai lebih suka tangkap gambar menggunakan handphone atau camera, ai rasa camera lebih kepuasan kerana kita tahu fungsi handphone bukan untuk mengambil gambar semata-mata. Tapi, tak kira tangkap gambar menggunakan handphone atau camera, kena tahu skill yang betul untuk kepuasan itu. Ok, dah boleh menabung untuk beli camera pula. Hehehe!


Terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja bengkel fotofon tersebut. Dan terima kasih juga kepada semua ajk yang dah bersusah payah menjayakan bengkel tersebut. Ai harap dapat join lagi event-event macam ni lagi dengan korang akan datang.




aisyaismail

18 comments:

  1. yes, skill kena ada! sebab ada kawan yang pakai phone yang more better dari sha tapi gambar kureng hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu selalu jumpa. Even ai pun tak pro amik gambar.

      Delete
  2. harap akan ada lagi program macam ni. mmg terbaik sangat

    ReplyDelete
  3. haritu ambil gambar guna camera, dia punya happy sebab gambar sharp & cantik tu memang lain sangat dengan gambar guna hp

    ReplyDelete
  4. Harap lepas ni ada lagi bengkel Mcamni..😁

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D