KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN (KSP) SERAH KAD DIGITAL NGO NEGARAKU

Thursday 8 March 2018

KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN (KSP) SERAH KAD DIGITAL NGO NEGARAKU


Assalamualaikum and hye readers~



Masa mula-mula dengar tentang Kad Digital NGO ni, ai tertanya-tanya apakah kad ini. Adalah macam kat ATM atau touch n go? Bila dah dengar sendiri talk yang dianjurkan oleh KSP sendiri barulah ai faham.






KSP telah menyediakan sebanyak 30 ribu keping kad NGO Negaraku dan mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi yang berdaftar. Sebagai permulaan, seramai lima puluh orang NGO telah hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda.


Program ini turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku dan menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik. Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan utnuk membentuk kerjasama antara NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.







Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyarakat khususnya ahli-ahli NGO dan koperasi. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diuruskan secara sosial entrprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda.


Ketua Program Komuniti NGO Negaraku, Dr Nur Hadi pula berkata, penyampaian meseg sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui rekabentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu.






Di peringkat awal pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky dan Comfort Reflekxologi. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link di bawah.






aisyaismail

3 comments:

  1. bolehlah apply..akk ahli NGO jg..dapat diskaun buat reflexology pun ok..

    ReplyDelete
  2. NGOs find a way to contact these grass root level and help them to have a superior life through their own advancement. Humanitarian Aid

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D