SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Thursday 5 July 2018

SAYA BUDAK BARU BELAJAR


Assalamualaikum and hye readers.



Sejak dua menjak ni, malas betul nak mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi bila sesuatu yang baru itu melibatkan teknologi. Berpeluh ketiak. Adakah ini salah satu faktor usia? Ai belum berusia lagi ok..


Agak lama juga ai tidak menggunakan Maybank2u di telefon pintar. Segala transaksi ai akan menggunakan pc sahaja. Lebih mudah. Skrin yang besar membuatkan ai lebih selesa untuk melakukan aktiviti yang melibatkan kewangan.


Laman sesawang Maybank2u.


Sekarang ini ai perlu menggunakan Maybank2u di telefon pintar yang comel ini. Jammed sekejap otak ni bila websibe Maybank2u di telefon pintar seratus peratus dah lain. Korang mesti dah tau awal kan? Ya, ai baru tahu ni. Ai cuma tahu CIMB sahaja yang sudah naik taraf website mereka.


Ok, ai nak explore Maybank2u ni. Banyak benda nak kena godek-gedek. Malas pun tetap kena rajinkan juga. Perkara yang melibatkan kewangan jangan dibuat main. Boleh kemurungan sepanjang hari.




aisyaismail

13 comments:

  1. sekarang dia macam tukar tu kan, sha pun jadi pening hahaha sebaik tau transfer ha cukup la tu :p :P

    ReplyDelete
  2. Belum berusia lagi ok asalkan berduit

    ReplyDelete
  3. sekejap je tu rasa weird sikit, nanti2 biasa dah

    ReplyDelete
  4. kite pon baru download juga.Biasa login kat pc jer..dah alang-alang space banyak,terus download app m2u kat phone.Pun masih belajar juga..seronok untuk diterokai ni..

    ReplyDelete
  5. Saya dulu pun guna pc je tapi sekarang pakai phone je la. Mungkin cik aisya nak guna phablet skrin 8 inci atau lebih untuk explore maybank2u?

    ReplyDelete
  6. CT personally rasa M2U sedikit complicated. CIMBClick ada face yang lebih senang nak hadam. tapi kena guna dedua hehe.. redha jela =D

    ReplyDelete
  7. saya M2U walau buka dekat phone tetap pakai yang normal yang buka dekat pc tu
    jadi tak pening dah
    hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha sama la haritu pening jugak nak mencari sesuatu dekat situ sebab dah berubah.sekarang dah biasa dah

    ReplyDelete
  9. tak ada maybank2u sebab tak pernah ada akaun maybank..hehe

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D