THE LEGEND OF THE BLUE SEA - LAGENDA LAUT BIRU

Tuesday 4 December 2018

THE LEGEND OF THE BLUE SEA - LAGENDA LAUT BIRU


Assalamualaikum and hye readers~



The Legend of The Blue Sea adalah satu-satunya cerita drama Korea yang ai tengok semasa tayangannya di televisyen. Kiranya cerita ini satu-satunya lah yang ai tak lambat tengok. Kalau tak, dah bertahun sampai orang dah lupa baru ai nak tengok. Baru sekarang nak tulis pasal cerita ni sebab ai baru je tengok lagi sekali. Hehehe! Cerita ini juga penyebab ai terjebak dengan cerita-cerita Korea yang lain.




Sinopsis

Kisah bermula di zaman Joseon di mana ikan duyung menyelamatkan anak seorang bangsawan, Kim Dam-ryeong dari lemas. Mereka menjadi kawan dan Dam-ryeong menamakan ikan duyung tersebut dengan nama Se-hwa. Mereka saling mencintai, tetapi mereka mempunyai masalah di mana Dam-ryeong tidak boleh hidup di dalam air da Se-hwa tidak boleh hidup di darat kerana tidak mempunyai kaki sebelum usia matang. 


Dam-ryeong telah dijodohkan dengan seorang gadis daripada keluarga bangsawan juga. Pada malam pertamanya, dia telah melarikan diri untuk bertemu Se-hwa. Dam-ryeong melemaskan dirinya di dalam laut kerana dia yakin Se-hwa akan muncul untuk menyelamatkannya. Se-hwa menyelamatkannya tetapi Se-hwa juga memadam ingatan Dam-ryeong terhadap diri Se-hwa kerana tidak mahu Dam-ryeong mencarinya lagi.


Selepas bertahun-tahun berpisah, Se-hwa (Jun Ji-hyun) bertemu semula dengan Kim Dam-ryeong (Lee Min-ho). Pertemuan kali ini tidak seindah pertemuan yang pertama. Bermacam-macam dugaan yang mereka lalui  sehingga berakhir dengan kematian. Dam-ryeong mati untuk menyelamatkan Se-hwa dan Se-hwa mati kerana tidak boleh hidup tanpa Dam-ryeong.





Di zaman moden, Se-hwa dan Dam-ryeong bertemu sekali lagi di dalam kelahiran yang kedua, Sim Cheong (Jun Ji-hyun) dan Heo Joon-Jae (Lee Min-ho). Joon-jae yang bekerja sebagai scammer telah bertemu dengan Sim-cheong di Sepanyol. Tanpa mengetahui bahawa Sim-cheong adalah ikan duyung, mereka bersama-sama melarikan diri daripada orang-orang yang diupah untuk membunuh Joon-jae. 


Semasa melarikan diri, Sim-cheong dan Joon Jae tiada pilihan lain selain terjun ke dalam laut. Malang sekali Joon-jae tidak boleh berenang dan lemas di dalam laut. Sim-cheong menyelamatkan Joon-jae dan memadam segala memori Joon-jae bersamanya kerana Joon-jae telah mengetahui bahawa dia adalah ikan duyung.


Joon-jae pulang ke Seoul. Sim-cheong yang menyintai Joon-jae telah berenang ke Seoul selama berbulan-bulan untuk mencari Joon-jae. Setelah bertemu, Sim-cheong dan Joon-jae tinggal bersama kerana Joon-jae ingin mengetahui siapakah Sim-cheong yang sebenarnya.


Di zaman moden ini juga bukan hanya kelahiran kedua untuk Sim-cheong dan Joon-jae. Malah ramai yang turut terlibat semasa di zaman Joseon lahir semula termasuk lah pembunuh Se-hwa dan Dam-ryeong. Segalanya bermula sekali lagi. Dendam pada zaman Joseon di bawa ke zaman moden. Masing-masing mencari sebab kepada mimpi zaman Joseon yang sering mengganggu tidur mereka.





Ulasan

Drama ini bukan cerita sedih tau. Dari sinopsis tu macam nasib malang je yang menimpa mereka. Ada bahagian yang kelakar juga. Paling ai suka, ekor ikan duyung tu nampak real sangat. Ai memang suka tengok cerita rekaan atau cerita dongeng. Sebab tu kalau tanya ai, ai akan cakap cerita ni best sangat. 


Lagi satu, cerita ni best sebab tak ada masalah cinta tak direstui oleh ibu bapa. Potong tau kalau dah seronok tengok drama, tapi ada masalah ibu bapa tak restu hubungan. Cerita akan jadi rumit. Jalan cerita pun tak berat. Mudah nak faham walaupun sekejap mereka di zaman Joseon dan sekejap di zaman moden. Adegan romantik tu memang banyak lah dalam cerita ni. Cerita dongeng 'happily ever after' dengan romantik mana boleh berpisah.


Lagu ost Love Story tu mendayu sangat. Kalau zaman-zaman brcinta dulu, mesti dah jadi ring tone. Sekarang ni, bagi lah lagu apa-apa pun, ringtone telefon ai tak pernah tukar sejak beli telefon pada tahun 2017 sampai lah sekarang. Telefon pun tak habis godek lagi.




aisyaismail

18 comments:

  1. tak sempat lg layan drama ni.

    ReplyDelete
  2. suka drama macamni..lawak2 yang cute..

    ReplyDelete
  3. pening nak faham sinopsis dia...hehehehe...siap ada kelahiran kedua bagai... tapi sekali dah layan..pasti tersangkutlah.

    ReplyDelete
  4. Alamakkk cam best.... kena tgk jugak lah nih

    ReplyDelete
  5. macam menarik ceritanya ni. boleh bookmark dulu.ada masa boleh cari dan tengok.

    ReplyDelete
  6. rupanya korea pun ada ikan duyung yer.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sama la tengok cita ni masa tgh ongoing. memang layan habis, walaupun macam pening kejap zaman sekarang, kejap zaman dulu. tapi heroin tu kelakar. best hahahah. dah alang-alang tu, mari tengok blog saya https://thejagungspirasi.blogspot.com/2018/12/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html . saya tag awak untuk giveaway ni,, jom join sekaki!

    ReplyDelete
  8. menarik nampak gambar ja pun tertarik. Dah follow blog Etuza ke dek? tanya ja ya

    ReplyDelete
  9. drama ni bestt weihh suka sangatt

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D