DESTINASI TERAKHIR DI CAMERON HIGHLAND

Saturday 12 January 2019

DESTINASI TERAKHIR DI CAMERON HIGHLAND


Assalamualaikum and hye readers.



Diam tak diam, kita dah masuk ke tahun 2019. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com. Entri pertama ai masih lagi kenangan di tahun 2018. Dari Gopeng ke Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi singgah sebentar di Bukit Kayu Hitam. Dari Pulau Langkawi ke Ipoh dan keesokan harinya ke Cameron Highland.




10 November, kami check out dari hotel bajet di Ipoh dalam pukul 7 pagi. Abang yang jaga kaunter tu pun terkejut tengok kami keluar awal sangat. Kami memang rancang untuk keluar awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas selain ai memang tak boleh tidur lena di situ.


Big Red Strawberry Farm

Lokasi pertama kami di Cameron Highland adalah Big Red Strawberry Farm. Kawan ai cadangkan tempat ini untuk sarapan pagi. Besar dan cantik tempatnya. Harga makanan pun cantik juga tapi tidaklah mahal sangat. Cuma jika korang nak berjimat, korang pergi lah sarapan di tempat lain yang lebih murah. 




Di Big Red Strawberry Farm, korang boleh juga memetik buah strawberi dengan harga RM25. Harga itu untuk setengah kilogram strawberi. Korang akan diberikan sebuah bakul dan dua gunting. Petik tu berpada-pada. Bila keluar, strawberi akan ditimbang. Jika terlebih dari setengah kilo, korang kena tambah duit. Jika terkurang, mereka akan tambahkan strawberi di dalam bekas korang itu.


Taman Agroteknologi Mardi

Selesai sarapan, kami tidak membuang masa di Big Red Strawberry Farm. Banyak lagi tempat yang ingin dituju. Kami terus menuju ke Taman Agroteknologi Mardi. Kalau tak silap, tiket masuk RM5 dikenakan untuk seorang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.




Kawasan Taman Agroteknologi MARDI ni sangat luas. Korang perlukan tenaga yang banyak untuk melawat kawasan sekitar. Bermacam-macam kebun dan jenis tanaman ada terdapat di sini. Ada juga terdapat menara tinjau di atas bukit. Ai naik seorang sahaja sebab Encik Husband dah tak larat.


Lokasi seterusnya adalah Opah Strawberry Farm. Kami dapat lokasi ni hasil carian di Google. Tapi tak jumpa pun. Ai syak Opah Strawberry dah bertukar menjadi Abang Strawberry. Alah, yang famous dengan nasi lemak sambal strawberi tu. Ai tak singgah pun untuk rasa nasi lemak viral tu sebab tak dapat parking. Kalau nak senang, parking jauh sikit lepas tu  jalan kaki. Tapi lutut kami dah longgar berjalan di Taman Agroteknologi MARDI.


Raju's Hill Strawberry Farm

Di Cameron Highland memang terdapat banyak kebun strawberi. Yang kecik, yang besar? Korang pilih je lah.  Kami memilih Raju's Hill Strawberry Farm. Tempat ni dekat sangat dengan Kea Garden. Kalau korang menginap di sana, tak payah susah-susah nak cari parking. Jalan kaki je sebab memang dekat sangat.




Seperti di tempat lain, Raju's Hill Strawberry Farm juga menyediakan keseronokan memetik buah strawberi. Dengan harga RM30 untuk setengah kilogram, korang pergi lah petik strawberi tu. Mahal RM5 dari Big Red Strawberry Farm, tapi ai berpuas hati petik strawberi di situ. Kenapa? Sebab kalau ai petik kat mana-mana pun ai rasa ai akan berasa seronok. Hahaha!


BOH Tea Centre Sungei Palas

Dari Raju's Hill Strawberry Farm nak ke BOH Tea Centre, jalannya berliku-liku. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Cantik pemandangan daun-daun teh yang menghijau. Di situ ada terdapat kafe dan kalau korang nak pilih tempat makan tengahari, di situ bukan tempatnya. Tapi kalau korang nak makan dessert dengan pemandangan yang cantik, di situlah tempatnya. Itupun kalau korang dapat tempat duduk yang strategik ya. Kalau tak, amik gambar santai-santai pun dah ok.




Selain di BOH Tea Sungei Palas, ada lagi satu ladang teh yang besar di Cameron Highland iaitu Cameron Valley Bharat Tea. Ai cadangkan korang pergi situ jika malas nak berjalan dan tak mahu perjalanan yang berliku-liku. Ai dah pergi kedua-duanya dan masing-masing ada tarikan yang tersendiri. Cuma kalau nak buat video pendek berlari di celahan daun teh, ai lebih mencadangkan pergi ke Cameron Valley Bharat Tea.


Lavender Garden

Dari rumah bawa ke Gopeng dan seterusnya Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, ai tak habis-habis ingatkan Encik Husband untuk pergi ke Lavender Garden. Nak makan aiskrim lavender yang viral tu. Kalau tak dapat boleh menangis tepi bucu katil tiga hari tiga malam tau. Akhirnya dapat juga ai rasa aiskrim tersebut.




Masing-masing ada citarasa yang tersendiri. Pada ai, aiskrim lavender tersebut tak memenuhi citarasa. Aiskrim habis cair kat tangan je, bukan dalam mulut. Dah lah aiskrim paling mahal pula tu. Tapi sebagai prop untuk bergambar, aiskrim tu memang terbaik. Hahaha!


Lavender Garden dipenuhi dengan berbagai jenis bunga-bungaan. Untuk masuk korang kena bayar tiket berharga RM10 untuk seorang dewasa. Pemandangannya memang terbaik dan sesuai untuk korang yang suka bergambar.


Kea Garden Guest House

Destinasi terakhir kami adalah Kea Garden Guest House. Kami check in agak lambat sebab nak habiskan berjalan dahulu. Selepas dah penat barulah berbaloi nak berehat. Kea Garden ni berkonsepkan rustic. Selesa dan sejuk walaupun tanpa penghawa dingin. Tapi tak adalah sejuk sangat. Waktu kami pergi, cuaca di Cameron biasa-biasa je. 




Bila masa yang tak ramai orang pun ai tak tahu. Sentiasa ada pengunjung berfoto. Tempat ni cantik. Penuh dengan bunga-bunga. Terletak betul-betul di belakang Pasar Kea Farm. Susah nak tempah bilik sebab asyik penuh je. Sekarang Kea Garden Guest House dalam pembinaan bangunan baru. Makin bertambah lah bilik lepas ni.


Ai tak tahu lah kenapa setiap hotel yang ai tempah kali ini, kesemuanya tidak menyediakan seterika di dalam bilik. Silap ai juga sebab tak periksa dulu sebab ai ingatkan semua hotel tidak kira yang mahal atau murah akan menyediakan kelengkapan itu di dalam bilik. Ternyata ai silap. Ini merupakan pengajaran untuk ai dan jangan ulangi untuk kali kedua.


Pada waktu malam di Cameron Highland barulah terasa sejuk sehingga ke tulang. Nyenyak ai tidur pada malam itu. Konon nya nak bersiar-siar di kawasan hotel, dalam mimpi jelah.


11 November, hari terakhir percutian, haruslah kami bangun lewat. Selepas check out, kami memilih untuk makan tengahari di kafe yang terletak di dalam kawasan Kea Garden Guest House. Harga pun tak mahal sangat.




Selepas menjamu selera, ai tinggalkan Encik Husband untuk ke Kea Garden. Cantik sangat, penuh warna-warni. Harga RM1 untuk satu kepala. Ai masuk seorang sebab Encik Husband memang tak mahu ikut. Penat katanya. Nak relaks sebelum memandu jauh. Jadi, tak adalah gambar ai di dalam taman warna-warni tersebut.


Kea Garden ni terletak betul-betul di atas kafe tempat kami makan tengahari. Orang luar pun boleh je masuk. Kalau korang nak pergi ke Kea Garden tetapi tidak mahu menginap di Kea Garden Guest House, tiada masalah. Sediakan RM1 satu kepala sahaja. 




Berjalan seorang diri sangat membosankan. Ai tak lama di dalam Kea Garden. Kami berjalan-jalan sambil membeli-belah di Pasar Kea Farm sebelum berangkat pulang. Harga berpatutan. Yang menyedihkan, pokok-pokok yang kami beli di Cameron Highland semua sudah mati.


Sebaik sahaja kami bertolak turun dari Cameron Highland, hujan turun dengan lebatnya. Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai tanpa masalah. Kalau tanya ai, nak lagi tak road trip seperti ini? Ya, ai nak lagi. Tapi bukan dalam masa yang terdekat lah. Kalau ada rezeki dan masa yang terlebih nanti apa salahnya. Cuma buat masa sekarang, fokus kami ke arah perkara lain dahulu. 




aisya ismail

17 comments:

  1. jelesnya gambar ai selalu cantik 😂 en husband ambikkan gambar ke? bestnya jalan jalan, harap harap sha sampaila cameron tahun ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau muka i sorang-sorang memang husband yang amik. Hehehe Cameron best sangat.

      Delete
  2. Seronoknyaa berjalan. Hehe. Skrg asik tgok org post aiskrim lavender tu je. Hehe

    ReplyDelete
  3. wah..bestnyaa. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Waaa sekarang sudah cantik laa CH, last pergi tahun 2012 rasanya...
    Ni ingat nak pergi travel gan geng laaa..bestnyaaa...

    ReplyDelete
  5. menarik tempat ni. ada peluang nanti Insyaallah nak ke sana :)

    ReplyDelete
  6. saya pun selalunya ke bharat saja, x ke sungei palas, sbb malas nk masuk jalanm jauh je dalam. hehhe..

    ReplyDelete
  7. seronok bercuti di CH. semua tempat lawa dan menarik. Gambar pun cantik!

    ReplyDelete
  8. Bestnya.... Dah lama tak pi Cameron. Teruja nak book cuti sana lak pas baca cerita Aisyah ni. HAhaa

    ReplyDelete
  9. seronok CH ni. tak pernah jemu pergi.. sesekali rasa nak lari dari sibuk kota. tapiiii xkan naik time cuti sek o public holiday. neeeehi kabi nehii hehe..

    ReplyDelete
  10. bestnya.. haritu pergi cameron byk tempat tak pergi.. sbb xtahu..lps balik dr cameron baru la tahu byk tmpat menarik kat sana.. must repeat!!

    ReplyDelete
  11. suka quick escape di CH. tapi jem sangat sekarang ni kalau nak pi sana

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D