GOBLIN - THE LONELY AND GREAT GOD

Monday 28 January 2019

GOBLIN - THE LONELY AND GREAT GOD


Assalamualaikum and hye readers.



Cerita Goblin pernah viral semasa tayangannya di kaca televisyen. Malah, selepas habis tayangannya masih ramai yang mencari-cari cerita ini untuk ditonton. Yang tengok berkali-kali pun ada. Goblin salah satu cerita Korea yang ai suka walaupun pada awalnya ai tengok Goblin disebabkan Gong Yoo je. Hahaha!




Sinopsis

Goblin mengisahkan tentang Kim Shin (Gong Yoo), seorang Jeneral di zaman Goryeo yang dibunuh oleh Raja Wang Yeo (Lee Dong-wook) kerana telah dihasut dan difitnah oleh Park Joong-heon (Kim Byung-chul). Selepas kematiannya, Kim Shin menjadi Goblin yang hidup abadi dengan pedang yang tertusuk di dada. Satu-satunya cara untuk mengeluarkan pedang itu adalah dengan mencari pengantin Goblin yang boleh menarik pedang yang tertusuk di dadanya. Dengan cara itu juga membolehkan Kim Shin untuk meninggalkan dunia dan berehat dengan aman.


Setelah 939 tahun berlalu, akhirnya Kim Shin bertemu dengan Ji Eun-tak (Kim Go-eun), seorang pelajar yatim piatu yang boleh melihat hantu. Hidup Eun-tak yang sentiasa malang berubah setelah bertemu dengan Kim Shin. Kim Shin juga bertemu semula dengan Grim Reaper (Lee Dong-wook) yang akhirnya menjadi kawan baiknya, Sunny (Yoo In-na) iaitu kelahiran semula adik perempuannya dari zaman Goryeo dan juga roh Park Joong-heon yang melarikan diri daripada Grim Reaper.


Pelbagai peristiwa yang dilalui dalam mencari pengantin Goblin yang boleh menarik pedang yang tertusuk di dada dan mempertahankan cinta antara Goblin dan juga seorang manusia biasa yang boleh melihat hantu. Di waktu yang sama, Grim Reaper cuba mendekati Sunny tetapi tiada keberanian kerana langsung tidak mengingati kisah di sebalik kehidupannya yang lampau. Sedangkan Sunny banyak bertanyakan soalan tentang dirinya yang tiada jawapan.




Ulasan

Cerita ini adalah cerita dongeng romantik komedi dan hanyalah rekaan semata-mata. Disebabkan cerita dongeng lah ai suka. Hahaha! Tak bosan tau cerita ni walaupun cerita cinta. Cuma dia banyak imbas kenangan lalu. Hidup selama 939 tahun kan, banyak lah perkara yang nak diimbas. Kalau korang tak tengok betul-betul atau lompat-lompat, memang korang susah nak faham. Pada ai, walaupun ini cerita dongeng, tapi masih dikategorikan sebagai cerita berat. Tapi tak adalah berat sangat sampai korang kena berfikir 24 jam. Yang penting cerita ini best! Salah satu cerita Korea yang ai akan cadangkan untuk korang tengok.




aisyaismail

2 comments:

  1. suka juga citer ni tpi yashe yashe je.. cuma barisan plakon tu best best. eheh..
    tengok citer ni bila demam citer ni da habis. so tngk lambat sikit..

    ReplyDelete
  2. suka tengok drama goblin sangat..jalan cerita tak heavy. so dapat release stress selepas tonton

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D