AYAM SWEET SOUR ADUHAI SERIBU KALI SAYANG - Aisya Ismail

Thursday, 8 August 2019

AYAM SWEET SOUR ADUHAI SERIBU KALI SAYANG

Assalamualaikum and hye readers.



Rasa Ayam Sweet Sour Aduhai Seribu Kali Sayang yang ai nak kongsikan ni ada ala-ala rasa ayam masak merah. Cuma resipi ni masam sikit lah. Dah nama pun sweet sour kan, tak kan nak rasa masin pula. Hehehe! Ai suka sangat makan ayam masak merah, tapi setiap kali masak sendiri mesti rasa dia pelik. Dapat yang lebih kurang rasa pun dah ok lah kan.




Bahan-bahan

1. 1/4 ekor ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan serbuk blackpeper
3. Minyak masak
4. 2 sudu makan cili kisar
5. 1 biji sederhana bawang merah diracik kecil
6. 1 ulas bawang putih diracik kecil
7. 1 biji bawang besar dipotong besar
8. 1 sudu makan sos tomato
9. 2 sudu makan so cili
10. 1 sudu makan minyak ikan
11. 1 inci halia dihiris
12. Air secukupnya
13. Garam secukup rasa
14. 1 sudu teh gula
15. Sedikit sayur



Cara-cara

1. Gaulkan ayam bersama serbuk blackpaper dan perapkan dalam setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi. Kalau suka garing boleh garingkan, kalau tidak cukup sekadar ayam itu masak.
3. Keluarkan minyak gorengan ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih yang telah diracik sehingga garing.
4. Masukkan halia, sos cili, sos tomato dan minyak ikan dan gaulkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air dan kacau-kacau sehingga mendidih. Air ikut sukatan kuah yang korang nak. Tapi jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair. Kalau air korang terlebih, biarkan lama sedikit sehingga kuah pekat semula.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul-gaulkan sehingga sebati.
7. Masukkan bawang besar, gula dan garam secukup rasa dan sedikit sayur. Sayur tu ikutlah korang suka sayur apa. Ai letak sayur hijau je. Sebab sayur tu memang ada dalam peti ais. Gaul-gaulkan sehingga sempurna.
8. Siap untuk dihidang.




aisyaismail

9 comments:

  1. Hai. Nice sharing. Masa mula2 baca ni terfikir apa la aduhai seribu kali sayang ni hehe 😅

    ReplyDelete
  2. wahh sedap ni.. nama pun dh wauuu. hehe. nnti boleh cuba resepi awk.

    ReplyDelete
  3. ayam sweet sour :)
    aida biasa buat ikan bawal sweet sour jer, aisya :)

    ReplyDelete
  4. Comel nama resepi tentu sedap. Bila2 sis akan cuba resepi ini..

    ReplyDelete
  5. Boleh try ni, perut pun tetiba rasa lapar

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D