BERCUTI DALAM LADANG - AGROFARMSTAY MELAKA

Thursday 15 August 2019

BERCUTI DALAM LADANG - AGROFARMSTAY MELAKA


Assalamualaikum and hye readers.



Bila bercakap tentang destinasi percutian, jarang sangat terlintas dalam kepala ai untuk bercuti di Melaka. Mana tidaknya, tak perlu bercuti pun ai memang dah selalu balik ke Melaka untuk melepaskan rindu pada mak dan baba di sana. Bila dah masuk rumah tu, memang berat kaki ai nak keluar balik.


Tanpa dirancang, ai dan Encik Husband telah pun membuat keputusan untuk menginap di Agrofarmstay Melaka pada cuti merdeka tahun lepas. Ya, ini cerita tahun lepas tapi ai baru nak ceritakan kat korang.




Kemas-kemas baju, kami balik rumah mak baba dulu dan keesokkannya barulah kami bergerak ke Agrofarmstay Melaka. Dekat je, dalam lima belas minit perjalanan. Tapi kami berdua sesat ya. Hahaha! Perjalanan terus jadi dekat satu jam. Semua waze punya pasal bawa jalan salah. Hahaha!


Di Agrofarmstay, korang boleh pilih untuk duduk di villa jika datang beramai-ramai atau di bilik untuk yang tidak ramai. Ai pilih bilik sahaja. Untuk dua orang je kan, tak kan lah ai nak duduk villa berdua je. Tapi jujur ai cakap, villa dia cantik dan besar. Tapi di bahagian dalam tak tahu lah sebab ai tak masuk.


Bilik yang kami duduk biasa-biasa je. Bayangkan macam korang duduk dalam homestay dekat kampung. Suasana di Agrofarmstay Melaka ni memang macam dalam kampung. Malam-malam sejuk dan bunyi cengkerik memang tak putus-putus. Pemandangan dia, segar mata memandang. Terutamanya di waktu pagi. Ahhhh! Rindunya suasana kampung!






Agrofarmstay ni pada ai lebih sesuai untuk korang yang sukakan aktiviti. Kalau datang secara berkumpulan memang seronok sebab konsep dia macam homestay dan bukannya hotel. Makan minum korang kena cari di luar kerana tiada kafe atau restoran di situ. Tapi untuk yang duduk di villa, ada dapur dan korang boleh masak sendiri. Kalau korang malas nak masak, khidmat katering ada disediakan. Tapi dah nama pun katering, kalau datang berdua, takkan nak katering juga.


Kalau korang pergi Agrofarmstay ni, jangan lupa bawa tuala mandi ya kerana tuala tidak disediakan. Jangan datang dengan harapan dilayan macam di hotel pula. Kalau nak layanan yang macam tu, lebih baik korang cari hotel je.




Perkara yang korang tak perlu risau di sini adalah aktiviti. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, sukaneka, berkayak, aktiviti kerohanian dan macam-macam lagi. Korang hanya perlu tempah aktiviti itu terlebih dahulu sahaja. Kolam renang pun ada. Tapi macam ai cakap tadi, jangan lupa bawa tuala mandi sendiri. Nak menunggang kuda pun ada. Tapi masa ai pergi tahun lepas, jurulatih kuda tak ada, jadi ai tak boleh nak naik kuda. Sekarang ai tak pasti lah dah ada ke belum.


Kawasan di Agrofarmstay Melaka memang sangat luas. Sesuai sangat untuk buat hari keluarga atau reunion. Ada dusun dan haiwan ternakan seperti kuda, kambing, ayam, itik dan arnab. Bolehlah kenalkan kat anak-anak korang. Yang duduk kat bandar tu, asyik tengok dalam buku je kan. Kalau nasib korang baik datang semasa musim buah-buahan, korang boleh makan buah di situ. Tapi tak boleh bawa keluar.






Oh ya, ai suka konsep dewan di Agrofarmstay Melaka. Dewannya berkonsepkan terbuka. Macam pondok yang besar. Dan di sana juga korang boleh adakan acara bergambar di pelbagai lokasi. Tapi sila perhatikan anak-anak korang setiap masa. Seronok memang seronok, keselamatan harus dijaga. Jangan bagi mereka bermain sendirian. Lebih-lebih lagi berhampiran tasik.





Untuk ke Agrofarmstay Melaka, korang hanya perlu waze je. Jangan terlepas simpang macam kami tau. Lepas tu salahkan waze yang bagi salah jalan. Hahaha!




aisyaismail

10 comments:

  1. Dah lama juga nak ke Agrofarmstay Melaka ni.. Tapi belum berkesempatan lagi.. Cantik gambar-gambar Aisya... Teruja pulak nak buat aktiviti dengan team kat sini

    ReplyDelete
  2. seronoknya. ray suka suasana cmni

    ReplyDelete
  3. Wow menarik Ni first time mama dgr ttg homestay ni

    ReplyDelete
  4. org melaka ye.
    aida pun.
    tau tempat ni.
    just x pernah stay jer, aisya :)
    org melaka la katakan.
    dlm fikiran, "dok umah lagi best" ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul betul betul. Nak jalan-jalan pun malas.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D