NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH

Monday 4 November 2019

NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH


Assalamualaikum and hye readers~



Impian majlis perkahwinan ai adalah yang simple sahaja. Simple ni pada ai ada tiga kategori iaitu simple pada bajet, simple pada majlis atau kedua-duanya sekali. Simple yang ai nak adalah simple pada majlis. 


Bukan lah ai maksudkan ai nak majlis yang ala kadar, tetapi lebih kepada majlis yang tidak sarat dengan banyak perkara. Tak cukup tiga hari tiga malam nak habiskan majlis. Tapi akhirnya? Hahaha! Hati manusia ni memang cepat berubah-ubah pun.




Simple pada bajet

Tak salah pun kalau nak berjimat. Kalau kemampuan korang setakat itu, korang buat lah sekadar yang termampu. Majlis perkahwinan ni tak wajib pun untuk diraikan secara besar-besaran. Orang lain tahu korang dah kahwin pun dah cukup.


Kalau korang hanya mampu sekadar untuk majlis akad nikah, teruskan dengan hanya majlis akad nikah. Kalau korang tak mampu untuk adakan majlis, korang boleh je nikah di pejabat agama. Pilihan terletak di tangan korang. Jangan kata tak ada duit tak boleh kahwin tau. Yang penting tanggungjawab korang selepas pernikahan itu.


Simple pada majlis 

Ini memang impian ai dari dahulu. Majlis yang simple tetapi penuh dengan kemeriahan. Simple maksud ai, majlis diadakan hanya dalam masa satu hari. Nikah pagi dan bersanding petang. Baju dan pelamin cukuplah yang sederhana tetapi cantik dan orang akan ingat sampai tua. 


Senang kata, majlis yang tidak terlalu megah tetapi kemanisannya diingati oleh semua yang hadir. Chewahhhh! Akhirnya, ai ikut juga cara orang lama-lama dalam keluarga ai. Joget lambak, tol, berinai semua ada. Sebab ai nak rasa semua tu di majlis sendiri. Hahaha!


Simple pada bajet dan majlis

Ini lebih kepada nak berjimat sebenarnya. Macam ai katakan tadi, kalau kemampuan korang setakat itu, tak ada majlis yang gah pun tak ada siapa yang nak marah. Betul tak? Kalau korang mampu, tapi masih tak mahu buat majlis perkahwinan yang beresepsi bagai, itu pun hak korang yang orag lain tak perlu nak pertikaikan.


Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun ai dan Encik Husband mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah! Walaupun impian untuk adakan majlis yang simple pada majlis tetapi meriah tak kesampaian, kami tetap tak berlebih-lebih untuk majlis yang gah. Yang penting, tak buat pinjaman peribadi di bank.




Terima kasih semua yang dah pernah bersusah-payah tolong ai dan Encik Husband untuk merealisasikan majlis perkahwinan kami baik majlis di sebelah ai mahupun majlis sebelah Encik Husband. Eh! Macam baru habis majlis pula kan nak berterima kasih bagai.


Selamat ulang tahun perkahwinan Husband!




aisyaismail

17 comments:

  1. cantik2 gambar perkahwinan AI, semoga kekal bahagia hingga ke syurgaNya, aamiin

    ReplyDelete
  2. ringkas tapi cantik, boleh je semua tu.... cuma kadang bila dok nak berlumba-lumba itu yang bajet ke laut, majlis mewah tapi di akhirnya nanti menangis hehehe...

    apa pun, happy anniversary ya, moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa pun elakkan berhutang untuk kahwin. Thank you sis.

      Delete
  3. Happy anniversary Ai dan husband

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun perkahwinan ...

    saya pun fikir begitu..

    mak buat perkahwinan minimalist weddimg of the year 2020 ..

    hahahaha...sekadar berangan dulu

    ReplyDelete
  5. betul. i'd love to have mine simple as ell.

    ReplyDelete
  6. betul. i'd love to have mine simple as well.

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary ai. Apapun buat yg Wajib he dah memadai

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary. Cantik baju sanding tu. Back to tradisional :)
    Suka juga tengok majlis simple² :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D