TIPS PENJAGAAN RAMBUT BUAT WANITA BERHIJAB

Friday 8 November 2019

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BUAT WANITA BERHIJAB


Assalamualaikum and hye readers.



Masalah kegatalan kulit kepala dan rambut yang tidak sihat sering menghantui wanita-wanita yang berhijab. Tapi ini bukan alasan untuk tidak berhijab tau. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kenapa perlu 'free hair' jika ada penyelesaian untuk kegatalan kulit kepala?





Bebaskan rambut

Bebaskan bukan bererti korang tak perlu berhijab. Ramai yabg tidak tahu bahawa rambut juga bernafas. Jadi, kalau boleh bila di rumah lepaskan rambut dari ikatan. Biarkan rambut korang bebas. Kalau korang tak selesa rambut korang akan berterbangan ditiup angin, ikatlah rambut tapi jangan ketat-ketat. Atau korang sepit je guna penyepit rambut. Nak lagi mudah? Potong lah rambut menjadi pendek. Dah banyak fesyen rambut pendek yang menarik.


Pilih jenis syampu yang sesuai

Pemilihan syampu sangat-sangatlah memainkan peranan yang penting. Pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan bukannya syampu yang popular. Syampu yang selalu keluar iklan di tv belum tentu sesuai dengan kulit kepala korang. Kalau korang sesuai dengan syampu murah, pakailah syampu murah. Kalau korang sesuai dengan syampu mahal tapi tak mampu, cuba syampu lain yang korang mampu.


Pastikan rambut kering

Sebelum mengenakan hijab, pastikan rambut korang betul-betul kering. Keringkan guna pengering rambut atau guna kipas pun boleh. Kalau suka keringkan secara semulajadi, cuci rambut awal atau malam. Berhijab dengan rambut yang basah boleh menyebabkan rambut korang rosak, berbau hapak, kegatalan kulit kepala dan tudung korang juga akan berbau kepam.


Fabrik hijab yang sesuai

Fabrik hijab juga memainkan peranan yang penting. Pilih fabrik yang ringan dan ada pengaliran udara agar rambut korang dapat bernafas di dalam hijab. Fabrik inner juga penting ye. Bukan fokus pada hijab semata-mata. Pilih inner yang tidak ketat agar kepala korang berasa selesa.


Gaya hijab yang sesuai

Bergayalah mengikut kesesuaian diri, tempat dan tema. Pilih gaya yang paling sesuai dengan korang. Tak perlulah pakai tudung berlapis-lapis di dalam cuaca yang panas. Simple kan kemas dan mudah. Nak bersiap pun cepat je.


Nak berhijab dan bergaya dengan hijab tak susah. Nak jaga rambut dan kulit kepala juga tak susah. Yang susahnya kalau tak ada usaha nak buat semua itu. Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri kita sebaik yang mungkin. Untuk keselesaan diri sendiri dan juga orang yang berada di sekeliling.




aisyaismail

18 comments:

  1. great sharing.. sy da cuba banyak brand susah jumpa yg sesuai. currently guna produk pengjagaan rambut dari watson n so far ok laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun susah produk rambut ni. Mana yang sesuai maintai je lah.

      Delete
  2. nasib baik zaman ini sudah semkin kurang kurang trend Free Hair..berbandimg suatu ketika dahulu.

    pemakaian tudung dengan sempurna akan memastikan rambut lebih terjaga daripada pelbagai masalah yang tidak diingini

    ReplyDelete
  3. memang tip-tip kat atas tu selalu di amalkan, lepas cuci rambut memang akak akan biarkan kering sendiri .

    akak jenis tak suka pakai tudung yang berbelit-belit rasa tak boleh bernapas, bukan kata rambut diri sendiri pun rasa serabut kalau kene belit banyak kali

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang berguna untuk semua wanita di luar sana hehe. First time berkunjung ke blog ni. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan ya :)

    ReplyDelete
  5. bukan alasan untuk free hair..nice jawapan kat situ..hehehe

    ReplyDelete
  6. Lama X singgah sini. Tq for tips ai

    ReplyDelete
  7. Tq for the tips. Penting sangat pilih produk rambut yang sesuai dan tak pakai tudung masa rambut masih basah. Good tips :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D