December 2019

Friday 13 December 2019

LEBIH RM600,000 DISUMBANGKAN UNTUK RAKYAT SABAH - MCDONALD'S

December 13, 2019 12
LEBIH RM600,000 DISUMBANGKAN UNTUK RAKYAT SABAH - MCDONALD'S
Assalamualaikum and hye readers.



SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800 diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan di negeri itu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.


Sejumlah RM622,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah.


Inisiatif-inisiatif  Kemasyarakatan McDonald's

Sumbangan bagi Program Komuniti ini telah diadakan dan disampaikan di restoran McDonald's Pandu-Lalu, Semporna yang juga merupakan restoran terbaru McDonald's di Sabah. Banyak inisiatif kemasyarakatan  yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald's, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Menurut kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai sebuah syarikat korporat yang mempunyai reputasi kukuh di negara ini, mereka amat berharap dapat memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan masyarakat  yang memerlukan di sekitar lokasi operasi mereka.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


Tambahnya lagi, mereka berharap agar pembukaan restoran terbaharu di Sabah ini akan membuka peluang pekerjaan dan ruang ke arah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. Mereka juga berharap agar pengembangan perniagaan di Sabah membolehkan meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri itu.


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia

Azmir Jaafar juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah yang merupakan tetamu kehormat di majlis ini berkata, sumbangan McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti mereka adalah sesuatu yang wajar dipuji. Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald’s di Sabah dan usaha mereka kearah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri.


YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal juga berharap agar lebih banyak program-program untuk masyarakat melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s dapat dilaksanakan pada masa hadapan.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


Penyerahan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Sabah untuk tahun 2019.


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Sabah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. McDonalds juga telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.


Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.


Salah satu usaha restoran khidmat segera itu adalah untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu sejajar dengan agenda negara. Mereka sangat mengalu-alukan para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan ini. Mereka juga berharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status  ekonomi keluarga masing-masing.


Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih yang sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.


Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.




Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu merupakan yang terbesar setakat ini dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta. Ini sekali gus membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek Kembali ke Sekolah menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.


Pek Kembali ke Sekolah yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek Kembali ke Sekolah bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.


RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Jika korang berminat untuk memberi sumbangan wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia, korang boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.




aisyaismail

Thursday 5 December 2019

BLACK KNIGHT : THE MAN WHO GUARDS ME - KIM RAE WON, SHIN SE KYUNG

December 05, 2019 13
BLACK KNIGHT : THE MAN WHO GUARDS ME - KIM RAE WON, SHIN SE KYUNG
Assalamualaikum and hye readers.



Bila tengok drama, kisah cinta memang tak akan lari dari menjadi sebahagian dari jalan cerita. Kadang-kadang sampai naik bosan sebab jalan cerita yang sama berulang-ulang. Nak kan kelainan sedikit? Korang cuba tengok drama Black Knight yang dilakonkan oleh Kim Rae-won dan Shin Se-kyung. 


Masih cerita cinta lagi, tapi menarik dan tak bosan sebab ada magic-magic. Hahaha! Drama Black Knight ni ditayangkan pada tahun 2017 sebanyak 20 episod. Oh ya, cerita ni juga ada pasal kelahiran semula dan juga dua orang wanita yang hidup tak pernah mati selama 250 tahun. Lamanya!




Sinopsis

Black Knight mengisahkan tentang Moon Soo-ho (Kim Rae-won), seorang yatim piatu yang dibesarkan oleh kawan baik ayahnya setelah kematian ayahnya. Soo-ho dan anak kawan baik ayahnya, Jung Hae-ra (Shin Se Kyung) membesar bersama dan menjadi sangat rapat. Dalam diam, Soo-ho menyukai Hae-ra. Sebaik terasa dikhianati, Soo-ho melarikan diri dan bertemu dengan seorang wanita yang memberi kata-kata semangat padanya. Dengan berbekalkan kata-kata semangat itu Soo-ho bangkit dan menjadi seorang yang berjaya.


Setelah bertahun-tahun berlalu, Soo-ho bertemu semula dengan Hae-ra yang bekerja di syarikat perlancongan. Tidak seperti Soo-ho yang sentiasa bernasib baik dalam hidup, kehidupan Hae-ra selalu malang setelah perniagaan ayahnya muflis. Hae-ra kini tinggal bersama seorang mak cik nya. Semasa meratapi kesedihannya, Hae-ra teringat akan baju merah yang pernah ditempah di Butik Sharon dahulu tetapi tidak sempat di ambil hingga kini. Setelah mendapatkan baju itu, kehidupan Hae-ra mula berubah dan dia tidak lagi bernasib malang.


Ulasan

Apa yang menarik tentang drama ini selain magic-magic adalah, hero dengan heroin tak buat benda yang pelik-pelik yang boleh buat diorang hilang kepercayaan di antara satu sama lain. Jadi kat situ tak adalah klise. Kan selalu kita tengok drama hero dan heroin bergaduh sebab orang ketiga. Tapi drama ni, apa yang orang ketiga buat semua tak menjadi sebab hero bukan jenis melayan. Kalau dia tak suka, dia tak sukalah. Tapi serius cakap, ai tak suka tengok ending dia sebab kesian dengan hero. Sedih!



aisyaismail