BLACK KNIGHT : THE MAN WHO GUARDS ME - KIM RAE WON, SHIN SE KYUNG

Thursday 5 December 2019

BLACK KNIGHT : THE MAN WHO GUARDS ME - KIM RAE WON, SHIN SE KYUNG


Assalamualaikum and hye readers.



Bila tengok drama, kisah cinta memang tak akan lari dari menjadi sebahagian dari jalan cerita. Kadang-kadang sampai naik bosan sebab jalan cerita yang sama berulang-ulang. Nak kan kelainan sedikit? Korang cuba tengok drama Black Knight yang dilakonkan oleh Kim Rae-won dan Shin Se-kyung. 


Masih cerita cinta lagi, tapi menarik dan tak bosan sebab ada magic-magic. Hahaha! Drama Black Knight ni ditayangkan pada tahun 2017 sebanyak 20 episod. Oh ya, cerita ni juga ada pasal kelahiran semula dan juga dua orang wanita yang hidup tak pernah mati selama 250 tahun. Lamanya!




Sinopsis

Black Knight mengisahkan tentang Moon Soo-ho (Kim Rae-won), seorang yatim piatu yang dibesarkan oleh kawan baik ayahnya setelah kematian ayahnya. Soo-ho dan anak kawan baik ayahnya, Jung Hae-ra (Shin Se Kyung) membesar bersama dan menjadi sangat rapat. Dalam diam, Soo-ho menyukai Hae-ra. Sebaik terasa dikhianati, Soo-ho melarikan diri dan bertemu dengan seorang wanita yang memberi kata-kata semangat padanya. Dengan berbekalkan kata-kata semangat itu Soo-ho bangkit dan menjadi seorang yang berjaya.


Setelah bertahun-tahun berlalu, Soo-ho bertemu semula dengan Hae-ra yang bekerja di syarikat perlancongan. Tidak seperti Soo-ho yang sentiasa bernasib baik dalam hidup, kehidupan Hae-ra selalu malang setelah perniagaan ayahnya muflis. Hae-ra kini tinggal bersama seorang mak cik nya. Semasa meratapi kesedihannya, Hae-ra teringat akan baju merah yang pernah ditempah di Butik Sharon dahulu tetapi tidak sempat di ambil hingga kini. Setelah mendapatkan baju itu, kehidupan Hae-ra mula berubah dan dia tidak lagi bernasib malang.


Ulasan

Apa yang menarik tentang drama ini selain magic-magic adalah, hero dengan heroin tak buat benda yang pelik-pelik yang boleh buat diorang hilang kepercayaan di antara satu sama lain. Jadi kat situ tak adalah klise. Kan selalu kita tengok drama hero dan heroin bergaduh sebab orang ketiga. Tapi drama ni, apa yang orang ketiga buat semua tak menjadi sebab hero bukan jenis melayan. Kalau dia tak suka, dia tak sukalah. Tapi serius cakap, ai tak suka tengok ending dia sebab kesian dengan hero. Sedih!



aisyaismail

13 comments:

  1. akak selalu tengok jugak hero nya, kalau hero macam tak berapa berkenan memang akak tak layan dramanya hehehe...

    ReplyDelete
  2. memamg boleh tahan la kalau dapat layan drama begini..

    saya memang tidak cukup masa

    ReplyDelete
  3. suka tengok drama ni sebab kim raewon. part ending tu setuju, tak suka betul dengan ending dia..

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun suka citer nih!
    KDrama selalunya dalam drama-drama mereka diselitkan jugak sisi benar di dunia nyata macam dalam citer hal berkaitan dengan hartanah.

    ReplyDelete
  5. Last tengok Kim Rae-won berlakon drama cerita little bride tu..cambest je berlakon dengan Shin Se Kyung. Last tengok Shin Se Kyung berlakon cerita Tazza 2 dengan Top tu. lama tak layan drama dan cerita korea ni. Tq share.

    ReplyDelete
  6. wait kenapa ray x tgk lg ni ??!!

    ReplyDelete
  7. okay correction. igt dah. i've watched this.
    ray lupe sbb i only watch this once. selalunya ray akan repeat. ahaha

    ReplyDelete
  8. Suka drama ini.. memang best sebab genre fantasi..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D