ELAKKAN PERGADUHAN DI DALAM RUMAH TANGGA

Saturday, 30 November 2019

ELAKKAN PERGADUHAN DI DALAM RUMAH TANGGA


Assalamualaikum and hye readers~



Bercinta memang seronok, apatah lagi buat pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Hati sentiasa berbunga-bunga riang nak menanti hari yang bahagia. Diraikan bak puteri dan putera. Inilah masanya orang nak manjakan korang. Sentiasa berdebar-debar nak bertukar status dari bujang kepada berkahwin.


Ai dah pernah lalui semua fasa percintaan itu. Daripada baru berkenalan, bercinta, bergaduh, putus, sambung balik, bertunang dan sekarang sudah pun berkahwin. Alhamdulillah. Bila dah berkahwin ni, perkara paling utama adalah menjaga rumah tangga. Ai mengimpikan hidup bahagia bersama Encik Husband sehingga ke syurga bersama anak-anak yang tersayang.


Gambar hasil carian di Google.com


Nak menjaga rumah tangga bukannya mudah. Dugaan sentiasa ada menyapa. Ai bukanlah hebat dalam ilmu rumah tangga ni. Kahwin pun baru setahun jagung. Sebab itu ai masih tercari-cari cara yang terbaik untuk menangani masalah rumah tangga untuk kekal menjadi isteri solehah yang tiada dua, tiga atau empat untuk Encik Husband.


Komunikasi

Dalam apa jua aktiviti yang melibatkan lebih dari seorang, perlu ada komunikasi. Korang tak boleh teka apa yang pasangan korang fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Untuk tahu apa yang pasangan korang mahukan, pasangan korang kena beritahu. Barulah korang boleh memahami kehendak di antara satu sama lain.


Perlu bertolak ansur di dalam hubungan

Susahnya nak beralah. Tapi tak salah kalau kita turunkan ego untuk orang yang kita sayang. Tak salah juga nak beralah kalau kita tak buat salah. Kalau itu caranya untuk menjernihkan keadaan. Tapi janganlah setiap kali ada masalah, asyik satu pihak je yang nak kena beralah. Jadi masalah lain pula nanti. Ringankan hati untuk meminta maaf dan ringankan mulut untuk mengucapkan maaf.


Jujur untuk elak berlaku salah faham

Jangan menipu. Sekali menipu, mesti akan ada kali kedua, ketiga dan seterusnya. Sakit tau bila ditipu. Bila dah tak ada kejujuran, kepercayaan pada pasangan pun hilang. Bila tiada kepercayaan, apa lagi yang tinggal? Apa-apa yang korang lakukan, jangan sorok dari pasangan. Kalau ada buat silap berterus-teranglah dari awal. Elakkan salah faham dalam rumah tangga. Kalau nak kahwin lain pun berterus-terang. Tapi kalau pasangan korang terima atau tidak, korang kenalah terima juga.


Ilmu juga penting

Carilah ilmu selagi termampu kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu kita sesat. Pentingnya ilmu dalam apa jua keadaan. Jangan cari ilmu sesat pula. Berdosa. Cari ilmu yang bermanfaat supaya ilmu itu menjadi penyuluh jalan kita di dunia ini. Ilmu kan pelita hidup.


Tak salah untuk berkongsi kewangan

Selain daripada yang satu perkara tu, berkongsi adalah menyeronokkan. Jangan letakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya atas bahu suami kerana korang tidak  akan redha bila kena keluarkan duit untuk membantu suami.


Saling bantu-membantu

Sama juga macam kewangan tadi, suami jangan letakkan tanggungjawab kerja rumah itu sepenuhnya atas bahu isteri. Baik suami mahupun isteri, kudrat tu ada hadnya. Sama-sama berkerja sama-sama cari duit untuk hidup. Walaupun isteri seorang surirumah, isteri tetap ada kerjanya di rumah sepanjang suami keluar bekerja. Bila sama-sama ada dirumah, buat kerja sama-sama. Kurang lah bergaduh tentang siapa yang bekerja lebih. Tapi kalau isteri tak buat apa-apa, tapi cukup bulan tunggu duit dari suami, lepastu merungut macam-macam itu tak kena ini tak kena, korang carilah jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam yang ai tulis di awal entri tadi, ai ni tak hebat dengan ilmu rumahtangga. Banyak gaduh dan selisih faham juga. Merajuk tu baik ai mahupun Encik Husband memang dah tak terkira lah. Sebab kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Tapi kami cuba dan cuba untuk perbaiki hubungan agar menjadi lebih baik. Korang semua doakan lah kebahagiaan kami hingga ke jannah. Aamiin!




aisyaismail

15 comments:

  1. a very important note to everyone

    ReplyDelete
  2. Perlu juga bergaduh kecil2 an dalam rumahtangga.. Baru best.. Hehe

    ReplyDelete
  3. serius penat ooo kalau bergaduh, haha. letih perasaan ini dibuatnya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu kalau bergaduh nak kena merajuk pujuk bagai.

      Delete
  4. Kalau boleh berdamai bt pe bgaduh kan hehe

    ReplyDelete
  5. biasalah tu. Adat berumahtangga.. eheh. Setiap fasa perkahwinan akan ada ujiannya. moga hubungan ai bersama pasangan kekal bahagia ke jannah

    ReplyDelete
  6. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Paling penting kena bertolak ansur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam usaha mematangkan diri. Ecewahhhh.. Hahaha!

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D