CARA JADIKAN GAMBAR DI BLOG MOBILE FRIENDLY

Thursday 28 November 2019

CARA JADIKAN GAMBAR DI BLOG MOBILE FRIENDLY


Assalamualaikum and hye readers.





Korang ada tak masalah gambar dalam blog tak mobile friendly? Bila tengok di pc atau laptop ok je, tapi bila tengok di skrin telefon jadi panjang-panjang. Buruk terus gambar walaupun gambar asal pun tak adalah lawa pun. Hahaha!


Sebelum ni ai tak perasan pun sebab ai memang jarang sangat belek-belek blog dari skrin telefon sebab ai rasa tak puas. Mujur Kak Azni bagitahu. Kalau Kak Azni tak bagitahu, sampai ke sudah ai tak akan tahu. Terima kasih Kak Azni sebab tegur. Nanti korang jangan lupa baca blog http://modernmumthingy.com/ tau. Banyak info yang Kak Azni tulis dalam tu.


Lepas diberitahu, ai tengok sendiri memang jadi panjang-panjang semua gambar. Nak godek sendiri memang sampai kesudah lah tak jadi apa. Akhirnya Pak Cik G juga yang jadi penyelamat. Hasil carian di google.com, sebab kepada masalah ai adalah resolusi gambar tak sesuai dengan template yang ai gunakan. Resolusi terlalu besar sebab tu dia jadi memanjang bila tengok melalui skrin telefon. Nasib baik ada jalan penyelesaian. Macam mana tu?


Senang je. Korang log in blog dan pergi ke theme. Kemudian klik edit HTML. Lepas tu korang cari kod ]]></b:skin> di ruangan HTML tu. Nak mudah cari, korang tekan Ctrl F lepas tu masukkan kod tadi. Bila dah jumpa, korang salin kod di bawah dan letakkan di atas kod ]]></b:skin> tadi. Lepas tu klik save theme. Siap!

.post-body img {
max-width:100%;
height:auto;



}





Senang kan? Haa lepas dah siap tu bolehlah semak blog korang melalui telefon masing-masing. Kalau tak berubah tu mesti ada kesilapan di mana-mana. Korang kena semak balik betul tak kod yang korang letak tu. Sebagai contoh tengok dalam bulatan merah dalam gambar di atas. Oh ya, cara ini hanya untuk blogspot sahaja tau. Selamat maju jaya kawan-kawan.




aisyaismail

13 comments:

  1. Thanks for sharing! Walaupun Yt lama dh x update blog. hihihi. Mana tau satu hari nanti berguna. Ye x? hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tutorial. Buat masa ni gambar masih mobile friendly :)

    ReplyDelete
  3. ok baik, nak terus buat sekarang. hehe

    ReplyDelete
  4. bila tgk code code ni terus berpinar mata. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah. Tapi what to do kena tengok juga sikit-sikit.

      Delete
  5. Tips yg bagus ni..skrg majoriti smua pkai mobile

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D