THE CHASER - FILEM KOREA

Tuesday 11 February 2020

THE CHASER - FILEM KOREA


Assalamualaikum and hye readers.



Filem aksi pembunuhan yang dilakonkan oleh Kim Yoon-seok and Ha Jung-woo ini telah ditayangkan pada tahun 2008. Cerita lama. Filem ini merupakan adaptasi daripada kisah benar pembunuhan bersiri di Korea Selatan. Asyik tengok cerita cinta sahaja, kita bagi otak cergas balik dengan cerita-cerita yang mendebarkan pula.


Gambar hasil carian di google.com


Sinopsis

The Chaser mengisahkan tentang Eom Joong-ho (Kim Yoon-seok), seorang bekas anggota polis yang telah bersara dan menjadi bapa ayam. Kisah bermula apabila pelacur-pelacurnya hilang tanpa jejak. Dia mengesyaki mereka melarikan diri ataupun telah dijual oleh pelanggan mereka. Suatu malam, Joong-ho mengesyaki seorang pelanggannya yang menjadi punca kehilangan pelacur-pelacurnya. Untuk menjejaki lelaki itu, Joong-ho mengarahkan Kim Mi-jin (Seo Young-hee) yang sedang sakit untuk bekerja. Pada mulanya Mi-jin enggan bekerja, tetapi oleh kerana tidak mahu Joong-ho datang ke rumahnya, Mi-jin akur.


Je Yeong-min (Ha Jung-woo), pelanggan yang disyaki oleh Joong-ho membawa Mi-jin pulang ke rumahnya. Namun, Joong-ho gagal menjejaki Mi-jin. Setibanya di rumah Yeong-min, Mi-jin mengesyaki ada yang tidak kena. Dia cuba menghubungi Joong-ho namun gagal kerana di rumah itu tiada liputan telefon. Yeong-min yang sedar bahawa Mi-jin telah mengesyakinya telah mengikat dan memukul Mi-jin.


Yeong-min mencederakan Mi-jin dengan menggunakan tukul dan paku. Nasib Mi-jin baik kerana sepasang suami isteri daripada gereja telah datang untuk mencari tuan rumah Yeong-min yang sebenar. Yeong-min telah menjemput mereka masuk dan membunuh mereka dengan menggunakan tukul. Semasa hendak menghantar kereta pasangan dari gereja tersebut, Yeong-min telah melanggar kereta Joong-ho tanpa sengaja. Joong-ho mengesyaki Yeong-min kerana terdapat tompokan darah di bajunya. Yeong-min cuba melarikan diri namun dapat ditangkap oleh Joong-ho dan dipukul dengan teruk. Mereka berdua kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan.


Semasa berada di balai polis, Yeong-min telah mengaku melakukan sebanyak 12 pembunuhan yang masih belum dapat dirungkai oleh pihak polis. Yeong-min mengesahkan bahawa Mi-jin masih hidup. Joong-ho pergi ke rumah Mi-jin untuk mendapatkan sample DNA. Di situ dia telah bertemu dengan anak Mi-jin dan merasa bertanggungjawab untuk menjaganya.


Ulasan

Tempoh masa dalam filem The Chaser ni hanya dua ke tiga hari sahaja. Tapi, terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam dua ke tiga hari itu. Memandangkan filem ini berdasarkan kisar benar, Ai berasa sangat kagum dengan Joong-ho yang langsung tak tidur. Hahaha! The Chaser ni memang menarik dan mendebarkan. Pembunuh bersiri tu kejam sangat bunuh menggunakan tukul. Nak melayan gila dia pun boleh jadi gila sekali. Tapi ai sangatlah tak puas hati dengan polis-polis yang 'useless' dalam cerita ni. Baik Joong-ho je yang jadi polis. Selesai semua. Pengakhiran filem ni sedih tapi keseluruhan cerita menarik dan ai syorkan untuk korang tengok.




aisyaismail

7 comments:

  1. waalaikumussalam. bookmarked, lunch hour satgi boleh tengok. hehe

    ReplyDelete
  2. amboi2 dia brenti jadi polis jadi bapak ayam pulak..

    ReplyDelete
  3. rasanya akak pernah tertengok di youtube pasal kisah benar kes pembunuhan yang terkenal di korea yang di filemkan... mesti best kan cerita gini, cuma tulah mesti banyak bab ngeri

    ReplyDelete
  4. Bab2 seram dan sedih ni KakYa kurang sikit minatnya. Tapi boleh layan laaa jugak ..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D