TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS

Sunday 16 February 2020

TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS


Assalamualaikum and hye readers.



Drama Camelia telah pun melabuhkan tirainya pada hari Selasa yang lepas. Siapa tengok? Ai tengok di youtube sahaja selepas kakak ai meracuni fikiran ni dengan sinopsis yang direka sendiri. Hahaha! Kakak ai kalau bercerita pasal drama, memang automatik ai nak tengok drama tu walaupun mula-mula tak nak.


Tak sangkakan, daripada stress dengan masalah keluarga, terus jadi dua personaliti dalam satu jasad. Bukan setakat keluarga, stressnya dengan kerja, kehidupan, hutang malah sosial media juga boleh terjadinya stress.





Banyak perkara yang perlu untuk difikirkan sehingga menjadi bebanan yang berakhir dengan kemurungan. Terlalu ramai individu hari ini yang mengalami kemurungan disebabkan stress. Mungkin tips ini boleh membantu korang untuk menangani stress.


Luahkan pada orang yang rapat

Tekanan perasaan ini selalu terjadi bila kita yang mempunyai masalah sehingga stress, namun tidak ada jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Bila simpan sendiri tanpa penyelesaian, masalah semakin parah dan berakhir dengan tekanan perasaan.


Pentingnya meluahkan perasaan dan masalah kepada seseorang yang kita kenal seperti keluarga dan kawan-kawan. Luahkan pada mereka agar mereka dapat membantu atau memberi pendapat. Jika mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kita sekurang-kurangnya mereka boleh membantu menghiburkan kita. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan stress.


Mandi

Ini bukan bahan jenaka. Ya, mandi juga mampu menghilangkan stress. Bila terlalu banyak berfikir, cuba korang mandi lama sedikit. Pastikan air tu kena dari atas kepala korang. Duduk atau berdiri je di bawah pancuran dalam bilik mandi korang. Tenangkan fikiran. Kalau ada tad mandi lagi bagus. Berendam je dalam air sampai tertido pun tak apa. Tapi hati-hati jangan sampai lemas pula ya.


Hirup udara yang segar

Bila rasa stress, kalau boleh jangan lah terperap dalam rumah atau bilik. Cuba keluar dan hirup udara segar. Tengok pokok-pokok, langit, bangunan cantik-cantik dan unik dan macam-macam lagi lah yang indah-indah di luar tu. Bila terperap, otak akan menjadi sempit dan nak berfikir dengan waras pun payah. Bila keluar, fikiran akan jadi lebih segar kerana luas mata memandang.


Lihat segala keindahan ciptaan tuhan dan terbitkan rasa syukur kerana dapat melihat semua keindahan ciptaanNya. Bila dah tenang, barulah boleh berfikir dengan waras dan tidak buat perkara yang mendatangkan keburukkan pada diri sendiri. Korang juga boleh banyakkan pokok-pokok hidup di dalam rumah sebagai terapi mata.


Bersenam

Korang suka pergi gym? Pergilah gym. Korang suka jogging? Pergilah jogging. Nak main bola, badminton atau apa sahaja sukan yang mengeluarkan peluh, buat lah. Tapi ingat! Jangan bersukan dengan berlebihan. Mengeluarkan peluh memang bagus, namun jika terlalu penat tidak bagus untuk badan dan jantung korang. Buat dengan sederhana sahaja.


Lakukan perkara-perkara yang digemari

Apa salahnya sesekali korang pergi manjakan badan korang yang mungkin tengah penat itu. Korang boleh manjakan diri di spa dengan berurut, buat facial, manicure dan pedicure. Atau pun korang juga boleh pergi membeli-belah. Tapi, kalau korang tak ada duit tak payah lah buat semua tu. Nanti menambah kepada masalah baru pula. Carilah aktiviti yang tidak memerlukan duit seperti memasak dan berkebun. Bila buat perkara-perkara yang korang suka ni sedikit-sebanyak dapat melupakan masalah korang buat seketika.


Potong rambut

Nampak macam kelakar, tapi inilah yang ai akan buat setiap kali ada masalah besar. Terutama bila bergaduh dengan Encik Husband. Ai perlukan penampilan yang segar untuk berfikir dengan waras. Korang pun boleh cuba tau. Menukar penampilan juga mampu melegakan perasaan yang sedang berkecamuk. Jangan tukar rupa sendiri sekali sudah lah ya.


Tidur yang mencukupi

Nikmatnya dapat tidur yang cukup terutamanya pada waktu malam. Jauhkan telefon bimbit dan jauhkan game. Cukup hanya tidur. Ramai yang cakap, bermain game adalah untuk melepaskan tekanan. Tapi hakikatnya korang akan bertambah stress kerana tidak cukup rehat. Itu masalah cari penyakit sendiri namanya.


Tidur yang cukup dapat menstabilkan emosi kita dan membuatkan kita berasa segar. Jadi kenapa nak memilih game dari tidur? Tidur sebentar di waktu siang juga mampu mengelakkan kita dari stress, keletihan dan dapat meningkatkan produktiviti diri kita. Tak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 20 minit sahaja.


Solat dan baca Al-Quran

Jika korang seorang Islam, apa lagi cara yang paling terbaik untuk menghilangkan stress? Jangan tinggalkan solat 5 waktu. Bila ada masa terluang, daripada termenung memikirkan masalah lebih baik korang baca Al-Quran. Jiwa tenang pahala pun dapat.


Kalau korang tengah mengalami stress dan tak tau nak buat apa untuk hilangkan stress, boleh lah cuba semua tips yang ai senaraikan ini. Tapi pada ai, pucuk pangkalnya diri sendiri juga. Kalau korang tak berusaha nak melawan stress korang tu, pergi lah berjalan ke hujung dunia sekali pun tak akan jadi apa.


Walaupun korang buat semua tips yang ai senaraikan, tapi korang tetap nak merenung masalah korang tanpa apa-apa usaha, korang takkan berjaya nak melawan stress tu. Jangan terlalu banyak berfikir bagaimana masalah terjadi tapi fikirkanlah bagaimana nak menangani masalah.




aisyaismail

13 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Beeha tengok jugak cerita tu. I think macam nak tukar penampilan jugak laa after break up ni. Rasa nak penampilan lagi fresh dari before dan one of ways to move on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True! Ai pun suka buat benda yang sama. Baru fresh and boleh berfikir untuk move on.

      Delete
  3. kadang bila terlalu memikirkan itu yang jadi stress, kita kene rilex je... apa pun tq untuk tips

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. terima kasih atas info. stress memang kita kena belajar tanganinya. inshaAllah

    ReplyDelete
  5. Tq AI sudi kongsi tips. Semoga bermanfaat buat kita semua.

    ReplyDelete
  6. kadang2 sedih juga tgk camelia. marah2 tak tentu pasal, nk jadi gila etc. semoga dijauhkan dr stress yg terlampau

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D