SERONOK MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN AIR FRYER

Monday, 13 April 2020

SERONOK MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN AIR FRYER


Assalamualaikum and hye readers.



Perasan tak sekarang ramai isteri-isteri di rumah rajin mencuba menu-menu baru? Ai pun tak terkecuali daripada membuat eksperimen masakan di dapur. Tapi ai tak adalah hebat macam korang. Dapat makan kenyang perut dan Encik Husband makan bertambah pun ai dah bersyukur.


Selepas diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa negara akan mengenakan perintah kawalan pergerakan, ai ajak Encik Husband beli air fryer. Semuanya gara-gara Kak Shehan tunjuk Burnt Cheesecake yang dibuat dengan mudah menggunakan air fryer. Ai bagi alasan nak buat Burnt Cheesecake untuk Encik Husband. Hahaha!



Bila Encik Husband luluskan je, tak cakap banyak. Terus ai pilih air fryer yang berkenan di hati. Beli secara online je. Siap kongsi beli dengan adik ipar. Kami pilih yang harga mampu milik je. Asalkan boleh guna dan bertahan lama ok lah kan. Mula-mula kami nak beli air fryer jenama Khind, tapi model tu habis pula. Ada pun tinggal yang mahal je.


Akhirnya selepas baca review semua, kami pilih air fryer jenama Russell Taylors AF-34 saiz XL yang berkeluasan 4.8L. Daripada review yang ai baca, ramai pengguna kata kalau beli air fryer lagi besar lagi tahan lama. Jadi, ai amik yang besar terus. Puas hati.


Air fryer ni ai beli di Lazada dengan harga RM260 termasuk cas penghantaran. Kalau korang nak beli, korang kena rajin baca review dan bandingkan harga. Ada penjual yang jual dengan harga mahal sampai 400 lebih. Tak kurang juga yang jual dengan harga yang murah tetapi scammer. Sebab tu baca review tu penting.


Buat masa ni macam-macam ai dah masak dengan menggunakan air fryer tu. Burnt Cheesecake, ayam goreng, ayam grill, ikan goreng, nugget goreng, keropok lekor dan juga jagung bakar. Paling seronok guna untuk goreng makanan frozen lah sebab tak payah guna minyak dah. Rasa pun lebih sedap. Minyak pun jimat. Kalau lah air fryer boleh mengukus, lagi ceria hari ai sepanjang PKP ni.



Kalau korang ada air fryer tetapi buntu nak masak apa, google je menu masakan menggunakan air fryer. Macam-macam menu akan keluar beserta resipi sekali. Video pun banyak. Kebanyakkan resipi ringkas sahaja. Yang penting kerajinan tu kena ada. Hehehe!




aisyaismail

10 comments:

  1. ye sis !! lagi sihat sebenarnya masak guna air fryer.. hee~ sebab tak berminyak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi kalau goreng ikan ayam tu ai letak gak minyak sikit.

      Delete
  2. suka jugk guna air fryer...mudah sekrg..mcm oven function die..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. Nasib baik tak boleh buat biskut je.

      Delete
  3. Sekarang ni saya perlukan suami dan juga air fryer. ahahah
    ramai pula ya org kongsi masak2 pakai air fryer,rasa nak beli je tapi harap dapat seketul percuma. haha
    btw follow sini

    ReplyDelete
  4. musim PKP ni mmg ramai share menu guna air fryer..mcm2 bole masak

    ReplyDelete
  5. How can you cook with just heated air? Well, to be more exact, it is rapidly moving heated air. This modern kitchen appliance comes fitted with a heating element and a fan. healthy fryer

    ReplyDelete
  6. mmg mudah kan ada air fryer ni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D