RESIPI JAGUNG BAKAR GETARAN JIWA MENGGUNAKAN AIR FRYER

Friday, 17 April 2020

RESIPI JAGUNG BAKAR GETARAN JIWA MENGGUNAKAN AIR FRYER


Assalamualaikum and hye readers.



Jagung bakar adalah salah satu menu kegemaran ai. Kalau dapat yang kena dengan selera, tiga batang jagung bakar tu pun ai boleh habiskan dengan sekelip mata. Rasa taknak tinggalkan untuk orang belakang pun ada. Hahaha! Tapi nak main bakar-bakar tu malas betul. Bila dah ada air fryer ni, macam lagi senang nak bakar jagung tu. Tanpa api pun boleh jadi.




Bahan-bahan

1. 4 tongkol jagung
2. 2 sudu makan mentega / butter
3. 1 sudu makan madu
4. 1 sudu makan gula
5. 1 sudu teh garam
6. 2 sudu makan mayonnaise


Cara-cara

1. Bersihkan jagung terlebih dahulu dan potong jagung menjadi 2 bahagian.
2. Satukan mentega, madu, gula, garam dan mayonnaise di dalam satu mangkuk. Panaskan dalam 15 saat di dalam microwave dan kacau bagi rata. 
3. Sapukan bahan tadi pada jagung dan biarkan bahan sapuan meresap masuk ke dalam agung.
4. Masukkan jagung di dalam air fryer dan setkan suhu 180° selama 10 minit.
5. Terbalikkan jagung dan tambah lagi 10 minit masa memasak. 
6. Sapukan lebihan bahan sapuan pada jagung yang dah siap dimasak.
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau suka lagi kehitaman boleh tambah masa memasak jagung tesebut.




aisyaismail

9 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D