RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN

Sunday 7 June 2020

RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN


Assalamualaikum and hye readers.



Telur bungkus adalah salah-satu menu yang wajib order bila ai makan di kedai tom yam. Kalau tak ada telur bungkus ni rasa macam tak lengkap lah pula. Siapa yang sama macam ai? Tom yam campur, sayur kailan ikan masin dan telur bungkus. Sempurna menu atas meja. Hahaha!


Sejak pertama kali cuba-cuba dulu, rajin pula ai masak telur bungkus ni. Senang sahaja. Menu telur bungkus engkau laksana bulan ni untuk 5 orang makan. Memang saja ai bungkus satu-satu supaya senang nak ambil sorang satu.




Bahan-bahan

1. 1 - 2 ketul dada ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar
3. 1/2 biji bawang besar dihiris halus.
4. 1 biji bawang besar dihiris kasar
5. 2 ulas bawang putih dihiris halus
6. 3 sudu makan sos cili
7. 2 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan sos tomato
9. Sayur-sayuran potong kecil-kecil
10. Garam
11. Air secukupnya
12. 3 sudu makan minyak masak
13. 5 biji telur ayam

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus bersama cili kisar.
2. Setelah cili garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dalam 50ml air berserta dada ayam yang telah dipotong kecil. Gaul rata. Fungsi air tu supaya sos tadi tak rentung.
4. Agak-agak ayam dah sebati dengan sos, masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan air setakat kuantiti kuah yang dikehendaki. Macam ai suka kuah lebih, jadi ai letak air lebih. Kacau sampai air dan sos sebati.
5. Masukkan sayur dan garam. Kacau. Agak-agak sayur dah masak boleh matikan api.
6. Goreng telur dadar dan letakkan telur di atas pinggan.
7. Letak bahan-bahan yang dah dimasak tadi di atas telur dan lipat. Kuah letak sikit je dalam telur.
8. Lepas tu susun telur yang dah dibungkus tadi dalam mangkuk.
9. Curah baki kuah ke atas telur yang telah di susun di dalam mangkuk.
10. Siap dan sedia untuk dihidangkan.


P/s : Tips lipat telur kalau nak buat telur bungkus besar terus, lepas goreng telur dadar letakkan di atas pinggan yang boleh makan berkuah tu. Lepas lipat, tutup dengan pinggan atau mangkuk yang korang nak guna untuk hidang dan terlangkupkan. Tadaaaa siap!




aisyaismail

36 comments:

  1. wahhh namanya klasik sungguh AI :)

    ReplyDelete
  2. Macam mana susun telur tu gulung ke?

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, sesedap namanya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya IQ, sedap sehingga menjilat jari. Hahaha!

      Delete
  4. Masyaallah nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Menarik resipi ni. Nanti bolehlah syaa tiru

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Terimakasih share resepi :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/06/book-review-homestay-kembara-mistik.html

    ReplyDelete
  7. thanks sharing resipi dan idea nak masak apa

    ReplyDelete
  8. Dia punya nama resepi...terbaik!!

    ReplyDelete
  9. wow oh wow. okay dah dapat idea nak masa apa esok

    ReplyDelete
  10. Hehehe namanya klasik betul. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  11. hamboi, tak menahan dengan nama resepinya heheheh

    ReplyDelete
  12. waaaahhhhh...namanya bukan mainnn...mesti sedap sangat nihhh

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaa! lagi2 kalau letak isi bnyk2

    ReplyDelete
  14. kurang minat sebab bermandikan sos.. tapi kadang2 tu makan je..
    ada kawan yang sngt suka telur bungkus ni. hehe.. selera kita kan semua x sama..
    unik unik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ni kalau mak ai pun tak suka sebab sos tu.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D