Sejak dicutikan dari berkerja Mac yang lalu, ai rasa dah jadi tunggang terbalik masa tidur ai. Selalu sangat tidur lambat. Lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan. Mentang-mentang lah cuti, ai tidur lepas Subuh terus. Ish.. ish.. Teruk betul. Bukan apa, dah alang-alang tidur lambat baik sahur terus.
Bila dah mula berkerja semula, nak kena betulkan balik masa tidur tu, payah nya. Sampai tak lena tidur malam bila nak kena ubah semula ke jadual tidur yang asal. Tapi, penting untuk kita dapatkan tidur yang lena dan cukup setiap malam. Barulah bangun pagi terasa segar. Nak berkerja pun tak terasa mengantuk sepanjang masa. Sekadar rehat tanpa tidur pun tak cukup untuk mengembalikan tenaga korang. Badan akan tetap terasa penat. Tau pun!
Dengan tidur yang cukup setiap hari, badan boleh terhindar dari pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Percaya atau tidak, tidur yang cukup juga boleh melancarkan proses pembuangan korang keesokkan harinya. Sebab tu kalau korang perasan korang akan buang air kecil atau besar bila bangun tidur. Tidur pun boleh mengelakkan stress tau! Jom lah sama-sama amalkan tips tidur lena supaya kita dapat tidur yang cukup setiap malam.
Kosongkan fikiran sebelum tidur
Bila korang dah baring nak tidur tu, jangan lah memikirkan hal dunia. Fikir nak tidur dan nak bangun keesokkan harinya sahaja. Bila banyak berfikir sebelum tidur, ditakuti akan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Seolah-olah korang masih sedang berfikir sambil tidur. Bila bangun keesokkan harinya, korang akan berasa lesu dan penat macm tak tidur semalaman. Siapa yang pernah macam ni?
Letak telefon pintar jauh-jauh
Masalah zaman sekarang ni bila terlalu ramai yang mengadap telefon tanpa had. Sebelum tidur tu dikatakan waktu yang baik nak layan telefon sambil tunggu mata nak terlelap. Tapi sebenarnya, makin korang layankan telefon tu makin lama korang terhanyut. Kalau sekadar sosial media ok lagi, jangan mulakan dengan bermain game. Sejam kemudian pun belum tentu korang tidur.
Udara yang segar
Udara dalam bilik yang segar dapat membantu kita untuk tidur dengan lebih mudah dan cepat. Sekarang kan ada aroma terapi yang bentuk burung hantu tu. Beli lah satu. Kalau nak jimat duit, korang bakar je lah lilin aroma terapi. Nak jimat lagi? Tak perlu bau pun boleh tidur juga.
Bilik tidur kemas dan bersih
Keselesaan adalah perkara yang penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sebab itu lah pentingnya memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih. Barulah udara dalam bilik tu segar dan wangi. Beraroma terapi pun tak guna tau kalau bilik kotor.
Bantal yang selesa
Pada ai, keselesaan bantal ini adalah subjektif. Ada yang suka tidur guna bantal lembut, ada yang suka keras. Ada yang suka kecil ada juga yang sukakan bantal besar. Ai sendiri ada kriteria bantal yang ai selesa. Kalau tak dapat, bangun pagi selalunya mesti sakit leher.
Cahaya yang sesuai
Jangan tidur di dalam cahaya yang terlalu terang. Sudah memadai jika tidur menggunakan lampu tidur yang malap.
Warna bilik tidur
Ada kena-mengena ke? Ya, mestilah ada. Warna bilik tidur juga mempengaruhi keselesaan seseorang untuk mendapatkan tidur yang lena. Warna yang sesuai adalah warna-warna yang lembut. Warna lembut mampu menjadikan suasana bilik lebih sejuk dan menenangkan berbanding warna terang dan garang. Warna gelap pula membuatkan bilik korang kelihatan lebih kecil.
Jam penggera / alarm
Kalau korang jenis yang susah nak bangun tidur tanpa penggera, tak salah korang nak setkan di telefon pintar masing-masing. Tapi set lah di waktu korang betul-betul nak bangun. Bunyi jam penggera yang berulang kali akan mengganggu tidur lena korang. Elakkan juga bunyi-bunyian yang membuat korang tidak selesa untuk tidur.
Waktu tidur inilah peluang untuk badan dan minda berehat dan membuat persediaan untuk memulakan hari yang lebih baik keesokkan harinya. Korang nikmatilah tidur yang secukupnya setelah berkerja keras sepanjang hari. Barulah korang sentiasa cergas dan kurang stress.
aisyaismail
Ya bila dpt tidur tu nimatnyalaa
ReplyDeleteKan.. seronok.
DeleteNice sharing...
ReplyDeleteThank you.
DeleteSelalu kena penatkan diri waktu siang.Apabila malam dah boleh tidur.
ReplyDeleteTapi penat berganda kalau still susah nak tido.
Deletethanks sharing. boleh pratikkan ni
ReplyDeleteWelcome kak.
DeleteBetul, henfon kena jauh. Kalau dekat rasa nak ambik tengok sampai lupa.nak tidur
ReplyDeleteMacam kena pukau dengan telefon sendiri.
DeleteWahh tq tau kongsikan tips ni
ReplyDeleteWelcomw sis.
DeletePaling particular part bantal...boleh tak tido kalau bantal x sedap
ReplyDeleteBetul tu!
Deletepakaian pus sangat main peranan ikut cuaca semasa nak tidur, kalau tak payah nak lena :D
ReplyDeleteBetul juga tu.
DeleteAssalamualaikum.. Tq share tips ini... selalunya saya susah betul nak lena. done follow #379
ReplyDeleteThank you =D
DeleteKalau tak dapat tido marina biasa baring je, kadang lepas 2 jam baru dapat tido
ReplyDeleteUishhhh 2 jam nak baring sesaje tak buat apa ke?
DeleteDah lama x guna jam penggera.
ReplyDeleteHaha ada smartphone guna tu.
Memang kena tutup lampu gelap2 tapi tulah bila ada smartphone alahai susah betul nak elak
Sekarang memang guna jam kat hp je.
Deletealhamdulillah stakat ni ok.. kadang2 jela bila trasa panas..
ReplyDeletebab bantal tu penting. mmg kalo dapat yang tak ngam aaih.. stress..
Ya, bantal tak sedap punca stress.
DeleteBagus utk mereka yang susah nak tidur.. Kita pun kalau tpt x selesa mmg susah nak tidur..
ReplyDeleteLebih lebih lagi kalau tempat baru kan.
Deletesama lah kita, masa MCO haritu tidur entah pukul berapa, bangun pun entah pukul berapa
ReplyDeleteHehehe ramai yang macam tu kot.
Deleteada masanya mama ada masalah ni tapi skrg alhamdulillah.. dah tak jadi zombie dah tq for tips ai
ReplyDeleteAi bakal jadi zombie kotnya.
Delete