SYAWAL 2.0? DI MANA PENJARAKAN SOSIAL?

Thursday 18 June 2020

SYAWAL 2.0? DI MANA PENJARAKAN SOSIAL?


Assalamualaikum and hye readers.



Yeayy! Dapat juga beraya bersama keluarga di dalam bulan Syawal tahun ni. Syawal 2.0. Walaupun tak cukup adik-beradik yang berkumpul, tapi dah cukup untuk mengubat rindu pada keluarga yang dah 3 bulan tak jumpa. Chewah! Macam lah 3 tahun tak jumpa. Hahaha!




Sebelum PM umumkan rakyat Malaysia dah boleh rentas negeri, ai memang dah rancang nak ambil cuti selama seminggu dan mohon untuk rentas negeri di balai polis. Bukan niat nak beraya atau berdegil nak duduk bawah ketiak mak tau. Hahaha! Tapi ai nak sambung jaga baba yang baru keluar hospital. Cuti kakak ai dah habis.


Pada yang mendoakan kesihatan baba masa dia dalam hospital, terima kasih banyak-banyak ai ucapkan. Baba dah keluar hospital pada 5 Jun haritu. Setengah bulan baba duduk dalam hospital. Doktor sahkan luka dalam perut baba adalah ulser. Nampaklah perkembangan yang positif pada baba bila dapat cari punca penyakit tu.


Orang kata, kalau niat tu dah baik, in syaa Allah akan dipermudahkan segala urusan. Tiba-tiba PM umumkan yang kita semua dah boleh rentas negeri. Ini sudah baik. Tak payahlah ai nak beratur kat balai polis. Terus ai dan adik-beradik pakat balik kampung pada hari Sabtu lepas.


Alang-alang ramai yang kebetulan cuti, kami sambutlah raya beramai-ramai. Kalau tak kena tunggu hari raya Aidiladha nanti. Lepaslah rindu selama 3 bulan tak berjumpa. Ramai kami tu, masih tak melebihi 20 orang tau. Sah di sisi undang-undang.




Syawal 2.0? Di mana penjarakan sosial?


Sebelum ni, bila ai tengok gambar raya kawan-kawan bersama keluarga, terdetik di hati ni di mana penjarakan sosial? Bergambar rapat-rapat macam tak ada masalah. Tapi masa ai sampai di kampung hari Sabtu yang lepas, ai cuba tak dekatkan diri dengan keluarga yang dah sampai lebih awal. Tidak bersalaman dan tak ada peluk cium seperti biasa di antara kami.


Selepas semalaman duduk di bawah satu bumbung, barulah berani bersalam-salaman, bermaafan dan bergambar tanpa penjarakan sosial di pagi 22 Syawal. Begitu juga dengan kawan-kawan yang bergambar sebelum ni, mungkin ada cerita di sebalik setiap gambar tanpa penjarakan sosial rakan-rakan ai di media sosial.


Moral cerita, kalau kita rasa tak puas hati simpan je dalam hati atau terus luahkan pada mereka yang kita tak puas hati tu. Sebab kita tak tahu kisah di sebalik apa yang kita lihat di media sosial tu. Kalau ada yang silap, lebih baik tegur pada tuan yang empunya badan daripada naikkan status yang belum tentu dapat mengubah apa-apa. Annoying sangat tau! Peringatan untuk diri ai sendiri juga yang selalu bersangka buruk pada orang lain. Lepas tu mengeluh di twitter. Hihihi!


P/s : Baju raya ai dari Lubna




aisyaismail

31 comments:

  1. akak lagi lah tak sempat balik lagi nih... susah bila dah mula kerja nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Jangan rushing. Kitorang kebetulan je semua boleh balik.

      Delete
  2. mmg rasa serba salah nak salam org raya tahun ni.. semoga babah ai cepat pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak salam lah. Family je itu pun sebab dah semalaman duduk dalam rumah.

      Delete
  3. Tak ada penjarakan sosial..sbb yakin org sekeliling tidak terdedah dgn covid19

    ReplyDelete
  4. Betul, sedikit sebanyak covid ni buat kita paranoid nak salam orang kan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah babah Aisya dah keluar hospital. Masa untuk jaga pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Tapi dah nak balik ni, nanti mesti rindu.

      Delete
  6. Janggal juga tak salam tapi demi kebaikan 😁

    ReplyDelete
  7. Hans bulan 7 baru boleh balik
    In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Asalkan boleh baleh dah syukur sangat-sangat.

      Delete
  8. Alhamdulillah dpt beraya bersama.. Betul.. Masa akak raya tu.. Akk siap hand sani dulu.. Basuh tangab semua

    ReplyDelete
  9. Tedi pun terlupa terus tersalam pak long sebab dah terbiasa kan.
    Tedi follow...

    ReplyDelete
  10. comel je bab mengeluh di twitter tu hehe.. btw Salam Kenal sis !^^

    ReplyDelete
  11. Ktorg klu gerak, terus dari rumah ke rumah. Maknanya dari rumah sendiri ke rumah mak ayah, tidak ada sebarang persinggahan kecuali isi minyak. Lepas isi minyak wajib pakai hand sani.

    Kali ni rentas negeri banyak makna, tetiba MIL kena strok...cuti sepatutnya dua hri jadi seminggu. Banyak hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. Semoga dipermudahkan urusan IQ sekeluarga.

      Delete
  12. Biasa kalau tak puas hati Marina diamkan aje. Hehe

    ReplyDelete
  13. hehehehe, sama lah kita. habis rindu dah kan. susah nak kawal bab tuu

    ReplyDelete
  14. Hari raya tahun ini mmg unik dan pasti akan diingati sampai bila2x. huhu.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D