September 2019

Friday 27 September 2019

MY LOVE FROM THE STAR - KIM SOO-HYUN, JUN JI-HYUN

September 27, 2019 8
MY LOVE FROM THE STAR - KIM SOO-HYUN, JUN JI-HYUN
Assalamualaikum and hye readers.



Cerita fantasi lagi. Hahaha! Tak adalah fantasi sangat tapi memang tak tercapai dek akal lelaki datang dari planet lain dengan muka jambunya. Setahu ai, alien semua menakutkan. Ai tak plan pun nak tengok cerita ni sebenarnya sebab hero dan heroin dia macam kakak dengan adik. Jambu sangat heronya. Tapi dah tertengok sebab tak ada cerita yang menarik untuk ditonton. 




Sinopsis

My Love From the Star mengisahkan tentang Do Min-joon ( Kim Soo-hyun ), seorang alien yang turun ke bumi bersama alien-alien yang lain semasa Dinasti Joseon. Semasa di bumi, Min-joon telah menyelamatkan seorang gadis yang jatuh di tebing dan ketika itu juga alien-alien yang lain pulang ke planet asal tanpa Min-joon. Min-joon perlu menunggu selama 4 abad untuk pulang semula ke planet asalnya.


Min-joon yang memiliki kuasa luar biasa dari manusia di bumi memiliki perwatakan menarik, tetapi beliau lebih gemar bersendiri. Setiap sepuluh tahun Min-joon akan menukar identiti dan mencari tempat baru untuk didiami. Masa terus berlalu dan di abad ke-20, Min-joon bekerja sebagai seorang Professor dan mengajar di sebuah Universiti tempatan.


Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya akan tiba. Kurang lebih tiga bulan, Min-joon akan dapat pulang ke tempat asalnya. Namun, tanpa dirancang Min-joon telah bertemu dengan Cheong Song-yi ( Jun Ji-hyun ), seorang pelakon terkenal yang menjadi jiran di sebelah rumahnya. Song-yi mempunyai iras gadis yang diselamatkan semasa Dinasti Joseon. Pelbagai cara dilakukan untuk menjauhi Song-yi kerana Min-joon ingin meninggalkan bumi, namun gagal. 




Ulasan

Drama ni drama kehidupan orang kaya-kaya. Hero heroin semua kaya, rumah cantik, muka cantik semualah cantik. Mesti korang berangan nak dapat teman lelaki yang jatuh dari langit juga kan? Lepas tu sempurna. Hahaha! Jangan nak berangan lebih-lebih tau sebab alien belum tentu wujud.


P/S : Kenapa drama Korea selalunya ada lebih dari satu tajuk?




aisyaismail

Sunday 15 September 2019

SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

September 15, 2019 25
SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA
Assalamualaikum and hye readers.



Dalam banyak-banyak resipi, ini resipi yang paling senang. Tak pandai masak pun boleh jadi. Korang jangan bandingkan dengan masak air, nasi, maggie atau telur tau. Hahaha! Selain masak nasi dan goreng telur, sayur goreng adalah masakan pertama yang mak ai ajar ai masak. Sayur tu ikut suka korang lah nak guna sayur apa. Sayur campur pun ok. Tapi ai lagi suka sayur hijau.




Bahan-bahan

1. Sayur
2. 1 biji bawang merah dihiris
3. 1 ulas bawang putih dihiris
4. Minyak masak
5. Air
6. Garam
7. Rencah ( Ayam racik / daging racik / ikan bilis / udang kering / sotong / udang )
8. Cili merah dihiris


Cara-cara

1. Potong sayur dan cuci bersih-bersih.
2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
3. Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan bahan rencah dan cili merah. Kacau-kacau sekejap.
4. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang korang nak. Masukkan garam secukup rasa. Serbuk perasa terpulang pada korang. 
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan sayur. Gaul-gaul sekejap. Kalau suka makan sayur yang dah layur, tunggu lama sikit.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cili merah boleh juga dimasukkan bersama sayur. Kalau nak pedas, guna cili padi.




aisyaismail

Sunday 8 September 2019

90 TAHUN DI PASARAN! ADA BOH.. ADA UMMPH!!

September 08, 2019 34
90 TAHUN DI PASARAN! ADA BOH.. ADA UMMPH!!
Assalamualaikum and hye readers.



Tidak kira pada musim panas mahupun musim hujan, antara benda yang sentiasa di fikiran adalah minum teh o panas-panas sambil mencari idea penulisan di blog. Bahangnya sentiasa melegakan tekak. Ada kajian mengatakan minum teh mampu menurunkan berat badan. Walaupun teh adalah kafein, namun teh boleh menghidratkan badan. Tak salah mencuba.




BOH pengeluar teh terkemuka di Malaysia

Terdapat lebih daripada 1500 jenis teh di seluruh dunia, namun teh yang menjadi pilihan sudah semestinya teh BOH. BOH telah menjadi pengeluar teh terkemuka di Malaysia sejak tahun 1929. Jenama teh yang mempunyai “experteas” di Malaysia selama 90 tahun. Bukan masa yang sekejap tau.


Selama 90 tahun BOH telah mampu bertahan di pasaran. Bermula dengan hanya teh biasa, sehingga sekarang BOH telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan menjadi sebahagian daripada tradisi di Malaysia. Jenama teh yang berasal daripada Malaysia ini kini mampu membanggakan kita di persada antarabangsa.




BOH ada Ummph!

Setiap hirupan membuatkan kita merasa Ummph! Sebab itu tidak kira waktu makan pagi, makan tengahari, makan petang mahupun makan malam, teh BOH menjadi pilihan untuk diminum oleh seisi keluarga. Letak lah bersama apa sahaja makanan, pasti membuka selera.


Teh BOH sangat sesuai dihidangkan di dalam pelbagai majlis dan perhimpunan. Nama BOH itu sendiri sangat sinonim dengan rasa hebat di rumah, restoran mahupun di gerai di tepi jalan. Sejak dahulu lagi, rasa, aroma dan warna teh BOH tidak pernah berubah. Rasa dengan aroma yang menenangkan dan melegakan kehausan. 


Berkongsi bersama yang tersayang

Teringat masa zaman masih bersekolah dulu. Setiap pagi mak akan bancuhkan air the BOH sebelum pergi sekolah. Satu cawan teh ai kongsi bersama adik-adik yang turut sama bersekolah. Terasa nikmat berkongsi secawan teh bersama yang tersayang. 




Selama yang ai perasan, BOH adalah jenama teh pertama yang ai sedar ada di dalam rumah. Daripada bancuhan menggunakan serbuk teh, kini jauh lebih mudah dengan adanya BOH potbag. BOH potbag bukan sahaja senang untuk disediakan, malah menjimatkan masa ketika bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebab itu lah BOH sentiasa menjadi pilihan.


BOH bukan sahaja untuk generasi yang terdahulu, BOH adalah untuk semua generasi. Budak kecil pun boleh bancuh BOH potbag sendiri. Pastikan di rumah korang pun ada BOH potbag untuk merasai aroma yang sama. Ada BOH.. ada Ummph!!




aisyaismail