August 2020

Saturday 29 August 2020

RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES

August 29, 2020 32
RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES
Assalamualaikum and hye readers.



Bila sebut je Tom Yam, terus buat ai kecur liur. Sedapnya! Tambah lagi bila dapat Tom Yam yang masam-masam sikit. Makan pula dengan sayur kailan ikan masin  dan telur bungkus. Sempurna hari ai. Hehehe! Tak kisah lah Tom Yam ayam, daging atau campur sekalipun, semuanya ok. Yang penting rasa Tom Yam tersebut padu dan bahan-bahannya tidak berbau hanyir. Hidangan Tom Yam ini untuk 5 orang dan tidak menggunakan pes.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-tom-yam-ayam-saat-yang-bahagia-bahagia.html


Bahan-bahan


1. 1/2 ekor Ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar (boleh letak lebih kalau nak lagi padu)
3. 2 biji bawang merah ditumbuk
4. 2 biji bawang putih ditumbuk
5. 1 inci halia ditumbuk
6. 1 inci lengkuas ditumbuk
7. 2 batang serai ditumbuk sedikit
8. 4-5 helai daun limau dikoyakkan (buang urat tengah)
9. 1/2 tapak tangan asam jawa
10. Kubis bunga ikut nak banyak mana
11. 1 biji tomato
12. 1/2 batang lobak (boleh letak lebih)
13. Garam
14. Bahan perasa jika nak guna
15. Air secukupnya
16. 9 biji limau kasturi diperah airnya


Cara-cara


1. Bancuh air asam jawa. Kemudian tapis air asam jawa ke dalam periuk. Dalam setengah periuk dah cukup. Nyalakan api dan terus masukkan cili kisar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Tunggu sehingga kuah mendidih.
2. Bila dah mendidih masukkan ayam dan daun limau.
3. Bila dah nampak ayam dah masak, korang boleh tambah air jika kuah berkurangan dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan pula kubis bunga, lobak, garam , bahan perasa serta air perahan limau kasturi.
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan tomato.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lagi pedas boleh guna cili padi. Dan kalau tak nak ayam boleh tukar dengan daging, seafood, sayur atau apa sahaja yang korang suka.




aisyaismail

Friday 21 August 2020

MAKAN CHIA PUDDING UNTUK SARAPAN PAGI

August 21, 2020 37
MAKAN CHIA PUDDING UNTUK SARAPAN PAGI
Assalamualaikum and hye readers.



Hari ni ai pilih makanan yang sihat untuk sarapan pagi. Nak mulakan hari yang baik kena mulakan dengan benda-benda yang baik kan. Sebab tu ai nak makan makanan yang sihat. Makanan yang sihat pun adalah salah satu benda yang baik.


Ai perasan, ai ni susah sangat nak pilih makanan-makanan yang berkhasiat. Terutamanya makanan yang melibatkan bawang putih, halia dan rempah ratus. Bukan tak makan, tapi bila berlebih-lebih tu, bau pun boleh buat tekak ai loya. Tak mengada tau!


Makan Chia Pudding untuk sarapan pagi


Yang bertanggungjawab memperkenalkan ai dengan Chia Pudding ini adalah kawan kepada adik ipar ai. Terliur sangat tengok gambar yang dia bagi. Lagi terliur bila meriah buah-buahan dalam tu. Siap ada oat, chocolate dan almond sekali. Selalunya tengok orang makan oat, ai memang tak teringin pun. Tapi yang ini lebih kepada chia sead. Tapi macam biasa lah, ai tengok dan terliur je. Nak buat memang malas!


https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html


Bila adik ipar ai cakap kawan dia ada buka order Chia Pudding, ai terus beli 3 sekali gus. Padahal tak rasa lagi tu. Dah lah cerewet. Tak makan nanti dah membazir. Tapi bukan apa, kawan dia duduk jauh takkan nak hantar satu je kan. Macam tak berbaloi pula. Hahaha!


So pagi ini ai bersarapan dengan Chia Pudding di pejabat. Dengan yakinnya ai tak bawa apa-apa sarapan lain. Kalau tak sedap macam mana? Takpelah, Foodpanda kan ada. Tapi nasib baik sedap. Hehehe! Ada rasa masam manis buah dan pahit chocolate. Memang citarasa ai. Nasib baik tak beli sarapan lain tadi. Kalau tak mesti dah membazir.


Korang cerewet macam ai tak bila nak makan sarapan yang sihat-sihat? Cubalah buat Chia Pudding ni. Alah senang je. Leceh masa nak kembangkan chia sead je. Yang lain-lain, korang letak sekalikan je dalam bekas tu. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Kalau korang malas juga macam ai, korang order je dari @izzatyhaniff. Harga murah-murah je. Berbaloi dan pasti sedap!


Izzaty ni ada juga jual makanan-makanan sihat yang lain. Cuma tengok pada kerajinan dia nak buat menu apa. Tapi menu-menu sihat dia semuanya menyelerakan. Tips yang dia bagi pada ai, main dengan warna. Lagi meriah lagi menyelerakan. Jom follow instagram @izzatyhaniff.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html

https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html





aisyaismail

Wednesday 19 August 2020

PRETTY LITTLE LIARS : SEASON 1

August 19, 2020 24
PRETTY LITTLE LIARS : SEASON 1
Assalamualaikum and hye readers.



Pretty Little Liars bukan lah drama baru di televisyen. Drama ini telah disiarkan bermula daripada season 1 pada tahun 2010 sehingga lah ke season 7 pada tahun 2017. Lama ya! Kalau bermula dengan lakonan kayu, penutup drama ni kalau masih kayu juga tak tahulah nak kata apa. Hahaha! Drama bersiri dari Amerika Syarikat ini dibintangi oleh Troian Bellisario, Ashley Benson, Lucy Hale, Shay Mitchell, Sasha Pieterse, Janel Parrish, Ian Harding dan ramai lagi.


Mulanya ai tak terlintas pun nak tengok drama ni. Tapi Bila Indonesia buat semula drama Pretty Little Liars ini yang telah disiarkan di viu.com, iklan viu.com tu asyik lalu je di instagram ai. Akhirnya ai tertengok. Dan yang ai paling tak suka, bila dah seronok tengok cerita tu tergantung. Ai tak pasti tergantung sebab COVID-19 atau mereka sengaja nak gantung cerita tersebut. Yang ai pasti, mesti lambat lagi nak keluar season 2. Dengan pantas ai cari versi US.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/pretty-little-liars-season-1.html


Sinopsis Pretty Little Liars : Season 1

Pretty Little Liars : Season 1 mengisahkan tentang 5 orang sahabat di Sekolah Tinggi Rosewood iaitu Spencer (Troian Bellisario), Aria (Lucy Hale), Hanna (Ashley Benson), Emily (Shay Mitchell) dan Alison (Sasha Pieterse). Setelah menamatkan zaman persekolahan, mereka berlima mengadakan party yang telah berakhir dengan sebuah misteri. Alison, yang merupakan ketua kumpulan tersebut telah hilang tanpa jejak. Sejak itu persahabatan di antara Spencer, Aria, Hanna dan Emily mula longgar. Lebih-lebih lagi apbila keluarga Aria berpindah ke Iceland dan Hanna mula bersahabat baik dengan Mona (Janel Parrish)


Setahun kemudian, mereka bertemu semula apabila masing-masing belajar di kolej yang sama. Aria yang baru pulang ke Rosewood telah bertemu dan bercinta dengan Ezra Fitz (Ian Harding) yang rupa-rupanya adalah pensyarah Bahasa Inggeris baru di kolejnya. Hanna telah menjadi seorang pelajar yang popular dan gemar membeli-belah setelah ketiadaan Alison. Spencer yang banyak menghabiskan masa dengan belajar menjadi punca hubungan kakak dan bakal abang iparnya putus. Manakala Emily pula telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang baru berpindah ke rumah lama keluarga Alison yang telah berpindah ke luar negeri.


Persahabatan mereka kembali terjalin apabila mereka berempat sering menerima pesanan ringkas berbaur ugutan untuk membongkarkan rahsia mereka. Rahsia di mana hanya Alison yang tahu. Penghantar pesanan ringkas tersebut hanya dikenali sebagai "A". Pada mulanya mereka menganggap Alison adalah penghantar pesanan ringkas tersebut sehinggalah mayat Alison ditemui ditanam di halaman rumahnya. Mereka mula mencari jawapan kepada siapa yang membunuh dan kenapa Alison dibunuh? Siapa pula A? Pelbagai misteri mula terungkai satu-persatu. Rahsia yang mereka simpan kemas bukan lagi menjadi satu rahsia. Konflik demi konflik datang di dalam hidup mereka berempat.  


Pada hari pengebumian Alison, mereka berempat telah bertemu dengan Jenna (Tammin Sursok). Setahun yang lepas, Alison telah membaling mercun ke dalam rumah Jenna dan mengakibatkan berlakunya kebakaran yang besar. Kebakaran tersebut menyebabkan Jenna menjadi buta. Alison mengugut Toby (Keegan Allen), iaitu saudara tiri Jenna untuk mengaku sebagai pelaku kebakaran tersebut. Adakah Jenna yang membunuh Alison? Atau mungkinkah Toby?

Ulasan


Dalam banyak-banyak drama pembunuhan yang ai pernah tengok, drama ni paling banyak suspek pembunuhan. Setiap watak mempunyai motif untuk membunuh. Paling menarik, cerita ni tak lambat. 22 episod season 1 tu, sentiasa berdebar-debar nak  tahu apa yang akan jadi selepas ini. Setiap orang dalam tu ai teka apa motif kalau dia yang membunuh. Plot twist dia memang tak terfikir dari awal. Sebab asyik muncul orang baru je. Macam tengok drama Korea pula macam-macam plot ni.


Kalau korang suka tengok drama misteri dan siri penyiasatan, ai syorkan korang untuk tengok drama ni. Cerita ni tak berat sangat. Kalau di awal cerita korang dah boleh teka siapa yang jahat dan apa motifnya, korang memang hebat.



P/S : Ada lagi 6 season nak habiskan.




aisyaismail

Friday 14 August 2020

6 KEGUNAAN KULIT LIMAU YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU

August 14, 2020 39
6 KEGUNAAN KULIT LIMAU YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU
Assalamualaikum and hye readers.



Sedapnya kalau dapat makan buah limau sambil-sambil menonton televisyen. Kalau dapat minum air limau kisar pun sedap juga. Bertambah sedap jika buah limau tersebut manis rasanya. Tapi ada juga yang gemarkan rasa limau yang masam. Tak kira manis  atau masam, bau limau sentiasa menyegarkan. Selalunya bila makan limau, apa yang korang buat dengan kulitnya? Jangan dibuang kerana kulit limau ada juga kegunaan walaupun tidak boleh dimakan.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/7-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html


6 Kegunaan kulit limau yang mungkin kita tidak tahu


Hilangkan bau busuk pada kasut


https://www.aisyaismail.com/2020/08/6-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html


Bau kasut yang busuk sangat membimbangkan. Tak nak pakai, itu sahaja kasut yang ada. Bila pakai pula bimbang orang sebelah boleh bau. Macam mana nak hilangkan bau kasut tanpa keluarkan duit yang mahal? Haaa.. korang letak beberapa keping kulit limau selama 24 jam dalam kasut. Bau kasut korang akan diserap oleh kulit limau dan meninggalkan bau limau. Wangi dan jimat duit.


Sebagai pewangi rumah


Pewangi rumah yang berjenama agak mahal. Lebih-lebih lagi yang wangi dan tahan lama. Kalau jenama yang popular, lagi lah mahal. Cuba korang buat sendiri je. Korang rebus kulit limau yang sudah dipotong selama beberapa minit. Campurkan sedikit dengan kulit kayu manis atau daun pudina. Kemudian letakkan di dalam bekas yang terbuka dan letakkan di tempat-tempat seperti di dapur, bilik air dan bilik tidur.


Mengelakkan kucing buang najis merata


Banyak ai tengok kawan-kawan yang merungut di sosial media di mana kucing jiran-jiran suka membuang najis di dalam kawasan rumah mereka. Dah macam tandas pula. Cuba korang ambil kulit limau dan hiriskan kulit limau tersebut. Kemudian korang letakkan di tempat yang menjadi kesukaan kucing tersebut. Bau limau yang kuat tu akan mengelakkan kucing datang ke tempat tersebut. Selesai masalah! Hahaha! Tapi ai belum pernah cuba. Korang cuba lah, lepas tu bagi feed back ya!


Dapat melegakan sakit kepala


https://www.aisyaismail.com/2020/08/6-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html  Automatic Permalink


Bila sakit kepala dah datang, semua kerja tak menjadi. Kalau korang jenis yang tak suka telan panadol, cuba petua kulit limau ini. Gosokkan beberapa keping kulit limau pada dahi dan hidu bau kulit limau tersebut. Bau segar kulit limau itu dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Kalau ai, tak kira bau apa sahaja buah yang masam dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Awas! Lebih baik korang berjumpa doktor. Takut ada penyakit lain pula bila dah melibatkan kepala.


Bersihkan sinki sehingga berkilat


Asingkan isi dan kulit limau. Isi limau tu korang makan lah sebagai pencuci mulut. Kulit limau tersebut korang sental sinki menggantikan berus. Pasti berkilat dan wangi sinki korang. Jimat berus kat dapur. Hehehe! Sental betul-betul tau. Kulit limau ni hanya menjadi pengganti berus dan kulit limau tidak boleh buat magik!


Korang boleh lah cuba buat di rumah ataupun di tempat kerja. Kalau berhasil boleh lah korang kongsikan pengalaman korang mencubapetua-petua di atas. Semoga bermanfaat untuk orang ramai dan tidak dibazirkan kulit limau yang ada.




aisyaismail

Tuesday 11 August 2020

RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA

August 11, 2020 28
RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA
Assalamualaikum and hye readers.



Siapa suka makan sizzling? Ai boleh katakan, ni adalah menu favourite ai kalau pergi ke food court Aeon atau Mid Valley. Tapi sizzling yee mee lah, bukan nasi. Tapi bila nak buat sendiri, susah pula nak cari yee mee. Jadi, ai tukarkan kepada nasi. Akhirnya jadilah Sizzling Rice Berkorban Apa Saja. Tetap sedap! Hahaha! Cara masak dia senang je. Cuma akhirnya korang pilih nak makan dengan yee mee atau nasi sahaja. Resipi ini untuk 5 orang makan.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-mudah-sizzling-rice-berkorban-apa-saja.html


Bahan-bahan


1. Ayam dipotong kecil (ikut kuantiti yang diingini tapi jangan sampai penuh satu kuali)
2. 3 inci halia hiris kasar
3. 7 ulas besar bawang putih
4. 1 sudu teh lada hitam
5. 7 keping cili kering potong 2 atau 3
6. 3 cawan air
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 4 sudu makan kicap pekat
9. 4 sudu makan kicap manis
10. 2 sudu teh serbuk lada hitam
11. 1 kiub ayam
12. 4 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
13. 1 sudu makan gula
14. Garam secukup rasa
15. Cendawan butang (ikut kuantiti yang diingini)
16. Sayur park choy (ikut kuantiti yang diingini)
17. 5 biji telur
18. Yee Mee / Nasi
19. 1/4 cawan minyak masak


Cara-cara


1. Tumbuk halia dan bawang putih. Lepas tu tumbuk bersama lada hitam. Jangan lumat sangat.
2. Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang putih, lada hitam bersama cili kering.
3. Sebelum bahan tumisan garing, masukkan ayam dan gaul sekali sampai masak sedikit.
4. Masukkan air. Kalau nak kuah lebih boleh tambah ikut sukatan korang. 
5. Bila kuah mendidih sikit, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau-kacau supaya kicap-kicap sebati dengan kuah tadi. Tunggu mendidih kali kedua.
6. Kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau supaya sebati. Fungsi tepung jagung ni untuk pekatkan kuah sizzling korang. Korang boleh lebihkan atau kurangkan mengikut kepekatan yang korang nak. Tapi jangan banyak sangat, nanti tepung jagung tu ganggu rasa kuah sizzling tu.
7. Masukkan gula dan garam dan kacau sedikit. Jangan guna bahan perasa sebab dah ada kiub pati ayam tadi.
8. Masukkan cendawan dan sayur park choy. Kacau-kacau supaya sebati. Bila dah mendidih boleh tutup api. 
9. Goreng telur mata separuh masak.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Sayur boleh guna sayur apa sahaja yang korang suka.



aisyaismail

Wednesday 5 August 2020

MOON LOVERS : SCARLET HEART RYEO - LEE JOON-GI, IU

August 05, 2020 24
MOON LOVERS : SCARLET HEART RYEO - LEE JOON-GI, IU
Assalamualaikum and hye readers.



Drama bersiri Moon Lover : Scarlet Heart Ryeo telah disiarkan di televisyen pada Ogos 2016 sebanyak 20 episod. Drama ini telah diadaptasi daripada novel Cina yang bertajuk Bu Bu Jing Xin. Novel ini juga pernah diadaptasi oleh drama China. Walaupun tak berjaya meraih rating yang bagus di Korea Selatan, namun Moon Lover : Scarlet Heart Ryeo sangat popular di negara-negara luar.




Sinopsis Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo


Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo mengisahkan tentang Go Ha-jin (IU) yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lemas di sebuah tasik. Ketika gerhana matahari yang tiba-tiba muncul, Go Ha-jin telah dibawa ke zaman Dinasti Goryeo. Go Ha-jin muncul di dalam kolam mandi putera-putera Dinasti Goryeo di tahun 941. Dia juga kini dikenali sebagai Hae Soo.


Pada awal kedatangan Hae Soo di zaman itu, Hae Soo menyukai Putera Wang-kook (Kang Ha-neul) yang juga dikenali sebagai Putera ke-8. Kelembutan dan keramahan Putera Wang-kook menarik hati Hae Soo. Kemudian Hae Soo bertemu pula dengan Putera Wang-so (Lee Joon-gi) yang juga dikenali sebagai Putera Ke-4. Pada mulanya Hae Soo sangat takutkan Putera Wang-so yang digelar 'wolf dog' kerana memiliki parut yang jelas di muka yang disembunyikan di sebalik topeng muka selain dikenali sebagai putera yang kejam dan sukar dijangka.


Sedikit demi sedikit Putera Wang-so berubah kerana Hae Soo yang tidak pernah takutkan parut mukanya seperti orang lain. Hae Soo yang tidak sukakan ketidakadilan menjadi orang pertama yang memahami kesakitan dan kesedihan Putera Wang-so sebagai putera yang terbuang kerana parut di mukanya dan bertekad untuk membantunya. Hae Soo telah mencipta foundation yang mampu menyorok parut Putera Wang-so. Lama-kelamaan, Hae Soo mula menyukai Putera Wang-So. 


Ulasan


Kalau tak silap ai, drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni ada 6 putera semuanya dan hampir semua putera sukakan Hae Soo termasuklah putera yang paling muda. Jalan cerita dia memang menarik cuma ai tak suka pengakhiran cerita. Mungkin drama ni akan jadi lebih baik kalau ada musim kedua iaitu sambungan hubungan Putera Wang-so dan Hae Soo di abad ke-20. Oh ya, ini satu-satunya drama Korea yang diadaptasi dari novel dan ai cari novelnya sebab nak tahu apa sambungan drama ini. Novel online je. Nanti-nati lah ai baca.


P/S : Drama Korea dan mati tak boleh dipisahkan.




aisyaismail