JENIS BUNGA DAN MAKSUDNYA YANG TERSEMBUNYI

Monday 25 February 2019

JENIS BUNGA DAN MAKSUDNYA YANG TERSEMBUNYI


Pernah tak korang bagi atau terima bunga pada seseorang? Tak kisahlah pada kekasih, isteri, suami, ibu, ayah, teman-teman atau pun orang yang tak dikenali. Sekuntum ke, dua kuntum ke atau berkumtum-kuntum. Korang tahu ke apa maksud bunga tu?

Bunga selalunya dijadikan sebagai hadiah tanda terima kasih, melawat seseorang, memujuk dan ucapan tahniah. Tidak kurang juga bagi yang ingin meraikan sesuatu hari yang bermakna seperti  hari jadi, hari ibu dan hari graduasi. Tapi korang tahu tak setiap bunga sebenarnya ada maksud yang tersembunyi?


MAWAR

Paling popular di antara semua bunga. Sering diberikan kepada kekasih lebih-lebih lagi untuk melamar. Setiap warna bunga mawar ada maksudnya yang tersendiri. Walaupun dengan hanya sekuntum, dapat menceriakan hari si gadis.

Mawar merah membawa erti kecantikan, berani dan romantis. Jadi, tidak hairan lah mengapa mawar merah sering dijadikan hadiah untuk diberi kepada sang kekasih walaupun tanpa meraikan sesuatu. Mawar putih membawa erti cinta sejati, kemurnian, kesucian kelembutan dan rendah diri.

Mawar kuning pula bererti sahabat sejati. Haa, kalau korang dapat mawar kuning daripada pasangan, korang faham-fahamlah apa maksud dia ya. Mawar jingga membawa erti lamaran. Mawar biru membawa erti misteri dan mawar hijau membawa erti ketenangan. Manakala mawar hitam pula membawa erti kematian.

TULIP

Bunga tulip melambangkan bahawa orang yang memberi ingin memohon maaf. Selain itu, bunga tulip juga membawa maksud meluahkan cinta, ambil berat, kemewahan, semangat yang tinggi dan juga persahabatan. Secara umum, bunga tulip melambangkan cinta yang sempurna. Jika warnanya bermacam-macam, bunga tulip ini membawa makna keindahan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

maksud bunga
Gambar hasil carian di google.com

ORCHID

Bunga orchid atau anggerek merupakan bunga yang memerlukan waktu yang cukup lama untuk berbunga. Setelah menghasilkan bunga barulah orchid atau anggerek ini kelihatan cantik. Orchid juga tidak akan cepat layu. Orchid atau anggerek ini sesuai untuk pasangan atau teman yang meraikan hari graduasi atau mendapat apa-apa jenis pencapaian yang membanggakan. Sesuai dengan kesusahan untuk menjaga pokoknya.

MATAHARI

Bunga ini diberi nama bunga matahari kerana sifatnya yang selalu menghadap ke arah matahari. Malah, rupanya juga seakan-akan matahari. Itulah yang membuatkan bunga matahari menjadi simbol ketulusan dan kesetiaan. Jika ingin menunjukkan kesetiaan kepada pasangan, bunga matahari adalah bunga yang paling sesuai.

PEONY

Bunga peony selalu kelihatan cantik dan wangi. Bunga ini juga dapat menghilangkan infeksi dan rasa sakit. Secara tidak langsung, bunga peony membawa maksud kebahagiaan.

LILY

Bunga lily melambangkan kesucian, kesopanan dan kemurnian. Bunga ini sesuai diberikan kepada pasangan. Gadis di luar sana pasti gembira menerima bunga lily sebagai hadiah. Bunga lily juga kerap dilihat dijadikan sebagai bunga tangan di majlis perkahwinan selain deberikan pada hari konvokesyen.

HYDRANGEA

Hydrangea merupakan simbol terima kasih kepada seseorang. Kalau korang nak meluahkan rasa terima kasih, bunga yang cantik ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah. Hydrangea ini juga semakin popular dan dijadikan hiasan meja dan pelamin.

maksud bunga
Gambar hasil carian di google.com

DAISY

Bunga daisy atau juga dikenali sebagai bunga aster memberi makna kesetiaan dan kesabaran. Bunga ini hanya sesuai untuk seseorang yang korang selesa dan yakin akan kesabaran dan kesetiaannya. Selain mawar, daisy juga adalah pilihan yang tepat buat sang kekasih. Dan bunga kesukaan ai sudah tentunya bunga daisy.


Korang dah tau ke bunga apa yang korang nak beli bila ke kedai bunga nanti? Kalau untuk ai, ai tak kisah pun apa maksud di sebalik bunga-bunga itu. Asalkan cantik, ai akan suka. Semua bunga cantik dan mampu berseri sebagai hiasan rumah.

14 comments:

  1. Baru tahu semua ada maksud tersendiri hehe. thanks for sharing sis :)

    Ika datang singgah sini kak sha https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi orang tak ikut pun maksud tu semua. Hehehe

      Delete
  2. Sis suka Orchid hehehehe... :)

    ReplyDelete
  3. Wah baru tahu setiapnya ada maksud, tq share. First time dengar bunga Peony tu huhu.

    ReplyDelete
  4. kalau bunga Ta*k ayam mcm mne pulak cik AI??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemberi nak bagitau yang dapat bunga tu busuk. Hahaha

      Delete
  5. owh..ni makna setiap bunga cantik2 ni..

    ReplyDelete
  6. No wonder la saya seorang yang setia dan penyabar. Sebab saya suka daisy. Eh. Hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Cantiknyer semua bunga-bunga tu. Suka tanam bunga tapi susahnya lah nak bertahan lama.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D