TIPS BERKACA MATA UNTUK WANITA BERTUDUNG

Wednesday 27 February 2019

TIPS BERKACA MATA UNTUK WANITA BERTUDUNG


Assalamualaikum and hye readers.



Sebagai seorang wanita yang berkaca mata, ai selalu ada masalah untuk memadankan kaca mata dengan tudung ai. Tudung kembang lah, bingkai terbesar lah, terkecil lah dan kadang-kadang dah macam makcik-makcik pula. Ya, ai sedar akan perkara itu. Hahaha! Nak pakai kanta lekap, memang bukan ai. 


Penyelesaian kepada masalah ai ini, ai ada dua kaca mata. Kenapa ada lebih dari satu? Supaya senang ai nak padankan dengan tudung-tudung yang ai pakai. Ini pun ada perasaan nak tambah lagi tau, tapi sayangnya kaca mata mahal ok. Banyak lagi benda lain nak kena beli. Jadi, ai terpaksalah mencari jalan penyelesaian yang lain pula. Korang pun boleh ikut cara-cara ni kalau korang ada masalah yang sama.





Pilih bingkai yang sesuai dengan bentuk muka

Tak semua bingkai yang sesuai dengan semua bentuk muka. Dua kaca mata yang ai ada, ai pilih yang betul-betul kena dengan muka ai. Kalau kena dengan muka, tudung kembang sikit pun kadang-kadang masih nampak sempurna. Hahaha! Ok perasan. Jadi kalau korang nak pilih kaca mata, pastikan korang pilih yang betul-betul kena dengan muka korang. Tidak mengapa duduk lama di kedai, tuan kedai tak akan halau korang disebabkan memilih terlalu lama. Tapi, janganlah kedai nak tutup korang masih di situ.


Pilih kaca mata yang sesuai dengan jenis tudung kegemaran

Korang suka pakai tudung jenis yang macam mana? Bawal, selendang, sarung atau apa-apa je lah tudung yang korang selalu pakai, korang pakai lah masa pilih bingkai. Lain jenis tudung, lain lah efek bila pakai cermin mata. Macam ai, ai akan pakai tudung bawal setiap kali pilih bingkai, sebab ai memang pencinta tudung bawal.


Cara pemakaian kaca mata yang selesa

Pakai kaca mata pun ada cara ke? Buat masa ni yang ai tahu hanya dua cara iaitu pakai di dalam atau di luar tudung. Ai tak akan pakai kaca mata di luar tudung sebab ai tak selesa. Lagipun telinga ai di dalam tudung kenapa nak kena pakai di luar tudung pula. Tapi ada orang yang selesa pakai kaca mata di luar tudung. Ikut lah korang selesa untuk pakai yang mana satu. Kata orang bila selesa akan ada keyakinan. Keyakinan itu yang sebenarnya mencantikkan kita.


Material tudung yang sesuai

Asyik fokus untuk pilih bingkai je, material tudung pun penting juga tau. Jangan pilih material tudung yang terlalu licin. Tudung akan tertarik bila korang pakai dan buka kaca mata. Tapi kalau korang jenis pakai kaca mata di luar tudung, tak ada masalah. Letak sahaja kaca mata di atas tudung korang. Tak akan terusik tudung korang yang dah terlilit cantik tu.


Gaya tudung yang sesuai

Elakkan memakai tudung dengan gaya yang ketat mengikut bentuk wajah. Gaya ini akan menyebabkan tudung korang kembang bila mengenakan kaca mata. Longgarkan tudung agar dapat diberi laluan pada kaca mata tu. Tips ni juga boleh menampakan efek kurus pada muka korang tau.


Sekian sahaja tips dari ai. Siapa kata berkaca mata tak boleh bergaya? Korang silap ya. Kaca mata dah jadi trend dari semasa ke semasa. Yang tak rabun pun dah sibuk nak pakai kaca mata. Korang yang memang memerlukan, jangan jadikan alasan tak cantik dan tak boleh bergaya bila berkaca mata.




aisyaismail

29 comments:

  1. good sharing ni.. ohh Nisa nak share, pada yang nak tudung on-point and bagi 'kerjasama' tak kelepet2, nak kenalkan dengan Safiyya Hijab Spray.

    Boleh jugak digunakan untuk baju. Boleh dapatkan dengan Nisa.

    ReplyDelete
  2. seriously, benda ni memang penting...kita sendiri pernah teman housemate pilih spek...perkataan yg selalu keluar lepas try setiap spek tu adalah "kembang la tudung, tak nak lah" hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang betul tu. Berjam-jam kalau nak pilih bingkai.

      Delete
  3. Dulu masa pakai contact lense kak ana suka pakai bawal. Tp skrg hanya berkaca mata pakai shawl je lah. Bila pakai bawal rasa pelik kejap. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai terbalik pula, ai lagi suka bawal bila pakai spek.

      Delete
  4. Nice tips. Setakat ni tak pakai lagi. Kalau satu hari kena pakai, boleh tgok tips ni balik hehe.

    ReplyDelete
  5. wahh tips yang bagus...kite klo pkai spek mesti tusung jd kembang..menyampah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kena cari bingkai yang betul-betul ngam dengan muka.

      Delete
  6. abam kie pun rasa kena tukar speks baharu sbb dah kurang nampak dgn yg ada skrg. makin tua makin kabur plak penglihatan. anyway, thanks for your tips...

    ReplyDelete
  7. good tips aisya, kak ana memang failed bab2 macam ni, masih setia dengan bawal lagi hehe :)

    ReplyDelete
  8. Lawa spek dia tu.. teringin juga naak yang macam tu cuma macam tak sesuai dengan muka kitalahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun ai rasa tak sesuai. Yang penting confident. Huhuhu

      Delete
  9. Memang..orang yang bertudung pakai cermin mata agak cerewet nak pilih frame..nanti kembang belah tepi...

    ReplyDelete
  10. Walaupun saya tak pakai spec tapi tips ini berguna untuk saya..sebab guna sunnies

    ReplyDelete
  11. suka baca sharing ni...teruskan lagi sharing info sebegini

    ReplyDelete
  12. Susah nak cari bingkai kaca mata yng sesuai untuk muka bulat macam saya. Lepastu suka pakai bawal pula tu. Adoi, dilema betul. Kadang-kadang rasa macam makcik2 plak.

    ReplyDelete
  13. gud tips ai. Betul semua tips ai tu.Na k cuba amalkan segla tips ai ini.Terimakasih

    ReplyDelete
  14. Disebabkan selalu salah pilih spek tudung bawal menjadi pilihan. Haha pEnat nak pilih spek yang sesuai. dah ngam ngan muka. macam xkenan di mata. Haha

    ReplyDelete
  15. nice one! kalau nak pilih tudung utk sukan, brand apa yang jadi pilihan you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far I masih mencari tudung yang selesa untuk bersukan. Masih pakai tudung biasa je.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D