May 2024

Wednesday 29 May 2024

Ciri-Ciri Anak Autisme: Ibu Bapa Jangan Ambil Ringan Jika Anak Ada Ciri-Ciri Ini!

May 29, 2024 11
Ciri-Ciri Anak Autisme: Ibu Bapa Jangan Ambil Ringan Jika Anak Ada Ciri-Ciri Ini!

Selama ni tak pernah terlintas dalam fikiran Ai nak tulis tentang autisme. Jujur, Ai ada perasaan takut pada anak-anak autisme. Bukan sebab mereka istimewa tapi Ai takut sebab tak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka. 


Bila tengok kawan-kawan yang ada anak autisme, Ai selalu terfikir betapa kuatnya mereka nak menjaga dan mendidik anak. Walaupun ada yang cakap tak kuat, tapi pada Ai mereka sangat kuat!


Lawatan ke The National Autism Society of Malaysia (NASOM) 2 tahun lepas, mengubah mindset Ai. Anak-anak autisme ni sama je macam anak-anak yang lain. Mereka cuma ada kekurangan sedikit yang membezakan mereka dengan yang lain.


Autisme


Baca juga: Cara tangani gangguan emosi di tempat kerja


Apa itu Autisme?

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, kejadian autisme adalah 1 daripada 68 kanak-kanak. 


Autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak. Gangguan ini mempengaruhi keupayaan mereka untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti kanak-kanak biasa. 


Kesannya, mereka susah untuk berhubung dengan dunia luar. Tingkah laku mereka ada yang terlalu agresif sehingga mencederakan diri sendiri. Ada sesetengah kanak-kanak autisme tidak mahu bercakap, tapi tak semua. 


Ada juga yang mampu bertutur walaupun ada yang sukar difahami atau percakapan yang tidak sesuai. 


Ciri-ciri autisme

Autisme ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tidak mengenal kaum, kaya atau miskin, gaya hidup atau pendidikan seseorang individu atau keluarganya. Ibu bapa biasanya mula perasan gejala yang ada pada anak-anak yang berumur 2 ke 6 tahun.


Satu perkara yang korang kena tahu, tak semua Kanak-kanak autisme menujukkan ciri-ciri yang sama. Setiap orang berlainan ciri-cirinya. Dan Ada juga kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu ciri.


Autisme


Antara ciri-ciri autisme adalah seperti berikut.

1. Tidak takut dengan bahaya.

2. Terlalu sensiitif atau tidak sensitif langsung dengan kesakitan.

3. Mengelak daripada bertentang mata

4. Susah nak beritahu apa yang mereka mahu atau perlu

5. Suka rutin yang sama dan susah untuk diubah

6. Sukar nak berinteraksi dengan orang lain

7. Tidak menunjukkan minat terhhadap sesuatu

8. Mengulangi sesuatu perbuatan atau bercakap tentang perkara yang sama berulang kali

9. Jika bermain, main betul-betul hingga boleh menyakiti diri atau orang lain

10. Mengibas-ngibas tangan tanpa sebab

11. Ketawa berdekah-dekah tak kena pada tempatnya

12. Tidak bermain dengan orang lain.

13. Hanya menyertai sesuatu kumpulan atau aktiviti bila didesak atau ada orang bantu.

14. Tunjukkan keinginan pada tangan orang dewasa.


Punca autisme

Masih belum diketahui punca sebenar autisme, namun dipercayai disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran.


Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada autisme.

1. Genetik

2. Faktor biologi dan neurologi

3. Faktor persekitaran

4. Interaksi genetik dan persekitaran


Autisme


Cara mengubati Autisme

Setakat hari ini, tiada ubat untuk mengubati autisme. Akan tetapi, terbukti jika mereka menjalani terapi dan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan dapat mengurangkan gejala autisme. 


Jangan terkejut, ada kanak-kanak autisme yang membesar dengan baik dan menjadi seorang yang terpelajar dan mendapat tempat di alam pekerjaan. Malah ada yang lebih hebat dari kita yang normal.  


Langkah awal ibu bapa yang ada anak autism

Jika ibu bapa nampak ciri-ciri autisme pada anak-anak, jangan kecewa atau buat keputusan yang terburu-buru. Paling penting, ibu bapa kena buat tindakan untuk mendapatkan sokongan serta bantuan yang diperlukan.


Langkah-langkah awal boleh memberikan perbezaan besar dalam perkembangan dan kualiti hidup anak anda!


1. Buat temujanji dengan doktor

Anda boleh bertemu dengan doktor dan jangan berselindung masalah yang ada pada anak anda seperti tanda-tanda autisme yang dikesan. Doktor tak boleh nak bantu dengan lebih mendalam jika anda cuba menyembunyikannya.


Minta rujukan untuk bertemu dengan pakar yang berpengalaman bagi menjalankan penilaian perkembangan yang lebih terperinci untuk memahami tingkah laku dan perkembangan anak anda.


2. Terapi awal

Sekiranya anak anda didiagnosis dengan autisme, mulakan dengan terapi awal seperti terapi pertuturan, terapi pekerjaan serta terapi tingkah laku. Terapi awal boleh membantu meningkatkan komunikasi dan sosial kanak-kanak.


3. Sertai Program Intervensi Awal

Program ini biasanya disediakan oleh kerajaan atau organisasi bukan kerajaan dalam memberi sokongan dan terapi untuk kanak-kanak autisme.


4. Pendidikan khas

Dapatkan maklumat mengenai pendidikan khas dan sekolah yang sesuai untuk anak anda. Program pendidikan khas boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk keperluan mereka.


5. Pendidikan dan latihan untuk ibu bapa

Belajar sebanyak mungkin ilmu tentang autisme dengan hadiri bengkel atau kursus latihan untuk lebih faham cara yang lebih baik dalam menyokong dan mendidik anak anda.


Dalam masa yang sama, anda boleh masuk ke dalam kumpulan ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat mereka. Ini sangat membantu untuk menjaga mental serta emosi ibu bapa. 


6. Bersabar

Bersabar adalah kunci untuk meningkatkan semangat ibu bapa dalam memberikan sokongan emosi kepada anak anda. Proses ini mungkin mencabar, namun dengan kesabaran dan kasih sayang sangat membantu anak anda capai tahap yang lebih baik.


Autisme


Pengalaman di NASOM

Macam Ai katakan di awal artikel tadi, Ai tak pernah terfikir nak tulis tentang autisme apatah lagi nak melawat anak-anak autisme ni. Lawatan Ai ke NASOM bukan dirancang dari awal, namun ia menjadi satu pengalaman yang Ai sangat hargai.


Senang kata, Ai tak menyesal ikut lawatan ke NASOM ni. Di sana, Ai baru tahu yang anak-anak autisme ni ramai yang pemalu dan lembut hati. Ada juga yang agresif namun ada cara untuk tenangkan mereka. 


Siapa sangka Ai dapat dan akan bermain dengan mereka? 


Pada awalnya, Ai dan beberapa orang lagi rakan agak takut dengan anak-anak yang agresif, tapi akhirnya, rasa tak nak balik pula. Seronok bermain dengan mereka, lebih seronok sebab boleh skip kerja. Huhuhu!


Kena pukul dengan mereka? Tak ada! Mereka tak kacau orang yang tak kacau mereka. Kalau tak percaya, korang boleh buat lawatan ke NASOM dan korang akan dapat rasakan mereka adalah kanak-kanak yang baik walaupun mereka tak sama macam kita.


Tapi bukan boleh main terjah je tau. Kena buat temujanji dulu. Tapi jangan risau, layanan kakitangan NASOM pun sangat baik dan mereka sangat memberi kerjasama. Malah mereka bantu cadangkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ini.


Autisme


Senoga anak-anak ini akan membesar dan berjaya sama seperti anak-anak yang lain.


P/s: Lawatan ke NASOM ini adalah pada 2 tahun yang lepas. Sebarang pembaharuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Thursday 23 May 2024

Jalan-jalan Thailand: 12 Tempat Menarik di Hatyai

May 23, 2024 11
Jalan-jalan Thailand: 12 Tempat Menarik di Hatyai

Sejak dua menjak ni ramai pula kawan-kawan Ai pergi bercuti ke Thailand. Dari Hatyai, Bangkok, Krabi dan macam-macam lagi. Setiap minggu ada je yang update di media sosial tentang percutian masing-masing. 


Ok taknak cerita pasal diorang, tapi nak cerita pasal percutiaan 3 hari 2 malam Ai ke Hatyai bulan November tahun lepas. Ya, cerita lama baru nak update kat sini. Huhuhu, boleh lah kan dari tak ada?


Hatyai


Selalunya bulan November Ai dan Coco akan plan untuk pergi bercuti. Tak kisahlah dekat atau jauh, tapi kali ni buat pertama kali kami ke luar negara. Pakej sambut birthday Ai bulan Oktober, anniversary kami bulan November dan birthday Coco bulan Disember. Senang kan?


Kebetulan tempat kerja Coco buat trip ke Hatyai bulan November tahun lepas, boleh bawa pasangan pula tu. Kami pun bagi nama awal-awal. Kena bayar ya, bukan percuma. Tapi murah sangat jika nak dibandingkan dengan keluarkan 100% duit sendiri. Jadi, Ai taknak lah cerita pasal bajet, memang takkan dapat bajet yang sama.


Kami pergi naik bas. Seronok sebab boleh fokus nak tidur, tengok pemandangan, main game atau buat lah apa pun. Dalam bas pun ramai orang, meriah sangat. Cuma tak ada karaoke je. Nasib baik juga, kalau tak susah pula nak tidur.


Yang tak seronoknya, perjalanan makan masa lebih 12 jam. Lama sampai sakit tengkuk, sakit punggung semualah. Jalan memang jammed teruk. Ye lah masa tu cuti Deepavali, memang sakan lah orang ke Utara sana.


Hatyai


Baca juga: Taman Botani Negara Shah Alam


Tempat wajib pergi Hatyai

1. 7 Eleven

Lepas je border Thailand, tempat pertama kami tuju adalah 7 Eleven. Boleh nak dikatakan, ini tempat paling wajib pergi! Masing-masing membeli macam tak ada hari esok. Paling laku keras, burger segera. 


Pada Ai memang sedap sangat dan jauh lebih murah jika nak dibandingkan di Malaysia. Tapi kena tengok betul-betul tau, takut terambil yang tak halal. Di Thailand, makanan halal dan tidak tak diasingkan macam di Malaysia. Jadi berhati-hati dalam memilih. 


Senang je nak tahu halal atau tak, yang halal ada logo halal. Kalau dah tulis daging tutttt tu, tak payah lah beriya nak cari logo halal lagi ya. Umpama cari air di padang pasir. Gittuwww perumpamaannya.


Oh ya, di Hatyai ni memang banyak 7 Eleven. Kalau tak jumpa apa yang korang nak, jangan kecewa. Cari je di 7 Eleven lain. 


2. Chang Puak Camp, Hatyai

Hatyai

Hatyai


Selepas dah borong di 7 Eleven, kami pergi pula ke Chang Puak Camp. Ini tempat gajah. Kalau korang berhajat nak naik gajah, inilah tempat dia. 


Boleh ke naik gajah ni sebenarnya? Kalau tanya pendapat Ai, korang nak naik tu naik je lah. Tu hak dan pandangan masing-masing untuk nak naik ataupun tidak. Cuma kalau ajak Ai naik, Ai memang tak akan naiklah sebab itu hak dan keputusan Ai. 


Di Chang Puak Camp ni bukan untuk tunggang gajah semata-mata tau, ada banyak port OOTD. Yang penting gambar semua on point. Mungkin sebab masa Ai di sana tengah panas terik. Hehehe. Gambar jadi cantik. Posing Ai je tak cantik.


3. Songkhla City

Hatyai

Dimsum Chabura Restaurant, Songkhla

Hatyai

Di Songkhla City ni banyak tempat yang kami tuju. Mula-mula kena isi perut dulu. Kami tak makan dimsum pun, sampai je Dimsum Chabura Restaurant ni dah terhidang lauk Tom Yam dan Ikan Siakap Stim beserta Sweet Sour. 


Berbekalkan perut yang lapar, memang licinlah makanan tersebut. Bila dah kenyang baru terfikir, Tom Yam Malaysia lagi sedap. Hehehe!  Kalau pemandangan, restoran ni memang cantiklah sebab dekat dengan laut.


The Golden Mermaid Statue, Samila Beach

Hatyai


Dari Restoran Dimsum Chabura tu nak ke Mermaid Statue boleh jalan kaki je, tapi kami naik bas. Hahaha! Nak jimatkan tenaga. Banyak lagi tempat yang nak dituju, yang mana boleh jimat kita jimatkanlah. 


The Golden Mermaid Statue ni dah dicipta sejak tahun 1966 lagi. Pemandu pelancong kami, Sulaiman kata kalau ke Hatyai tak lengkap kalau tak pergi bergambar di patung duyung tu. Tanda kami dah ada kat sana, ambillah gambar kenang-kenangan dengan patung tu. 


Ramai sangat pelancong, Ai dapat ambil gambar dari tepi je dan pada Ai gambar tak cantik sebab ramai sangat kat duyung tu. Jadi, Ai bagi korang tengok pantai je, ok? Kalau nak duyung, Google je.


Dalam banyak-banyak tempat yang Ai pergi di Hatyai, area Samila Beach tempat paling murah kalau nak beli cendera hati. Tempat lain tak dapat dah harga yang sama. Makin cari makin mahal harga yang Ai jumpa. Huhuhu.


Masjid Songkhla

Hatyai


Tempat paling popular di Hatyai. Bukan sebab tarikan pelancong, tapi sebab ramai orang Malaysia nikah tanpa restu di sana. Hahaha! Tapi cantik masjid tu, tak dinafikan. Kalau ke Hatyai, jangan lupa singgah solat di sini.


4. Klonghae Floating Market

Hatyai


Selepas solat jamak Maghrib dan Isya', kami menuju ke Klonghae Floating Market. Tak lengkap rasanya ke Hatyai kalau tak ke sini. Sepatutnya nak pergi ke Seaverse Cafe, tapi dah malam dan malas nak menyinggah banyak-banyak tempat lagi.


Ok, Klonghae Floating Market ni macam jalan-jalan di Jonker Walk, Melaka atau Petaling Street. Tapi uniknya, di sini ada menjual makanan di atas perahu yang terapung atas sungai. Lain dari yang lainlah. Kalau tak silap Ai, di Melaka ada tempat yang berkonsepkan macam ni juga.


Hatyai

Hatyai


Waktu malam memang cantik. Dengan lampunya, orangnya, pelbagai jualannya dan macam-macam lagi. Tapi terlalu ramai orang buat Ai jadi rimas. Berjalan pun hampir nak berlaga-laga bahu. Dapat pula bertembung dengan orang yang tak ada kesedaran sivik, tak boleh bersabar dan potong barisan. Memang menyakitkan hati!


Kalau korang nak ke Klonghae Floating Market ni, pastikan pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Hari selain dari ini, tutup.


5. Siam Oriental Hotel

Hatyai

Hatyai


Siam Oriental Hotel ni hotel penginapan kami di sana. Mula-mula Ai ingat kami akan duduk di hotel yang macam asrama atau hotel bajet macam di lot kedai tu. Nama pun trip bajet kan. Huhuhu! Tapi tak, kami dapat hotel yang sangat selesa. 


Satu bilik dua orang dan bilik tu sangat luas untuk tidur berdua. Alhamdulillah. 


I tengok-tengok juga harga di website, dalam RM150 tak termasuk breakfast. Boleh tambah kalau nak, RM20 satu kepala. Tapi pergi Hatyai, carilah makan kat luar je. Nanti tak dapat nak merasa semua makanan kat sana. Kalau nak makan kat hotel, Malaysia pun ada banyak. Hehehe! 


6. ASEAN Night Market

Pasar malam ni ala-ala Uptown tapi lebih teratur. Tingkat bawah ada jual barangan seperti pakaian, cendera hati dan sebagainya. Dan di tingkat atas pula ada jual makanan. Kalau nak makan udang besar, makanlah kat sini. Murah sikit berbanding tempat lain. 


ASEAN Night Market ni dekat je dengan hotel yang kami duduk. Jalan kaki dalam 10 minit. Jangan jalan sorang-sorang tau! Walaupun dekat, tetap bahaya. Jaga keselamatan diri sendiri di tempat orang. Kalau benda dah jadi, dah tak boleh nak patah balik. Ingat tu!


7. Kim Yong Market

Hatyai


Kalau nak beli kudapan di Hatyai, di sinilah tempatnya. Bukan saja murah, siap boleh tawar-menawar lagi. Tapi jangan borong sakan di sini, buat bajet untuk pergi ke tempat lain lagi. 


8. Kaysorn

Hatyai


Tempat ni besar ye. Nak cari sourvenier memang banyak kat sini. Dari baju sehingga ke keychain, semua ada pelbagai jenis dan rupa bentuk. Kalau malas nak pergi banyak-banyak tempat untuk beli souvenir, pergi je kat Kaysorn ni. 


Untuk para suami yang mana penat tunggu isteri membeli-belah tu, di sini ada kafe untuk korang duduk-duduk sambil minum air kelapa segar. Janganlah duduk saja-saja, kesian tuan punya kafe nak cari rezeki. Sekurang-kurangnya, orderlah ais kosong untuk basahkan tekak.


9. Klonghae Seafood Buffet

Hatyai


Buffet makanan laut segar, sumpah puas hati! Tempat dia sangat besar dan pilihan makanan dia sangat banyak sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Makanlah sepuas hati!


Hatyai

Hatyai


Korang boleh pilih nak masak sendiri atau ada juga pilihan makanan yang dah siap dimasak. Jangan risau, semua sedap! Buffet ni berkonsepkan grill & steamboat. Pertama kali Ai makan buffet yang bagi pilihan beraneka ikan yang belum dipotong-potong jadi fillet. Kalau Mak Baba ikut ni, mesti diorang suka. 


Alhamdulillah, kenyang perut suka hati.


10. Lee Garden Night Market

Ai boleh katakan tempat ni macam Petaling Street. Kalau nak rasa 'street food' dengan harga yang terlajak murah, pergilah ke sana. Jangan risau sebab ramai orang Malaysia, macam ada di negara sendiri je. 


Nak khidmat urut dengan harga yang murah pun ada, RM30 untuk seluruh badan. Kat sini mana nak dapat? Hahaha! Tapi, janganlah ingat macam urut di spa. Ada juga spa, tapi tak dapatlah harga rumah urut. 


11. Marita Dim Sum Halal

Hatyai

Hatyai


Hari terakhir di Hatyai, kami makan pagi di Marita Dim Sum Halal. Sedap. Mula-mula tak rasa nak makan Dim Sum, sebab selalunya tekak Ai akan rasa hanyir bila makan menu ni. Membazir je order tapi tak makan. Akhirnya, Coco yang kena habiskan nanti. Hahaha!


Tapi lepas dah makan 1 piring, terus nak lagi dan lagi. Tak terasa pun hanyir tu. Yang ada isi ketam paling sedap sekali!


12. Nora Plaza

Hatyai


Pada mulanya, Ai dah plan untuk tak nak masuk Nora Plaza ni sebab dia agak terkenal dengan barang kulit. Ai pula tak suka barang kulit, nak duduk dalam bas je. Tapi Baba minta Ai belikan dompet untuk dia, dari tak nak masuk Ai masuklah juga carikan dompet kulit untuk dia. 


Sesekali nak belanja, apa salahnya. Wah, murah rupanya. Kalau niat tu baik, memang akan dipermudahkanlah. Hihihi! Ada macam-macam kulit dari yang murah hingga ke mahal. Ai lupa ambil kulit apa, kulit lembu kot.


Bercuti ke Hatyai

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik di Hatyai, tapi Ai hanya senaraikan tempat-tempat yang Ai pergi. Bila ada pengalaman, baru seronok nak bercerita. 


Kalau korang tanya Ai apa yang menarik selain dari 12 tempat ni, Ai rasa banggunan dia. Hatyai macam pekan lama. Susah nak jumpa banggunan dengan senibina yang moden. Warga tempatan pun susah nak jumpa yang bersiap cantik-cantik. Nak jumpa artis lagi lah susah!


Hatyai

Hatyai


Jadi kalau korang ada plan nak ke Hatyai, bolehlah masukkan tempat-tempat ni dalam senarai tempat yang korang nak pergi. Oh ya, jangan lupa tukar duit awal-awal. Jangan risau, banyak money changer di Hatyai, tapi kalau awal tak kalut.


Semoga artikel ini memberi manfaat kepada percutian korang ke Hatyai nanti.