March 2021

Sunday 28 March 2021

ST ROSYAM MART SUDAH ADA CAWANGAN DI SHAH ALAM

March 28, 2021 17
ST ROSYAM MART SUDAH ADA CAWANGAN DI SHAH ALAM

 Assalamualaikum and hye readers.




Dah pergi ke belum ke ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam yang telah dirasmikan pada 22 Mac yang lepas? Meriah betul pada hari pembukaan, sampai kena beratur panjang. Mana tidaknya, dengar kata ayam dijual dengan harga 80sen sahaja seekor. WOW! Tapi Ai bukan lah salah seorang yang beratur tu ya. 




ST Rosyam Mart sudah ada cawangan di Shah Alam

Malam tadi Ai dan Coco sempat ke ST Rosyam Mart buat kali pertama. Tak ramai orang pun. Tapi bila kami pusing-pusing dalam tu, makin ramai pula orang. Entah bila masa lah mereka yang ramai-ramai tu masuk. Tau-tau je dah ramai.



Sebelum sampai di situ, Ai ingatkan ST Rosyam Mart ni macam Elews Mart cuma berkeluasan besar sedikit. Tapi ternyata Ai silap! ST Rosyam Mart ni dah di dalam kategori pasaraya dan bukannya pasar mini. Siap ada dua tingkat.




Di tingkat pertama adalah untuk mencari barang keperluan memasak sama ada yang kering mahupun yang basah. Barangan nak buat kek, kuih dan biskut pun ada juga. Di tingkat kedua pula barangan seperti barang mandian, cucian, kelengkapan dapur, kudap-kudapan dan juga peralatan menulis. 



Paling Ai suka adalah bahagian keju. Bermacam-macam jenis keju ada di situ. Lepas ni kalau nak buat kuih atau kek, boleh lah Ai cari di situ sahaja. Tak payah beratur panjang di kedai kek.





Murah ke di ST Rosyam Mart?

Pada Ai ST Rosyam Mart ni tak adalah murah seperti yang digembar-gemburkan. Ada barangan yang murah dan ada juga yang mahal. Contoh macam cendawan inoki, biasa Ai beli paling mahal pun RM1.30 je. Tapi di situ berharga RM2 lebih. Terus tak jadi nak ambil. Tapi bawang dan daging kambing memang murah.



Di ST Rosyam Mart ni ada barang-barang tertentu yang akan ada harga promosi. Promosi tu bukan sikit-sikit tau. Waktu itu memang betul-betul murah. Ada yang sehingga lebih 50% diskaun. Waktu itulah seronok nak membeli-belah macam di kedai Eco. Korang hanya perlu jadi member dengan harga rm10 untuk dapatkan harga tersebut. 





Bapak Style Eatzy By Rosyam Nor

Dalam ST Rosyam Mart ni ada kafe. Tapi mini kafe je. Tempat duduk pun tak banyak. Bapak Style Eatzy by Rosyam Nor namanya. Boleh lepak di situ jika mahu. Kalau ramai orang jangan lah lepak lama-lama. Bagi lah peluang orang lain nak merasa lepak di situ juga. Ramai yang nak merasa melepak dengan ada style. Hihihi!



Kafe ni macam kafe hipster. Hiasan dalaman dia memang style. Sesuai sangat dengan namanya, Bapak Style! Disebabkan kafe tu style, jadi Ai pun ambillah gambar untuk dikongsikan di dalam blog kesayangan ni. Lepas tu Ai terus ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Tak payah beratur pun sebab orang yang ramai-ramai tadi masih lagi meneroka apa yang ada di ST Rosyam Mart tu.





Bila dah ada di luar, Coco cakap dia ada nampak Datuk Rosyam Nor di kafe Bapak Style tadi. Tapi dia tak pasti. Terus Ai periksa semula gambar yang Ai ambil tadi. Aah lah, ada Datuk Rosyam Nor! Aduh duh duh! Mesti dia ingat Ai nak amik gambar dia. Padahal Ai tak perasan pun. Harap-harap dia pun tak perasan. Ai malu! Hahaha! Nasib baik pakai pelitup muka. Dah macam mamarazi pula Ai ni.




ST Rosyam Mart ni mungkin masih terlalu baru lagi di Shah Alam. Masih banyak jenama dan barang yang masih belum ada. Bulan depan Ai akan cuba pergi sekali lagi. Mana tau semua barang yang Ai nak tapi tak ada malam tadi dah ada bulan depan. Harap-harap tak ramai lah sebab masing-masing nak membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan kan.





aisyaismail

Friday 26 March 2021

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERKAHWIN DI MUSIM COVID-19

March 26, 2021 20
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERKAHWIN DI MUSIM COVID-19

 Assalamualaikum and hye readers.




Setelah setahun lebih Ai kuarantinkan diri sendiri daripada menghadiri majlis perkahwinan, Ahad lepas Ai pergi juga ke majlis kahwin yang diadakan di D Tahta I-City, Shah Alam. Sepupu sendiri kahwin dan dalam Selangor, memang tak ada alasan nak kata tidak. Hahaha! Lagipun Ai teringin nak makan Ayam Masak Merah orang kahwin. Tapi hampa, Ayam Masak Merah bukan lagi menu utama di kenduri kahwin.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Kelebihan dan kekurangan berkahwin di musim COVID 19


Kelebihan

Jimat

Ai selalu dengar orang cakap, "kalau nak kahwin, sekarang lah masanya. Jimat! Tak payah buat majlis besar-besaran". Dan ya, Ai tak nafikan perkara itu. Buat majlis kecil-kecilan dan panggil saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Nikah dan terus ambil gambar kenangan di pelamin mini sambil-sambil tetamu menjamu selera. Kelebihan pada yang dah lama mengumpul duit kahwin. Banyak lebihan duit korang selepas berkahwin.


Tiada istilah majlis siapa lebih hebat

Haaa.. korang jangan tak tau, ada je jenis manusia yang suka membandingkan majlis siapa yang lebih hebat. Buat masa ni, nak buat majlis yang gah pun kena fikir banyak kali dulu. Kalau tak ada orang datang nanti kan dah membazir. Lebih baik guna langkah selamat dengan buat majlis kecil-kecilan namun tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil tetamu. Sekaligus tradisi membanding-bandingkan majlis berkurangan.


Tidak perlu menunggu tempat duduk kosong

Sebelum ni makan di kenduri kahwin tak boleh lama-lama. Ramai lagi yang nak duduk makan. Kena kesiankan orang lain yang belum dapat duduk barulah orang akan kesiankan kita pula. Selalunya sebelum dapat duduk mesti jadi patung cendana sebelum dapat tempat kosong. Bila ada tetamu yang bangun, cepat-cepat dapatkan tempat itu sebab takut orang lain ambil. Siapa cepat dia dapat. Untunglah jadi tetamu VIP. Bukan setakat dah ada tempat khas untuk mereka. Tuan rumah siap iring sampai ke meja makan lagi. 


Tidak perlu baratur untuk mengambil makanan

Ini yang paling Ai malas kalau bila ke kenduri kahwin. Nak makan dengan beratur memang tak boleh dipisahkan. Kalau barisan tak panjang tak apa, kalau dapat yang kena beratur panjang mahu pitam kebuluran tunggu giliran. Belum lagi yang hanya ada 1 sahaja stesen buffet. Pitam lagi sekali. Lebih-lebih lagi kalau datang di waktu kemuncak. Jangan lah buat perangai biarkan perut kosong dengan niat nak makan banyak di kenduri kahwin. Takut korang dapat kejutan tak dapat makan pula. Beruntung lagi sekali pada tetamu VIP. Makanan siap dihidang di atas meja. 


Ada pilihan untuk tidak pergi

Kelebihan ini ada pada mereka yang tidak suka menghadirkan diri ke kenduri kahwin kerana korang ada pilihan untuk tidak pergi. Siapa yang nak marah? Orang ramai sedia maklum ramai yang belum bersedia untuk menghadirkan diri di tempat-tempat yang ramai orang. Tapi jangan lah korang buat dekat keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Tak baik! Nanti korang kahwin atau anak korang ke, tak ada siapa yang nak datang. Jangan buat macam tu ok.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Kekurangan

Tiada majlis idaman

Setiap orang ada majlis yang diidam-idamkan. Ada yang suka bersederhana dan ada juga yang suka besar-besaran. Kelebihan adalah kepada mereka yang memang nak majlis kahwin yang sederhana. Pada mereka yang nak majlis gilang-gemilang, korang ada 2 pilihan. Sama ada koorang nak tunda majlis atau buat je apa yang boleh. Tapi kalau tunda pun sampai bila? Kita tak tahu bila berakhirnya COVID-19 ini.


Sentiasa berjaga-jaga

Segala-galanya terbatas dan kena ikut SOP. Nak buka topeng muka masa makan pun ragu-ragu dan kena tengok kiri dan kanan dahulu. Pada hal tak buat apa-apa kesalahan pun. Rasa tak yakin tu tetap ada. Ye laa, takut juga kalau tiba-tiba dapat je surat saman. Terus nangis tak berlagu. Belum lagi masa nak ambil gambar. Tak boleh ambil ramai-ramai sebab kena jaga jarak sampai tak muat semua orang nak masuk dalam satu gambar. 


Tetamu yang jauh tidak dapat hadir

Bila meraikan sesuatu yang penting, sudah tentu kita mahukan semua orang-orang yang kita sayangi untuk sama-sama meraikannya. Selalunya bila ada majlis perkahwinan lah baru keluarga yang dekat dan yang jauh dapat berkumpul. Tapi sekarang tak payah cerita lah yang dari luar negara, keluarga dalam negara pun tak dapat nak sama-sama meraikan hari yang bahagia kita. 


Tiada riuh-rendah kenduri kahwin

Perkara yang Ai paling rindui semasa kenduri kahwin selain Ayam Masak Merah adalah riuh-rendah majlis itu sendiri. Sayu hati bila majlis agak sunyi tanpa kehadiran ramai tetamu. Tiada lagi kemeriahan dengan gosip-gosip semasa dan tiada lagi berkumpul ramai-ramai di satu meja. Kita buat hal kita mereka buat hal mereka.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Sejujurnya kalau korang tanya pada Ai lebih suka majlis perkahwinan sebelum atau semasa COVID-19, Ai akan pilih sebelum. Ai memang nak semula kemeriahan dan keriuhan kenduri kahwin itu. Nak jumpa mereka yang dah lama Ai tak jumpa. Oh, rindunya suasana tu.





aisyaismail

Wednesday 17 March 2021

PROJEK INFAQ RAMADHAN 2021 UNTUK RUMAH KEBAJIKAN DAN FRONTLINERS BERSAMA DAPUR LAPOWEY!

March 17, 2021 24
PROJEK INFAQ RAMADHAN 2021 UNTUK RUMAH KEBAJIKAN DAN FRONTLINERS BERSAMA DAPUR LAPOWEY!

 Assalamualaikum and hye readers.




Pejam celik pejam celik, kurang sebulan je lagi umat Islam nak menyambut semula kehadiran bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. In syaa Allah! 



Ramai yang dah mula bersemangat bila nak masuk bulan Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi pada yang nak menunaikan solat Tarawih yang hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan. Harap-harap Ramadhan pada tahun ini dapatlah kita bertarawih di dalam masjid. 



Projek Infaq Ramadhan 2021 Untuk Rumah Kebajikan dan Frontliners Bersama Dapur Lapowey

https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html



Ai percaya, selain solat Tarawih, pasti ramai yang sudah mula tanamkan niat untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Orang Malaysia sangat ramai yang pemurah dan baik hati. Terbaik! 



Kalau korang bercadang untuk membuat infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua mahupun frontliners, apa kata korang sertai Projek Infaq Ramadhan bersama Dapur Lapowey?



Untuk projek infaq ramadhan ini, korang hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada dan minima tempahan adalah 100 pax. Harga setiap pax bermula dari hanya rm8 sahaja. Ada 6 pilihan menu yang menarik.


  • Set A - Briyani Kambing Tok Cu
  • Set B - Ayam Percik Merecik
  • Set C - Briyani Daging Klate
  • Set D - Daging Salai Gomoncheh
  • Set E - Briyani Ayam Merah
  • Set F - Ikan Masam Manis


https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Apa yang lebih menarik lagi, setiap 1 set makanan didatangkan sekali dengan kurma dan air mineral. Tak payah lagi nak kena beli asing-asing. Tempah sekali je. Senang kan? Tiada caj tambahan akan dikenakan untuk kurma dan air mineral kerana ia sudah termasuk di dalam set makanan yang korang order.


Penghantaran PERCUMA di sekitar kawasan Lembah Klang

Selepas membuat pesanan, pihak Lapowey akan menguruskan yang selebihnya daripada memasak sehinggalah kepada penghantaran ke tempat rumah kebajikan atau frontliners pilihan korang untuk infaq makanan. Penghantaran adalah PERCUMA di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Untuk penghantaran ke luar daripada kawasan Lembah Klang, korang boleh berbincang terus dengan pihak pengurusan Lapowey.


Selepas segala proses infaq makanan ini selesai. Pihak Lapowey akan memberi bukti penghantaran kepada korang dan juga memuat naik di media sosial @lapo_wey sebagai tanda bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma. Maklumat korang sebagai penderma tidak akan didedahkan di media sosial.


Rasa makanan yang sedap dan memuaskan

https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Alhamdulillah.. Ai dah rasa 2 dari 6 menu yang ada iaitu Ayam Percik Merecik dan juga Briyani Daging Klate. Sedap dan mengenyangkan. Lebih-lebih lagi apabila didahulukan dengan 3 biji kurma.


Ayam percik tu ada rupa macam masak lemak, tapi ada rasa manis-manis sikit. Mula-mula memang Ai ingatkan masak lemak rupa-rupanya percik. Memang sedap. Rasa dia lain sebab kalau beli percik kat pasar malam pun bukan rasa macam tu. Jadi Ai boleh  katakan rasa dia unik. Korang boleh bayangkan tak? Hahaha!


Kurma dia paling Ai suka dan akan cari untuk stok bulan Ramadhan akan datang. Benda sedap, tak cukup dengan kuantiti yang sedikit. Hehehe!


https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Lagi satu yang bagusnya adalah pada pembungkusan makanan ini. Pihak Lapowey menggunakan mangkuk plastik  yang dah siap membahagikan antara lauk-lauk dan nasi. Bila lauk dan nasi tidak bercampur, sekali gus mengelakkan masalah cepat basi pada makanan tersebut.


Cara untuk membuat tempahan

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih terperinci mengenai Infaq Ramadhan Lapowey ini, korang boleh terus hubungi pihak Lapowey.

Facebook : Lapo Wey
Instagram : @lapo_wey

Call / Whatsapp :

Office - 03-77341278

Za'ba - http://www.wasap.my/60126098484/infaq

Fahmi - http://www.wasap.my/60176762067/infaq

Mala - http://www.wasap.my/60198834745/infaq

Irwan - http://www.wasap.my/60172996004/infaq





aisyaismail

Monday 15 March 2021

TAK ADALAH TERUK SANGAT SUARA NABILA RAZALI MALAM TADI

March 15, 2021 17
TAK ADALAH TERUK SANGAT SUARA NABILA RAZALI MALAM TADI

 Assalamualaikum and hye readers.




Ai baru sahaja berkesempatan tengok Anugerah Juara Lagu yang ke-35 sebentar tadi. Lebih kepada dengar je sebenarnya. Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua memang layak untuk menang. 



Anugerah Juara Lagu yang ke-35 ni tak macam musim-musim sebelum ini kerana segala-galanya sangat simple. Tak ada penari-penari yang ramai memeriahkan pentas seperti selalu. Kalau ada pun hanya menerusi skrin LED. 


Norma baru kan, kena lah jaga segala SOP. Berapa banyak pula nak kena bayar saman kalau semua orang tak jaga SOP. 


https://www.aisyaismail.com/2021/03/ak-adalah-teruk-sangat-suara-nabila-razali.html
Gambar dari instagram Nabila Razali.

Lagu yang paling Ai tertunggu-tunggu sudah tentu lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Bukan apa, kat Twitter dari malam tadi dah viral bahagian Nabila Razali terkucil. Memang berdebar lah nak tunggu dia habiskan persembahan tu. 



Masa dengar klip yang viral tu, memang dengar teruk sangat. Tapi bila Ai dengar lagu penuh, ok je. Lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Nampak lah dia bekerja keras untuk persembahan malam tadi. Bahagian yang terkucil tu, maafkan lah dia. Bukan rezeki dia. Apa-apa pun baju Nabila Razali malam tadi cantik. 



Walaupun Ai selalu baca kecaman-kecaman netizen terhadap nyanyian Nabila Razali, Ai jarang nampak Nabila Razali dikecam dari segi lakonan. Tak dinafikan Nabila Razali lebih menyerlah dalam lakonannya. Tak kaku! Apa-apa pun semoga Nabila Razali terus maju jaya di masa yang akan datang.





aisyaismail

Friday 5 March 2021

DRAMA KOREA : TALE OF THE NINE TAILED - LEE DONG WOOK, JO BO AH

March 05, 2021 19
DRAMA KOREA : TALE OF THE NINE TAILED - LEE DONG WOOK, JO BO AH

 Assalamualaikum and hye readers.




Setelah setahun lebih tak menonton drama-drama Korea, Ai mulakan 2021 dengan drama bersiri Tale of the Nine Taled lakonan Lee Dong Wook dan Jo Bo Ah. Drama bersiri ini telah disiarkan pada Disember 2020 sebanyak 16 episod. 


https://www.aisyaismail.com/2021/02/drama-korea-tale-of-nine-tailed-lee.html


Drama Korea : Tale of the Nine Taled - Lee Dong Wook, Jo Bo Ah


Sinopsis


Tale of the Nine Tailed mengisahkan tentang Lee Yeon (Lee Dong-wook), seorang gumiho yang menjadi penjaga gunung dan jatuh cinta dengan seorang puteri, Ah-eum (Jo Bo-ah). Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Ah-eum mati kerana ingin membunuh Imoogi. Ah-eum berjanji untuk lahir semula dan Lee Yeon memberikan Fox Marble kepada roh Ah-eum agar Lee Yeon dapat mengenali A-eum apabila mereka bertemu semula. Lee Yeon kemudiannya meninggalkan gunung dan menjadi penghapus makhluk-makhluk ghaib yang mengancam dunia. Sementara itu, adik tirinya Lee Rang (Kim Bum) ditinggalkan bersendirian di atas gunung bersama anjing peliharaan yang diberi olehnya. 


Sejak ketiadaan Lee Yeon di atas gunung, manusia telah membakar hutan gunung tersebut dan menyebabkan Lee Rang cedera dan anjing peliharaannya mati. Lee Rang berjaya melarikan diri dan menjadi seorang yang pendendam dan membunuh manusia. Manusia yang tidak bersalah juga menjadi mangsa dendamnya. Akhirnya Lee Yeon bertemu semula dengan Lee Rang kerana Lee Yeon diarahkan untuk menghapuskan Lee Rang yang telah membunuh ramai manusia yang tidak bersalah. Nasib Lee Rang baik kerana dia telah diselamatkan oleh Kwon Hae-ryong (Um Hyo-sup). Semenjak itu, Lee rang mula berdendam dengan abangnya.


Selepas beratus tahun lamanya menunggu kelahiran Ah-eum, akhirnya Lee Yeon bertemu dengan Nam Ji-ah (Jo Bo-ah), seorang penerbit di stesen TVC. Ji-ah telah kehilangan ibu bapanya secara misteri sejak kecil. Sejak itu Lee Yeon sering kali membantu menyelamatkan Ji-ah sewaktu di dalam kesusahan. Nalurinya mengatakan itu adalah Ah-eum, namun Fox Marble tiada pada Ji-ah. Setelah bertemu dengan Ji-ah bukanlah pengakhiran yang baik untuk Lee Yeon kerana Imoogi (Lee Tae-ri) juga telah dilahirkan semula yang dibantu oleh Lee Rang.


Ulasan


Drama-drama dongeng fantasi ni jarang tak menarik pada Ai.  Setiap hari dah tengok dan baca berita yang memenatkan kepala untuk berfikir, jadi Ai lebih berminat untuk menonton drama yang sebegini. Tapi tak bermaksud Ai tak tengok drama yang bukan fantasi. Hahaha! Kalau korang jenis macam Ai, boleh lah tonton drama Tale of the Nine Tailed ni. Bonus cerita ni, Lee Yeon kacak dan Lee Rang comel. Hehehe!




aisyaismail