June 2023

Monday 26 June 2023

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks - Packaging Baru Dalam Pouch

June 26, 2023 16
Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks - Packaging Baru Dalam Pouch

Sarang burung memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Tak hairanlah kita boleh lihat pelbagai jenis minuman kolagen sarang burung yang ada di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ai dah ada pilihan iaitu Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Minuman sarang burung sangat dikenali sebagai minuman yang berkhasiat. Ia mempunyai pelbagai manfaat. Tapi jangan salah faham, sarang burung ni bukan sarang burung yang yang biasa kita lihat atas pokok atau kat depan rumah yang diperbuat daripada rumput dan daun-daun kering tu. Sarang burung yang berkhasiat ni adalah sarang burung dari air liur burung layang-layang yang dah mengeras. 


Baca juga: Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit


Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Kenapa Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks?

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks diperbuat daripada sarang burung tulen dan kolagen dengan menggunakan gabungan teknologi canggih terkini dan resipi tradisional. Sangat sesuai untuk semua generasi umur tidak kira korang adalah pelajar, pekerja ataupun sudah bersara. 


Beauty in pouch!

Dulu minuman ini di dalam botol kaca, tapi sekarang dah dalam pouch yang mudah untuk diminum dan dibawa ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Di rumah, di pejabat, di pusat membeli-belah, di dalam kereta, malah sewaktu berkelah pun boleh tau.


Nak simpan dalam peti sejuk pun cantik dan kemas je bila disusun elok. Hanya packaging sahaja yang bertukar, yang lain-lain tetap sama seperti di dalam botol kaca. Jadi jangan bimbang rasa minuman kolagen kegemaran korang dah tak sama seperti dulu kerana rasanya tetap sama.


Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


3 perisa yang memikat

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks kini terdapat dalam 3 perisa.

Original

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Longan

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Lychee & Rose Syrup

Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Cuba teka Ai suka perisa yang mana satu? Semua sedap kerana rasanya yang mesra dengan tekak, tapi Ai paling suka perisa Lychee dan Rose Syrup sebab ada rasa laici dan serpihan jelly di dalamnya. Memang kegemaran Ai lah perisa laici ni. Nak lagi sedap, simpan di dalam peti sejuk. Sehari boleh habis semua tau! Tapi sehari 1 pouch  sudah memadai untuk badan kita. Jangan terlebih minum pula ye.


Siapa yang perlukan Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks?

Bagi mereka yang mecari minuman yang sihat dan menjaga kecantikan, Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks sangat sesuai untuk korang. Lebih-lebih lagi mereka yang sibuk dengan kerja mahupun aktiviti harian tapi nak menjaga kulit dengan cara yang leih mudah, minum selalu minuman kolagen ini. Jangan bagi alasan tak sempat. Simpan je dalam beg dan minum pada bila-bila masa yang korang rasa nak minum.


Bahan-bahan yang digunakan

Air, gula pasir, gula batu, kolagen peptida (ikan), sarang burung, pemekat (INS 401, INS 415), pengawal asid (INS 500(ii)), penstabil (INS 418) dan perisa yang dibenarkan.


Harga di pasaran

Harga mestilah mampu milik. Hanya RM5 sahaja satu pouch. Nak jimat, beli masa ada tawaran harga murah, berbaloi-baloi! Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks ada pilihan nak beli 1 pouch boleh, nak beli satu kotak pun boleh. Mengikut kesesuaian poket korang. Yang paling penting, ada sijil halal JAKIM!


Di mana nak beli?

Korang boleh beli di mana-mana outlet Guardian yang berhampiran. 


Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks


Goncang sebelum minum

Pastikan korang goncang dulu Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks sebelum minum. Simpan di tempat yang dingin dan kering serta elakkan daripada terbiar di bawah cahaya matahari untuk jangka masa yang lama. 


Selepas dibuka, simpan di dalam peti sejuk jika tak habis minum dan pastikan korang habis minum sebelum 24 jam selepas dibuka. Jangan nak jimat sangat sampai abaikan aspek kesihatan yang lain. Ingat tu! Pastikan juga korang tak minum Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks ni jika bungkusan sah terkoyak, rosak atau mengelembung.


Keterangan lanjut

Website

www.ecolite.com.my

Instagram

ecolite_malaysia





aisyaismail

Wednesday 14 June 2023

Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya

June 14, 2023 9
Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya

 Assalamualaikum and hye reader.


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya. Kalau sebut tudung bawal, pasti semua orang yang bergelar perempuan tahu. Dari kanak-kanak sehinggalah orang tua. Tudung bawal adalah sejenis tudung berbentuk segi empat sama. Yang bentuk segi empat tepat tu, selendang namanya. 


Dulu tudung bawal menjadi pilihan golongan wanita yang mahukan fesyen sopan dan nampak ayu, tapi kini tudung bawal punyai pelbagai gaya dan variasi yang dapat disesuaikan dengan minat dan gaya seseorang individu. 


Tapi tak semua orang menggemari tudung bawal dan memilih selendang atau tudung sarung sebagai pilihan tudung untuk menutup aurat. Pilihan Ai, sama ada tudung bawal atau selendang mengikut kesesuaian gaya atau tema pada hari tersebut. 


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya


Korang yang gemar atau nak pakai tudung bawal, tau tak bagaimana cara nak jaga tudung bawal agar tak mudah rosak dan mudah dibentuk? Jika tak tahu, korang wajib baca tips ini.


Cara menjaga tudung bawal

1. Basuh berasingan

Jika rambut adalah mahkota wanita, tudung juga merupakan mahkota wanita bagi mereka yang menutup aurat. Orang akan pandang tudung dahulu sebelum memandang baju melainkan baju terlalu menyerlah. 


Jika ada walau sedikit kecacatan pada tudung, mudah untuk orang nampak. Untuk mengelakkan tudung bawal tercarik dan warna fabrik lain turun pada tudung, seeloknya tudung bawal dibasuh berasingan. Elakkan mengguna peluntur yang kasar kerana ini akan merosakkan fabrik.


2. Biasakan basuh tangan

Fabrik tudung bawal selalunya nipis dan mudah rosak. Cucian mesin boleh menyebabkan kain tudung bawal rosak dan sukar dibentuk. Wanita kan sensitif bila awning tudung renyuk, nanti susah pula nak tiup untuk tegakkan awning


Jadi biasakanlah basuh tudung bawal secara cucian tangan melainkan fabrik tudung bawal korang jenis yang tahan lasak. Mungkin basuhan pertama korang selamat, tapi basuhan berterusan membuatkan tudung cepat lusuh.


3. Jangan sesekali gunakan dryer

Zaman sekarang mudah nak keringkan pakaian yang telah dicuci. Masukkan saja ke dalam dryer dan tunggu selama lebih kurang 30 minit untuk pakaian siap dikeringkan. 


Dobi layan diri juga ada menyediakan perkhidmatan ini dan mudah untuk digunakan. Tapi awas ya, dryer boleh merosakkan fabrik tudung bawal dan mengakibatkannya mengecut dan warna luntur.


4. Seterika pada suhu rendah

99% tudung bawal dalam dunia in perlu diseterika terlebih dahulu sebelum boleh dipakai. Cukup anda setkan pada suhu rendah kerana takut seterika korang makan tudung. Maksudnya tudung bawak korang terbakar. Menangis tak berlagu nanti. 


Lebih menyedihkan sedang dalam persediaan untuk ke majlis penting yang mengenakan tema warna. Mana pula nak cari tudung ganti di saat akhir?


5. Simpan di tempat yang sesuai

Menjadi kebiasaan wanita memiliki tudung lebih daripada apa yang dipakai. Kadang-kadang ada yang tak pernah digunakan pun. Siapa macam ni? 


Jika tak gunakan tudung bawal korang, simpan di tempat yang bersih dan kering bagi mengelakkan daripada berdebu dan berkulat. 


Ai akan elakkan simpan di dalam almari kerana fabrik akan mudah mereput dengan sendiri apabila tersimpan terlalu lama. Lepas ni Ai nak cuba letak gel silica dalam almari lah. 


Jangan lipat atau simpan tudung bawal yang basah. Ini akan menyebabkan fabrik meregang.


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya


Tudung bawal perlu penjagaan rapi

Tudung bawal adalah tudung yang manja dan memerlukan penjagaan rapi. Akan tetapi, ini tidak tertakluk kepada semua jenis tudung bawal kerana ada tudung bawal yang tahan lasak. 


Jika manusia, lebih baik mencegah dari mengubati. Tudung bawal pula, lebih baik dijaga dari rosak dan tak boleh digunakan lagi. Melainkan korang kaya dan boleh buat tudung bawal pakai buang. 


Dengan mengikuti 5 tips ini, InsyaAllah boleh membantu tudung bawal korang kelihatan cantik dan mudah dibentuk bertahun-tahun lamanya. Jika korang ada tips yang lain, boleh tambah di ruangan komen untuk perkongsian kita bersama.

Friday 9 June 2023

5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya

June 09, 2023 4
5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya

Assalamualaikum and hye readers.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya. Suka makan cendawan? Kalau suka, kita sama sebab Ai sangat suka makan cendawan. Lebih-lebih lagi cendawan goreng masakan sendiri, tak pernah tak habis tau!


Kalau suka tak semestinya kita tahu segalanya pasal cendawan. Betul tak? Sebelum ni Ai cuma tahu cendawan tiram, cendawan enoki dan cendawan shiitake sahaja. 


Sebenarnya ada banyak jenis cendawan dalam dunia ni. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Dan setiap cendawan ada khasiat dan fungsinya yang tersendiri.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya



Awas! Bukan semua cendawan yang tumbuh boleh dimakan tau. Ada jenis cendawan yang beracun dan boleh mengakibatkan penyakit. Jadi, korang kena tahulah cendawan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. 



Ketahui 9 jenis cendawan ini dan apa fungsinya.


1. Cendawan Tiram

Cendawan tiram adalah sejenis kulat yang berasal daripada Asia berbentuk kipas dan halus seperti tiram.  Ia adalah sumber protein, serat, vitamin A dan C yang baik serta rendah kalori dan juga lemak.


Ai pasti kebanyakan orang pasti hanya kenal cendawan ini sahaja kerana ianya sangat popular di dalam masakan dan mudah didapati. 


Biasa kalau pergi pasar malam, mesti ada orang jual cendawan tiram goreng. Makin lama makin mahal. Akhirnya Ai goreng sendiri, puas hati dapat makan banyak. Selain goreng korang boleh juga tumis, bakar dan sebagainya. 


Tips nak masak cendawan tiram, pastikan cendawan tidak terlalu masak untuk mengelakkan ia menjadi keras dan kenyal. 


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


2. Cendawan Enoki

Jangan ingat cendawan tiram je sedap digoreng tau, cendawan enoki pun tak kalah rasa dia. Tak perasan habis semangkuk. Masih ingat viral cendawan enoki goreng butter? 


Cendawan enoki adalah sejenis kulat berasal dari Asia Timur dan juga dikenali sebagai cendawan batang baldu yang berwarna putih dengan bentuk panjang dan langsing. 


Rasanya yang lembut dan halus sering digunakan dalam tumisan, sup, salad ataupun digoreng. Cendawan enoki adalah sumber serat, kalium, vitamin B1 dan merupakan sumber antioksidan yang baik. 


Seperti cendawan tiram, cendawan enoki juga sedap dimakan. Boleh dimakan mentah, akan tetapi ia sering dimasak untuk meningkatkan keenakan rasa. Tak perlu masak terlalu lama kerana cendawan ini ambil masa beberapa minit sahaja untuk dimasak.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


3. Cendawan Butang

Cendawan butang adalah sejenis cendawan putih yang sering juga kita lihat di dalam masakan. Bentuknya kecil, bulat dan mempunyai permukaan yang putih dan licin. 


Sumber nutrien cendawan butang termasuklah kalium, vitamin B1 dan vitamin C serta rendah lemak dan kalori. 


Cendawan jenis ini biasa kita nampak di dalam pasta, sup dan juga sizzling hot pot. Kalau Ai yang masak, alamatnya penuh cendawan butang Ai tabur. Ia juga satu-satunya cendawan yang Ai tahu ada dijual di dalam tin. 


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


4. Cendawan Shiitake

Cendawan shiitake berasal dari Asia Timur, berwarna coklat dan batangnya berwarna putih panjang. Cendawan ini merupakan sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang baik. 


Rupanya hampir sama seperti cendawan butang, namun bewarna coklat. Sangat sesuai untuk dimasak dan dimakan mentah. Ia juga boleh dikeringkan dan dihidrat semula untuk kegunaan akan datang. 


Cendawan shiitake boleh disimpan selama 3 hari di dalam peti sejuk. Kalau bernasib baik, korang boleh simpan lebih lama. Tapi sebaiknya elakkan kerana cendawan yang sudah berlendir tidak lagi sesuai untuk dimakan.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


5. Cendawan Kulat Hitam

Macam pelik bunyinya kan? Kalau Ai sebut black fungus mushrooms, korang pernah dengar tak? Ia juga dikenali sebagai cendawan telinga awan atau cendawan telinga pokok. 


Cendawan ini boleh dimakan dan berasal dari Asia. Rupanya gelap dan seperti jeli dengan tekstur yang kenyal. Ada orang tak suka makan cendawan ni kerana rupanya yang sedikit pelik berbanding cendawan yang lain. Tapi rugilah kerana cendawan ini kaya dengan sumber serat, protein dan antioksidan yang baik. 


Cendawan kulat hitam ni boleh didapati dalam bentuk segar atau kering. Tapi selalunya lebih mudah untuk jumpa yang kering di pasaran. Jangan risau, rasanya sedap. 


Korang rendamkan di dalam air dalam 30 minit sebelum masak. Ai paling suka makan cendawan kulat hitam dalam masak lemak dan tumis air suhun. Terliur dah ni nak cari cendawan kulat hitam.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


Cara pilih cendawan

1. Pilih cendawan yang pejal dan gebu. Elakkan cendawan yang lembut, lembik atau mempunyai sebarang tanda lebam.


2. Pilih cendawan yang masih segar dan licin. Elakkan cendawan yang sudah berubah warna atau berlendir.


3. Pilih cendawan dan kuantiti yang sesuai dengan saiz masakan korang kerana ada cendawan yang akan membesar serta mengeluarkan banyak air setelah dimasak.


4. Cendawan tidak boleh disimpan di bawah matahari atau di tempat yang panas. Jadi pastikan korang beli cendawan yang dijual ditempat yang sejuk dan gelap. Di pasaraya contohnya.


5. Ada cendawan yang tak boleh dimakan. Jika petik sendiri, pastikan korang tahu sama ada cendawan tersebut boleh dimakan ataupun tidak.


Baca juga : Resipi Tumis Cili Api Cendawan Sisir


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


Cendawan kaya dengan manfaat


Walaupun cendawan adalah sejenis kulat yang tumbuh merata di atas tanah atau sumber nutriennya, namun cendawan adalah sejenis sayur yang kaya dengan manfaat. 


Dahulu ianya tumbuh meliar, namun kini banyak ditanam semula sebagai makanan mahupun untuk tujuan perubatan.  


Kalau korang perasan, cendawan antara sayur yang mahal di pasaraya. Ada kajian mendapati, cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin dalam darah. 


Tapi korang kena tahu tau, bukan semua cendawan boleh dimakan. Ada jenis cendawan yang beracun. Jangan ingat asal nampak cendawan je korang boleh ambil dan masak untuk dimakan. Nak selamat, belilah cendawan yang dijual di pasaraya.


Baca juga: Nasi kandar

Monday 5 June 2023

6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

June 05, 2023 4
6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

Assalamualaikum and hye reader.


6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja. Kerja adalah satu kewajipan kepada sesiapa sahaja yang nak mencari duit sama ada bekerja sendiri mahupun makan gaji. Mencari duit untuk menambah pendapatan atau sekadar mengisi masa lapang, kita perlu bekerja.


Kita tak perlu bersusah-payah untuk bekerja jika ada orang yang boleh beri duit secara percuma tanpa perlu bekerja. Sama ada pemberian daripada keluarga yang sememangnya kaya atau suami yang wajib memberi nafkah. 


Tapi, sampai bila kita boleh bertahan dengan hanya duduk goyang kaki dan habiskan duit? Korang boleh ke? Biasanya orang yang banyak duit ni akan memanfaatkan duit itu dengan memulakan perniagaan. 


Bekerja sangat menyeronokkan

Selain  dapat pegang duit hasil usaha sendiri, persekitaran yang positif dengan majikan yang baik hati serta rakan sekerja yang sangat sekepala pun rezeki yang menyeronokkan. 


Namun, kita tak akan lari dengan cabaran yang kadangkala jika tidak lakukan sesuatu akan menjadi gangguan emosi di tempat kerja.


6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja


Gangguan emosi berlaku disebabkan oleh tekanan melampau yang mungkin disebabkan oleh kesedihan, letih, bimbang serta kemurungan. 


Macam kes skandal antara bos dan pekerja yang viral baru-baru ini, itupun salah satu sebab kepada terjadinya gangguan emosi di tempat kerja. 


Ai, bukan nak kupas pasal isu tu, tapi apabila masalah atau tekanan yang dihadapi sudah di luar kawalan, di sini permulaan kepada gangguan emosi.


Tanda-tanda gangguan emosi

  • Mengalami ketegangan otot.
  • Diselubungi perasaan cemas dan gelisah sehingga badan menggeletar dan menggigil.
  • Mudah rasa sebak, tertekan dan marah.
  • Mudah rasa letih secara fizikal dan mental
  • Selera makan yang tidak menentu. Kadang kala nak makan kaladangkala pula tak mahu sehingga memberi kesan kepada penambahan atau pengurangan berat badan.
  • Sukar tidur malam.
  • Cepat berputus asa dan tidak berminat dengan keadaan sekeliling.
  • Mengalami kesukaran untuk bergaul dengan orang lain.
  • Tumpuan sering terganggu
  • Prestasi kerja terjejas sehingga melibatkan orang lain.


Selain tanda-tanda di atas, ada banyak lagi tanda yang tidak Ai nyatakan. Semuanya berkaitan dengan perubahan emosi, kemurungan dan serangan panik. Jika kita dah tahu tanda dan gejala gangguan emosi ini, ia lebih mudah untuk diuruskan.



6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

1. Ambil cuti tahunan

Setiap syarikat ada menyediakan cuti tahunan kepada pekerja. Gunakan cuti ini sebaik mungkin. Cuti bukan untuk disimpan tapi gunakan untuk berehat daripada melakukan kerja-kerja hakiki di tempat kerja.

Berehat sebentar daripada tugasan kerja boleh meringankan mood. Jika korang tak nak bercuti melawat tempat-tempat menarik seperti yang dilakukan kebanyakan orang, tak mengapa. Korang buatlah aktiviti kesukaan. Yang penting aktiviti tersebut bermanfaat.

2. Susun senarai tugasan

Ada orang, dia lebih selesa untuk buat semua kerja dalam satu masa. Hujung-hujung nanti, dia yang pening kepala dan stress di tempat kerja.

Tak salah nak terima banyak tugasan dalam satu masa jika itu memang cara korang. Tapi kena bijak! Susun senarai tugasan korang dengan baik. Selesaikan tugasan penting dahulu dan disudahi dengan yang kurang penting.

Kerja korang akan menjadi lebih tersusun dan kepala korang pun dah tak serabut sangat.

3. Kenal pasti punca

Banyak punca gangguan emosi di tempat kerja seperti tekanan dalam bilik mesyuarat, tarikh akhir untuk hantar tugasan, rakan sekerja yang negatif, bos yang toksik, event kerja sama tarikh dengan event keluarga, dan macam-macam lagi. Persekitaran yang toksik sememangnya akan menjadikan kita tekanan di tempat kerja.

Bila korang dah tahu punca gangguan emosi , kenal pasti pula apa yang boleh buatkan korang rasa tenang. 

Mungkin korang boleh berjalan kaki di kawasan sekitar, regangkan otot, lakukan senaman ringan atau melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan korang.

6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

4. Kehidupan semasa

Kita selalu leka fikirkan benda yang dah jadi dan risau tentang masa depan kita. Bukan tak boleh, tapi kita tak akan fokus pada apa yang sepatutnya kita lalui pada masa kini. 

Ini akan timbulkan kebimbangan pada perkara yang kita tak boleh nak kawal dan ubah yang menyebabkan gangguan emosi. 

Kawal pemikiran korang. Tumpukan untuk menjalani kehidupan sekarang dan korang akan menikmati setiap perkara daripada membiarkan ia berlalu pergi tanpa sedar dan akhirnya timbul penyesalan.

Perlahan-lahan korang akan rasakan diri lebih produktif di pejabat dan kehidupan kerana korang bebas dari berasa bimbang.

5. Mulakan dengan langkah kecil

Jangan ingat perkara-perkara kecil tak penting dan tak kan mendatangkan gangguan emosi tau. Sekecil-kecil api boleh merebak menjadi besar. 

Mulakan dengan kenal pasti perkara yang buatkan korang rasa tertekan berterusan seperti tarikh akhir tugasan kerja dan fikirkan cara mudah korang boleh kurangkan tekanan ini. 

Korang boleh berbincang dengan bos untuk lanjutkan tarikh atau menambah pekerja untuk laksanakan projek tersebut. Kadang-kadang, membayangkan kejayaan terlebih dahulu boleh memberi manfaat dan mengurangkan tekanan.

6. Minta bantuan pada orang lain

Ada masalah, jangan berdiam diri. Cari bantuan segera. sekurang-kurangnya luahkan pada orang yang boleh mendengar dengan baik. 

Simpan sendiri segala masalah hanya menambahkan bebanan fikiran dan emosi. Korang boleh luahkan pada keluarga, sahabat atau pakar terpulang kepada keselesaan korang untuk mendapatkan sokongan moral. 

Ingat, korang tak bersendirian. Jangan biarkan diri dibelenggu masalah.



Nampak biasa tapi luar biasa

Kesimpulannya, jangan biarkan tekanan emosi mengganggu kehidupan seharian serta kerja korang. Nampak biasa, tapi tekanan boleh menjadi berat jika tak diambil tindakan segera.

Siapa rasa entri ni bermanfaat, sila tinggalkan komen ya!