5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya

Friday 9 June 2023

5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


Assalamualaikum and hye readers.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya. Suka makan cendawan? Kalau suka, kita sama sebab Ai sangat suka makan cendawan. Lebih-lebih lagi cendawan goreng masakan sendiri, tak pernah tak habis tau!


Kalau suka tak semestinya kita tahu segalanya pasal cendawan. Betul tak? Sebelum ni Ai cuma tahu cendawan tiram, cendawan enoki dan cendawan shiitake sahaja. 


Sebenarnya ada banyak jenis cendawan dalam dunia ni. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Dan setiap cendawan ada khasiat dan fungsinya yang tersendiri.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya



Awas! Bukan semua cendawan yang tumbuh boleh dimakan tau. Ada jenis cendawan yang beracun dan boleh mengakibatkan penyakit. Jadi, korang kena tahulah cendawan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. 



Ketahui 9 jenis cendawan ini dan apa fungsinya.


1. Cendawan Tiram

Cendawan tiram adalah sejenis kulat yang berasal daripada Asia berbentuk kipas dan halus seperti tiram.  Ia adalah sumber protein, serat, vitamin A dan C yang baik serta rendah kalori dan juga lemak.


Ai pasti kebanyakan orang pasti hanya kenal cendawan ini sahaja kerana ianya sangat popular di dalam masakan dan mudah didapati. 


Biasa kalau pergi pasar malam, mesti ada orang jual cendawan tiram goreng. Makin lama makin mahal. Akhirnya Ai goreng sendiri, puas hati dapat makan banyak. Selain goreng korang boleh juga tumis, bakar dan sebagainya. 


Tips nak masak cendawan tiram, pastikan cendawan tidak terlalu masak untuk mengelakkan ia menjadi keras dan kenyal. 


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


2. Cendawan Enoki

Jangan ingat cendawan tiram je sedap digoreng tau, cendawan enoki pun tak kalah rasa dia. Tak perasan habis semangkuk. Masih ingat viral cendawan enoki goreng butter? 


Cendawan enoki adalah sejenis kulat berasal dari Asia Timur dan juga dikenali sebagai cendawan batang baldu yang berwarna putih dengan bentuk panjang dan langsing. 


Rasanya yang lembut dan halus sering digunakan dalam tumisan, sup, salad ataupun digoreng. Cendawan enoki adalah sumber serat, kalium, vitamin B1 dan merupakan sumber antioksidan yang baik. 


Seperti cendawan tiram, cendawan enoki juga sedap dimakan. Boleh dimakan mentah, akan tetapi ia sering dimasak untuk meningkatkan keenakan rasa. Tak perlu masak terlalu lama kerana cendawan ini ambil masa beberapa minit sahaja untuk dimasak.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


3. Cendawan Butang

Cendawan butang adalah sejenis cendawan putih yang sering juga kita lihat di dalam masakan. Bentuknya kecil, bulat dan mempunyai permukaan yang putih dan licin. 


Sumber nutrien cendawan butang termasuklah kalium, vitamin B1 dan vitamin C serta rendah lemak dan kalori. 


Cendawan jenis ini biasa kita nampak di dalam pasta, sup dan juga sizzling hot pot. Kalau Ai yang masak, alamatnya penuh cendawan butang Ai tabur. Ia juga satu-satunya cendawan yang Ai tahu ada dijual di dalam tin. 


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


4. Cendawan Shiitake

Cendawan shiitake berasal dari Asia Timur, berwarna coklat dan batangnya berwarna putih panjang. Cendawan ini merupakan sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang baik. 


Rupanya hampir sama seperti cendawan butang, namun bewarna coklat. Sangat sesuai untuk dimasak dan dimakan mentah. Ia juga boleh dikeringkan dan dihidrat semula untuk kegunaan akan datang. 


Cendawan shiitake boleh disimpan selama 3 hari di dalam peti sejuk. Kalau bernasib baik, korang boleh simpan lebih lama. Tapi sebaiknya elakkan kerana cendawan yang sudah berlendir tidak lagi sesuai untuk dimakan.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


5. Cendawan Kulat Hitam

Macam pelik bunyinya kan? Kalau Ai sebut black fungus mushrooms, korang pernah dengar tak? Ia juga dikenali sebagai cendawan telinga awan atau cendawan telinga pokok. 


Cendawan ini boleh dimakan dan berasal dari Asia. Rupanya gelap dan seperti jeli dengan tekstur yang kenyal. Ada orang tak suka makan cendawan ni kerana rupanya yang sedikit pelik berbanding cendawan yang lain. Tapi rugilah kerana cendawan ini kaya dengan sumber serat, protein dan antioksidan yang baik. 


Cendawan kulat hitam ni boleh didapati dalam bentuk segar atau kering. Tapi selalunya lebih mudah untuk jumpa yang kering di pasaran. Jangan risau, rasanya sedap. 


Korang rendamkan di dalam air dalam 30 minit sebelum masak. Ai paling suka makan cendawan kulat hitam dalam masak lemak dan tumis air suhun. Terliur dah ni nak cari cendawan kulat hitam.


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


Cara pilih cendawan

1. Pilih cendawan yang pejal dan gebu. Elakkan cendawan yang lembut, lembik atau mempunyai sebarang tanda lebam.


2. Pilih cendawan yang masih segar dan licin. Elakkan cendawan yang sudah berubah warna atau berlendir.


3. Pilih cendawan dan kuantiti yang sesuai dengan saiz masakan korang kerana ada cendawan yang akan membesar serta mengeluarkan banyak air setelah dimasak.


4. Cendawan tidak boleh disimpan di bawah matahari atau di tempat yang panas. Jadi pastikan korang beli cendawan yang dijual ditempat yang sejuk dan gelap. Di pasaraya contohnya.


5. Ada cendawan yang tak boleh dimakan. Jika petik sendiri, pastikan korang tahu sama ada cendawan tersebut boleh dimakan ataupun tidak.


Baca juga : Resipi Tumis Cili Api Cendawan Sisir


5 cendawan boleh dimakan dan cara memilihnya


Cendawan kaya dengan manfaat


Walaupun cendawan adalah sejenis kulat yang tumbuh merata di atas tanah atau sumber nutriennya, namun cendawan adalah sejenis sayur yang kaya dengan manfaat. 


Dahulu ianya tumbuh meliar, namun kini banyak ditanam semula sebagai makanan mahupun untuk tujuan perubatan.  


Kalau korang perasan, cendawan antara sayur yang mahal di pasaraya. Ada kajian mendapati, cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin dalam darah. 


Tapi korang kena tahu tau, bukan semua cendawan boleh dimakan. Ada jenis cendawan yang beracun. Jangan ingat asal nampak cendawan je korang boleh ambil dan masak untuk dimakan. Nak selamat, belilah cendawan yang dijual di pasaraya.


Baca juga: Nasi kandar

4 comments:

  1. Cendawan tiram dan enoki best goreng celup tepung.

    ReplyDelete
  2. saya peminat cendawan tiram. kalau msk cendawan ni 3 hari berturut2 mkn pun tak apa hahaha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D