Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya

Wednesday 14 June 2023

Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya


 Assalamualaikum and hye reader.


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya. Kalau sebut tudung bawal, pasti semua orang yang bergelar perempuan tahu. Dari kanak-kanak sehinggalah orang tua. Tudung bawal adalah sejenis tudung berbentuk segi empat sama. Yang bentuk segi empat tepat tu, selendang namanya. 


Dulu tudung bawal menjadi pilihan golongan wanita yang mahukan fesyen sopan dan nampak ayu, tapi kini tudung bawal punyai pelbagai gaya dan variasi yang dapat disesuaikan dengan minat dan gaya seseorang individu. 


Tapi tak semua orang menggemari tudung bawal dan memilih selendang atau tudung sarung sebagai pilihan tudung untuk menutup aurat. Pilihan Ai, sama ada tudung bawal atau selendang mengikut kesesuaian gaya atau tema pada hari tersebut. 


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya


Korang yang gemar atau nak pakai tudung bawal, tau tak bagaimana cara nak jaga tudung bawal agar tak mudah rosak dan mudah dibentuk? Jika tak tahu, korang wajib baca tips ini.


Cara menjaga tudung bawal

1. Basuh berasingan

Jika rambut adalah mahkota wanita, tudung juga merupakan mahkota wanita bagi mereka yang menutup aurat. Orang akan pandang tudung dahulu sebelum memandang baju melainkan baju terlalu menyerlah. 


Jika ada walau sedikit kecacatan pada tudung, mudah untuk orang nampak. Untuk mengelakkan tudung bawal tercarik dan warna fabrik lain turun pada tudung, seeloknya tudung bawal dibasuh berasingan. Elakkan mengguna peluntur yang kasar kerana ini akan merosakkan fabrik.


2. Biasakan basuh tangan

Fabrik tudung bawal selalunya nipis dan mudah rosak. Cucian mesin boleh menyebabkan kain tudung bawal rosak dan sukar dibentuk. Wanita kan sensitif bila awning tudung renyuk, nanti susah pula nak tiup untuk tegakkan awning


Jadi biasakanlah basuh tudung bawal secara cucian tangan melainkan fabrik tudung bawal korang jenis yang tahan lasak. Mungkin basuhan pertama korang selamat, tapi basuhan berterusan membuatkan tudung cepat lusuh.


3. Jangan sesekali gunakan dryer

Zaman sekarang mudah nak keringkan pakaian yang telah dicuci. Masukkan saja ke dalam dryer dan tunggu selama lebih kurang 30 minit untuk pakaian siap dikeringkan. 


Dobi layan diri juga ada menyediakan perkhidmatan ini dan mudah untuk digunakan. Tapi awas ya, dryer boleh merosakkan fabrik tudung bawal dan mengakibatkannya mengecut dan warna luntur.


4. Seterika pada suhu rendah

99% tudung bawal dalam dunia in perlu diseterika terlebih dahulu sebelum boleh dipakai. Cukup anda setkan pada suhu rendah kerana takut seterika korang makan tudung. Maksudnya tudung bawak korang terbakar. Menangis tak berlagu nanti. 


Lebih menyedihkan sedang dalam persediaan untuk ke majlis penting yang mengenakan tema warna. Mana pula nak cari tudung ganti di saat akhir?


5. Simpan di tempat yang sesuai

Menjadi kebiasaan wanita memiliki tudung lebih daripada apa yang dipakai. Kadang-kadang ada yang tak pernah digunakan pun. Siapa macam ni? 


Jika tak gunakan tudung bawal korang, simpan di tempat yang bersih dan kering bagi mengelakkan daripada berdebu dan berkulat. 


Ai akan elakkan simpan di dalam almari kerana fabrik akan mudah mereput dengan sendiri apabila tersimpan terlalu lama. Lepas ni Ai nak cuba letak gel silica dalam almari lah. 


Jangan lipat atau simpan tudung bawal yang basah. Ini akan menyebabkan fabrik meregang.


Tak susah nak jaga tudung bawal jika anda tahu caranya


Tudung bawal perlu penjagaan rapi

Tudung bawal adalah tudung yang manja dan memerlukan penjagaan rapi. Akan tetapi, ini tidak tertakluk kepada semua jenis tudung bawal kerana ada tudung bawal yang tahan lasak. 


Jika manusia, lebih baik mencegah dari mengubati. Tudung bawal pula, lebih baik dijaga dari rosak dan tak boleh digunakan lagi. Melainkan korang kaya dan boleh buat tudung bawal pakai buang. 


Dengan mengikuti 5 tips ini, InsyaAllah boleh membantu tudung bawal korang kelihatan cantik dan mudah dibentuk bertahun-tahun lamanya. Jika korang ada tips yang lain, boleh tambah di ruangan komen untuk perkongsian kita bersama.

9 comments:

  1. Ai ada berapa koleksi tudung??

    ReplyDelete
  2. Akak dah jarang pakai tudung bawal cotton sebab selalu melekat kt baju, tak rajin nak basuh dengan tangan hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang malas gak, tapi demi tudung rajin kan juga.

      Delete
  3. nak berjalan atau gi majlis pakai la kalau harian tudung sarung je cepat dan mudah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawal ni kena persediaan mental sikit. Huhuhu

      Delete
  4. Zaman student dulu memang suka pakai tudung bawal selempang je hehe. Tapi bila dah jadi mak-mak ni akak suka pakai tudung sarung. Mudah, tak manja dan tak payah pin hehe.

    ReplyDelete
  5. sy mmg pengguna tudung bawal tegar. sy tgk dulu dia punya material. ada yg ok je basuh pakai mesin berkali2. warna pun tak luntur. ada tu jenis material bawal yg gosok pun still berkedu lagi. tu mmg tension dibuatnya...pakai pun bla terpaksa je hahaha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D