6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

Monday 5 June 2023

6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja


Assalamualaikum and hye reader.


6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja. Kerja adalah satu kewajipan kepada sesiapa sahaja yang nak mencari duit sama ada bekerja sendiri mahupun makan gaji. Mencari duit untuk menambah pendapatan atau sekadar mengisi masa lapang, kita perlu bekerja.


Kita tak perlu bersusah-payah untuk bekerja jika ada orang yang boleh beri duit secara percuma tanpa perlu bekerja. Sama ada pemberian daripada keluarga yang sememangnya kaya atau suami yang wajib memberi nafkah. 


Tapi, sampai bila kita boleh bertahan dengan hanya duduk goyang kaki dan habiskan duit? Korang boleh ke? Biasanya orang yang banyak duit ni akan memanfaatkan duit itu dengan memulakan perniagaan. 


Bekerja sangat menyeronokkan

Selain  dapat pegang duit hasil usaha sendiri, persekitaran yang positif dengan majikan yang baik hati serta rakan sekerja yang sangat sekepala pun rezeki yang menyeronokkan. 


Namun, kita tak akan lari dengan cabaran yang kadangkala jika tidak lakukan sesuatu akan menjadi gangguan emosi di tempat kerja.


6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja


Gangguan emosi berlaku disebabkan oleh tekanan melampau yang mungkin disebabkan oleh kesedihan, letih, bimbang serta kemurungan. 


Macam kes skandal antara bos dan pekerja yang viral baru-baru ini, itupun salah satu sebab kepada terjadinya gangguan emosi di tempat kerja. 


Ai, bukan nak kupas pasal isu tu, tapi apabila masalah atau tekanan yang dihadapi sudah di luar kawalan, di sini permulaan kepada gangguan emosi.


Tanda-tanda gangguan emosi

  • Mengalami ketegangan otot.
  • Diselubungi perasaan cemas dan gelisah sehingga badan menggeletar dan menggigil.
  • Mudah rasa sebak, tertekan dan marah.
  • Mudah rasa letih secara fizikal dan mental
  • Selera makan yang tidak menentu. Kadang kala nak makan kaladangkala pula tak mahu sehingga memberi kesan kepada penambahan atau pengurangan berat badan.
  • Sukar tidur malam.
  • Cepat berputus asa dan tidak berminat dengan keadaan sekeliling.
  • Mengalami kesukaran untuk bergaul dengan orang lain.
  • Tumpuan sering terganggu
  • Prestasi kerja terjejas sehingga melibatkan orang lain.


Selain tanda-tanda di atas, ada banyak lagi tanda yang tidak Ai nyatakan. Semuanya berkaitan dengan perubahan emosi, kemurungan dan serangan panik. Jika kita dah tahu tanda dan gejala gangguan emosi ini, ia lebih mudah untuk diuruskan.



6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

1. Ambil cuti tahunan

Setiap syarikat ada menyediakan cuti tahunan kepada pekerja. Gunakan cuti ini sebaik mungkin. Cuti bukan untuk disimpan tapi gunakan untuk berehat daripada melakukan kerja-kerja hakiki di tempat kerja.

Berehat sebentar daripada tugasan kerja boleh meringankan mood. Jika korang tak nak bercuti melawat tempat-tempat menarik seperti yang dilakukan kebanyakan orang, tak mengapa. Korang buatlah aktiviti kesukaan. Yang penting aktiviti tersebut bermanfaat.

2. Susun senarai tugasan

Ada orang, dia lebih selesa untuk buat semua kerja dalam satu masa. Hujung-hujung nanti, dia yang pening kepala dan stress di tempat kerja.

Tak salah nak terima banyak tugasan dalam satu masa jika itu memang cara korang. Tapi kena bijak! Susun senarai tugasan korang dengan baik. Selesaikan tugasan penting dahulu dan disudahi dengan yang kurang penting.

Kerja korang akan menjadi lebih tersusun dan kepala korang pun dah tak serabut sangat.

3. Kenal pasti punca

Banyak punca gangguan emosi di tempat kerja seperti tekanan dalam bilik mesyuarat, tarikh akhir untuk hantar tugasan, rakan sekerja yang negatif, bos yang toksik, event kerja sama tarikh dengan event keluarga, dan macam-macam lagi. Persekitaran yang toksik sememangnya akan menjadikan kita tekanan di tempat kerja.

Bila korang dah tahu punca gangguan emosi , kenal pasti pula apa yang boleh buatkan korang rasa tenang. 

Mungkin korang boleh berjalan kaki di kawasan sekitar, regangkan otot, lakukan senaman ringan atau melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan korang.

6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja

4. Kehidupan semasa

Kita selalu leka fikirkan benda yang dah jadi dan risau tentang masa depan kita. Bukan tak boleh, tapi kita tak akan fokus pada apa yang sepatutnya kita lalui pada masa kini. 

Ini akan timbulkan kebimbangan pada perkara yang kita tak boleh nak kawal dan ubah yang menyebabkan gangguan emosi. 

Kawal pemikiran korang. Tumpukan untuk menjalani kehidupan sekarang dan korang akan menikmati setiap perkara daripada membiarkan ia berlalu pergi tanpa sedar dan akhirnya timbul penyesalan.

Perlahan-lahan korang akan rasakan diri lebih produktif di pejabat dan kehidupan kerana korang bebas dari berasa bimbang.

5. Mulakan dengan langkah kecil

Jangan ingat perkara-perkara kecil tak penting dan tak kan mendatangkan gangguan emosi tau. Sekecil-kecil api boleh merebak menjadi besar. 

Mulakan dengan kenal pasti perkara yang buatkan korang rasa tertekan berterusan seperti tarikh akhir tugasan kerja dan fikirkan cara mudah korang boleh kurangkan tekanan ini. 

Korang boleh berbincang dengan bos untuk lanjutkan tarikh atau menambah pekerja untuk laksanakan projek tersebut. Kadang-kadang, membayangkan kejayaan terlebih dahulu boleh memberi manfaat dan mengurangkan tekanan.

6. Minta bantuan pada orang lain

Ada masalah, jangan berdiam diri. Cari bantuan segera. sekurang-kurangnya luahkan pada orang yang boleh mendengar dengan baik. 

Simpan sendiri segala masalah hanya menambahkan bebanan fikiran dan emosi. Korang boleh luahkan pada keluarga, sahabat atau pakar terpulang kepada keselesaan korang untuk mendapatkan sokongan moral. 

Ingat, korang tak bersendirian. Jangan biarkan diri dibelenggu masalah.



Nampak biasa tapi luar biasa

Kesimpulannya, jangan biarkan tekanan emosi mengganggu kehidupan seharian serta kerja korang. Nampak biasa, tapi tekanan boleh menjadi berat jika tak diambil tindakan segera.

Siapa rasa entri ni bermanfaat, sila tinggalkan komen ya!


4 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D