January 2021

Friday 29 January 2021

SEMOGA SEGALA YANG LEBIH BAIK DI TAHUN 2021

January 29, 2021 32
SEMOGA SEGALA YANG LEBIH BAIK DI TAHUN 2021

 Assalamualaikum and hye readers.




Rindu nak baca entri baru Ai tak? Ai harap adalah yang rindu ya. Itu tandanya Ai tak adalah syok sendiri menulis dalam blog kesayangan ni. Bukannya Ai tak nak menulis, tapi kekangan masa buat Ai tak berkesempatan nak menulis. Kalau ada apa-apa idea, Ai hanya catatkan di dalam buku nota kecil yang Ai bawa ke mana-mana sahaja.



Walaupun ini bukan entri pertama yang Ai terbitkan pada tahun 2021, tapi ini adalah entri pertama yang Ai tulis pada tahun ini. Ya selepas 29 hari di tahun baru, barulah Ai jenguk blog Ai ni. Dah nak masuk bulan Februari pun. Boleh tak Ai nak ucapkan selamat tahun baru? Hahaha, tak payah lah. Dah lambat!



Tahun 2021 ni, Ai masih macam tahun lepas. Tak ada apa perbezaan sangat. Masih berharap COVID-19 segera berakhir agar kita dapat hidup yang normal kembali. Masih bekerja di tempat yang sama di mana Ai bersyukur sangat-sangat Ai masih mempunyai pekerjaan. Tapi kalau COVID-19 masih berterusan, Ai tak pasti di mana kedudukan Ai kelak. Semoga dijauhkan dengan perkara-perkara yang tak diingini.


https://www.aisyaismail.com/2021/01/semoga-segala-yang-lebih-baik-di-tahun-2021.html


Oh ya, tahun ni Ai cuba untuk mulakan hidup yang sihat. Nak bersenam dan makan makanan yang sihat supaya Ai sentiasa sihat. Buat masa ni Ai dah mulakan dengan kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur. Malam Ai cuba makan sebelum pukul 7. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam lah. Senaman Ai cuba mulakan perlahan-lahan. Naik turun tangga dulu lah. Tapi satu je masalah Ai, Ai tak boleh nak tinggalkan snek. Hurmmm.



Seperti tahun-tahun yang lepas, Ai harap tahun ni Ai semakin rajin untuk menulis dalam blog ni supaya korang boleh baca entri Ai banyak-banyak. Ada lagi satu harapan Ai pada tahun ni. Tapi Ai tak nak kongsikan dengan korang. Kalau Ai dah berjaya dapat apa yang Ai harapkan, baru Ai akan cerita. Korang tolong doakan Ai berjaya memperoleh segala apa yang Ai hajati ok. 





aisyaismail

Tuesday 5 January 2021

DRAMA KOREA : I'M NOT A ROBOT - YOO SEUNG HO, CHAE SOO BIN

January 05, 2021 15
DRAMA KOREA : I'M NOT A ROBOT - YOO SEUNG HO, CHAE SOO BIN
Assalamualaikum and hye readers.



Dah puas tengok drama fantasi Korea, kita tengok drama tentang robot pula. Tapi drama ni bukan macam Transformer atau Ultraman tau. Jauh sangat bezanya. Tak ada since lawan-lawan robot. Eh, ada sikit. Robot lawan orang jahat. Tapi lawan-lawan manja je. I'm Not a Robot telah ditayangkan di MBC pada Disember 2017 sebanyak 32 episod. Fuh, lama tu.




Sinopsis


I'm Not a Robot mengisahkan tentang Kim Min-kyu (Yoo Seung-ho) dan Jo Ji-ah (Chae Soo-bin) yang hidup dalam 2 dunia yang berbeza. Kim Min-kyu hidup serba mewah tetapi terpaksa mengasingkan diri daripada dunia luar kerana alahannya yang tidak boleh bersentuhan kulit dengan sesama manusia. Manakala Jo Ji-ah pula seorang gadis biasa yang menjual hasil-hasil ciptaan kreatifnya.


Min-kyu adalah ketua dan pemegang saham terbesar syarikat KM Financial yang diwarisi daripada ibu bapanya yang terkorban dalam kemalangan 15 tahun yang lalu. Dia kemudian dibesarkan oleh rakan kepada ayahnya, Hwang Do-won (Son Byong-ho) yang juga mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengannya, Hwang Yeo-chul (Kang Ki-young). Kedua-dua mereka turut bekerja dengan KM Financial. KM Financial juga memiliki pasukan Santa Maria yang diketuai oleh Professor Hong Baek-gyun (Um Ki-joon). Dalam diam, pasukan Santa Maria telah mencipta sebuah robot yang diberi nama Aji3 yang rupanya dibuat menyerupai bekas kekasih Baek-gyun iaitu Jo Ji-ah.


Yeo-chul dan ayahnya Do-won telah mengetahui tentang Aji3 dan berusaha untuk menjual pasukan Santa Maria kepada Bold Group. Martin, pemilik Bold Group ingin menjadikan Aji3 sebagai senjata. Baek-gyun ingin menghantar Aji3 kepada Min-kyu agar Santa Maria tidak dijual kepada Bold Group. Namun secara tidak sengaja Aji3 telah rosak kerana terkena setitis air. Baek-gyun menawarkan 10juta won kepada Ji-ah supaya menyamar sebagai robot sementara dia dan kumpulannya membaiki Aji3.


Ulasan


Ok lah drama ni best untuk ditonton. Boleh santai-santai tengok musim PKPB ni. Tapi lama sangat sampai 32 episod. Ada waktu Ai cepatkan sebab nak cepat habis. 


P/S : Comelnya Chae Soo-bin.




aisyaismail