April 2019

Thursday 25 April 2019

MINAT TAPI MALU

April 25, 2019 14
MINAT TAPI MALU
Assalamualaikum and hye readers~



Ai percaya, ramai je orang di luar sana yang mempunyai minat atau hobi yang melampau terhadapat sesuatu benda. Contohnya seperti mengumpul lego, kumpul hello kitty, panjat gunung, cipta resepi baru, menyanyi, menari, menulis dan bermacam-macam hobi yang ada di dalam dunia ini. Tidur pun salah satu hobi juga.


Ramai yang ada minat, tetapi malu untuk berterus-terang akan minatnya. Mereka malu jika orang lain tidak menyokong apa yang mereka minat. Pada ai, selagi tidak membazir dan tidak menyusahkan orang lain, teruskanlah minat dan hobi korang tu. Menyesal nanti sebab tak ikutkan apa yang kita mahukan.


Sejak kebelakangan ini ai suka main dan kumpul lego. Suka main tu dah lama, tapi ai malas nak beli sebab lego kan mahal. Tapi sejak tahun lepas, ai dah mula rajin beli lego dan main untuk mengisi masa lapang. Beli yang kecik-kecik je untuk puaskan minat sendiri. Bila anak buah ai datang, dia pon join sekali main lego. 





Korang tahu tak yang minat atau hobi tu boleh ditukarkan untuk menjadi pendapatan tetap atau sampingan? Minat yang seperti suka menjahit, memasak, menulis, melukis, menyanyi dan sebagainya. Kalau korang betul-betul minat dalam sesuatu perkara, mesti korang mampu untuk menjana pendapatan melaluinya. Tapi kalau minat main lego, belum boleh lah nak buat duit. Melainkan ai borong lego dengan harga pukal dan jualnya semula. Ada ke orang yang nak beli?


Dari dulu ai minat menulis, tapi ai tak mahu jadikan menulis itu sebagai pekerjaan kerana untuk sampai ke tahap itu ai perlu belajar penulisan termasuk lah sastera. Walaupun ai seorang yang berminat dengan benda-benda tradisional, tetapi sastera bukan lah minat ai. Lagipun tak semestinya minat itu perlu dijadikan kerjaya. 


Ai mula menulis di dalam blog bila mula mengenal blog. Kalau ai nak tulis ai tulis, kalau tak mahu ai tak tulis. Sejak 2015 makin rajin pula ai menulis di dalam blog dan lama kelamaan satu-persatu bayaran ai terima hasil dari penulisan ai. Alhamdulillah! Bila tabung adsense nak penuh pula ea? Hahaha!


Minat ni tak boleh nak dipaksa. Kalau dah tak suka tu, makin dipaksa makin kita jadi stress. Tapi ai percaya kalau kena dengan caranya, kita boleh buatkan seseorang itu berminat akan sesuatu. Bukan dengan paksaan kerana minat tak akan datang tanpa kerelaan hati. Biar apa orang nak kata asalkan diri sendiri happy.




aisyaismail

Tuesday 23 April 2019

SELEPAS HAMPIR SEBULAN

April 23, 2019 4
SELEPAS HAMPIR SEBULAN
Assalamualaikum and hye readers.



Ada yang rindukan ai tak? Dah hampir sebulan ai tak tulis apa-apa kat dalam blog ni. Rindu pula nak menaip panjang lebar dan berkongsikan cerita. 


Bukan tak nak menulis, tapi ada beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan dan ai terpaksa untuk memandang sepi blog ni. Hehehe! Antara masalah itu adalah kesibukan ai dengan tugasan harian. Nak raya ni kan, faham-faham je lah.




Terima kasih korang yang masih singgah kat blog ai walaupun dan berhabuk. Lepas ni ai akan lebih rajinlah untuk buka blog dan menulis. In syaa Allah. 


Korang rajin-rajinkan lah jenguk instagram, facebook dan twitter ai. Walaupun sibuk, jarang ai tak ada kat sana. Hahaha! Oh ya, di instagram, ai ada buat giveaway. Kalau korang nak peluang untuk memenangi Tea Tree Oil Serum by Cosmoderm seperti di dalam gambar, cepat pergi terjah instagram ai. Masih berpeluang untuk jadi insan terpilih. Good luck!




aisyaismail