March 2018

Wednesday 28 March 2018

CARA MENGATASI MASALAH BARAN

March 28, 2018 2
CARA MENGATASI MASALAH BARAN
Assalamualaikum and hye readers~



Masalah baran amatlah tidak disukai oleh sesiapa pun. Pada ai, sikap baran ini adalah salah satu kekurangan yang ada dalam diri. Ai tidak mempunyai masalah baran, tetapi ai mempunyai beberapa orang kenalan dekat yang mengalami masalah ini. Kalau dah start barannya, bersiap sedia lah untuk bertabah. Kadang-kadang sampai menangis nak bertahan dengan perangai baran mereka itu.


Hasil carian di Google.com.


Kita sedia maklum, apabila sedang marah kita akan melontarkan pelbagai kata yang akan mengguris hati orang lain. Apatah lagi apabila kita mempunyai masalah baran. Kita tak suka orang bercakap kasar atau tinggi pada kita, akan tetapi kita sendiri tidak boleh mengawal perasaan untuk marah dan mengguris hati orang lain.


CARA ATASI MASALAH BARAN

1- Berwuduk
Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api. Api dipadamkan dengan menggunakan air. Jadi, jika perasaan marah itu wujud dalam hati, berwuduklah. In syaa Allah perasaan marah dalam hati itu hilang.

2- Duduk diam dan bertenang
Berikanlah masa untuk diri sendiri. Bila perasaan marah itu muncul, korang diamlah dan tidak perlu berkata apa-apa. Ini kerana, setiap butir bicara yang keluar dari mulut korang ketika marah akan mengguris hati orang lain. Jadi musahabah lah diri dahulu.


Gambar hasil carian di Google.com.


3- Berfikir dahulu sebelum bercakap
Ai tak rasa orang yang sedang marah apatah lagi ada sifat baran mampu berfikir sebelum bercakap. Sebab itu lah korang kena ambil masa untuk bersendiri dan apabila sudah tenang, korang fikirkan semula apa yang ingin korang katakan. Jangan sesekali ambil tindakan atau buat keputusan ketika sedang marah. Takut menyesal di kemuadian hari.

4- Jaga bahasa dan jaga intonasi
Jangan menjerit-jerit ketika sedang marah. Ini kerana, apabila korang menjerit-jerit, korang seperti menyokong diri untuk lebih marah dan marah. Orang yang sedang bercakap dengan korang pun akan rasa tidak selesa dan secara tidak langsung mereka pun akan marah dan akan membuatkan korang bertambah marah. Jika berhadapan dengan pasangan, kekalkan menggunakan gelaran yang manis dan baik. Ini secara tidak langsung akan mengawal kemarahan itu.

5- Jangan berdendam
Walaupun kemarahan sudah reda, tetapi jika masih ada dendam umpama bara yang masih menyala. Bila ditiup angin, bila-bila masa boleh menyemarakkan api semula. Ecewahhh.

6- Fikirkan perkara yang baik-baik
Apa salahnya bila korang rasa nak marah, korang fikirkan sesuatu yang menenangkan. Macam asam pedas masakan mak korang yang sedap sangat, isteri atau suami kat rumah tu elok sangat ataupun anak yang baik dapat nombor dua dalam kelas. Apa-apa sahaja lah. Asalkan yang baik-baik. Sedikit sebanyak dapat menyejukkan rasa marah itu.

7- Tanya pada diri kenapa marah
Cuba korang tanya diri sendiri, kenapa korang suka marah-marah? Benda kecil pun macam suatu isu yang besar apabila korang mula untuk marah. Kadang-kadang sampai tahap memukul. Kenapa? Kenapa?


Gambar hasil carian di Google.com.


11- Baca doa setiap kali terbit rasa marah


Doa ketika marah

Doa pertama:

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya : Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Doa Kedua (sebelum dan selepas tidur):

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon dengan Engkau daripada keburukkan diriku dan daripada keburukkan syaitan serta sekutunya.


Sebenarnya perasaan marah itu wujud apabila terbit ketidakpuasan dalam hati korang. Korang nak orang ikut cara korang tetapi tak semua orang boleh ikut. Dan apabila semuanya salah di mata korang, itulah punca kepada kemarahan dan panas baran. Kalau orang lain buat kesalahan kecil, boleh je tegur elok-elok. Tapi disebabkan korang tak dapat mengawalnya, maka bermula lah segala kata-kata yang mengguris hati orang lain keluar daripada mulut.





aisyaismail

Thursday 22 March 2018

WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?

March 22, 2018 25
WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Assalamualaikum and hye readers~



Sebab utama ai malas nak tengok drama Korea adalah bila ai dah terjebak, ai akan terus terjebak dan susah nak berhenti. Ai bukan jenis yang boleh tunggu satu hari satu episod. Kalau ada sepuluh episod, sepuluh episod itu ai nak habiskan dalam masa satu hari. Tapi baru-baru ni ai kalah juga bila terjebak dengan drama Pinocchio.



WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.



Drama Pinocchio ini bukan lah drama baru. Kalau tak silap ai telah ditayangkan pada tahun 2014. Kalau ai silap tolong betulkan. Drama lakonan Park Shin-hye dan Lee Jong Suk ini mengisahkan tentang dunia wartawan. Yang menariknya drama ini  bukan drama seorang lelaki kaya-raya yang angkuh dan kemudian bertemu gadis rakyat biasa dan jatuh cinta. Lepas tu lelaki tersebut terus bertukar menjadi seorang yang comel dan penyayang lalu cinta terhalang oleh orang tua kerana status. Cliche sangat kan?



Ki Ha-myung  menjadikan kariernya sebagai seorang wartawan untuk membalas dendam atas kematian ayahnya di dalam satu insiden dan mengembalikan maruah keluarganya yang rosak akibat insiden tersebut. Choi In-ha pula seorang penghidap sindrom Pinocchio cuba membuktikan bahawa sesiapa yang menghidap sindrom tersebut juga mampu untuk menjadi seorang wartawan. Dalam pada masa yang sama dia ingin mendekatkan diri dengan ibunya. Sindrom Pinocchio adalah sindrom di mana Choi In-ha akan sedu-sedu (hiccups) setiap kali berbohong.



Pertemuan hero dan heroin di dalam drama ni bukan lah semasa mereka menjadi wartawan. Mereka berdua telah kenal sejak kecil di mana Ki Ha-myung menjadi anak angkat kepada datuk Choi In-ha. Kiranya hero tu pak cik angkat heroin lah. Mereka berdua sama-sama berusaha untuk menjadi wartawan dan diterima atas sebab dan kisah yang berlainan. Masing-masing ada kisah lampau sendiri.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.


Persoalannya, wujud ke sindrom Pinnochio? Umum mengetahui bahawa Pinocchio adalah kisah dongeng kanak-kanak. Selama hidup ini ai memang tak pernah dengar sindrom Pinocchio melainkan cerita dongeng Pinocchio. Ada juga ai cuba bertanyakan kepada pakcik G, akan tetapi semua jawapan yang diberi meragukan. So, ai boleh katakan bahawa sindrom ini tidak wujud. Mung suatu hari kalau ai jumpa article yang betul-betul kuat mengatakan sindrom ini wujud, baru lah ai percaya. Atau jika ai jumpa buku mengenainya. Ai lebih percayakan buku. Tapi ai tak rasa sindrom ini wujud.


Setiap kali ai berbohong ai akan rasa bahang di bahagian hidung. Tapi pada ai itu adalah perkara yang normal, sebab dah buat salah mesti akan rasa tak keruan kan. Lagipun ai sorang je rasa, orang lain tak akan tahu. Korang pun mesti akan rasa sesuatu setiap kali berbohong kan? Kan? Kan? Paling tidak pun korang akan rasa resah, berpeluh atau bahang di bahagian anggota badan yang tertentu. Tapi korang je lah tahu. Kecuali apabila keresahan korang terpancar di muka. Memang kantoi lah penipuan tu.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.


Boleh bayangkan tak jika sindrom Pinocchio benar-benar wujud? Setiap kali korang berbohong, setiap kali tu juga semua orang akan tahu. Kesian dengan orang yang ada sindrom tersebut. Memang lah bagus jika tak boleh menipu, tapi ada sesetengah perkara kita perlu untuk menipu. Contohnya  korang nak break dengan pasangan, tiba-tiba dapat tahu dia sakit tenat dan terlantar di hospital dan harapan tipis untuk diselamatkan. Tiba-tiba dia tanya, 'do you love me?'. Dalam keadaan dia yang begitu korang rasa nak menipu atau jujur? Jika korang jujur tapi ada sindrom Pinocchio, membantu tak?


Pada ai, cerita Pinocchio ni memang best. Tak cliche dan tak meleret. Disebabkan heroinnya penghidap sindrom Pinocchio, jadi plot menipu tu tak banyak antara watak-watak utama menjadikan ai tak bosan dengan kisah cinta yang diselitkan di dalam drama tersebut. Unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan pun menarik. Senang cerita ai memang suka lah cerita ni. Mesti ramai yang dah tengok kan? Kalau belum tengok, sila lah tengok.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.

P/s : Captain Hwang comel nau. Wartawan yang berkarisma dan sentiasa cool depan junior-junior. Love sangat.




aisyaismail

Tuesday 20 March 2018

BUKAN SENANG NAK JADI YOUTUBER

March 20, 2018 14
BUKAN SENANG NAK JADI YOUTUBER
Assalamualaikum and hye readers~



Dulu ai pernah berangan-angan nak jadi youtuber. Ai rasa macam best je bercakap sorang-sorang depan camera. Lepas tu feeling macam famous bila post video tu dapat beribu-ribu like. Heh!! Ingat senang nak dapat like yang beribu-ribu tu? Bukan senang nak jadi youtuber ni. Post gambar di instagram pun belum tentu orang nak like. Inikan pula youtube channel yang ada button dislike. Silap-silap dislike lagi banyak daripada like. Tapi kalau confident boleh je. Masalah nya ai ni pemalu yang amat!




Gambar hasil carian di Google.com




Sekarang ni, ramai muka-muka baru yang berlumba-lumba nak jadi youtuber. Youtuber famous di Malaysia yang sering dijadikan idola adalah Cupcake Aisyah. Selalu juga ai dengar atau nampak namanya disebut sebagai idola. Youtuber merangkap instafamous yang baru berusia 18 tahun tapi sekarang study di England. Tapi ai lebih minat dengan youtuber legend seperti Mat Lutfi. Lebih berisi video-video daripada Mat Lutfi ni. Tapi jenuh lah nak tunggu video baru daripada Mat Lutfi.


Bila tengok video di youtube channel, ai selalu ada reaksi yang berbeza-beza untuk setiap orang. Yang dah famous ai tak payah cerita lah. Kalau dah famous, sudah tentu mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk menarik minat penonton. Yang tak famous and suka buat perkara pelik-pelik tu kadang-kadang ai terfikir, kalau ai jadi youtuber, orang yang menonton video ai akan bagi reaksi pelik juga ke?


Gambar hasil carian di google.com



Ok ai nak bagi ciri-ciri youtuber pada pandangan mata ai. Maknanya jenis youtuber yang ai suka tengok. Selera masing-masing, kalau korang tak setuju ai tak marah. Korang pun jangan lah kecam ai. Tapi ini lah apa yang ai suka bila terjah youtube channel korang.


1- Petah bercakap - Ai sejenis yang cepat bosan dan ai cepat bosan bila video tu banyak diam atau tergagap-gagap. Ai sangat lah mengharapkan seseorang yang boleh berceloteh sekaligus mengelakkan ai daripada mengantuk. Bila cakap pun tergagap-gagap, confirm mengantuk.

2- Ada benda yang nak diceritakan - Bila ada topik, barulah orang nak tengok video tu. Kalau sekadar gambar seketul sampai satu minit, better korang letak di instagram je. Ai percaya lagi banyak like korang akan dapat.

3- Bahasa pertuturan - Pilih satu bahasa yang korang memang power dan selesa. Bila korang selesa dengan bahasa tu, korang akan lebih konfiden. Bila konfiden, macam-macam ayat yang best secara tak langsung akan keluar dari mulut korang. Penonton macam ai ni lebih suka benda-benda yang spontan.

4- Rupa paras tu tidak penting - Siapa kata kalau tak cantik dan tak kacak tak boleh famous? Yang tak cantik dan tak kacak pun, kalau video ada isi, petah, pandai amik hati penonton dan tidak membosankan, mesti ramai yang berminat. Kalau ada rupa tu bonus. Yang penting content korang tu.

5- Cari identiti sendiri - Korang kan ada cara korang yang tersendiri. Kenapa nak ikut cara orang? Diorang bagus dengan cara diorang dan korang bagus dengan cara korang. Tak salah kalau nak jadikan rujukan. Tapi kalau isi cerita, gaya bercakap, humor semua nak sama, baik ai tengok dia je. Perlu diingatkan, dalam mencari identiti jangan sampai memalukan diri sendiri.


Ok, cukup lah lima je. Ini pada pendapat ai je. Kalau korang nak tahu, sebab-sebab ini lah yang membuatkan ai tak terpanggil untuk menjadi youtuber. Ai tak petah, sekaligus membuatkan ai tak confident langsung. Kalau one day ai terjebak juga dengan youtube, maybe ai akan muatnaik video tanpa muka ai. Hehehe! Support tau! Korang ada youtube channel ke? Boleh tinggalkan link di bawah. Ai memang suka subscribe youtube channel kawan-kawan blogger ni. Sebagai tanda ai support korang dari alam maya.





aisyaismail

Friday 16 March 2018

JK1M10 #4: 1KG PUN OK

March 16, 2018 5
JK1M10 #4: 1KG PUN OK
Assalamualaikum and hye readers~



JK1M season sepuluh telah pun melabuhkan tirai hari Sabtu yang lepas. Selama enam minggu menjaga makan dan buat senaman yang betul, berbaloi ke tidak? Ai berjaya turunkan berat badan sebanyak 1 kg. Yeayyy. Lah! 1 kg pun happy ke? Tak kira lah berapa banyak pun yang turun, 1 kg atau 10 kg sekalipun, itu adalah usaha diri sendiri. Macam ai 1 kg dah ok sangat walaupun target sebenar ai adalah 5 kg selama 6 minggu. Coach pesan, teruskan apa yang ai belajar selama menyertai JK1M10, mesti target tu sampai.



Kelas pertama JK1M10 Shah Alam 2 #FighterUnited



Sebelum join JK1M10 ni, ai dah lama mulakan berdiet. Tapi mungkin diet ai tak seimbang, so berat ai maintain tak nak berubah. Kalau turun pun dalam 100g je. Lepas tu naik balik 1kg. Dan ai ada low blood pressure. Bila jaga makan tidak mengikut diet yang betul, ai cepat pening-pening. Siapa yang ada penyakit macam ai, mesti tahu susahnya banyak benda nak kena jaga. Tapi ai syukur kerana masih sihat dan tidak diuji dengan penyakit yang merbahaya. Alhamdulillah!



Exercise Class di Taman Tasik Shah Alam.



AKTIVITI JK1M10 

1- Kumpulan makanan
2- Menu diet seimbang
3- Senaman yang betul
4- Cara memilih kasut dengan betul
5- Running Clinic
6- 5KM night run
7- Hiking
8- Sukan Dogeball
9- Sukan Handball
10- Zumba



Zafina by coach Yusman.

Zumba by Zin Dora.


Body Combat by Coach Eric.



Selama 6 minggu di dalam program JK1M10, banyak perkara yang ai belajar dan banyak aktiviti yang ai sertai. Ai bersyukur lagi sekali kerana diberi peluang untuk menyertai program ini. Ada banyak lagi aktiviti JK1M10 sebenarnya, tapi ada kelas atau aktiviti yang ai tak sempat nak hadir atas beberapa sebab yang tertentu. Tak rugi lah korang bayar untuk join program ini. Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan.



Hiking di Bukit Sapu Tangan.

5KM night run.



TIPS KURUS DAN SIHAT

1- Makan mengikut kumpulan makanan yang betul.
2- Elakkan gula sebab di dalam makanan sudah terdapat kandungan gula.
3- Jangan skip makan dan pastikan tepati waktu makan.
4- Jangan malas untuk lakukan senaman yang betul.
5- Banyakkan aktiviti yang sihat.
6- Air masak tu penting. Pastikan minum sebanyak 1 liter setiap 25kg berat badan kita. Lebih tak apa.


Kalau korang nak kurus dengan sihat, korang boleh ikut tips di atas. Kena consistant tau baru boleh kurus. Kalau kelaut, jangan katakan kurus, sihat pun belum tentu. Tapi kalau badan korang dah sekeping, jangan lah target kurus tu. Korang target nak sihat je. Macam ai lain, ai bukan sekeping. Tapi disebabkan tak cukup tinggi tu yang nampak sekeping. Oh ya, walaupun ai cuma turun 1 kg, tapi ai berjaya juga kuruskan badan sikit tau. Yang penting nak bergambar tak perlu tahan nafas sangat dah. Hihihi!



Last clas!!! Ai dah balik masa gambar ini di ambil. 


JK1M diadakan sebanyak dua kali setahun. Kalau korang berminat nak sertai JK1M untuk next season, korang tunggu lepas raya. Ramai yang DM ai di instagram tanya bagaimana cara nak join. Korang tunggu je update di website http://cabaranjomkurus.com. Tak pun korang follow je Kevin Zahri punya instagram. Dia selalu update tentang program ni. Mana tahu next season ada jodoh kita berjumpa kan. 😋




aisyaismail

Saturday 10 March 2018

JK1M10 #3: BERIADAH DI BUKIT SAPU TANGAN

March 10, 2018 42
JK1M10 #3: BERIADAH DI BUKIT SAPU TANGAN
Assalamualaikum and hye readers~



Dengar je nama Bukit Sapu Tangan, ai terus tergelak. Kenapa pelik sangat nama nya. Tapi bila ai bagitahu orang lain tentang Bukit Sapu Tangan, ramai rupanya yang tahu. Terus malu sendiri sebab terasa macam ai seorang je yang tak tahu tentang Bukit Sapu Tangan ni.



Jauh lagi nak sampai.



Bukit Sapu Tangan terletak di Taman Botani, Shah Alam. Kalau korang tak tahu Taman Botani, nama lainnya adalah Bukit Cahaya atau Bukit Cerakah. Selalunya orang panggil Bukit Cerakah. Ai berpeluang mengikuti kumpulan JK1M10, Shah Alam 2 hiking ke Bukit Sapu Tangan. Siap bawa encik husband sekali. Takut sangat ai hiking sorang-sorang sebab dia tahu tahap kemampuan ai sampai mana. Hehehe!


Seingat ai, kali terakhir ai hiking lima tahun lepas di Bukit Tabur. Waktu tu sekeping, sekarang dah tiga keping badan ni, entah mampu sampai ke atas ke tidak. Tapi bila tengok semangat ahli lain yang lebih berkeping-keping badannya nak sampai ke atas, ai terus bersemangat. Tak nak kalah. Alhamdulillah sampai juga ke puncak. Tak jauh dan tak bahaya pun, sesuai juga untuk bawa anak-anak. Tapi pastikan stamina anak-anak cukup untuk sampai ke puncak. Kalau tidak, bersedialah nak mendukung.



Jalan bertar, tak perlu risau tanah licin.



Walaupun Bukit Sapu Tangan ni tak mencabar seperti bukit-bukit yang lain, tetapi nak sampai ke puncak adalah satu cabaran untuk orang-orang yang jarang atau tak biasa hiking macam ai. Kalau korang memang kaki hiking, mungkin bukan masalah untuk korang sampai ke puncak. Untuk yang sukakan sukan berbasikal, korang juga boleh mengayuh ke puncak Bukit Sapu Tangan. Ramai juga yang mendaki dengan berbasikal. Tak kurang juga yang menolak basikal kerana letih mengayuh.


Jujur ai katakan, ai bangga tengok semangat ahli JK1M10. Usia dan berat badan bukan penghalang untuk mereka bersama-sama mencuba segala aktiviti yang dianjurkan oleh JK1M10. Mungkin kerana aktiviti dilakukan secara berkumpulan, jadi semangat tu lebih tinggi berbanding lakukan aktiviti seorang diri. Kalau korang masih muda dan sihat tetapi korang malas untuk bersenam, korang kena malu dengan golongan yang macam ni. Jangan jadikan malas sebagai alasan sebab korang akan menyesal bila dah tua nanti.



Abang Saiful dan Kak Aimi. Salute ngan diorang.


Dah sampai!


Lepas tamat program JK1M10 ni nanti, ai nak teruskan aktiviti-aktiviti menarik yang ai dah buat bersama team. Jadi kalau korang ada plan nak buat aktiviti sihat yang menarik, jangan lupa pm ai. Kalau menarik ai berbesar hati untuk sertai aktiviti korang tu.






aisyaismail

Thursday 8 March 2018

KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN (KSP) SERAH KAD DIGITAL NGO NEGARAKU

March 08, 2018 3
KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN (KSP) SERAH KAD DIGITAL NGO NEGARAKU
Assalamualaikum and hye readers~



Masa mula-mula dengar tentang Kad Digital NGO ni, ai tertanya-tanya apakah kad ini. Adalah macam kat ATM atau touch n go? Bila dah dengar sendiri talk yang dianjurkan oleh KSP sendiri barulah ai faham.






KSP telah menyediakan sebanyak 30 ribu keping kad NGO Negaraku dan mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi yang berdaftar. Sebagai permulaan, seramai lima puluh orang NGO telah hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda.


Program ini turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku dan menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik. Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan utnuk membentuk kerjasama antara NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.







Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyarakat khususnya ahli-ahli NGO dan koperasi. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diuruskan secara sosial entrprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda.


Ketua Program Komuniti NGO Negaraku, Dr Nur Hadi pula berkata, penyampaian meseg sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui rekabentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu.






Di peringkat awal pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky dan Comfort Reflekxologi. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link di bawah.






aisyaismail