BUKAN SENANG NAK JADI YOUTUBER - Aisya Ismail

Tuesday, 20 March 2018

BUKAN SENANG NAK JADI YOUTUBER

Assalamualaikum and hye readers~



Dulu ai pernah berangan-angan nak jadi youtuber. Ai rasa macam best je bercakap sorang-sorang depan camera. Lepas tu feeling macam famous bila post video tu dapat beribu-ribu like. Heh!! Ingat senang nak dapat like yang beribu-ribu tu? Bukan senang nak jadi youtuber ni. Post gambar di instagram pun belum tentu orang nak like. Inikan pula youtube channel yang ada button dislike. Silap-silap dislike lagi banyak daripada like. Tapi kalau confident boleh je. Masalah nya ai ni pemalu yang amat!




Gambar hasil carian di Google.com




Sekarang ni, ramai muka-muka baru yang berlumba-lumba nak jadi youtuber. Youtuber famous di Malaysia yang sering dijadikan idola adalah Cupcake Aisyah. Selalu juga ai dengar atau nampak namanya disebut sebagai idola. Youtuber merangkap instafamous yang baru berusia 18 tahun tapi sekarang study di England. Tapi ai lebih minat dengan youtuber legend seperti Mat Lutfi. Lebih berisi video-video daripada Mat Lutfi ni. Tapi jenuh lah nak tunggu video baru daripada Mat Lutfi.


Bila tengok video di youtube channel, ai selalu ada reaksi yang berbeza-beza untuk setiap orang. Yang dah famous ai tak payah cerita lah. Kalau dah famous, sudah tentu mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk menarik minat penonton. Yang tak famous and suka buat perkara pelik-pelik tu kadang-kadang ai terfikir, kalau ai jadi youtuber, orang yang menonton video ai akan bagi reaksi pelik juga ke?


Gambar hasil carian di google.com



Ok ai nak bagi ciri-ciri youtuber pada pandangan mata ai. Maknanya jenis youtuber yang ai suka tengok. Selera masing-masing, kalau korang tak setuju ai tak marah. Korang pun jangan lah kecam ai. Tapi ini lah apa yang ai suka bila terjah youtube channel korang.


1- Petah bercakap - Ai sejenis yang cepat bosan dan ai cepat bosan bila video tu banyak diam atau tergagap-gagap. Ai sangat lah mengharapkan seseorang yang boleh berceloteh sekaligus mengelakkan ai daripada mengantuk. Bila cakap pun tergagap-gagap, confirm mengantuk.

2- Ada benda yang nak diceritakan - Bila ada topik, barulah orang nak tengok video tu. Kalau sekadar gambar seketul sampai satu minit, better korang letak di instagram je. Ai percaya lagi banyak like korang akan dapat.

3- Bahasa pertuturan - Pilih satu bahasa yang korang memang power dan selesa. Bila korang selesa dengan bahasa tu, korang akan lebih konfiden. Bila konfiden, macam-macam ayat yang best secara tak langsung akan keluar dari mulut korang. Penonton macam ai ni lebih suka benda-benda yang spontan.

4- Rupa paras tu tidak penting - Siapa kata kalau tak cantik dan tak kacak tak boleh famous? Yang tak cantik dan tak kacak pun, kalau video ada isi, petah, pandai amik hati penonton dan tidak membosankan, mesti ramai yang berminat. Kalau ada rupa tu bonus. Yang penting content korang tu.

5- Cari identiti sendiri - Korang kan ada cara korang yang tersendiri. Kenapa nak ikut cara orang? Diorang bagus dengan cara diorang dan korang bagus dengan cara korang. Tak salah kalau nak jadikan rujukan. Tapi kalau isi cerita, gaya bercakap, humor semua nak sama, baik ai tengok dia je. Perlu diingatkan, dalam mencari identiti jangan sampai memalukan diri sendiri.


Ok, cukup lah lima je. Ini pada pendapat ai je. Kalau korang nak tahu, sebab-sebab ini lah yang membuatkan ai tak terpanggil untuk menjadi youtuber. Ai tak petah, sekaligus membuatkan ai tak confident langsung. Kalau one day ai terjebak juga dengan youtube, maybe ai akan muatnaik video tanpa muka ai. Hehehe! Support tau! Korang ada youtube channel ke? Boleh tinggalkan link di bawah. Ai memang suka subscribe youtube channel kawan-kawan blogger ni. Sebagai tanda ai support korang dari alam maya.





aisyaismail

14 comments:

  1. Hahahha... Mrs. A langsung tak terfikir berangan pun tak pernah tu pasallah account youtube pun nan hado. Itulahkan bukan semua orang ada self confident nak bercakap depan camera walaupun sensorang.

    Uiiiii... Mrs. A suka instafamous Nurhayati Tahir dan Luqmanpodolski.
    Youtuber takde pulak

    ReplyDelete
  2. walaupun akak kata rupa paras tak penting, kadang2 benda tu jadi penting jgk. dekat Malaysia ni, bakat tak ada tak apa. boleh jual muka dan laku. hahahha kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tu level retis-retis ye laa pentingkan rupa.. lols..

      Delete
  3. Buat masa ni saya lebih kepada Fb dan blog je. Mungkin nanti-nanti kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah.. Tapi ig dan twitter pun ai active.

      Delete
  4. saya paling suka tengok video mat lufi dan anwar hadi. Sekarang suka tengok thinker studo. atiah buat youtube pun kalau ada travel mana2 jer. itu pun malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, thinker studio pun fav ai sekarang. Ok lah tu ada juga berani buat. Hehehe.

      Delete
  5. Bolehlah cuba try.
    mana tau boleh jad ipemes nanti.

    ReplyDelete
  6. setuju bila akak kata pasal youtubers lagend tu ! Luthfi memang idola dari dulu lagi ! Sekarang ni channel MTAS production pun best, diorang buat iklan untuk promote product orang je tapi video dorang snga catchy !

    ReplyDelete
  7. sha selalu buat tutorial makeup dalam bilik time bersiap je hahaha takyakin betul nak hadap camera. sha suka tengok athisha khan, eh betul ke idok nama dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas buat tutorial tu post ke tak? Antisha ok lah. Kadang-kadang layan juga.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D