JK1M10 #4: 1KG PUN OK - Aisya Ismail

Friday, 16 March 2018

JK1M10 #4: 1KG PUN OK

Assalamualaikum and hye readers~



JK1M season sepuluh telah pun melabuhkan tirai hari Sabtu yang lepas. Selama enam minggu menjaga makan dan buat senaman yang betul, berbaloi ke tidak? Ai berjaya turunkan berat badan sebanyak 1 kg. Yeayyy. Lah! 1 kg pun happy ke? Tak kira lah berapa banyak pun yang turun, 1 kg atau 10 kg sekalipun, itu adalah usaha diri sendiri. Macam ai 1 kg dah ok sangat walaupun target sebenar ai adalah 5 kg selama 6 minggu. Coach pesan, teruskan apa yang ai belajar selama menyertai JK1M10, mesti target tu sampai.



Kelas pertama JK1M10 Shah Alam 2 #FighterUnited



Sebelum join JK1M10 ni, ai dah lama mulakan berdiet. Tapi mungkin diet ai tak seimbang, so berat ai maintain tak nak berubah. Kalau turun pun dalam 100g je. Lepas tu naik balik 1kg. Dan ai ada low blood pressure. Bila jaga makan tidak mengikut diet yang betul, ai cepat pening-pening. Siapa yang ada penyakit macam ai, mesti tahu susahnya banyak benda nak kena jaga. Tapi ai syukur kerana masih sihat dan tidak diuji dengan penyakit yang merbahaya. Alhamdulillah!



Exercise Class di Taman Tasik Shah Alam.



AKTIVITI JK1M10 

1- Kumpulan makanan
2- Menu diet seimbang
3- Senaman yang betul
4- Cara memilih kasut dengan betul
5- Running Clinic
6- 5KM night run
7- Hiking
8- Sukan Dogeball
9- Sukan Handball
10- Zumba



Zafina by coach Yusman.

Zumba by Zin Dora.


Body Combat by Coach Eric.



Selama 6 minggu di dalam program JK1M10, banyak perkara yang ai belajar dan banyak aktiviti yang ai sertai. Ai bersyukur lagi sekali kerana diberi peluang untuk menyertai program ini. Ada banyak lagi aktiviti JK1M10 sebenarnya, tapi ada kelas atau aktiviti yang ai tak sempat nak hadir atas beberapa sebab yang tertentu. Tak rugi lah korang bayar untuk join program ini. Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan.



Hiking di Bukit Sapu Tangan.

5KM night run.



TIPS KURUS DAN SIHAT

1- Makan mengikut kumpulan makanan yang betul.
2- Elakkan gula sebab di dalam makanan sudah terdapat kandungan gula.
3- Jangan skip makan dan pastikan tepati waktu makan.
4- Jangan malas untuk lakukan senaman yang betul.
5- Banyakkan aktiviti yang sihat.
6- Air masak tu penting. Pastikan minum sebanyak 1 liter setiap 25kg berat badan kita. Lebih tak apa.


Kalau korang nak kurus dengan sihat, korang boleh ikut tips di atas. Kena consistant tau baru boleh kurus. Kalau kelaut, jangan katakan kurus, sihat pun belum tentu. Tapi kalau badan korang dah sekeping, jangan lah target kurus tu. Korang target nak sihat je. Macam ai lain, ai bukan sekeping. Tapi disebabkan tak cukup tinggi tu yang nampak sekeping. Oh ya, walaupun ai cuma turun 1 kg, tapi ai berjaya juga kuruskan badan sikit tau. Yang penting nak bergambar tak perlu tahan nafas sangat dah. Hihihi!



Last clas!!! Ai dah balik masa gambar ini di ambil. 


JK1M diadakan sebanyak dua kali setahun. Kalau korang berminat nak sertai JK1M untuk next season, korang tunggu lepas raya. Ramai yang DM ai di instagram tanya bagaimana cara nak join. Korang tunggu je update di website http://cabaranjomkurus.com. Tak pun korang follow je Kevin Zahri punya instagram. Dia selalu update tentang program ni. Mana tahu next season ada jodoh kita berjumpa kan. 😋




aisyaismail

5 comments:

  1. banyak akktiviti JK1M10..bagus ikut serta, dapat banyak ilmu..kenalan pun bertambah..

    ReplyDelete
  2. apa2pun turun
    kalau tak turun lagi stress
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Yang penting dapat ramai kenalan baru yang mempunyai azam yang sama

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D