Assalamualaikum and hye reader.
6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja. Kerja adalah satu kewajipan kepada sesiapa sahaja yang nak mencari duit sama ada bekerja sendiri mahupun makan gaji. Mencari duit untuk menambah pendapatan atau sekadar mengisi masa lapang, kita perlu bekerja.
Kita tak perlu bersusah-payah untuk bekerja jika ada orang yang boleh beri duit secara percuma tanpa perlu bekerja. Sama ada pemberian daripada keluarga yang sememangnya kaya atau suami yang wajib memberi nafkah.
Tapi, sampai bila kita boleh bertahan dengan hanya duduk goyang kaki dan habiskan duit? Korang boleh ke? Biasanya orang yang banyak duit ni akan memanfaatkan duit itu dengan memulakan perniagaan.
Bekerja sangat menyeronokkan
Selain dapat pegang duit hasil usaha sendiri, persekitaran yang positif dengan majikan yang baik hati serta rakan sekerja yang sangat sekepala pun rezeki yang menyeronokkan.
Namun, kita tak akan lari dengan cabaran yang kadangkala jika tidak lakukan sesuatu akan menjadi gangguan emosi di tempat kerja.
Gangguan emosi berlaku disebabkan oleh tekanan melampau yang mungkin disebabkan oleh kesedihan, letih, bimbang serta kemurungan.
Macam kes skandal antara bos dan pekerja yang viral baru-baru ini, itupun salah satu sebab kepada terjadinya gangguan emosi di tempat kerja.
Ai, bukan nak kupas pasal isu tu, tapi apabila masalah atau tekanan yang dihadapi sudah di luar kawalan, di sini permulaan kepada gangguan emosi.
Tanda-tanda gangguan emosi
- Mengalami ketegangan otot.
- Diselubungi perasaan cemas dan gelisah sehingga badan menggeletar dan menggigil.
- Mudah rasa sebak, tertekan dan marah.
- Mudah rasa letih secara fizikal dan mental
- Selera makan yang tidak menentu. Kadang kala nak makan kaladangkala pula tak mahu sehingga memberi kesan kepada penambahan atau pengurangan berat badan.
- Sukar tidur malam.
- Cepat berputus asa dan tidak berminat dengan keadaan sekeliling.
- Mengalami kesukaran untuk bergaul dengan orang lain.
- Tumpuan sering terganggu
- Prestasi kerja terjejas sehingga melibatkan orang lain.
Selain tanda-tanda di atas, ada banyak lagi tanda yang tidak Ai nyatakan. Semuanya berkaitan dengan perubahan emosi, kemurungan dan serangan panik. Jika kita dah tahu tanda dan gejala gangguan emosi ini, ia lebih mudah untuk diuruskan.
6 cara menangani gangguan emosi di tempat kerja
1. Ambil cuti tahunan
2. Susun senarai tugasan
3. Kenal pasti punca
4. Kehidupan semasa
5. Mulakan dengan langkah kecil
Jangan ingat perkara-perkara kecil tak penting dan tak kan mendatangkan gangguan emosi tau. Sekecil-kecil api boleh merebak menjadi besar.
6. Minta bantuan pada orang lain
Nampak biasa tapi luar biasa
aisyaismail