August 2021

Friday 27 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer

August 27, 2021 14
Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer

  Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer | Kalau lalu di gerai Ayam Bakar Madu di tepi jalan atau di pasar malam, mesti menusuk-nusuk bau sedap masuk ke dalam rongga hidung. Lepas tu terbeli! Beli pula sekurang-kurangnya 3 ketul. Kalau dapat yang sedap, esok beli lagi dan lagi sampai muak. Asyik beli je, apa kata cuba buat sendiri pula. Kalau sedap, boleh lah buat selalu. 


Sebenarnya ini percubaan kedua Ai masak Ayam Bakar Madu menggunakan air fryer. Kali pertama dulu tak menjadi. Ayam jadi terlalu kering dan rentung sangat. Terus tak nak buat dah. Tapi, tiba-tiba mak mertua Ai minta untuk masak Ayam Bakar Madu. Ok, kita cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi kali ini. Lagi sedap kalau guna kepak ayam, tapi Ai guna semua bahagian ayam. Pastikan masak awal tau, sebab ayam perlu diperap.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-bakar-madu-air-fryer.html


Bahan-bahan

Ayam bakar madu

1. 1 ekor ayam 
2. 1 labu bawang putih
3. 2-3 inci halia
4. 3 sudu marjerin
5. 1 kiub pati ayam
6. 3-4 sudu makan madu
7. 2 sudu makan gula perang
8. 4 sudu makan serbuk cili 
9. 2 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu teh garam
12. 1 sudu teh serbuk lada hitam
13. 1/2 sudu teh pewarna merah / pink
14. Air secukupnya

Sos ayam


1. Baki bahan perapan ayam
2. 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
3. Kicap lemak manis secukup rasa
4. Gula perang dan garam secukupnya


Cara-cara

1. Rebus ayam dalam 10 minit kemudian toskan.
2. Kisar bawang putih, halia dan kiub pati ayam sehingga lumat.
3. Cairkan marjerin di dalam kuali.
4. Campurkan ayam bersama bahan kisar, marjerin cair, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam, serbuk blackpaper dan pewarna ke dalam bekas untuk perapan. 
5. Kacau sehingga bahan perapan dan ayam sebati. Pastikan ayam dah tak panas ya supaya tidak hancur.
6. Perap sekurang-kurangnya 1 jam  atau lebih. Nak lagi sedap perap semalaman.
7. Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celsius. Kalau suka ayam yang ada hitam-hitam hangus tu, tambah kan masa lama sedikit.
8. Masukkan baki air perapan ke dalam kuali bersama tepung jagung, kicap lemak manis, gula perang dan garam.
9. Buka api perlahan dan kacau bahan sehingga sebati. Pastikan sentiasa kacau kuah sos supaya tidak berketul.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Gula dan madu boleh tambah dan kurangkan mengikut selera masing-masing suka manis tahap yang macam mana.




aisyaismail

Thursday 5 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai

August 05, 2021 18
Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai

Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Nasi Ayam Kam Heong rasa macam beli di kedai | Setiap kali pergi makan di restoran Cina Muslim yang Ai tak nak sebutkan namanya, kalau order ala-carte selalunya Ai akan order tiga benda je. Kalau tak Nasi Ayam atau Nasi Goreng Yong Chow, Ai mesti akan order Nasi Goreng Kam Heong. Sedap! Kalau Ai order menu ala-carte selain daripada 3 menu ni, sebab nak ubah angin sekejap. Lepas tu akan berulang order benda yang sama balik. 


Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi ayam kam heong rasa seperti makan di restoran. Tapi di restoran tersebut guna dada ayam dan dipotong kecil-kecil. Ai nak makan dengan keluarga sebagai hidangan utama, jadi ayam tu Ai guna pelbagai bahagian dan dipotong biasa sahaja. Rindunya nak makan di restoran tesebut.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-kam-heong.html



Bahan-bahan


1. 1/2 ekor ayam 
2. 1 sudu teh serbuk kunyit
3. 1/2 sudu teh garam
4. 1 sudu makan tepung bestari / tepung beras
5. 1 biji bawang holland hiris
6. 4 ulas bawang putih hiris
7. 3 tangkai cili kering potong 3
8. 3 tangkai daun kari 
9. 2 sudu serbuk kari bancuh dengan sedikit air
10. 2 sudu sos tiram
12. 2 sudu sos cili
13. 2 sudu kicap manis
14. 1 tangkai cili merah hiris
15. 2 cawan air
16. Garam secukup rasa


Cara-cara


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung bestari kemudian goreng sehingga garing.
2. Guna dalam 1 senduk minyak goreng ayam, tumiskan bang holland, bawang putih, cili kering dan daun kari. 
3. Bila dah naik aroma sedap, tumiskan sekali serbuk kari sehingga garing.
4. Masukkan setengah cawan air supaya serbuk kari yang melekat lembut. Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kicap manis.
5. Masukkan air lebih serta garam secukupnya. Tak perlu bahan perasa.
6. Masukkan ayam dan cili merah. Gaulkan sehingga ayam disalut penuh dengan kuah. 
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lebihkan air supaya berkuah, tambahkan juga kuantiti sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau tak kuah akan jadi cair.



aisyaismail

Tuesday 3 August 2021

CARA MUDAH UNTUK MUAT NAIK GAMBAR DI INSTAGRAM WEB

August 03, 2021 23
CARA MUDAH UNTUK MUAT NAIK GAMBAR DI INSTAGRAM WEB

 Asslamualaikuam and hye readers.




Cara mudah untuk muat naik gambar di Instagram web | Sesetengah orang memang suka scroll instagram menggunakan tetikus daripada skrin telefon. Macam Ai! Bukan apa, lagi puas tengok gambar-gambar melalui laptop sebab besar berbanding melalui aplikasi di telefon pintar.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html



Satu masalah bila layan Instagam web ini adalah apabila nak muat naik gambar. Ai akan edit gambar menggunakan laptop. Jadi lebih mudah untuk Ai muat naik terus menggunakan laptop sahaja. Cara yang sedia ada sebelum ini ada kelemahan seperti tidak boleh tag kawan-kawan, tidak boleh tambah lokasi, tidak boleh edit menggunakan filter instagram dan tidak boleh muat naik lebih dari 1 gambar dalam 1 posting.



Sekarang dah ada cara baru yang korang boleh buat semua seperti menggunakan aplikasi Instagram di telefon pintar. Yang lebih penting, caranya jauh lebih mudah.



Cara mudah untuk muat naik gambar di instagram web

1. Pergi ke website www.instagram.com. Kemudian korang akan nampak butang + di sebelah kanan instagram. Klik butang + itu untuk muat naik gambar atau video.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


2. Klik butang 'select from computer' atau nak lebih cepat tanpa buka folder banyak-banyak, korang seret (drag) je gambar atau video terus dari dalam folder korang. Senang!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


3. Pilih gambar atau video dari folder korang. Kalau korang dah seret, korang boleh abaikan step nombor 3 ini.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


4. Step seterusnya, korang boleh crop gambar di anak panah nombor 1, tambah gambar atau video yang ingin dimuat naik di anak panah nombor 2 dan tentukan saiz gambar di anak panah nombor 3. Kemudian klik next.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


5. Korang boleh edit gambar seperti di aplikasi Instagram kemudian klik next.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


6. Untuk tag gambar kepada kawan-kawan, korang klik je pada gambar yang akan korang muat naik. Kemudian boleh lah tuliskan caption di ruangan caption. Jangan lupa tambah lokasi korang di bawah ruangan caption. Step terakhir, klik done!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


7. Dah siap! Gambar atau video korang siap di muat naik.



8. Taraaaa!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


Mudah kan? Sebenarnya step ini sama je seperti muat naik gambar atau video melalui aplikasi. Tapi pada Ai, lebih puas sebab gambar tu besar dan jelas. Senang nak tengok kalau ada apa-apa cela. Korang dah boleh lah cuba muat naik gambar di Instagram  web sekarang.




aisyaismail