Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai

Thursday, 5 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai


Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Nasi Ayam Kam Heong rasa macam beli di kedai | Setiap kali pergi makan di restoran Cina Muslim yang Ai tak nak sebutkan namanya, kalau order ala-carte selalunya Ai akan order tiga benda je. Kalau tak Nasi Ayam atau Nasi Goreng Yong Chow, Ai mesti akan order Nasi Goreng Kam Heong. Sedap! Kalau Ai order menu ala-carte selain daripada 3 menu ni, sebab nak ubah angin sekejap. Lepas tu akan berulang order benda yang sama balik. 


Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi ayam kam heong rasa seperti makan di restoran. Tapi di restoran tersebut guna dada ayam dan dipotong kecil-kecil. Ai nak makan dengan keluarga sebagai hidangan utama, jadi ayam tu Ai guna pelbagai bahagian dan dipotong biasa sahaja. Rindunya nak makan di restoran tesebut.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-kam-heong.html



Bahan-bahan


1. 1/2 ekor ayam 
2. 1 sudu teh serbuk kunyit
3. 1/2 sudu teh garam
4. 1 sudu makan tepung bestari / tepung beras
5. 1 biji bawang holland hiris
6. 4 ulas bawang putih hiris
7. 3 tangkai cili kering potong 3
8. 3 tangkai daun kari 
9. 2 sudu serbuk kari bancuh dengan sedikit air
10. 2 sudu sos tiram
12. 2 sudu sos cili
13. 2 sudu kicap manis
14. 1 tangkai cili merah hiris
15. 2 cawan air
16. Garam secukup rasa


Cara-cara


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung bestari kemudian goreng sehingga garing.
2. Guna dalam 1 senduk minyak goreng ayam, tumiskan bang holland, bawang putih, cili kering dan daun kari. 
3. Bila dah naik aroma sedap, tumiskan sekali serbuk kari sehingga garing.
4. Masukkan setengah cawan air supaya serbuk kari yang melekat lembut. Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kicap manis.
5. Masukkan air lebih serta garam secukupnya. Tak perlu bahan perasa.
6. Masukkan ayam dan cili merah. Gaulkan sehingga ayam disalut penuh dengan kuah. 
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lebihkan air supaya berkuah, tambahkan juga kuantiti sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau tak kuah akan jadi cair.



aisyaismail

15 comments:

  1. mudah jugak nak buat menu ni ek. Okay thanks for sharing this

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat lg ayam kam heong ni
    nampak menyelerakan tu

    ReplyDelete
  3. Tak pernah masak. Semua bahan ada kecuali tepung bestari tu je. Ingat nak masak kam heong juga esok.

    ReplyDelete
  4. menarik jugak menu ni, tergodaaa

    ReplyDelete
  5. nampak sedap, bolehlah try resepi ni. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. tak prnah try masakan mcm ni.. nnti boleh try ni.. tq aisya!

    ReplyDelete
  7. tu dia sedapnya.. boleh try nanti

    ReplyDelete
  8. sedapnya dia masakkkk������

    ReplyDelete
  9. Salam, nampak sedap, chinese food biasa tak pedas sangat, boleh try, sesuai untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  10. nnt msk lg tau. nah ni tapauwere sy������ #gurau

    ReplyDelete
  11. sangat menyelerakan. mmg abe kie suka makanan cina halal krna x ada santan...

    ReplyDelete
  12. Menyelerakan nampak Ayam Kam Heong ni. Tak pernah cuba lagi. Boleh rujuk resipi Ai nanti. Tq share.

    ReplyDelete
  13. sedap AI..boleh cuba guna resepi AI..tq sharing AI :)

    ReplyDelete
  14. tu dia.. tgk rupanya pun dah terasa sedap

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D