Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer

Friday, 27 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer


  Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer | Kalau lalu di gerai Ayam Bakar Madu di tepi jalan atau di pasar malam, mesti menusuk-nusuk bau sedap masuk ke dalam rongga hidung. Lepas tu terbeli! Beli pula sekurang-kurangnya 3 ketul. Kalau dapat yang sedap, esok beli lagi dan lagi sampai muak. Asyik beli je, apa kata cuba buat sendiri pula. Kalau sedap, boleh lah buat selalu. 


Sebenarnya ini percubaan kedua Ai masak Ayam Bakar Madu menggunakan air fryer. Kali pertama dulu tak menjadi. Ayam jadi terlalu kering dan rentung sangat. Terus tak nak buat dah. Tapi, tiba-tiba mak mertua Ai minta untuk masak Ayam Bakar Madu. Ok, kita cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi kali ini. Lagi sedap kalau guna kepak ayam, tapi Ai guna semua bahagian ayam. Pastikan masak awal tau, sebab ayam perlu diperap.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-bakar-madu-air-fryer.html


Bahan-bahan

Ayam bakar madu

1. 1 ekor ayam 
2. 1 labu bawang putih
3. 2-3 inci halia
4. 3 sudu marjerin
5. 1 kiub pati ayam
6. 3-4 sudu makan madu
7. 2 sudu makan gula perang
8. 4 sudu makan serbuk cili 
9. 2 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu teh garam
12. 1 sudu teh serbuk lada hitam
13. 1/2 sudu teh pewarna merah / pink
14. Air secukupnya

Sos ayam


1. Baki bahan perapan ayam
2. 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
3. Kicap lemak manis secukup rasa
4. Gula perang dan garam secukupnya


Cara-cara

1. Rebus ayam dalam 10 minit kemudian toskan.
2. Kisar bawang putih, halia dan kiub pati ayam sehingga lumat.
3. Cairkan marjerin di dalam kuali.
4. Campurkan ayam bersama bahan kisar, marjerin cair, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam, serbuk blackpaper dan pewarna ke dalam bekas untuk perapan. 
5. Kacau sehingga bahan perapan dan ayam sebati. Pastikan ayam dah tak panas ya supaya tidak hancur.
6. Perap sekurang-kurangnya 1 jam  atau lebih. Nak lagi sedap perap semalaman.
7. Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celsius. Kalau suka ayam yang ada hitam-hitam hangus tu, tambah kan masa lama sedikit.
8. Masukkan baki air perapan ke dalam kuali bersama tepung jagung, kicap lemak manis, gula perang dan garam.
9. Buka api perlahan dan kacau bahan sehingga sebati. Pastikan sentiasa kacau kuah sos supaya tidak berketul.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Gula dan madu boleh tambah dan kurangkan mengikut selera masing-masing suka manis tahap yang macam mana.




aisyaismail

8 comments:

  1. kak ana dah try sedap, anak2 suka sangat AI :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya AI..tq sharing resepi :)

    ReplyDelete
  3. wow sedapnya.. lauk air fryer mcm ni lagi senang nak buat

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Bahagian kepak memang favourite. Kalau semua guna kepak memang cepat licin habis dimakan. Senang kerja masak guna air fryer tapi leceh ambil masa untuk perapan tu lah kan.

    ReplyDelete
  5. haihhh sedapnyaaa.. busyra tngok pun dh trliur.. hehe

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D