June 2021

Monday 28 June 2021

ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN, MATA DAN KULIT

June 28, 2021 22
ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN, MATA DAN KULIT

 Assalamualaikum and hye readers.




Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit | Bila sebut pasal suplemen, Ai memang sangat cerewet. Cerewet yang tahap tak payah ambil suplemen pun tak apa. Ai memang sejenis yang takut nak mencuba kecuali apabila Ai betul-betul nak. 



Macam-macam yang Ai dengar pasal suplemen ni. Tak semua suplemen baik untuk badan kita. Ditambah pula bila terlalu banyak produk tiruan dan 'overclaimed' yang dijual di pasaran. Kalau terbeli produk tersebut, bukan menyihatkan badan tapi makin menyakitkan adalah. Itu yang sebolehnya Ai nak elakkan.



Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Sekarang ni umur Ai dah makin bertambah. Jadi, Ai dah kena mula ambil suplemen untuk kesihatan diri secara konsisten. Zaman sekarang dah moden, dah banyak suplemen yang sedap dan senang diterima oleh tekak yang cerewet ni. Tak perlu dah nak rebus-rebus atau rendam semalaman baru boleh makan atau minum. Lepas tu rasa dia, fuhhh jadi punca Ai tak nak ambil suplemen dalam tempoh masa yang lama.



Ai nak suplemen yang Ai boleh makan tanpa rasa ragu-ragu. Ecolite Boostick Concentrated jadi pilihan Ai. Kenapa? Sebab Ecolite Boostick ni baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit kita. Ecolite Boostick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Setiap langkah proses pembuatannya sentiasa diperiksa dengan teliti untuk memastikan kebersihan dan kualitinya terjamin. Dan yang paling penting untuk Ai, rasanya yang sedap.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Ecolite Boostick ini bukan hanya untuk wanita sahaja tau. Lelaki dan semua generasi pun boleh makan. Apa yang lebih lebih meyakinkan Ai ialah, Ecolite Boostick ini ada dijual di Guardian dan farmasi-farmasi yang terpilih. Jadi, tak susah nak dapatkan Ecolite Boostick ni.



Lagipun, Ai suka sesuatu yang mudah untuk Ai. Tak perlu nak bancuh dan boleh dimakan di mana-mana sahaja. Kan senang. Kalau dah lambat nak ke mana-mana, ambil je satu sachet dan masuk ke dalam beg. Dalam kereta atau setelah sampai di destinasi yang dituju, boleh terus makan. Rasa pun sedap.



3 perisa dan fungsi Ecolite Boostick


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum

Perisa ini sesuai sangat untuk korang yang suka mengadap skrin selama berjam-jam tu. Tak kisah lah skrin telefon, laptop atau tv sekalipun. Bila dah tengok skrin terlalu lama, mata memang mudah untuk berasa letih dan mengalami kekaburan serta ketegangan mata. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Selain itu, perisa ini juga dapat membantu melindungi mata, memperbaiki penglihatan serta melegakan mata yang kering. Ia juga mencegah katarak, rabun dan presbiopia serta mencegah kerosakan cahaya biru dan anti pengoksidaan. Rasanya manis-manis.



Wolfberry, white chrysanthemum dan delima kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk mata dan dapat membantu melegakan keletihan mata.  Selain 3 bahan tersebut, Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum juga mengandungi buah prune, madu Linden dan juga sirap Galacto-oligosaccharide (GOS). 



Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm

Dengar kata perisa ini boleh merah-merahkan pipi. Boleh lah cuba perisa ini untuk dapatkan pipi yang kemerahan dan melancarkan peredaran darah. Buah kurma memang terlalu banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan. Campuran kurma merah serta kurma kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin yang mampu menyihatkan kulit, rambut dan dapat melegakan sembelit.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Selain kurma dan kurma merah terdapat juga gula perang, madu Linden serta sirap Galacto-oligosakarida (GOS). Perisa ini juga kaya dengan vitamin A, C, zat besi, selulosa, dan riboflavin. Perisa ini juga dapat mencegah anemia, kesejukan tangan dan kaki yang disebabkan oleh kekurangan darah dan dapat mencegah pengumpulan toksin yang disebabkan oleh sembelit.



Korang yang selalu mengalami kesejukan kaki dan tangan serta peredaran darah yang lemah sesuai untuk makan perisa ini. Sesuai juga untuk melancarkan haid. Rasanya masam-masam manis.



Ecolite Boostick Concentrated Pear & Bird's Nest

Perisa ini baik dan berkhasiat untuk kulit. Ai paling tertarik dengan perisa ini sebenarnya sebab terdapat sarang burung. Rasa manis dan ada rasa buah pear. Ahhh sedapnya! Makin cantik lah kulit kalau konsisten makan perisa ni.

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Kandungan air yang tinggi, serat dan nutrien pada perisa ini terdapat pada buah pear Cina. Digabungkan pula dengan epidermal growth factor (EGF) yang unik dan asid sialik sarang burung mendorong untuk memperbaharui sel kulit dan khasiat tambahan.


Bahan-bahan yang terdapat di dalam Ecolite Boostick Concentrated Pear & Bird's Nest ini seperti buah pear Cina, sarang burung, Lily Bulb, Tuckahoe, Monk Fruit, Kudzu Root, Ophiopogon Tuber, madu Linden serta Sirap Galacto-oligosaccharide (GOS). Haa paling banyak bahan. Segala akar kayu pun ada. 

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Ecolite Boostick perisa ini berfungsi untuk menyuburkan serta mencantikkan kulit dan memperbaiki sistem percernaan. Ia juga mencegah tekak daripada kering, kulit kering atau sembelit yang disebabkan oleh panas.  Sesuai sangat untuk korang yang suka tidur lewat dan menginginkan kelembapan dan kecantikan kulit. Sesuai juga untuk korang yang merokok.


Di mana nak dapatkan Ecolite Boostick Concentrated?


Tak susah untuk nak daptkan Ecolite Boostick ni. Korang boleh beli di Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy. Sekotak hanya RM38.80 sahaja dan di dalamnya ada 10 sachet 12g Ecolite Boostick. 

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Nak makan hanya koyakkan dan makan terus atau caampurkan dengan air suam. Ikut keselesaan sendiri. Jangan lupa simpan di tempat yang sejuk atau kering ya. Ecolite Boostick ini boleh bertahan selama 24 bulan. Untuk lebih banyak info mengenai Ecolite Boostick ini korang boleh klik-klik link di bawah.


Facebook : Ecolite 
Instagram : ecolite_malaysia




aisyaismail

Tuesday 8 June 2021

BOLEHKAH CUCUK VAKSIN COVID-19 JIKA SEDANG TTC?

June 08, 2021 27
BOLEHKAH CUCUK VAKSIN COVID-19 JIKA SEDANG TTC?

 Assalamualaikum and hye readers,




Pada yang kenal Ai, mesti korang tahu yang Ai sedang TTC. Rezeki masing-masing, ada yang cepat dan ada juga yang lambat.



Sebagai seorang yang sedang TTC, sudah semestinya Ai ada sertai group TTC di aplikasi Whatsapp dan juga laman Facebook. Soalan yang paling popular mengenai vaksin COVID-19 ini adalah, 'bolehkah cucuk vaksin jika sedang TTC?'


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Apa itu TTC?


Apa pula TTC ni? TTC adalah singkatan untuk 'trying to conceive' atau dalam Bahasa Melayu adalah mencuba untuk mengandung. Tidak kisahlah korang sedang mencuba dengan bantuan yang pakar atau pun tidak, asalkan ada cubaan itu maka itu adalah TTC.



Bolehkah cucuk vaksin COVID-19 jika sedang TTC?


Sebelum Ai terima vaksin, Ai juga salah seorang yang selalu tertanya-tanya boleh atau tidak untuk ambil vaksin ini. Macam-macam soalan bermain di fikiran ni. Ai juga gunakan TTC sebagai alasan semasa Ai tak nak divaksin sebelum ini. 



Sebenarnya tidak digalakkan tapi masih boleh terima vaksin COVID-19 ini. Ini adalah atas nasihat doktor sebelum Ai terima vaksin hari itu. Doktor memang tidak menggalakkan untuk TTC dalam masa 1 hingga 2 bulan selepas mendapat dos yang kedua.



TTC yang kita tahu ada dua cara. Cara yang pertama adalah atas usaha kita sendiri bersama pasangan. Jaga makan, makan makanan tambahan, hubungan suami isteri, senaman, berurut dan sebagainya. Ini adalah cara yang Ai sedang lakukan sekarang. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Selepas berbincang dengan Coco, kami ambil keputusan untuk teruskan dengan vaksin. Tengah usaha sama-sama, perbincangan itu adalah penting ya. Keputsan ini kami ambil memandangkan kami sendiri belum tahu bila rezeki itu akan sampai kepada kami. Vaksin pula bukan senang nak dapat. Tapi bila tiba-tiba Ai dapat vaksin, kami anggap Allah nak bagi rezeki vaksin terlebih dahulu sebelum zuriat. 



Tapi kalau korang ada keistimewaan deria keenam dan yakin yang korang akan mengandung dalam masa yang terdekat ini, eloklah tangguhkan dahulu pengambilan vaksin ni. Jika tidak, daftarlah dahulu untuk dapatkan vaksin untuk perlindungan diri. In syaa Allah selepas ini kami akan sambung TTC semula. Doakan rezeki zuriat untuk kami pada tahun ini ya.



TTC yang kedua adalah dengan bantuan doktor pakar beserta perubatan yang moden. Perubatan moden ini termasuklah pengambilan Clomid, IUI, IVF dan sebagainya. Korang tahu peratus kehamilan korang adalah 50/50. Dalam kes yang macam ini tidak boleh untuk mengambil vaksin sebab berkemungkinan besar akan menjejaskan proses kehamilan korang. 



Kalau korang baca entri Ai sebelum ini, salah-satu kesan sampingan selepas Ai ambil vaksin adalah period yang banyak. Itu baru period, kesan sampingan untuk IUI atau IVF kita tidak tahu pula macam mana. Jadi, tangguhkan lah terlebih dahulu pengambilan vaksin COVID-19 ini. 



Tapi korang jangan lah risau. Sebelum korang kena cucuk nanti akan ada doktor yang memantau di situ. Korang tanya lah apa-apa yang korang curiga. In syaa Allah mereka akan membantu korang.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Itu sahajalah yang Ai boleh kongsikan. Nak kongsi lebih-lebih takut tersalah fakta pula. Jadi Ai kongsikan hanya dari pengalaman Ai sahaja. Harap entri ini dapat membantu korang yang di dalam dilema untuk membuat keputusan. Kita hanya mampu merancang sahaja. 



Kalau korang ada apa-apa soalan yang nak tanya pada Ai dan nak dapatkan jawapan cepat, jangan segan silu untuk PM Ai di Instagram @aisyaismail_ai. Jangan lupa klik butang follow sekali tau! Muaah!



P/s : Doktor kata kena tangguh TTC tapi dia tak kata kena tangguh mengandung. Hahaha! 





aisyaismail

Sunday 6 June 2021

PENGALAMAN MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC

June 06, 2021 20
PENGALAMAN MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC

 Assalamualaikum and hye readers.




Pada hari Isnin yang lepas, Ai dah selamat menerima suntikan vaksin Sinovac dos yang kedua. Alhamdulillah, tak ada kesan sampingan yang berat. Ringan-ringan je seringan badan Ai yang tak berapa nak ringan ni.


pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac



Pengalaman mendapat suntikan vaksin Sinovac


Untuk pengetahuan korang, pada mulanya Ai adalah salah seorang yang tak nak langsung menerima suntikan vaksin untuk COVID-19 ni. Tak kisah lah Sinovac, AstraZeneca mahupun Pfizer yang orang ramai nak tu, semua Ai tak nak. Ai bukan antivaksin tapi Ai lebih kepada takut je.



Untuk seorang yang takut jarum suntikan macam Ai, Ai terlalu banyak berfikir untuk menerima suntikan vaksin yang masih baru ini. Sesuai ke dengan Ai? Apa kesan sampingan dia? Sakit tak? Siapa yang akan cucuk? Pasti ke selamat? Dan akhirnya Ai buat keputusan untuk biarkan orang lain yang disuntik dahulu. Ala-ala testimoni gitu.



Lepas Coco dapat suntikan vaksin pada bulan puasa yang lepas, dia pujuk Ai untuk terima suntikan tersebut. Orang lain tak sabar-sabar nak dapat vaksin tapi tak dapat-dapat. Yang Ai pula dah dapat tapi tak nak. 



Akhirnya Ai terpedaya juga dengan kata-kata Coco 'mana tahu lepas dah dapat vaksin boleh rentas negeri'. Ai tahu lambat lagi nak boleh rentas negeri tu. Tapi perkataan rentas negeri tu macam kata-kata semangat untuk Ai menerima suntikan vaksin COVID-19. Siap dah dapat dua dos vaksin dah pun. Hahaha!



Kesan sampingan suntikan vaksin Sinovac


Lain orang lain kesan sampingan dia. Ada yang teruk, ada yang ringan dan ada yang tak ada kesan sampingan langsung. Alhamdulillah untuk Ai hanya kesan sampingan yang ringan sahaja. Ringan itu pun dah macam teruk untuk Ai. Syukur sangat-sangat Ai tak tergolong dalam golongan yang terpaksa menghadapi kesan sampingan yang teruk.


pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac



Dos yang pertama, Ai dah makan panadol siap-siap sebelum dicucuk. Masa tu bulan puasa, takkan Ai nak makan selepas dicucuk pula kan. Batal puasa Ai. Tak sampai 10 saat dah selesai. Tak sakit pun. Baru nak tarik nafas, eh dah sudah dah? 



Dalam 10 minit lepas tu, barulah Ai mula pening-pening dan rasa mual. Tapi sekejap je. Lepas dah balik rumah baru lah mula rasa sakit-sakit otot tangan yang kena cucuk tu. Mengantuk dua hari berturut-turut. Rasa lapar tak payah nak cakap lah. 



Masuk hari kedua, Ai dah mula rasa nak demam. Rasa je, belum demam lagi. Sakit tangan, sakit kepala dan rasa lapar tu masih ada. Hari ketiga pun sama dan hari ke empat rasa sakit pada tangan yang dicucuk sahaja. Tapi tinggal sakit-sakit manja sahaja.



21 hari kemudian iaitu hari Isnin yang lepas, Ai terima dos yang kedua pula. Kali ni dah tak takut nak kena cucuk, tapi takut kesan sampingan selepas dicucuk. Dos yang pertama tak sakit kan, mesti yang kedua pun sama. Tapi, suntikan kedua ni terus sakit otot-otot tangan! Sakit-sakit pun, lepas terima suntikan, sempat lah ambil gambar. Hahaha!



Period terganggu kerana vaksin?


Hari pertama tu Ai cuma rasa mengantuk dan lapar sahaja. Hari kedua Ai dah mula sakit kepala. Bak kata seorang kawan Ai, macam nampak bintang-bintang. Kebetulan, semasa menerima suntikan dos kedua ini Ai tengah period. Dan period Ai jadi banyak daripada biasa. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac.html



Menurut mereka yang lebih awal menerima suntikan ini, period memang akan terganggu selepas menerima vaksin. Tapi tak semua alami kesan sampingan yang sama. Ai cuak sebab period tiba-tiba jadi banyak. Coco dah siap sedia, kalau apa-apa yang tak diingini berlaku dia nak bawa Ai ke hospital terus. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.



Hari ketiga tangan Ai dah mula ok. Lagi cepat daripada semasa dos yang pertama. Kepala masih sakit manja-manja. Hanya period Ai masih banyak walaupun tidak sebanyak hari kedua. Hari keempat, dah kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah.



Antara dos pertama dan dos kedua, pada Ai dos kedua lebih sakit dari segi suntikan dan kesan sampingan. Tetapi Ai lagi cepat pulih dari kesan sampingan dos kedua berbanding dos pertama. Kalau dah mula rasa sakit-sakit dan nak demam tu cepat-cepatlah makan panadol. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak makan. Kalau kesan sampingan yang korang alami agak teruk, terus pergi berjumpa dengan doktor.



Dengar kata orang-orang tua tak ada kesan sampingan. Ai tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab orang-orang tua di sekeliling Ai belum menerima suntikan vaksin COVID-19 ni lagi. Harap-harap semuanya ok. Kita doa yang baik-baik sahaja.



Jangan takut dengan suntikan vaksin COVID-19


Untuk korang yang takut untuk disuntik dengan vaksin, tak payah takut lah. Korang patut lebih takut jika korang tak ambil vaksin langsung. Vaksin ni bukan pasti korang tak akan terkena jangkitan COVID-19, tapi risiko itu lebih rendah. Kalau korang kena sekali pun, In syaa Allah kesan sampingannya tidak seteruk jika korang tidak mengambil vaksin.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac.html



Dan jika korang seorang yang antivaksin atau tidak anti tapi memang tak nak ambil, tolong jangan pengaruhi orang lain untuk tidak ambil juga. Korang tak nak, duduk diam-diam. Jangan nak mengata lebih-lebih ok! Kita jaga kita. 





aisyaismail