BOLEHKAH CUCUK VAKSIN COVID-19 JIKA SEDANG TTC?

Tuesday 8 June 2021

BOLEHKAH CUCUK VAKSIN COVID-19 JIKA SEDANG TTC?


 Assalamualaikum and hye readers,




Pada yang kenal Ai, mesti korang tahu yang Ai sedang TTC. Rezeki masing-masing, ada yang cepat dan ada juga yang lambat.



Sebagai seorang yang sedang TTC, sudah semestinya Ai ada sertai group TTC di aplikasi Whatsapp dan juga laman Facebook. Soalan yang paling popular mengenai vaksin COVID-19 ini adalah, 'bolehkah cucuk vaksin jika sedang TTC?'


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Apa itu TTC?


Apa pula TTC ni? TTC adalah singkatan untuk 'trying to conceive' atau dalam Bahasa Melayu adalah mencuba untuk mengandung. Tidak kisahlah korang sedang mencuba dengan bantuan yang pakar atau pun tidak, asalkan ada cubaan itu maka itu adalah TTC.



Bolehkah cucuk vaksin COVID-19 jika sedang TTC?


Sebelum Ai terima vaksin, Ai juga salah seorang yang selalu tertanya-tanya boleh atau tidak untuk ambil vaksin ini. Macam-macam soalan bermain di fikiran ni. Ai juga gunakan TTC sebagai alasan semasa Ai tak nak divaksin sebelum ini. 



Sebenarnya tidak digalakkan tapi masih boleh terima vaksin COVID-19 ini. Ini adalah atas nasihat doktor sebelum Ai terima vaksin hari itu. Doktor memang tidak menggalakkan untuk TTC dalam masa 1 hingga 2 bulan selepas mendapat dos yang kedua.



TTC yang kita tahu ada dua cara. Cara yang pertama adalah atas usaha kita sendiri bersama pasangan. Jaga makan, makan makanan tambahan, hubungan suami isteri, senaman, berurut dan sebagainya. Ini adalah cara yang Ai sedang lakukan sekarang. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Selepas berbincang dengan Coco, kami ambil keputusan untuk teruskan dengan vaksin. Tengah usaha sama-sama, perbincangan itu adalah penting ya. Keputsan ini kami ambil memandangkan kami sendiri belum tahu bila rezeki itu akan sampai kepada kami. Vaksin pula bukan senang nak dapat. Tapi bila tiba-tiba Ai dapat vaksin, kami anggap Allah nak bagi rezeki vaksin terlebih dahulu sebelum zuriat. 



Tapi kalau korang ada keistimewaan deria keenam dan yakin yang korang akan mengandung dalam masa yang terdekat ini, eloklah tangguhkan dahulu pengambilan vaksin ni. Jika tidak, daftarlah dahulu untuk dapatkan vaksin untuk perlindungan diri. In syaa Allah selepas ini kami akan sambung TTC semula. Doakan rezeki zuriat untuk kami pada tahun ini ya.



TTC yang kedua adalah dengan bantuan doktor pakar beserta perubatan yang moden. Perubatan moden ini termasuklah pengambilan Clomid, IUI, IVF dan sebagainya. Korang tahu peratus kehamilan korang adalah 50/50. Dalam kes yang macam ini tidak boleh untuk mengambil vaksin sebab berkemungkinan besar akan menjejaskan proses kehamilan korang. 



Kalau korang baca entri Ai sebelum ini, salah-satu kesan sampingan selepas Ai ambil vaksin adalah period yang banyak. Itu baru period, kesan sampingan untuk IUI atau IVF kita tidak tahu pula macam mana. Jadi, tangguhkan lah terlebih dahulu pengambilan vaksin COVID-19 ini. 



Tapi korang jangan lah risau. Sebelum korang kena cucuk nanti akan ada doktor yang memantau di situ. Korang tanya lah apa-apa yang korang curiga. In syaa Allah mereka akan membantu korang.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/bolehkah-cucuk-vaksin-covid-19-jika-sedang-ttc.html



Itu sahajalah yang Ai boleh kongsikan. Nak kongsi lebih-lebih takut tersalah fakta pula. Jadi Ai kongsikan hanya dari pengalaman Ai sahaja. Harap entri ini dapat membantu korang yang di dalam dilema untuk membuat keputusan. Kita hanya mampu merancang sahaja. 



Kalau korang ada apa-apa soalan yang nak tanya pada Ai dan nak dapatkan jawapan cepat, jangan segan silu untuk PM Ai di Instagram @aisyaismail_ai. Jangan lupa klik butang follow sekali tau! Muaah!



P/s : Doktor kata kena tangguh TTC tapi dia tak kata kena tangguh mengandung. Hahaha! 





aisyaismail

27 comments:

  1. Semoga Ai & suami di kurniakan zuriat yg soleh & solehah (kembar) tahun ni..

    ReplyDelete
  2. Ye la, peluang vaksin tu, bukan dapat selalu. Orang lain, lama sangat tunggu, tak dapat-dapat, macam akak. Hehe..
    Semoga hajat Ai dan suami tercapai tahun ni. Aminnn..

    ReplyDelete
  3. Barangkali selepas ambil vaksin Allah permudahkan Ai mengandung pula. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan urusan utk TTC tu Ai..
    eh AD jumpa gambar kita kat pizza mase godek2 hp..rindu nak lepakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Nanti boleh lepak lepas no covid.

      Delete
  5. yup ttc atau tengah preggy dua2 takleh vaksin. semoga dipermudahkan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Preggy boleh lagi sis. Tapi bukan sinovac.

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan sis..amin2

    #ttc15thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan untuk kita ya sis. Dan yang lain-lain. Aamiin.

      Delete
  7. semoga dijauhi dari covid 19. in Shaa Allah akan dpt zuriat nanti.. Aamiin....

    ReplyDelete
  8. oo tak digalakkan ye. mama doakan ai ceepat dapat baby ye amin

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan utk dpt anak tu. Utk ibu menyusu pun tak digalakkan cucuk vaksin

    ReplyDelete
  10. Baru tahu banyak period lepas vaksin.

    ReplyDelete
  11. risiko utk orang mengandung tu yg menyebabkan dia tk boleh nak vaksin, takut apa2 terjadi
    semoga Ai dimurahkan rezeki utk dapat baby :D

    ReplyDelete
  12. kite belum dapat turn vaksin lagi.. :)

    ReplyDelete
  13. sangat membantu AI..shida pun dalam proses TTC juga..msh duk fikir mcm mna..hati berbelah bagi..

    ReplyDelete
  14. Lama jugak tunggu ni lom lg dpt turn

    ReplyDelete
  15. Kak ju doakan ye dik aisya dipermudahkan urusan TTC, akak fhm sangat journey TTC tu bagaimana. Take care dik

    ReplyDelete
  16. Takpe rezeki kat vaksin dulu rezeki zuriat selepas ni InsyaAllah. Utk 2 bulan gap ttc tu xpe la sekejap je tu 😊

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D