ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN, MATA DAN KULIT

Monday 28 June 2021

ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN, MATA DAN KULIT


 Assalamualaikum and hye readers.




Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit | Bila sebut pasal suplemen, Ai memang sangat cerewet. Cerewet yang tahap tak payah ambil suplemen pun tak apa. Ai memang sejenis yang takut nak mencuba kecuali apabila Ai betul-betul nak. 



Macam-macam yang Ai dengar pasal suplemen ni. Tak semua suplemen baik untuk badan kita. Ditambah pula bila terlalu banyak produk tiruan dan 'overclaimed' yang dijual di pasaran. Kalau terbeli produk tersebut, bukan menyihatkan badan tapi makin menyakitkan adalah. Itu yang sebolehnya Ai nak elakkan.



Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Sekarang ni umur Ai dah makin bertambah. Jadi, Ai dah kena mula ambil suplemen untuk kesihatan diri secara konsisten. Zaman sekarang dah moden, dah banyak suplemen yang sedap dan senang diterima oleh tekak yang cerewet ni. Tak perlu dah nak rebus-rebus atau rendam semalaman baru boleh makan atau minum. Lepas tu rasa dia, fuhhh jadi punca Ai tak nak ambil suplemen dalam tempoh masa yang lama.



Ai nak suplemen yang Ai boleh makan tanpa rasa ragu-ragu. Ecolite Boostick Concentrated jadi pilihan Ai. Kenapa? Sebab Ecolite Boostick ni baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit kita. Ecolite Boostick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Setiap langkah proses pembuatannya sentiasa diperiksa dengan teliti untuk memastikan kebersihan dan kualitinya terjamin. Dan yang paling penting untuk Ai, rasanya yang sedap.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Ecolite Boostick ini bukan hanya untuk wanita sahaja tau. Lelaki dan semua generasi pun boleh makan. Apa yang lebih lebih meyakinkan Ai ialah, Ecolite Boostick ini ada dijual di Guardian dan farmasi-farmasi yang terpilih. Jadi, tak susah nak dapatkan Ecolite Boostick ni.



Lagipun, Ai suka sesuatu yang mudah untuk Ai. Tak perlu nak bancuh dan boleh dimakan di mana-mana sahaja. Kan senang. Kalau dah lambat nak ke mana-mana, ambil je satu sachet dan masuk ke dalam beg. Dalam kereta atau setelah sampai di destinasi yang dituju, boleh terus makan. Rasa pun sedap.



3 perisa dan fungsi Ecolite Boostick


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum

Perisa ini sesuai sangat untuk korang yang suka mengadap skrin selama berjam-jam tu. Tak kisah lah skrin telefon, laptop atau tv sekalipun. Bila dah tengok skrin terlalu lama, mata memang mudah untuk berasa letih dan mengalami kekaburan serta ketegangan mata. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Selain itu, perisa ini juga dapat membantu melindungi mata, memperbaiki penglihatan serta melegakan mata yang kering. Ia juga mencegah katarak, rabun dan presbiopia serta mencegah kerosakan cahaya biru dan anti pengoksidaan. Rasanya manis-manis.



Wolfberry, white chrysanthemum dan delima kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk mata dan dapat membantu melegakan keletihan mata.  Selain 3 bahan tersebut, Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum juga mengandungi buah prune, madu Linden dan juga sirap Galacto-oligosaccharide (GOS). 



Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm

Dengar kata perisa ini boleh merah-merahkan pipi. Boleh lah cuba perisa ini untuk dapatkan pipi yang kemerahan dan melancarkan peredaran darah. Buah kurma memang terlalu banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan. Campuran kurma merah serta kurma kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin yang mampu menyihatkan kulit, rambut dan dapat melegakan sembelit.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html



Selain kurma dan kurma merah terdapat juga gula perang, madu Linden serta sirap Galacto-oligosakarida (GOS). Perisa ini juga kaya dengan vitamin A, C, zat besi, selulosa, dan riboflavin. Perisa ini juga dapat mencegah anemia, kesejukan tangan dan kaki yang disebabkan oleh kekurangan darah dan dapat mencegah pengumpulan toksin yang disebabkan oleh sembelit.



Korang yang selalu mengalami kesejukan kaki dan tangan serta peredaran darah yang lemah sesuai untuk makan perisa ini. Sesuai juga untuk melancarkan haid. Rasanya masam-masam manis.



Ecolite Boostick Concentrated Pear & Bird's Nest

Perisa ini baik dan berkhasiat untuk kulit. Ai paling tertarik dengan perisa ini sebenarnya sebab terdapat sarang burung. Rasa manis dan ada rasa buah pear. Ahhh sedapnya! Makin cantik lah kulit kalau konsisten makan perisa ni.

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Kandungan air yang tinggi, serat dan nutrien pada perisa ini terdapat pada buah pear Cina. Digabungkan pula dengan epidermal growth factor (EGF) yang unik dan asid sialik sarang burung mendorong untuk memperbaharui sel kulit dan khasiat tambahan.


Bahan-bahan yang terdapat di dalam Ecolite Boostick Concentrated Pear & Bird's Nest ini seperti buah pear Cina, sarang burung, Lily Bulb, Tuckahoe, Monk Fruit, Kudzu Root, Ophiopogon Tuber, madu Linden serta Sirap Galacto-oligosaccharide (GOS). Haa paling banyak bahan. Segala akar kayu pun ada. 

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Ecolite Boostick perisa ini berfungsi untuk menyuburkan serta mencantikkan kulit dan memperbaiki sistem percernaan. Ia juga mencegah tekak daripada kering, kulit kering atau sembelit yang disebabkan oleh panas.  Sesuai sangat untuk korang yang suka tidur lewat dan menginginkan kelembapan dan kecantikan kulit. Sesuai juga untuk korang yang merokok.


Di mana nak dapatkan Ecolite Boostick Concentrated?


Tak susah untuk nak daptkan Ecolite Boostick ni. Korang boleh beli di Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy. Sekotak hanya RM38.80 sahaja dan di dalamnya ada 10 sachet 12g Ecolite Boostick. 

https://www.aisyaismail.com/2021/06/ecolite-boostick-concentrated-untuk-kesihatan-badan-mata-dan-kulit.html


Nak makan hanya koyakkan dan makan terus atau caampurkan dengan air suam. Ikut keselesaan sendiri. Jangan lupa simpan di tempat yang sejuk atau kering ya. Ecolite Boostick ini boleh bertahan selama 24 bulan. Untuk lebih banyak info mengenai Ecolite Boostick ini korang boleh klik-klik link di bawah.


Facebook : Ecolite 
Instagram : ecolite_malaysia




aisyaismail

23 comments:

  1. saya dah cuba..serius sedap

    ReplyDelete
  2. Menarik! Senang consume... Sedap ehh? Tertarik nak cuba

    ReplyDelete
  3. Ooo.. senang. Packaging dia macam energy gel, yang runners makan waktu event lari.

    ReplyDelete
  4. Comel betul namanya boostick - gabungan boost + stick. And manfaat dia pun banyak tu - memudahkan pengambilan terutama time busy kan. Boleh try gak nie kelak

    ReplyDelete
  5. macam best je ecolite ni, ingredients semunya berkhasiat, boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Dah cuba.. Sedap.. Banyak khasiat

    ReplyDelete
  7. SUka ecolite Boostick ni. senang nak makan & rasa pun sedap. paling suka yang Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum tu sbb kite selalu mengadap laptop ^_^

    ReplyDelete
  8. Senangkan packing dia camtu, nak bawa travel ke masuk dalam bag ajaa, terus boleh minum, kebaikan dia pun ramai kata bagus.. nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  9. Pernah consume produk ni.. mmg best.. rasanya Manis2 buahan tu yg sgt best sebenarnya

    ReplyDelete
  10. Kak min pun pernah consume ni..memang bagus lepas tu sedap lak..plak2 letak dlm peti sejuk hehe

    ReplyDelete
  11. Saya paling suka supplement yang jenis koyak dan makan terus macam ni sebab mudah dan tak merenyahkan. Kadang kita malas haha

    ReplyDelete
  12. menarik juga boostick ni..sis klau mknn kesihatan mmg suke lg bila tengok kndungn di dlm produk ni.nnt bole cube la..

    ReplyDelete
  13. This Ecolite Boostick is very good for health, i like the Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm.

    ReplyDelete
  14. yg ni x pernah cuba..biasa minum birdnest ecolite je

    ReplyDelete
  15. sedap eh? bolehlah nnt try cr kt Guardian��

    ReplyDelete
  16. wow siap ada 3 perisa bolehlah pilih ikut citarasa ni

    ReplyDelete
  17. Kamu sedang berada di NTB? dan kebetulan sedang nyari alkes untuk kebutuhan kesehatan di rumah? kamu bisa mendapatkan berbagai keperluan alat kesehatan di Distributor Alat Kesehatan Mataram dengan harga yang terjangkau dan produk yang berkualitas lho

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D