September 2018

Sunday 30 September 2018

GU FAMILY BOOK

September 30, 2018 22
GU FAMILY BOOK
Assalamualaikum and hye readers.



Pada mulanya ai tak mahu tengok cerita Gu Family Book ni. Ai tak berapa gemar tengok drama Korea zaman Joseon. Tapi ai tertengok tanpa sengaja bila cerita ni lalu dekat newsfeed instagram ai. Instagram pun kan banyak iklan sekarang ni. Bermula dari situ ai terjebak. Bahaya betul!



Sinopsis

Gu Family Book atau juga dikenali sebagai Kang Chi The Beginning ini mengisahkan tentang keluarga Yoon Seo-hwa (Lee Yeon-hee) yang menjadi mangsa fitnah Jo Gwan-woong. Ayah Seo-hwa telah dibunuh oleh Gwan-woong dan Seo-hwa telah dijual ke rumah gisaeng atau zaman sekarang kita panggil rumah pelacuran.


Seo-hwa telah diselamatkan oleh seorang lelaki separuh manusia separuh gumiho, Gu Wol-ryung (Choi Jin-hyuk). Adik Seo-hwa telah digantung sampai mati dan pembantunya telah membunuh diri. Wol-ryung meyakinkan Seo-hwa bahawa adik lelaki dan pembantunya masih selamat supaya Seo-hwa tidak lagi bersedih.


Seo-hwa dan Wol-ryung berkahwin dan Wol-ryung bertekad untuk menjadi seorang manusia sepenuhnya. Syarat untuk menjadi seorang manusia yang tertera di dalam Gu Family Book adalah, selama seratus hari Wol-ryung perlu menolong orang yang meminta pertolongan darinya, tidak boleh membunuh dan tidak boleh menunjukkan siapa diri sebenar beliau. Jika itu terjadi, hanya jika Seo-hwa masih menyintai dan menerima Wol-ryung sahaja yang boleh menyelamatkan Wol-ryong atau Wol-ryung perlu membunuh Seo-hwa. Jika tidak, Wol-ryung akan menjadi syaitan selama seribu tahun.



Lagi 10 hari Wol-ryung akan mengakhiri pantangnya, Seo-hwa telah ditangkap. Wol-ryung telah melanggar pantangnya kerana ingin menyelamatkan Seo-hwa. Seo-hwa yang sangat terkejut apabila mengetahui Wol-ryung sebenarnya adalah seorang gumiho telah melarikan diri ketakutan dan bertemu dengan Gwan-woong. Seo-hwa sangat marah apabila mengetahui adik dan pembantunya sebenarnya sudah mati.


Kerana marahnya, Seo-hwa telah berpaling tadah dan membawa Gwan-woong ke tempat Wol-ryung di mana sepatutnya manusia tidak boleh menemuinya. Kerana cintanya terhadap Seo-hwa, Wol-ryung tidak sanggup untuk membunuh Seo-hwa. Malah, Wol-ryung yang telah dibunuh oleh Dam Pyeong-jun. Mayat Wol-ryung tersemadi di bawah rimbunan rumput-rumput yang segar yang melindungi mayat tersebut.


Selepas kematian Wol-ryung, Seo-hwa mendapati dirinya hamil dan dia telah melahirkan anaknya di tempat Wol-ryung. Seo-hwa memberikan anak itu kepada So-jung, iaitu satu-satunya sahabat Wol-ryung. Seo-hwa berharap agar anaknya dibesarkan sebagai seorang manusia. So-jung telah menghanyutkan anak itu dan telah ditemui oleh Park Mu-sol yang sedang berkelah.


So-jung meyakinkan Mu-sol bahawa anak itu akan membawa tuah kepadanya jika dia menjaga anak itu dan tidak membuka gelang yang dipakaikan di tangan anak itu. Mu-sol menerima untuk menjaga anak itu dan diberi nama Choi Kang-chi (Lee Seung-gi) sempena nama sungai dia dijumpai. Maka bermulalah permulaan dan liku-liku hidup Kang Chi sebagai seorang manusia.


20 tahun kemudian, kisah yang sama berulang apabila keluarga angkat Kang-chi pula yang menjadi mangsa fitnah Gwan-woong. Di tahun itu juga Kang-chi bertemu cintanya, Dam Yeo-wool (Bae Suzy) dan kebangkitan Wol-ryung sebagai syaitan selama seribu tahun.



Ulasan

Kalau tengok cerita era zaman Joseon ni, memang tak sah lah kalau tak berlawan, bergaduh dan berpedang. Memang cara hidup era tersebut mungkin. Sebab tu ai tak suka tengok cerita Korea yang berlatar belakangkan zaman Joseon ni. Tapi sebab ada unsur-unsur kisah dongeng ai tengok juga lah.


Menarik dan tidak bosan. Tapi ai sedikit kecewa dengan pengakhiran cerita ini kerana heroinnya mati. Walaupun mereka bertemu kembali beberapa ratus tahun berikutnya di zaman moden. Jangkaan ai kalau tengok drama atau filem, ai nak kesudahan yang bahagia dan tak nak ada orang baik yang mati. Cerita rekaan kan, jalan cerita tu kan boleh diubah. Tapi, kalau semua cerita sama je kesudahannya, jadi klise pula kan. Dah bagi alasan tak mahu tengok sebab dah tahu kesudahannya macam mana.


Kesimpulan

Kesimpulannya cerita ni best. Jalan cerita menarik. Sedih, gembira dan kelakar semua ada. Ai tak bosan tengok di setiap episod. Siap boleh tengok sambil menjahit tau. Kalau korang tak ada cerita yang korang nak tengok, korang boleh cuba tengok Gu Family Book ni. Cerita santai-santai seisi keluarga. Ada sesekali terselit scene 18+ tu, korang tutuplah mata anak-anak. Jangan dibiasakan dari kecil. Nanti membawa sampai ke besar.


P/s : Gu Family Book ada sesson 2 ke?




aisyaismail

Friday 21 September 2018

TENGOK DAN BELAJAR MENGENAI HAIWAN - FARM IN THE CITY

September 21, 2018 10
TENGOK DAN BELAJAR MENGENAI HAIWAN - FARM IN THE CITY
Assalaualaikum and hye readers.



Pada cuti Hari Malaysia yang lepas, komuniti #KBBA9 telah mengadakan family day di Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Dah namanya pun hari keluarga, ramai lah blogger dari pelbagai negeri hadir pada hari tersebut. Ai dan Encik Husband turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini. Ramai yang ai tak pernah jumpa dan kami sudah pun bertemu di sana.



Farm In The City

Farm In The City adalah sebuah kawasan riadah yang mengabungkan keseronokan hidupan liar dengan keindahan alam dan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Reka bentuk di dalamnya seolah-olah pengunjung berada di dalam sebuah kampung yang mengusahakan ladang penternakan yang berjaya. 


Kalau korang pernah baca, tengok tv ataupun tengok gambar orang-orang yang mengusahakan ladang ternakan, macam itu lah perasaan bila berada di dalam Farm In The City. Bezanya sudah tentu Farm In The City menjadi tumpuan pengunjung. Pengunjung keluar dan masuk, jadi tidak sunyi seperti yang nyata. 

Nampak tak kerbau albino kat situ?


Ai paling suka di kawasan tasik, memang sejuk mata memandang. Di tambah pula dengan rumah atas air yang dikelilingi pokok-pokok hijau. Sama macam rumah idaman ai. Rumah di hadapan tasik dan dipenuhi pokok-pokok yang hidup subur. Tapi macam bahaya lah pulak. Berani ke nak tinggal kat rumah macam tu?

Nak rumah tu.


Apa yang menarik?

Keunikan dan menariknya di Farm In The City ini adalah taman ini seperti sebuah sangkar yang besar. Pengunjung boleh masuk ke dalam sangkar dan bebas bersama haiwan-haiwan yang berkeliaran. Kebanyakan haiwan di Farm In The City sangat mesra pengunjung dan pandai posing maut tau.


Pengunjung juga boleh memegang haiwan-haiwan tersebut. Kalau nak beri makan pun dibenarkan, tiada masalah. Yang tak pernah  sentuh dan main dengan haiwan-haiwan ternakan tu, haaaa ini lah masanya korang nak buat benda-benda ni semua. Ada juga haiwan yang tidak bebas seperti burung unta, buaya, kangaroo, ular sawa dan macam-macam lagi. Yang duduk dalam sangkar khas, jangan pula korang lompat masuk dalam tu tau.

Berjaya juga Encik Husband bagi dia makan.

Boleh tunggang pony untuk kanak-kanak sahaja.


Korang rasa ai pegang tak haiwan-haiwan tu semua? Mesti lah tak! Ai jumpa kambing, ai yang lari. Ibarat ai yang akan jadi manusia golek makanan si kambing. Hahaha! Ai minta maaf pada semua yang ai terlanggar masa lari keluar dari tempat kambing tu. Orang berpusu-pusu nak masuk, tapi ai lari dan rempuh semua orang sebab kambing nak datang dekat ai. Fuhh! 


Keseronokan bermula di sini

Terdapat beberapa bahagian yang terdapat di Farm In The City. Setiap bahagian mempunyai keunikan dan keseronokan yang tersendiri. Setiap bahagian tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain. Lebih dari 100 haiwan ada terdapat di dalam Farm In The City ni. Jadi tidak hairanlah jika ada haiwan yang korang tak pernah lihat.



Pertama kali tengok ni. Cantik kan?

Ewahhh! Dia punya posing.

Macam pengantin tau. Mesti korang teruja kalau tengok depan-depan.


Paling ai teruja bila nampak kangaroo. Ye lah, nak kena pergi Australia tau baru boleh jumpa. Tapi kangaroo ni kecik je. Spesis terkecik. Kesian dia sekor je dalam tu. Siap menyorok tak nak jumpa ai. Jadi tak dapatlah ai amik gambar dia yang comel tu. Di sini juga, buat pertama kali ai melihat Alpaca. Siap kena ada penghawa dingin 24 jam.


Di Farm In The City juga terdapat banyak spesis kura-kura yang ai baru pertama kali nampak. Paling menakutkan adalah kura-kura giant. Besar sangat, seram tengok muka dia. Tapi ai berani sebab ai tahu kalau ai lari dia tak akan dapat kejar ai. Orang kata kalau bela kura-kura ni membawa rezeki kepada tuannya. Siapa yang percaya tu percaya lah.

Cengkerang yang unik.



Jangan lupa tengok Parrot Show tau! Geram je ai tengok burung kakak tua tu semua. Pandai sangat berlakon. Mendengar kata pula tu. Trainer dia kata, mengambil masa dalam tiga ke enam bulan untuk melatih burung-burung tersebut. Yang penting usaha, tak mustahil diorang nak dengar cakap korang. Ai nak bela burung kakak tua lah lepas ni.



Harga Tiket

Nak masuk Farm In The City ni ada tiket ya. Boleh beli di kaunter tiket. Kaunter tiket korang kena masuk ke dalam. Di sebelah kanan ada tangga. Lepas turun tangga tu, korang akan jumpa kaunter tiket di sebelah kiri. Laluan untuk kerusi roda dan stroller ada disediakan. Boleh bawa, tapi risiko pada roda dia. Kalau korang tak suka kotor, baik jangan bawa masuk lebih-lebih lagi musim hujan.


Harga tiket seperti berikut :

Harga Biasa
Dewasa - RM55
Kanak-kanak - RM45
Warga Emas - RM45

Pemegang MyKad
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM30
Warga Emas - RM30

Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 90cm adalah percuma.


Waktu Operasi

Isnin                                  - 10.00am hingga 6.00pm
Selasa                                - TUTUP kecuali cuti sekolah dan cuti am
Rabu - Jumaat                   - 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu & Ahad                   - 9.30am hingga 6.00pm
Cuti Sekolah & Cuti Am  - 9.30am hingga 6.00pm


Nasihat ai, kalau korang nak pergi, baik pergi awal supaya tiada masalah untuk parking kereta. Lebih-lebih lagi pada hari cuti. Waktu pagi tak ramai sangat orang dan yang penting matahari belum tegak atas kepala. Bersemangat sikit nak berjalan dalam tu.


Cuti sekolah dah nak dekat ni. Dah elok sangat lah korang masukkan Farm In The City ni dalam senarai aktiviti cuti sekolah anak-anak korang. Sambil beriadah dengan keluarga, anak-anak boleh mengenali haiwan-haiwan dengan lebih dekat. Nanti tak adalah takut kambing macam ai. Sebarang pertanyaan lanjut boleh lawati laman sesawang https://www.farminthecity.my.

Baca juga: Kucing

Friday 14 September 2018

CARA FOLLOW BLOG TANPA FOLLOW BUTTON

September 14, 2018 9
CARA FOLLOW BLOG TANPA FOLLOW BUTTON
Assalamualaikum and hye readers.



Korang ada tak masalah bila korang minat baca sesuatu blog tapi korang tak boleh nak follow? Ai ada je masalah yang macam tu. Ai suka, tapi tak ada button follow. Tapi ai tetap nak masukkan blog tersebut ke dalam senarai bacaan (reading list). Memang ai sejenis yang suka follow blog. Lebih-lebih lagi blog yang banyak memberikan informasi dalam gaya bahasa yang santai.


Kalau korang ada masalah yang sama tapi tak tau nak buat macam mana, cuba korang ikut cara ini. Senang je. Semudah ABCDE. Tapi untuk blogspot sahaja tau. Boleh pilih untuk follow satu persatu atau banyak sekali gus.


1. Pergi dekat dashboard masing-masing, lepas tu klik dekat reading list.





2. Klik dekat ikon pensel belah kiri atas tu.





3. Klik pada kotak add di sebelah kiri atas tu. Lepas tu akan muncul kotak step 1: add blogs to follow. Korang masukkan je blog yang korang teringin sangat nak follow tu. Kalau ada lebih dari satu blog, korang klik dekat add another bawah url tu.





4. Lepas tu akan keluar kotak step 2: following options pula. Pilih lah nak follow secara terbuka ataupun diam-diam je. Dah pilih, klik follow.





5. Dah siap! Kalau korang curiga ada atau tidak blog yang korang follow tu, korang check je ada ke tidak dalam senarai blogger korang tu. Kalau tak ada, refresh lah browser korang tu. Kalau korang sejenis yang suka follow lepas tu unfollow, korang boleh delete blog yang yang korang tak nak tu dekat ikon tong sampah di sebelah kiri tu. 





Senang kan? Sekali lagi ai bagitau, tutorial ini hanya untuk blogspot sahaja. Tapi korang boleh follow apa-apa blog yang korang nak. Masalah ai selalu pada blog yang menggunakan wordpress. Walaupun ada button subscribe, tapi tak masuk pun dekat senarai bacaan ai. Jadi ai lebih senang dengan cara ini. Selamat mencuba.




aisyaismail

Friday 7 September 2018

PENYELAMAT KEPADA MASALAH RAMBUT GUGUR? - BROKOLI SCALP BOOSTER 2 IN 1

September 07, 2018 5
PENYELAMAT KEPADA MASALAH RAMBUT GUGUR? - BROKOLI SCALP BOOSTER 2 IN 1
Assalamualaikum and hye readers.



Masalah keguguran rambut selalu dialami oleh sesiapa sahaja yang berambut panjang. Lebih parah lagi bila berambut pendek juga turut mengalami masalah yang sama. Sakit mata bila tengok rambut-rambut yang berselerak di atas lantai.


Tak dinafikan ai pun ada masalah yang sama. Ai rasa keguguran rambut ni normal. Ada yang gugur sedikit dan ada yang gugur banyak. Kalau rambut korang tak gugur langsung, korang memang terbaik. Tapi kalau keguguran rambut korang terlalu teruk sehingga mengakibatkan botak, itu korang kena lakukan sesuatu.


Walalupun keguguran rambut ai kategori yang normal, tapi sakit sangat mata ni tengok rambut tu bertaburan. Kebetulan ai terjumpa dengan satu produk iaitu Brokoli Natural Hair Rescue, Scalp Booster 2 in 1. Bagus ke tak bagus produk ni? Kena lah ai cuba dulu baru lah tahu bagus atau tidak. Lelaki pun boleh gunakan. Jangan ingat lelaki sentiasa berambut pendek, tetapi tidak mengalami masalah keguguran rambut.




Korang tau tak, satu per tiga lelaki di dunia ini sekarang amat terancam untuk mengalami kebotakan menjelang usia 35 tahun. Hurmm harap-harap Encik Husband tidak tergolong di dalam peratusan tersebut. Individu yang botak ni bukan semuanya yakin dengan penampilan itu. Bila rasa diri ni tak cantik atau tak kacak, macam mana nak ada keyakinan tu. 


Punca-punca masalah rambut seperti stress, kurang nutrisi, merokok dan alkohol merupakan punca utama kepada masalah rambut. Ya, ai rasa ai kurang nutrisi lah. Stress tu memang selalu. Mungkin itulah penyebab utama masalah keguguran rambut yang ai alami. Alhamdulillah selama ai hidup, belum pernah ai cuba merokok dan mabuk-mabuk.


Tujuh puluh peratus wanita mengalami masalah rambut. Korang nampak tak betapa bermasalahnya kaum wanita ni. Hahaha. Selain dari masalah yang ai nyatakan tadi, penggunaan produk rambut yang tidak sesuai juga mengundang kepada masalah rambut. Makanan juga merupakan salah satu punca. Itu yang jadi kurang nutrisi, stress, sakit dan sebagainya.


Satu lagi produk unik di bawah rangkaian Imaan Suci World. Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini adalah gabungan serum kulit kepala yang kaya dengan nutrisi dan mesin urut kepala yang disatukan dengan kuasa gegaran khas untuk membantu mengaktifkan peredaran darah di kulit kepala. Dengan menggunakan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini, korang akan merawat masalah keguguran rambut sambil mengurut kulit kepala. Syok ke tak?




Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Brokoli Scalp Booster mampu membuatkan rambut dan kulit kepala korang menjadi sihat kan? Sebenarnya Brokoli Scalp Booster ini adalah hasil kombinasi daripada minyak jojoba. Minyak jojoba di dalam serum membantu menguatkan akar rambut selain meransang pertumbuhan rambut yang baru. Serum ini menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung. Lepas ni nak buat iklan kibar-kibarkan rambut yang sihat dan bersinar apabila terkena pancaran matahari lah. Ok tak boleh, dosa!


Brokoli Scalp Booster ini juga berfungsi untuk membuang sel kulit mati atau kita kenali sebagai kelemumur dan kudis di kepala. Ia juga membersihkan dan melindungi rambut dan kulit kepala korang di samping mengawal peratusan keguguran rambut. Kulit kepala sihat, masalah keguguran pun tiada atau berkurang. Jadi, dapatlah mengelakkan kebotakan.


Jangan risau kerana serum ini tidak berminyak dan tidak melekit. KKM pun dah luluskan. Kesan seawal dua minggu terpulang pada penggunaan dan masalah kulit kepala. Senang je nak gunakan, macam kat salon rambut. Sesuai untuk hilangkan stress. Untuk kesan yang lebih mujarab, gunakan juga Brokoli Grow Me Growth Shampoo dan Brokoli Treat Me Hair Growth Treatment. Untuk keterangan lanjut sila layari www.imaanworld.com.




aisyaismail

Tuesday 4 September 2018

PERCUTIAN KE SEENGAPORE DENGAN TRAVELOKA!

September 04, 2018 39
PERCUTIAN KE SEENGAPORE DENGAN TRAVELOKA!

Assalamualaikum and hye readers.



Seronok tengok gambar kawan-kawan yang membawa anak-anak bercuti pada cuti sekolah yang lepas. Macam-macam lokasi yang menarik. Selalunya kalau nak pergi becuti, mesti akan cari tempat yang menarik untuk begambar kan. Untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Ada juga kawan-kawan ai yang tidak kisah bercuti di mana pun, apa yang penting gambar nanti kena gempak.


Kalau korang pergi bercuti, korang akan cari dan tempah penginapan di mana? Jujurnya selain dari bacaan di dalam blog, ai suka cari melalui website Traveloka. Selain itu, ai lebih selesa tempah penginapan terus ke lokasi penginapan. Kenapa Traveloka? Kerana Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian. Senang, cari dan tempah terus.


Gambar dikreditkan kepada tripadvisor.com.


Syarikat pelancongan terkemuka di Asia Tenggara


Traveloka adalah syarikat pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai jenis produk dalam satu platform. Produk-produk yang ditawarkan termasuklah penerbangan, hotel, kereta api, pakej penerbangan dan hotel, tempat tarikan dan aktiviti dan macam-macam lagi. Menarik kan? Yang penting, selama ai gunakan khidmat Traveloka belum pernah lagi mengecewakan.


Traveloka juga telah bekerjasama dengan lebih dari seratus buah syarikat penerbangan domestik dan juga penerbangan antarbangsa. Kerjasama ini melibatkan lebih dua ratus ribu laluan di seluruh dunia. Mempunyai inventori penginapan terbesar yang merangkumi hotel, apartmen, inap desa, vila dan juga resort.


Lebih empat puluh pilihan pembayaran juga turut disediakan untuk pelanggan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan juga Filipina. Bantuan khidmat pelanggan disediakan di dalam bahasa tempatan selama 24 jam setiap hari. Telefon lah bila-bila masa sekalipun, pasti panggilan akan dijawab. 


SEEngapore – For a roaring good time


Korang ada tak perancangan untuk bercuti ke Singapura? Kalau ada, jangan lupa untuk tempah penerbangan dan penginapan dengan Traveloka. Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian ke Singapura.


Sebut pasal Singapura, mesti akan terfikir tentang Merlion Park. Tugu Merlion itu sendiri adalah lambang Singapura. Memang tak sah kalau ke Singapura jika tidak bergambar di tugu Merlion ini. Tugu Merlion mepunyai reka bentuk yang unik. Badan Merlion berbentuk seperti ikan manakala kepalanya pula adalah singa.


Gambar dikreditkan kepada womantalk.com


Selain itu, Orchard Road, Pulau Sentosa, Universal Studios, Marina Bay Sands dan Cangi Airport juga sangat popular di Singapura. Ai teringin hendak ke Universal Studios, tetapi masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki di sana. Kali terakhir ai ke Singapura, ai tidak dapat pergi ke banyak tempat kerana cuaca yang tidak mengizinkan.


Tempat-tempat yang ai senaraikan tadi semua adalah keunikkan dan tarikan di Singapura. Banyak lagi tempat yang menarik, tetapi penuh entri ai kalau nak senaraikan semuanya. Kena tunggu lah ai pergi ke Singapura sekali lagi untuk menceritakan pengalaman ai di sana. Kalau korang dah pergi, jangan lupa kongsikan juga dengan ai. Boleh lah ai jadikan panduan kelak.


Diskaun hebat dari Traveloka

Traveloka menawarkan diskaun hebat dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke lapangan terbang Singapura. Tawaran ini tidak kira sama ada korang menggunakan Traveloka melalui laman web ataupun aplikasi. Dengan menggunakan kupon “GOSG”, korang akan dapat diskaun RM50 tersebut.




Korang juga boleh mendapatkan tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di mana-mana hotel yang terpilih di Singapura melalui laman web dan aplikasi Traveloka juga. Tiada kupon diperlukan untuk tawaran ini.


Jangan lepaskan peluang untuk tawaran hebat ini. Pastikan perjalanan korang berjalan lancar dengan Traveloka. Kebetulan pula, akan datang keluarga ai nak bercuti ke Singapura. Bercuti sambil melawat keluarga di sana. Boleh lah ai tempah Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore. Bersemangat dah ni walaupun ai tak dapat nak turut serta dalam percutian tersebut.


Syarat-syarat dan cara membuat tempahan

Promosi MYR hanya sah untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID. Kalau korang dari negara selain Malaysia tidak termasuk di dalam promosi ini. Begitu juga korang tidak boleh mendapatkan tawaran ini untuk pergi ke negara selain Malaysia.


Pilihlah waktu penerbangan korang dan jangan lupa untuk menggunakan kod kupon"GOSG". Kod kupon ini digunakan sewaktu pembayaran. Jangan panik kalau tidak tahu di mana nak masukkan kod kupon tersebut. Sewaktu pembayaran nanti mesti ada punya. Korang masukkan saja kod kupon tersebut.


Gambar dikreditkan kepada jomjalan.com.my


Untuk hotel pula, korang boleh pilih mana-mana hotel yang mempunyai diskaun sebanyak 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat. Senarai hotel tersebut boleh disemak di laman web atau aplikasi Traveloka.


Tempoh tempahan bermula daripada 1 September 2018 sehingga 30 September 2018. Jika ada sebarang perubahan kepada tarikh tempahan akan diberitahu kelak. Waktu dan tempoh perjalanan pada bila-bila masa. Maknanya korang boleh tempah dulu dan bercuti kemudian. Ada banyak masa lagi nak merancang perjalanan ni.


Apa tunggu lagi, pergi berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan sekarang. Korang ada masa sebulan sebelum tarikh tutup. Jangan lepaskan peluang menarik ini. Bukan selalu, sesekali nak bercuti ke Seengapore dengan Traveloka Promotion. Memang peluang yang baik. Selamat bercuti!




aisyaismail

Monday 3 September 2018

5 BARANG YANG PERLU ADA DI DALAM BEG TANGAN WANITA

September 03, 2018 8
5 BARANG YANG PERLU ADA DI DALAM BEG TANGAN WANITA
Assalamuaalaikum and hye readers.



Bila jadi orang perempuan, tak sah kalau pergi ke mana-mana tanpa beg tangan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang kan dah macam-macam jenama dan rekaan yang cantik-cantik berada di pasaran. Yang murah atau mahal, semua ada. Tidak hairanlah jika beg tangan menjadi kegemaran setiap wanita.


Dari dulu sampai sekarang ai gemar menggayakan sling bag. Ai tak suka pegang kat tangan sebab ai kadang-kadang pelupa. Tak mustahil beg tangan boleh tertinggal. Selain sling bag, ai memilih beg galas untuk digayakan. Beg galas juga tidak perlu dipegang. Hehehe!. Lepas tu beg ai selalu penuh dengan barang. Pantang ada ruang kosong.





Telefon Bimbit

Tidak dinafikan, telefon bimbit adalah perkara yang paling penting untuk di bawa ke mana sahaja di zaman sekarang. Selain daripada penting di waktu kecemasan, telefon bimbit juga adalah penyelamat di kala kebosanan. Kalau tahu caranya, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk mengelak dari seseorang yang kita tidak mahu berbual. Tetapi, jangan sampai jadi anti sosial pula ye.


Dompet

Tidak kira jenis yang kecil, besar, panjang mahupun pendek, pasti terselit di dalam beg tangan. Selalunya, dompet Encik Husband pun ada di dalam beg tangan ai.Dompet adalah aksesori wajib seorang wanita, begitu juga lelaki.  Tapi kita boleh lihat, rekaan dompet untuk wanita lebih dipelbagaikan berbanding dompet untuk lelaki.


Alat Solek

Cuba tengok dalam beg tangan korang tu ada tak alat solek. Mesti ada. Tak perlu banyak, sekurang-kurangnya satu make up pun dah cukup. Kalau macam ai, ai akan pastikan sebatang gincu atau lip balm wajib ada dalam beg. Walaupun selalunya jadi hiasan je dalam beg tu. Kadang-kadang ai pun tak ingat yang ai ada bawa. Tapi bila nak tinggalkan, rasa tak lengkap pula nak keluar rumah.


Powerbank

Kalau ada telefon bimbit, pasti ada pengecasnya. Nak bawa yang bersoket, kalau berjalan di tepi tasik, kat mana pula nak cari plug nya. Jadi, pengecas tanpa wayar atau powerbank akan menjadi pilihan. Kalau dulu, bila keluar dengan keluarga atau rakan-rakan, pasti ada yang minta pinjam powerbank. Begitu juga sebaliknya. Tapi sekarang, masing-masing ada powerbank sendiri.


Imaan Family Wipes

Selain empat perkara di atas, ai juga akan pastikan tisu lembap sentiasa ada di dalam beg tangan. Tisu lembap dah menjadi satu kewajipan untuk ai. Sangat mudah dan membantu di tempat-tempat yang tiada air. Pilihan ai adalah Imaan Family Wipes. Wangi yang tak keterlaluan. Mesti korang pun suka.




Imaan Family Wipes sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Dari bayi sehingga ke orang dewasa sesuai menggunakannya. Selamat digunakan. Setakat ini, ai belum pernah lagi dengar orang yang dapat penyakit kerana tisu lembap. Kecualilah tisu lembap tu dah kotor tetapi masih digunakan, itu boleh mengundang kepada penyakit.


Sangat baik digunakan untuk aktiviti seperti beriadah, bersukan dan juga travel. Mampu membersih dan menyegarkan kulit dan menghilangkan bau badan. Boleh juga digunakan semasa menjaga bayi, orang sakit dan juga orang yang kurang upaya. Imaan Family Wipes juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan permainan, perabot dan lain-lain. Tapi jangan lah kotoran yang melampau korang tetap nak gunakan tisu basah. Cari altenatif lain ya.




Selain Imaan Family Wipes, ada juga terdapat Imaan Feminine Wipes, Imaan Facial Wipes dan juga Imaan Premium Wet Tissue. Korang boleh pilih yang mana satu yang korang lebih selesa. Untuk keterangan lanjut sila layari www.imaanworld.com.




aisyaismail