2024

Monday 14 October 2024

Pengalaman Kali Ketiga Di Dewan Bedah

October 14, 2024 7
Pengalaman Kali Ketiga Di Dewan Bedah

Pengalaman kali ketiga di dewan bedah. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Mesti ada hikmah di sebalik segala kejadian. Dah cukup berhati-hati sekalipun, dengan kesilapan kecil boleh mengubah segala perancangan kita. Walaupun kita dah berada di atas landasan yang betul.


Bulan lepas, Ai mengalami kemalangan kecil di dapur rumah sendiri. Ramai yang tanya kenapa, ramai juga yang Ai tak balas Whatsapp, PM ataupun DM sebab tak larat nak taip panjang-panjang masa tu. Walaupun sekadar copy and paste je cerita yang sama. Nak membaca pun malas, inikan pula nak tekan butang send. Masa tu lah, sekarang dah rajin.


Baca juga: Laparoscopy


Bedah


Ceritanya bermula di sini

Jadinya Ai cerita terus kat sini jelah, kot-kot lah masih ada yang tertanya-tanya tentang kecederaan hari tu. Ceritanya bermula semasa ayah mentua Ai tak sihat. Masa tu adalah beberapa orang keluarga dan rakan terdekat datang melawat.


Selalunya kalau orang datang rumah dan Ai ada di rumah, Ai yang akan buat air. Bila tetamu dah balik, Ai jugalah yang akan kutip dan cuci gelas atau pinggan jika ada. Yelah, takkan lah nak harapkan mentua Ai yang buat pula kan. 


Tapi ni kalau biras yang lain tak adalah, kalau ada kami akan bergotong-royong di dapur. Untung Ai, mentua, biras, ipar dan suami semuanya baik-baik. Alhamdulillah. Masam muka kadang-kadang tu, biasalah. Lumrah hidup di dunia ni, mana ada yang sempurna.


Berbalik kepada cerita tadi, waktu nak basuh gelas yang terakhir, entah macam mana gelas tu terlepas dari tangan dan jatuh dalam sinki. Diulangi, dalam sinki. Masa tu Coco jerit 'kenapa tu?' sambil Ai tenung gelas yang dah terbelah dua. Nasib baiklah tak jatuh berkecai atas lantai.


Bila dengar suara Coco tu, barulah Ai tersedar jari dah berdarah. Mengalir tak berhenti. Dengan pantas Ai lalukan bawah air paip. Macam biasalah tindakan reflek bila Ai terluka kat dapur, memang akan cari air paip dulu.


Ya Allah... sakitnya Tuhan je yang tahu bila terkena air tu. Bila dah rasa sakit, Ai pun terjerit sikit 'aduhh!', lebih kurang macam tulah. Terus Coco datang dekat Ai dan waktu tu jugalah baru Ai perasan yang isi jari Ai dah terkeluar. Rasa sakit terus berganda-ganda ye waktu ni.


Bedah


Orang kata mengada. Tapi Ai kata, korang toreh jari sendiri sampai terkeluar isi dulu, lepas tu baru judge sakit ke mengada!


Dibawa ke hospital

Terus Coco ajak pergi ke hospital. Ai pun ikut jelah memandangkan darah pun tak nak berhenti mengalir, takut pengsan pula kat rumah. Macam biasa, kami ke KPJ, kebetulan ada doktor pakar hari tu. Memang rezekilah sebab selalunya tak ada doktor pakar pada hari Ahad.


Lepas doktor belek-belek jari ni, doktor kata kena buat minor surgery sebab dia nak kena buka luka tu, bersihkan kaca dekat isi dan jahit. Sekalilah dengan nak periksa kalau ada apa yang putus. Huhuhu


Ai bila dengar proses tu, terus minta bius penuh. Nasib baik doktor kata boleh. Tapi harga dia pun jauh lagi mahallah kan. Disebabkan Ai guna insurans, oklah. Bila lagi nak guna, masa-masa macam nilah nak manfaatkan insurans bayar bulan-bulan yang semakin mahal tu. 


Sementara nak tunggu GL, nurse buat dressing dulu cuci darah yang masih tak nak berhenti. Pedih-pedih manja gitu bila dia tepek dengan iodin. Lepas tu dia bungkus jari Ai, besar ye bungkusan tu. Tak tahu di mana relevannya bungkus besar-besar macam tu. Tapi Ai ikutkan je lah sebab mereka lebih tahu apa yang baik untuk pesakit. 


bedah


Tak lama lepas tu, Ai kena pergi buat x-ray. Mestilah nak tahu keadaan jari tu macam mana. Bengkok ke, putus ke, hilang ke, kita mana nak tahu. Dan waktu ni sangat mencabar! Radiographer suruh Ai bengkokkan jari yang berbalut besar tu, memang tak bolehlah cerita dia. Tapi dia cuba juga nak bengkokkan. 


Ai yang sopan lagi pemalu ni lagi sikit nak jeritkan dia. Tiba-tiba dia kata 'oh tak boleh, sebab jari you dah balut.' Ai macam... kau dah nampakkan dari tadi?! 


Dah settle x-ray, sambung tunggu wad lagi. Tunggu punya tunggu akhirnya Ai dapat bilik double. Ada jiranlah kiranya cuma jiran Ai tak masuk lagi. Nurse dekat wad tu tanya tak nak upgrade bilik ke, sebab insurans cover. Jadi Ai tukar bilik supaya Coco boleh teman Ai. Manja kan, hehehe.


Masuk ke dewan bedah

Ai kena bersihkan badan dan tukar uniform untuk dibedah. Barang kemas semua kena tanggalkan. Dalam pukul 6:00 petang, Ai ditolak masuk ke dalam dewan bedah. Walaupun ni bukan kali pertama, tapi Ai tetap rasa sayu hati dan berdebar-debar. 


Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni. Manalah tahu kalau jadi apa-apa waktu Ai tengah tidur tu. Macam Ai cakap tadi, kita ni hanya mampu merancang.


Sebelum lepas ke dalam dewan bedah, pakar bius datang jumpa Ai untuk terangkan proses dan risiko pembedahan. Bila semua dah ok dan faham, barulah Ai ditolak melepasi pintu dewan bedah. Sejuk sangat. Dalam dewan bedah, Ai kena berpindah ke katil lain. Tapi tak boleh turun dari katil. Pandai-pandailah nak pindah macam mana. 


bedah


Sebelum Ai ditidurkan, pakar bius suruh Ai selawat dan mengucap dulu. Sempatlah Ai tengok doktor yang bakal jahit jari ni. Dalam masa beberapa saat je, Ai hilang dalam 'Quantum Realm'. Alaa... korang tengok tak Ant-Man? 


Quantum Realm ni tempat yang Ant-Man terperangkap masa Thanos musnahkan bumi tu. Sepanjang Ai tidur, itulah yang Ai nampak. Warna merah. Lain orang lainlah benda yang dia nampak. Jangan samakan dengan pengalaman korang pula tau.


Sepanjang proses tu Ai memang tak sedar. Bangun pukul berapa pun tak sedar, sebab tengah mamai masa tu. Yang Ai ingat, soalan pertama yang keluar dari mulut ni 'suami saya mana?' dan nurse tolak ke bilik. Selebihnya Ai tak ingat sampailah betul-betul sedar jam 1 pagi. Terharu betul Coco dah siapkan makanan sedap. Tahu-tahu je Ai tengah lapar.


Urat jari putus

Keesokkan harinya, Ai dah boleh discharge. Terkejut beruk masa dapat bil, RM10k! Boleh keluar motor sebiji. Nasib baik boleh guna insurans, kalau tak mana nak korek? 


Long story short, doktor kata ada 1 urat Ai putus dan tak dapat nak sambung balik sebab halus sangat. Berkemungkinan deria rasa Ai akan hilang. Sedih masa Ai dengar macam tu, tapi alhamdulillah Ai boleh rasa sampai sekarang. Cuma sakit tu masih ada. Kena banyak senaman otot jari untuk elakkan jari keras. 


bedah


Oh ya, part paling best bila dapat MC 14 hari. Selepas 2 minggu, Ai pergi cabut benang, doktor nak bagi MC lagi tapi Ai tolak sebab dah tak larat nak duduk rumah je. Seorang Aisya Ismail kenalah bekerja keras untuk kepuasan diri.


Itulah kisah sedih ringkas dari Ai yang tak pasal-pasal dah dapat sakit. Jangan tanya macam mana gelas tu boleh kena jari sebab memang tak tahu dan tak perasan langsung. Tahu-tahu dah berdarah je. Gelas tu ada 6 biji, sekarang tinggallah 5 biji sahaja. Ai memang tak akan guna dah gelas tu sampai bila-bila. Trauma!


Moral of the story, berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara sebab kita memang tak akan tahu apa yang bakal terjadi. Bahaya sentiasa ada, kena pada kita atau tak je. Semoga dijauhkan. Insya-Allah...

Wednesday 25 September 2024

Kurang Motivasi Untuk Bersenam? Cuba 8 Tips Mudah Ini

September 25, 2024 6
Kurang Motivasi Untuk Bersenam? Cuba 8 Tips Mudah Ini

Setiap hari bagi semangat pada diri sendiri untuk bersenam agar kekal sihat, setiap kali itu juga kecundang. Buat dua ke tiga kali, tak nak teruskan lagi. Susah betul nak dapat motivasi untuk bersenam ni.


Siapa ada perangai yang macam ni? Ai lah salah seorang darinya. Setiap kali timbang berat, setiap kali tu juga nekad nak bersenam dan setiap kali itu jugalah separuh jalan. Bila difikir-fikirkan semula, Ai bukan malas tapi kurang motivasi untuk bersenam.


Kali ni, Ai akan pastikan impian turunkan berat dan dapat tubuh badan yang sihat dengan konsisten bersenam dan mengamalkan gaya makan yang sihat juga seimbang. Doakan niat murni Ai ni tercapai ok.


Bersenam


Tahu tak, sebenarnya ada cara yang efektif untuk dapatkan motivasi bersenam setiap hari ni. Janganlah asyik bagi alasan untuk nak mengelak dari bersenam. Cuba cara ni!


Baca juga: Rutin pagi untuk kekal produktif


Cara santai dan efektif sentiasa termotivasi untuk bersenam

1. Kenapa nak bersenam?

Cuba korang fikir-fikirkan, kenapa korang nak bersenam? Tetapkan tujuan yang spesifik dan realistik. Kalau setakat hanya nak ikut trend, memang kelaut dalamlah niat korang tu.


Bila dah ada sebab yang munasabah, fokus dengan tujuan korang tu. Mulakan dengan tujuan jangka pendek yang senang korang nak capai dulu. Lepas tu ubahlah kepada tujuan jangka panjang agar usaha korang berterusan.


Bersenam


2. Buat jadual harian

Bila dah ada tujuan, jangan pasang niat dalam kepala je tau. Kita ni manusia biasa, tak adalah hebat mana pun nak ingat semua benda. 


Buatlah jadual harian agar lebih mudah mengingati apa yang korang sepatutnya buat setiap hari. Bila lupa, ada tempat untuk buat rujukan. Kan lebih mudah jika begitu.


3. Pilih jenis senaman yang disukai

Ada orang suka olahraga, ada orang suka pergi gym, ada orang suka briskwalk, ada orang suka cuci mata, korang suka senaman yang macam mana? Tak kisah lakukan sendiri atau secara berkumpulan, korang akan lebih seronok lakukan senaman yang korang suka. 


Tapi janganlah sampai tak nak mencuba senaman yang baru. Hidup ni kan lebih menyeronokkan dengan kepelbagaian pilihan. Tak gitu?


Bersenam


4. Jangan bersenam seorang diri

Tak semua orang boleh lakukan senaman sendirian. Bak kata pepatah Inggeris yang dah di 'Melayukan', lebih ramai lebih meriah.


Tapi betul, buat senaman secara berkumpulan akan mendatangkan motivasi dalam diri. Kawan-kawan akan jadi orang yang akan paksa kita untuk buat sampai jadi. 


Sebab mereka pun suka senaman berkumpulan, kenalah paksa rakan sepasukan untuk bertindak sama. Saling bantu membantu beri semangat.


5. Manfaatkan aplikasi yang ada

Terlalu banyak aplikasi yang boleh dijadikan rujukan. Lebih menyeronokan kalau menggunakan aplikasi yang beri markah atau ada cabaran untuk ke peringkat yang seterusnya. Barulah rasa bersemangat nak ubah rutin yang lebih sihat. 


Lama kelamaan, ia dah jadi rutin yang susah nak diubah. Kalau rutin yang baik, apa salahnya untuk kita teruskan. Lebih-lebih lagi pilihan kita adalah sesuatu yang disukai.


Bersenam


6. Beri ganjaran pada diri sendiri

Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak berikan ganjaran menarik pada bila-bila masa yang kita mahukan? Berikan diri korang hadiah tak kira besar atau kecil setiap kali capai rekod yang baru.


Ganjaran ini mungkin seperti makanan kegemaran, baju baru, tiket wayang, alat solek atau apa sahaja yang anda suka dan akan hargai. 'Self reward' kata orang putih.


7. Selalu ingatkan diri tentang manfaat kesihatan dan senaman

Fokus pada manfaat kesihatan yang bakal diperoleh dengan senaman. Antara manfaat yang bakal diperoleh adalah seperti peningkatan tenaga, tidur yang lebih nyenyak, kurang risiko penyakit dan banyak lagi.


Bersenam


8. Jangan terlalu memaksa

Manusia ni ramai yang ego. Lagi dipaksa, lagi banyak alasan. Bila terlalu memaksa diri, korang akan hilang keseronokan dan akan bertangguh. Lama-kelamaan, tujuan asal untuk bersenam hilang begitu sahaja.


Jika penat, berehatlah seketika. Tak lari gunung dikejar, jadi tak payahlah susah payah nak kejar. Buat penat badan je. Bila dah ok, kembalilah habiskan senaman korang yang berbaki lagi tu. Kalau tak larat sangat, sambung ke sesi seterusnya je lah.


Kenapa perlu motivasi untuk bersenam?

Motivasi adalah kunci untuk memastikan kita terus konsisten dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan senaman sahaja, tapi dalam semua perkara.


Bersenam


Tanpa adanya motivasi, korang pasti akan cepat bosan dan akhirnya putus asa. Dengan motivasi, senaman akan jadi lebih menyeronokkan dan menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah untuk dicapai.

Friday 20 September 2024

Peluang Jana Pendapatan Bersama Jenama Al'Ard Dengan Modal Serendah RM188

September 20, 2024 4
Peluang Jana Pendapatan Bersama Jenama Al'Ard Dengan Modal Serendah RM188

Pernah dengar jenama Al'Ard? Pada pengguna tegar minyak zaitun, jenama ini mesti tak asing lagi untuk korang. Bukan jenama baru di dalam pasaran, kalau tak percaya boleh pergi cari di kedai terutamanya pasaraya yang menjual pelbagai jenama minyak zaitun.


Al'Ard


Al’Ard adalah satu-satunya syarikat Palestine yang beroperasi di Malaysia. Al'Ard itu sendiri membawa maksud "tanah" atau "bumi" di dalam bahasa Arab. Istilah ini sering digunakan dalam konteks yang beragam, seperti politik, budaya, dan sejarah, khususnya dalam dunia Arab dan Islam.


Untuk pengetahuan, pejabat di Shah Alam Malaysia ini adalah satu-satunya pejabat yang beroperasi di luar Palestine.


Bagi jenama Al’Ard itu sendiri, polisi Kerajaan Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestine sejak puluhan tahun lamanya. Ini adalah bukti kukuh bahawa negara ini merupakan lokasi yang paling sesuai untuk menjalankan operasinya.


Walaupun produk Al'Ard dihantar ke seluruh pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.


Al'Ard


Jana pendapatan dengan jenama sedekad di Malaysia

Sambil-sambil membeli produk Palestine di Malaysia, korang pun boleh bantu diri sendiri untuk menjana pendapatan tau!


Al'Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen. Korang bukan saja boleh menjana pendapatan, malah dana hasil dari jualan dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestine melalui transaksi perniagaan yang sah.


Al'Ard


Kempen 'Palestine di Setiap Rumah'

Sasaran kempen ini adalah untuk menghantar sebanyak RM3 juta ke Palestine. Sejak permulaan kempen pada awal Disember 2023, jenama ini telah  berjaya membuat penghantaran dana ke Palestine sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Banyak tu!


Perkembangan dari semasa ke semasa sepanjang kempen berlangsung akan sentiasa dikemas kini sehingga berjaya capai sasaran yang ditetapkan.


Beli produk buatan Palestine

Duta Palestine ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu berkata, cara terbaik membantu rakyat Palestine adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


Mereka tak mahu meraih simpati, sebaliknya melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dapat dinikmati setiap lapisan rakyat.


Al'Ard


Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalurkan ke Palestine dengan cara yang telus, dan tanpa sebarang penyalahgunaan atau kehilangan dana tersebut.


Jom jadi Partner Al'Ard dengan modal serendah RM188 

Sebelum ini, Al'Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen.  Proses penjualan dilakukan secara manual di aplikasi WhatsApp atau secara berdepan.


Tapi kini, Al'Ard telah menambah baik sistem penjualan dengan memperkenalkan sistem yang baharu iaitu Partner Al'Ard. Segala bentuk penjualan produk Al'Ard boleh dilakukan dalam sistem yang telah diperkenalkan ini.


3 kategori Partner Al'Ard

Gold Partner - Dengan pembelian pertama sebanyak RM3,888.00, korang akan peroleh margin keuntungan sehingga 40%. Minima pembelian seterusnya adalah sebanyak RM1,888.00.


Silver Partner - Dengan pembelian pertama sebanyak RM388.00, korang akan peroleh margin keuntungan sehingga 32%. Minima pembelian seterusnya adalah sebanyak RM388.00.


Bronze Partner - Dengan pembelian pertama sebanyak RM188.00, korang akan peroleh margin keuntungan sehingga 20%. Minima pembelian seterusnya adalah sebanyak RM188.00.


Al'Ard


Korang bolehlah join Partner Al'Ard mengikut bajet yang korang ada. Bila dah ada lebih banyak keuntungan, upgrade ke kategori yang lebih tinggi. Mudah kan?


Selain 3 kategori yang anda boleh pilih ini, Al'Ard juga ada menyediakan sales kit untuk memudahkan proses pemasaran korang. Dah tak perlu nak fikir macam mana kerana semuanya dah tersedia. Dalam sales kit ini termasuklah:


  • Channel Telegram untuk konten sokongan
  • Gambar-gambar berkaitan produk, poster serta video
  • Flyers produk
  • T-shirt Al-Ard
  • Bunting
  • Stand promosi
  • Beg non-woven
  • Web listing

Kalau korang ada cara pemasaran yang lebih berkesan, gunakan apa yang korang rasa lebih baik untuk perniagaan masing-masing. Sales kit ini sebagai bahan sokongan jika korang buntu cara untuk mempromosikan produk. Bila ada jalan dan tindakan barulah ada hasilnya.

Al'Ard

Cara menjadi Partner Al'Ard

Berminat nak jadi Partner Al'Ard? Kalau nak, jangan fikir lama-lama sangat. Rugi tau nak jadi usahawan tapi lambat bertindak. Ok kalau korang nak jadi salah seorang darinya, sila layari: 


Atau terus je WhatsApp 

Wednesday 11 September 2024

Online Games: 5 Rahsia Tarikan Permainan Yang Menyeronokkan

September 11, 2024 6
Online Games: 5 Rahsia Tarikan Permainan Yang Menyeronokkan

Pernah tak korang terfikir, kenapa online games sangat menyeronokkan? Sebab dia best ataupun korang tak ada kerja lain? Tak apa kalau korang nak main game, mainlah. Tapi jangan sampai melalaikan tau!


Baru-baru ni, Ai cuba main games yang menarik di culinaryschools.org dan buat Ai terfikir, apa yang membuatkan kita tertarik main games online ni?


Daripada games yang santai-santai dan mudah sehinggalah yang lebih mencabar untuk orang dewasa. Ada banyak pilihan yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.


Online Games


Baca juga: Kurangkan ketagihan online games


Kenapa online games menyeronokkan?

1. Mudah diakses dan murah

Salah satu sebab utama kenapa online games ni seronok adalah sebab mudah diakses. Klik-klik je, korang dah boleh main. Di rumah, dalam kereta, dalam bas dan di mana sahaja. Tak perlu muat turun atau beli dengan harga yang mahal. Banyak permainan percuma dan korang boleh main dengan sepuas hati.


2. Menawarkan kepelbagaian untuk semua orang

Daripada permainan yang ringkas seperti Fruit Slasher, kepada permainan yang lebih kompleks seperti Pizza Party Game, bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menguji kreativiti dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah kita.


Online Games


3. Cabaran serta kepuasan

Kalau korang suka cabaran, pilihlah permainan yang ada cabaran dan insya-Allah memuaskan bila korang berjaya menamatkannya. Contohnya, dalam permainan Pizza Party Game, korang kena berfikir dengan cepat dan buat keputusan yang tepat untuk pastikan pelanggan gembira. 


Permainan ini menimbulkan rasa kepuasan yang tinggi setiap kali korang berjaya mengatasi tahap yang sukar. Ini membuatkan korang nak cuba dan cuba lagi sehingga ke level yang sangat susah.


4. Membangunkan kemahiran tanpa disedari

Online games bukan sahaja seronok tetapi juga secara tidak langsung membantu kita membangunkan beberapa kemahiran penting. Tapi macam Ai cakap di awal tadi, jangan sampai terleka sudahlah. Nak buat apa-apa pun kena ada batasan. Ingat tu!


6. Alternatif hiburan yang hebat

Ketika kita memerlukan sedikit masa untuk berehat dari rutin harian atau menghilangkan tekanan, online games boleh menjadi cara yang menyeronokkan dan mudah untuk melakukannya. Tiada komitmen masa yang besar, hanya pilih permainan, dan korang dah boleh mula bermain di mana sahaja.


Online Games


Online games yang seronok dan percuma

Ok sekarang Ai nak cerita tentang online games yang Ai tengah main iaitu culinaryschools.org. Korang boleh main sepuas hati secara percuma je. Tapi kan, korang yang anti iklan tu bersabarlah sebab ada iklan di sisi dan bawah permainan. Tapi jangan risau sebab tak ada pop up iklan yang mengganggu.


Permainan pilihan

1. Fruit Slasher

Permainan memotong buah yang mudah. Elakkan bom dan potong buah-buahan sebanyak mungkin dalam masa 30 saat. Kalau terkena bom, korang akan hilang satu dari tiga nyawa yang diberikan. Agak-agak, berapa banyak markah yang korang boleh kumpul dari permainan ni?


Online Games


2. Pizza Party Game

Lapar pula, hurmm. Dalam permainan ni, korang perlu menguruskan sebuah kedai pizza. Layan pelanggan dengan baik kerana semua pelanggan yang datang panas baran tau. Lambat hidangkan makanan je terus nak marah. Tapi itulah yang menyeronokkan!


Online Games


3. Cake Design

Nak buat kek betul, memang Ai tak retilah. Dapat hias kek dalam permainan online pun dah cukup untuk membahagiakan Ai.


Online games


Berseronok dengan online games 

Kalau korang nak hiburan yang seronok dan percuma, cubalah permainan-permainan di culinaryschools.org ni. Siapa tahu, korang akan jumpa permainan kegemaran baharu yang sesuai. 


Sama ada nak isi masa lapang atau mencabar diri, games online sentiasa memberikan kegembiraan dan kepuasan tersendiri.

Tuesday 27 August 2024

TRANSFORMERS ONE Roadshow: Tebus Tiket Filem Yang Eksklusif

August 27, 2024 15
 TRANSFORMERS ONE Roadshow: Tebus Tiket Filem Yang Eksklusif

Ada ke peminat Tranformers kat sini? Nak tahu sesuatu yang pasti best untuk korang? Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 September 2024 di beberapa AEON Mall sekitar tempat korang.



Ai lah salah seorang peminat tu, dan sebagai peminat dah tentu Ai teruja sangat nak temui model Transformers kegemaran serta melihat prop filem dengan paparan yang besar. Dan sudah semestinya sesuai sangatlah untuk nak OOTD!


Tebus tiket TRANSFORMERS ONE yang eksklusif

Sempena pembukaan tayangan filem Transformers One ini, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif.  Caranya senang sahaja, tak rumit pun.



Korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 untuk yang bukan ahli AEON atau RM200 untuk ahli AEON dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama. Peluang ni terbuka di mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri korang menerima ganjaran menarik ini.


Bukan itu sahaja, ada banyak lagi yang menanti korang! Bawa anak-anak korang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik, dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang hebat. Acara ini hanya sekali seumur hidup. Pasti bakal menjanjikan keseronokan dan kegembiraan untuk seluruh keluarga.



AEON Mall yang mengambil bahagian


Selangor & Kuala Lumpur

  • AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Metro Prima
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi



Johor

  • AEON Mall Bukit Indah
  • AEON Mall Kulaijaya
  • AEON Mall Tebrau City
  • AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

  • AEON Mall Bukit Mertajam


Perak

  • AEON Mall Ipoh 
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Ipoh Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Taiping
  • AEON Mall Seri Manjung



Negeri Sembilan

  • AEON Mall Seremban 2


Melaka

  • AEON Mall Bandaraya Melaka


Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama


Jangan lepaskan peluang untuk acara TRANSFORMERS ONE Roadshow yang luar biasa ini di AEON MALL tau. Banyak aktiviti dan hadiah menarik yang menanti korang di sana.


Sertai AEON Mall untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dengan "TRANSFORMERS ONE: AEON Celebrates All Malaysians as One."  Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama, kami tidak sabar untuk jumpa korang di sana!



Tertakluk kepada terma dan syarat


Untuk maklumat yang lanjut sila layari : 


Facebook: @AEONMallMY

Instagram: aeonmallmalaysia

Tik Tok: aeonmall.malaysia

Website: www. aeonmallmy.com

Saturday 24 August 2024

Kafe Kleptokrat: Keunikan Dengan Suasana Vintage di Tengah Kuala Lumpur

August 24, 2024 15
Kafe Kleptokrat: Keunikan Dengan Suasana Vintage di Tengah Kuala Lumpur

Orang lain dah lama sampai Kafe Kleptokrat ni, tapi Ai baru nak cuba. Bak kata orang tua-tua, biar lambat asal dapat merasa. Eh, orang tua pula dapat nama.


Masa pertama kali dengar nama kafe ni, benda pertama yang terlintas di fikiran Ai, Halal ke? Kalau kita semak maksud kleptokrat itu sendiri, jawapan yang keluar semua tak bagus. Ai tertanya-tanya juga kenapa tuan punya kafe letak nama macam tu. 


Kleptokrat merujuk kepada pemimpin yang korup. Ai anggap orang yang bertanggungjawab memilih nama ni adalah sebagai strategi pemasaran untuk menarik perhatian dan mencetuskan rasa ingin tahu. Ya, Ai salah seorang pelanggan yang tertarik perhatian dengan nama kafe ini.


Kafe Kleptokrat


Ok berbalik kepada status halal tadi, hasil carian Ai tak jumpa tentang sijil halal JAKIM untuk Kafe Kleptokrat ni. Tapi menurut havehalalwilltravel.com, semua bahan-bahan yang digunakan ada sijil halal dan ketua tukang masak di kafe ini adalah orang Islam.


Jadinya selepas Ai cuci mata di Pasar Seni hari tu, Ai dan kawan berjalan kaki mencari kafe ni. Kira tema kami pada hari itu adalah 'hipster'. Hahaha! Yang lagi best, kami cari kafe ni guna Google Map tau. Ingat bawa kereta je ke boleh guna aplikasi map ni? 


Baca juga: Tarikan di Pasar Seni


Pelbagai menu dalam dan luar negara

Daripada rupa paras kafe ni, mungkin ramai yang ingat ada menu barat je. Tak, banyak juga menu tempatan yang disajikan macam Nasi Lemak, Rendang, Bubur Nasi dan sebagainya. Nasi Ambeng dan Ikan Patin Tempoyak pun ada tau.


Kafe Kleptokrat


Selain menu tempatan, ada juga menu lain seperti spaghetti, Chicken Chop dan pelbagai jenis pencuci mulut. Korang yang acah-acah tak makan makanan tempatan tu, pilihlah menu-menu yang bukan tempatan.


Pilihan Ai, sudah tentulah menu yang bukan tempatan. Sebab menu tempatan mana-mana pun boleh cari, nak senang masak je kat rumah. 


Oleh itu, Ai pilih Salted Egg Chicken Chop Spaghetti dan Air Sirap Anak Malaysia. Air tu menangis ya, air sirap berharga RM15. Tapi rasa sirap dia unik. Nak cakap rasa Ais Tingkap pun bukan. Mungkin korang kena cuba sendiri.


Kafe Kleptokrat


Jujur, Air tu sedap. Tapi untuk harga RM15, mungkin kalau Ai pergi lagi Ai akan pertimbangkan untuk bawa air sendiri. Huhuhu. Dan makanan pula, Ai bagi 3/5 bintang sebab pada Ai biasa-biasa je. Next time Ai akan cuba makanan tempatan pula lah. Mana tahu Ai boleh bagi lima bintang pula.


Ramai juga orang cakap Roti sourdough buatan sendiri di Kafe Kleptokrat ni sedap. Sebagai orang yang bukan penggemar roti dan tak makan banyak, bawa pula kawan yang tak makan banyak juga, Ai tak order roti tu. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan!


Tempat letak kereta

Salah-satu cabaran terbesar nak ke kafe ni, kalau korang datang dengan kereta. Ruang letak kereta tak banyak. Korang boleh parking je tepi-tepi jalan kalau tak takut kena saman. Atau cari tempat parking di kawasan sekitar dan berjalan kaki sedikit.


Kalau nak senang, buat pilihan macam Ai. Naik LRT dan jalan kaki je ke Kafe Kleptokrat ni. Mudah dan cepat. Peluh-peluh sikit apa salahnya. Lagi pula, korang boleh menikmati suasana Kuala Lumpur sambil ber 'OOTD' di sana.


Walaupun tempat letak kereta yang terhad, namun kafe ni tetap menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang strategik dan suasana kafe itu sendiri yang menarik.


Lokasi strategik dan mudah diakses

Kafe Kleptokrat ni terletak di Jalan Tun HS Lee, berhampiran dengan Lebuh Ampang. Hanya mengambil masa beberapa minit je jika berjalan kaki dari stesen LRT Masjid Jamek. 


Kafe Kleptokrat


Dia terletak di deretan kedai tepi jalan je. Tapi korang kena perhatikan betul-betul tau, kena selalu pandang atas, tapi jangan abaikan keselamatan dengan berjalan pandang bawah juga. Kalau korang tak berjaga-jaga, mesti terlepas kafe ni.


Pintu masuk dia macam ke dalam banggunan sikit. Jadinya, korang jangan keliru dengan kafe lain yang ada disekitarnya. 



Suasana vintage di tengah Kuala Lumpur

Kafe Kleptokrat sememangnya menawarkan pengalaman unik yang susah nak jumpa di tempat lain. Salah satu tarikan utamanya adalah dekorasi vintage di dalamnya. Kafe ini didekorasi dengan perabot antik, dan dihiasi dengan seni retro.


Terdapat juga kolam renang kecil di tengah-tengah kafe. Jarang nak jumpa kafe dengan kolam renang di tengah-tengahnya. Selalunya kena pergi ke hotel, baru dapat pengalaman yang sama.


Kafe Kleptokrat


Level dua kafe ni pun cantik teruk! Tapi macam tak boleh duduk dah kat atas tu. Mungkin kerana lantai dah mula reput, atas faktor keselamatan dah tak dibenarkan untuk naik. Mungkinlah.


Ai naik juga sekejap untuk bergambar. Tapi Ai hanya naik sekadar di tangga je. Itu pun dah cantik sangat pemandangan. Oh ya, Ai macam gayat sikit sebab lantai dia bertemakan industrial, besi lubang-lubang boleh nampak bawah. Dalam kepala ni asyik doa janganlah jatuh ke bawah.


Kafe Kleptokrat


Dengan gabungan reka bentuk vintage dan suasana yang tenang, kafe ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan tetapi juga menjadi destinasi popular di kalangan pelancong asing. Masa Ai pergi tu, memang ramai pelancong. Pekerja dia 'speaking' pun, sedap je dengar. Dah macam mat salleh bunyinya.


Makan di Kafe Kleptokrat

Kalau korang tanya Ai, adakah akan pergi lagi ke kafe ni? Gila tak nak, Ai nak ambil gambar kat kolam lagi. Hahaha. Kalau ada orang ajak Ai ok je nak pergi lagi sebab Ai nak cuba Lontong dia. Nampak macam sedap.


Kafe Kleptokrat


Ai boleh katakan, kafe ni memang uniklah. Sama ada korang seorang pencinta kopi, penggemar makanan, atau pelancong yang mencari tempat untuk bersantai, Kafe Kleptokrat adalah destinasi yang korang kena cuba jika berada di Kuala Lumpur.

Sunday 11 August 2024

Seni dan Budaya: 11 Tarikan di Pasar Seni Yang Anda Wajib Rasai Sendiri

August 11, 2024 16
Seni dan Budaya: 11 Tarikan di Pasar Seni Yang Anda Wajib Rasai Sendiri

Bila sebut je Pasar Seni atau juga dikenali sebagai Central Market, mesti korang dah boleh bayangkan tempat lepak hipster yang dibanjiri oleh remaja-remaja serta pelancong luar negara. Betul tak? 


Tapi korang tahu ke Pasar Seni sekarang sangat berbeza dengan yang dulu? Kalau dulu pergi Pasar seni, tak meriah macam sekarang. Ai boleh cakap, takut nak pergi seorang diri. Rasa macam tak selamat nak berlegar-legar kat sana. 


Pengunjung pun, boleh dikira dengan jari je. Lagi banyak pelancong asing dari orang kita. Kalau nak diikutkan, baguslah orang dari luar negara datang melawat Malaysia. Yang tak bestnya, bila ada segelintir yang bukan nak melawat, tapi nak buat jahat.


Dulu atau sekarang, Ai tetap suka pergi ke sana sebab tempatnya yang artistik dan unik. Korang nak cari kraftangan yang menarik, pergi je ke Pasar Seni. Mesti jumpalah apa yang korang nak tu.


Pasar Seni


Baca juga: Kafe Kleptokrat


Pasar Seni sejak 1888

Pasar Seni Kuala Lumpur atau Central Market ialah pusat kebudayaan, seni dan kraf Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bukan baru dibuka baru-baru ini, tapi sudah 136 tahun lamanya.


Sebagai sebuah bangunan yang mempunyai nilai sejarah yang signifikan, Pasar Seni telah berkembang jauh dari permulaan penubuhannya sebagai pasar basah yang dibina pada tahun 1888 kepada destinasi yang menarik untuk pelancong, pembeli dan pencinta seni.


Hari ini, Pasar Seni adalah destinasi yang mesti dikunjungi kerana menawarkan peluang membeli-belah yang unik di mana korang boleh menikmati kraftangan tempatan, tekstil, cenderamata, koleksi dan makanan ringan tempatan. 


Pasar Seni


Bukan sekadar pengalaman membeli-belah, tetapi juga pengalaman menikmati warisan dan seni bina Malaysia sepintas lalu ketika ke sana. Senang cakap, Pasar seni ni ada vibe 'vintage' yang budak-budak hipster suka. Hahaha! Tapi Ai tak hipster tau!


11 Tarikan di Pasar Seni

1. Muzium Seni Ilusi 3D

Sebuah muzium seni 3D eksklusif dengan lukisan-lukisan tangan yang sangat menarik dan mengagumkan. Muzium ini sangat sesuai untuk semua golongan umur dengan memaparkan lebih daripada 36 lukisan. 


Korang boleh bergambar dalam pelbagai gaya yang sesuai dengan lukisan. Oh ya, muzium ni terletak di tingkat 2 Pasar Seni. Bukan percuma ya! Ada harga yang perlu dibayar. Korang boleh semak harga tiket di sini >> Tiket Muzium Seni Ilusi 3D, Pasar Seni.


2. Lukisan batik DIY

Nak pergi Terengganu, jauh sangat. Dekat Pasar Seni pun korang boleh cari pengalaman mencanting batik. Sesekali ubah rutin buat kerja-kerja seni, apa salahnya. Mana tahu jadi hobi yang boleh mendatangkan duit pada korang, tak ada siapa yang tahu.


3. Tilik nasib

Nak tengok tak apa nasib korang di masa depan? Baik atau buruk? Di Pasar Seni terdapat seorang pakar ahli nujum terkenal dengan lebih 30 tahun mengalaman dalam seni tapak tangan, membaca muka, membaca kad tarot, numerologi dan feng shui iaitu Master Chin.


TAPI, TILIKAN ADALAH HARAM UNTUK UMAT ISLAM!!!


Jangan sesekali ya masuk ke situ untuk nak tilik nasib korang. Baik atau buruk, berserahlah kepada Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui dari segala-galanya.


4. Lukisan inai

Ada juga orang yang gelarkan inai ni sebagai tatu sementara, tapi pada Ai inai adalah inai dan tatu adalah tatu. Tak salah juga kalau korang nak gelarkan tatu sementara, terpulanglah. Jangan buat tatu betul sudahlah ye.


Inai tak semestinya pakai di majlis perkahwinan je, korang boleh pakai bila-bila masa yang korang nak. Kalau tak tahu kat mana boleh lukis inai yang cantik, cubalah datang ke Pasar Seni. Insya-Allah korang akan berpuas hati dengan hasilnya.


5. Spa Ikan

Pasar Seni


Bestnya pergi ke spa! Rendamkan kaki di dalam air, nanti ada ikan akan gigit-gigit kaki korang. Tak sakit pun tau, rasa geli-geli je. 


Mula-mula mungkin korang takut, dalam 5 minit lepas tu korang akan mula rasa syok. Tahu-tahu dah habis masa yang korang bayar. Lepas keluar dari air tu, rasa kaki macam licin je dan nampak bersih. Tapi pastikan korang bagi ikan gigit tau, kalau tak mana nak datang hasilnya.


6. Pasar Besar

Dulu tak ada Pasar Besar ni, sekarang baru ada. Lebih dari sekadar kedai runcit, kat dalam Pasar Besar ni ada pelbagai barangan dan makanan buatan Malaysia. Memang macam-macam nak beli, tahan je lah jangan ikutkan sangat nafsu tu.


7. Galeri Pameran Cerita KL

Pasar Seni


Ok, di sini lain sikit. Tempat ni bukan tentang seni tapi tentang sejarah Kuala Lumpur. Korang mesti tak tahu sejarah penubuhan Kuala Lumpur kan? Pergi lah ke sini. Memanglah korang boleh Google je, tapi buatlah aktiviti yang lain dari lain untuk dapatkan informasi tentang sejarah lampau.


8.  Masa untuk shopping!

Apa lagi yang menggembirakan perempuan kalau bukan shopping? Kalau ada benda lain pun dah tak terfikir bila dapat shopping. Korang boleh beli macam-macam di Pasar Seni ni termasuklah, barangan antik, pakaian, lukisan, kraftangan, cenderahati dan macam-macam lagi.


Nak cari hadiah pun boleh. Pada Ai, Pasar Seni ni dah macam one stop center untuk beli hadiah macam-macam majlis sebab macam-macam ada di sini.


Pasar Seni


Seni dan kraftangan

Bukan sahaja menjual barangan kraftangan, ada juga disediakan pelbagai perkhidmatan yang memberi pengalaman kepada anda untuk menghasilkan sendiri barangan seni dan kraftangan tersebut. Tak reti tak apa, yang penting anda mencipta pengalaman di sana.


Nak berseronok jangan buat seorang diri, bawa sekali keluarga atau rakan anda. Lebih ramai kan lebih meriah.


Selain itu, di Pasar Seni juga terdapat ramai artis yang berkemahiran tinggi dalam seni lukisan. Korang boleh juga beli hasil lukisan mereka yang dipamerkan. Nak mereka lukis potret korang pun boleh, cuma perlu sediakan duit je.


Selain tu, barangan kraf moden, klasik, kayu, plastik, kotak, bakul, perabot dan macam-macam lagi, semuanya ada di sini. Yang penting cantik, unik dan banyak yang korang mampu untuk memilikinya.


Pakaian dan aksesori

Pasar Seni

Di Pasar Seni, bukan tempat untuk korang mencari pakaian serta aksesori yang korang biasa tengok di kebanyakan pusat membeli belah atau atas talian. Di sini kebanyakan pakaian yang dijual berkonsepkan batik, kesenian, keunikan dan sebagainya. Sekali pandang, jelas nampak nilai artistik itu.


Ada juga pakaian dan aksesori yang biasa, tapi susah nak jumpa. Tapi paling mudah nak cari di Pasar Seni adalah barangan yang bertemakan batik. Macam-macam ada! Korang cakap jelah nak apa, insya-Allah ada.


Barangan antik

Koleksi barangan antik yang ada di Pasar Seni bukan saja dari dalam Malaysia, malah dari pelbagai negara luar. Sampai satu tahap, Ai rasa seram duduk lama-lama dalam kedai dia. Dah lah sunyi, banyak patung-patung pula tu.  Huhuhu! Spesimen serangga dan rama-rama pun ada juga. Tapi Ai tak pasti betul atau tiruan.


9. Gadis dan bunga

Pasar Seni

Eh, tiba-tiba masuk tajuk lagu pula. Hahaha! Jangan pelik kalau ke Pasar Seni, korang akan nampak gadis-gadis berjalan sambil pegang bunga. Sama ada pasangan belikan atau mereka beli sendiri. 


Ai pun ada beli bunga juga, sebab bunga tu nampak cantik dan feeling-feeling hipster.  Tapi beli sendiri je. Buat raso-raso kata orang. Bunga tu korang boleh beli dalam Pasar Seni atau di luar. Ai beli di bahagian luar, di Kayan Tropika. 


Harga bermula dari RM12 dan ke atas. Boleh mix and match dari pakej yang disediakan. Makin banyak bunga korang pilih, makin mahal harganya. Membeli jangan sampai membazir pula ya.


10. Poskad

Pasar Seni

Ni lagi satu kedai yang macam kena rasuk bila Ai masuk. Macam-macam poskad nationalisme ada. Poskad je pun, tapi mata Ai nampak cantik dan dah beli pun. Siapa ikut Ai pergi Pasar Seni lepas ni, belanjalah poskad sekeping dua. Huhuhu!


11. Jangan lupa OOTD

Pasar Seni

Perkara wajib bila ke tempat-tempat yang hipster ni, mestilah OOTD. Rugilah dah pergi jauh-jauh, redah jammed, redah kesesakan orang ramai, tapi bila sampai tak ada kenangan untuk dilihat semula. 


Tak perlukan jurugambar yang profesional pun gambar korang mesti cantik punyalah. Tapi spot OOTD korang kenalah menarik. Nak bergambar atau buat content, pasti jadi.


Lokasi

Tak susah pun nak cari Pasar Seni ni sebab lokasi dia di tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Dari stesen, jalan kaki je, dah sampai.



Bagaimana nak ke Pasar Seni?

Kalau tak nak memandu, ini adalah antara alternatif lain yang korang boleh pilih untuk ke Pasar Seni. Buat pilihan dengan bijak supaya tak penatkan diri dalam perjalanan sahaja.


1. Jalan kaki

  • 5 minit berjalan kaki dari Dataran Merdeka
  • 5 minit berjalan kaki dari Petaling Street, Chinatown
  • 6 minit berjalan kaki dari Masjid Jamek
  • 9 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api KL & KTM (1910)

2. Keretapi

  • MRT - Stesen MRT Pasar Seni
  • LRT - Stesen LRT Pasar Seni
  • KTM - Stesen KTM Kuala Lumpur

3. Bas


KL Rapid

  • 600 : Puchong Utama – Hab Pasar Seni
  • 640 : Hab Bas Sri Manja – Hab Pasar Seni
  • 821 : Taman Bukit Pantai – Hab Pasar Seni
  • 822 : Bangsar Park – Hab Pasar Seni
  • 650 : Taman Desa – Hab Pasar Seni
  • 780 : Kota Damansara – Hab Pasar Seni
  • 750 : Hab Seksyen 2 – Hab Pasar Seni
  • 750 : Taman Sri Muda – Hab Pasar Seni
  • 770 : Subang Mewah USJ 1 – Hab Pasar Seni
  • 772 : Subang Suria Mah Sing – Hab Pasar Seni
  • 782 : Hentian PJ Old Town – Hab Pasar Seni

GOKL-02(Purple) : Hab Pasar Seni – Bukit Bintang

HOP-ON-HOP-OFF - Perhentian bas No.17


Kena pergi ke Pasar Seni

Pasar Seni


Pasar Seni bukan sekadar destinasi lawatan yang biasa-biasa, tapi adalah lubuk seni dan budaya yang korang wajib pergi walaupun sekali. Dah pergi nanti barulah korang boleh nilaikan best ke tak best tempat tu.


Setiap sudutnya menawarkan sesuatu yang unik dan menjadikannya tempat yang harus dikunjungi oleh sesiapa sahaja. 


Kalau korang nak rasa macam mana kesenian yang sebenar tapi tak nak keluar dari Kuala Lumpur, inilah tempatnya. Semoga artikel ini bermanfaat untuk carian tempat lepak korang.

Wednesday 19 June 2024

Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..

June 19, 2024 14
Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..

Selama ni, korang guna ejaan ibadah qurban atau korban? Ai perasan, penggunaan kedua-dua ejaan ni sama banyak. Ada yang gunakan ejaan qurban dan ada juga yang gunakan ejaan korban.


Selalunya bila Ai bertanya, ramai yang jawab kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Jadi, ikutlah keselesaan masing-masing.


Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul adalah ibadah korban yang membawa maksud  'amalan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepas hari tasyrik. Sebahagian daripada daging itu akan diagihkan kepada fakir miskin.'


Korban


Selain tu, korang boleh juga baca penerangannya melalui keratan akhbar My Metro secara online di sini. Memandangkan tak ada sokongan yang jelas dari pihak lain, Ai pilih untuk gunakan ejaan 'korban' sahaja.


Kalau korang ada mana-mana penerangan ejaan yang betul bagi ibadah korban, kongsikanlah di ruangan komen. Kita boleh sama-sama belajar sesuatu yang baru.


Baca juga: Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail


Pengalaman ibadah korban 2024

Tahun ni, Ai dan Coco ada perancangan untuk buat ibadah korban. Tangguh punya tangguh, akhirnya kami tak buat pun. Sebab tu orang tua-tua selalu pesan, buat kerja jangan bertangguh. Selain malas, bertangguh juga adalah penyakit yang akan merugikan.


Korban


Tapi alhamdulillah, 2 minggu lepas Ai dapat tahu bos nak berkongsi rezeki sorang satu bahagian lembu untuk semua staf dan tiada yang terkecuali. Staf baru masuk, staf esok nak berhenti atau staf yang dah veteran, semua dapat. 


Semoga bertambah-tambah rezeki bos. Bolehlah kongsi rezeki dengan kami lagi. Aamiin!


Untuk staf yang bukan beragama Islam, tak dapatlah satu bahagian lembu untuk ibadah korban. Tapi ada rezeki lain untuk mereka. Ai tak pasti apa dia, tapi ada dan mereka dah dapat pun.


Macam biasa, ibadah korban ni ada akad yang perlu dilafaz. Selain tu kita juga disunatkan untuk tidak potong kuku, rambut atau mencabut mana-mana bulu di anggota badan sehingga ibadah korban selesai. Tak apa kalau buat, tapi kalau tak buat dapat pahala. Korang nak yang mana?


Pertama kali dalam sejarah ibadah korban

Setiap kali Hari Raya Aidiladha, Ai tak suka turut serta dalam proses korban. Ai akan tengok sekejap je, lepas tu balik. Kalau rasa nak meriahkan majlis, Ai akan tolong potong daging iaitu proses akhir sebelum dicuci dan dimasak.


korban


Sejujurnya, Ai tak boleh tengok darah banyak-banyak. Tiba-tiba akan rasa mual. Lepas tu, Ai akan mula rasa kesian dekat haiwan yang kena sembelih tu. Sebab tu Ai tak boleh tengok proses korban dijalankan. 


Bila dah ada rasa kesian, jatuh haram untuk makan haiwan yang kita kesiankan tu. Dari tak dapat makan, baik Ai tak payah tengok terus. Tak adalah susah hati, perut pun kenyang. Hehehe!


Hari Isnin lepas, Coco punya Pak Cik buat ibadah korban di rumahnya. Mereka tumbangkan 40 ekor kambing dan 2 ekor lembu. Pertama kali Ai tengok haiwan dikorbankan. Dapatlah tengok 4 ke 5 kambing yang disembelih di situ. Lepas tu Ai dah mula rasa mual dengan darah yang memancut-mancut.


korban


Ai rasa, Ai boleh tengok sebab Ai memang tak makan kambing. Sebab bila tahu tak makan, rasa kesian pun tak ada kesan apa-apa. Tapi bila tengok kambing, tak ada pula timbul rasa kesian. Mungkin juga sebab dia kecik dan tak meronta ganas sangat macam lembu. Entahlah.


Dalam ramai-ramai tu, terselit pula Alif Satar. Hahaha! Dapatlah tengok secara dekat jejaka idaman ramai gadis-gadis Malaysia ni. Nampak baik dan sopan je orangnya.


Hukum Ibadah Korban

Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, wajib ke buat ibadah Korban? Kalau tak ada duit macam mana? Yelah, nak buat korban bukannya murah untuk orang yang tak berkemampuan.


korban


Ibadah korban ni, hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Jadi, tak apa kalau korang tak buat. Jangan risau, tak berdosa. 


Ai tak mahir bab hukum ni, korang boleh baca info yang lebih jelas tentang hukum ibadah korban di sini.


Ibadah korban setiap tahun

Insya-Allah kalau ada peluang, Ai nak buat korban setiap tahun. Tak ada rezeki nak buat sendiri, tengok orang lain buat pun ok juga. Dan Ai juga berharap, Ai jadi salah seorang dari mereka yang berada di Makkah pada Hari Raya Aidiladha dan dapat tengok Ibadah Korban yang dijalankan di sana. Doakan impian Ai tercapai. Amin!


korban


Berangan tak salah kerana dari angan-angan, jika ada usaha pasti berjaya! Yang salah kalau kuat berangan tapi mengata angan-angan orang lain.  Tak mau macam tu tau. Jom berangan sama-sama.