December 2020

Friday 18 December 2020

"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN

December 18, 2020 26
"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN

 Assalamualaikum and hye readers.




Entri sebelum ni Ai ada cerita yang Ai takut sangat nak cabut gigi kan. Alhamdulillah, berjaya juga cabut gigi tu walaupun Tuhan je tahu betapa nak tercabutnya jantung Ai sebab cuak sangat. Apatah lagi bila Ai nampak peralatan yang akan digunakan terhidang di depan mata. Kalau korang tak faham hujung pangkal entri kali ni, korang boleh klik sini untuk baca cerita sebelumnya.


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Temu janji di KP Dental Place


Selepas 5 hari berjuang menghabiskan antibiotik, Ai pun serahkan diri di KP Dental Place. Macam biasa, Coco setia menemani isteri dia ni. Temu janji dengan doktor gigi pada pukul 9 malam, tapi kami sampai awal 15 minit. Nak panaskan badan sebelum berjuang. Ok lah 15 minit awal. Kalau awal sangat takut Ai ubah fikiran sementara nak tunggu pukul 9 tu.



Jantung Ai memang berdegup laju masa tunggu tu. Kalau amik tekanan darah, silap hari bulan boleh naik sampai 200. Ai hanya mampu istighfar banyak-banyak sampai Coco cakap 'takut sangat awak ni'. Ya, memang lah takut. Kalau tak takut, setiap 6 bulan sekali mesti Ai akan buat pemeriksaan gigi.


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Kurang lebih pukul 9 nama Ai dipanggil. Ai masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Kali ni bukan Doktor Fauzan, tapi Doktor Farhana. Kecewa sikit sebab Ai dah tanamkan dalam hati yang Doktor Fauzan boleh cabut dengan baik. Tiba-tiba tukar doktor, tak sempat nak korek dan tanam balik semangat baru. Tapi tak apalah Ai tawakal. Selawat dan istighfar banyak-banyak.



Doktor Farhana ni ok rupanya. Lembut je bercakap. Dia buat Ai rasa tenang sikit. Bila Ai terlalu gementar, dia tanya nak Coco masuk tunggu kat dalam tak. Memang Ai tak nak lah. Setahun tak habis Coco membahan Ai nanti kalau tengok proses cabut gigi tu.



"Achievement unlock!" Berjaya cabut gigi setelah sakit bertahun-tahun


Sebelum cabut gigi, Doktor Farhana bius Ai 2 kali. Bila dah rasa kebas-kebas tu, doktor mulakan kerjanya. Tapi masih rasa sakit lagi. Sampai Ai tertepis tangan doktor. Maaf Doktor Farhana, saya tak sengaja. Nasib baik dapat doktor baik. Disebabkan masih sakit, doktor suntik bius sekali lagi. 3 kali Ai kena bius! 3 kali weyh... hampir pitam Ai kat dalam tu.



Setelah bius kali ketiga, Ai dah tak rasa sakit proses cabut gigi tu. Hanya rasa macam gigi ditolak-tolak sahaja. Tapi cuak tu tetap ada. Siap ada nurse gosok-gosok bahu Ai nak bagi Ai bertenang. Hahaha! Tak smpai 5 minit gigi Ai dah siap dicabut. 


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Pantang larang selepas cabut gigi


Darah banyak keluar. Tapi tu perkara yang normal. Kalau tak berdarah, itu yang tak nomal. Keturunan apa tak ada darah? Doktor Farhana letak ubat dan suruh Ai gigit kapas yang perlu ditukar setiap 30 minit. Sebelum keluar, Doktor Farhana bagitahu pantang-larang selepas cabut gigi selama 24 jam. 


  • Tak boleh makan/minum yang panas-panas
  • Tak boleh berkumur
  • Tak boleh meludah

Bab makan minum tu Ai ok, tapi kalau tak boleh berkumur dan meludah macam mana nak gosok gigi? Doktor suruh telan je air liur. Rasa darah sikit-sikit tu biaasa katanya. Ok lah doktor, asalkan sakit ni cepat baik, ku turutkan lah. Ai pasrah je.


Year End Sale di KP Dental Place


Selesai semua, Ai bayar bil dan balik. Ai dibekalkan MC selama sehari dan paint killer sepapan. Kalau selepas bius dah hilang, boleh lah makan paint killer bila rasa sakit. Jumlah bil Ai setelah ditolak diskaun "Year End Sale" adalah sebanyak RM127. 


Murah ke mahal? Ok kot. Kalau nak murah boleh pergi ke klinik kerajaan. Bayar RM1 je. Jimat RM126. Hihihi! Ai bukan kekwat taknak pergi klinik kerajaan tau. Tapi Ai tak rasa doktor klinik kerajaan nak layan Ai punya ketakutan terlampau nak cabut gigi tu. Susah Ai nak terangkan macam mana rasa takut tu. Macam anxiety mungkin.


Selesai dah proses mencabut gigi seorang Aisya Ismail. Ni kira salah satu pencapaian dalam hidup Ai juga. Syukur Alhamdulillah Ai dah makan sebelum cabut gigi sebab Ai langsung tak ada selera selepas tu. Ai tukar kapas setiap 30 minit sebab darah masih ada dan banyak. 


Bila bius dah semakin berkurang, Ai cepat-cepat paksa mata ni untuk tidur. Taknak rasa sakit kononnya. Tapi pukul 2 Ai terjaga juga sebab sakit sangat. Hahaha! Ai cuba tak nak makan paint killer yang doktor bekalkan. Alhamdulillah selepas tu Ai dapat tidur semula dengan nyenyak. Sekarang gusi Ai dalam proses nak sihat balik. In syaa Allah.

"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Cabut gigi di KP Dental Place


Ok, kalau korang nak cabut gigi dengan tenang, korang cubalah pergi ke KP Dental Place yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Betul-betul atas dobi di sebelah De Art Hotel. Dari doktor sampai ke orang yang jawab telefon baik je. Tak bosan jawab soalan yang tak masuk akal. Boleh buat temujanji dulu ya. Nak pilih doktor pun boleh.


KP Dental Place, Seksyen 7 Shah Alam
03-58822620


Lagi satu, selepas cabut gigi baru Ai perasan, klinik tu cantik. Hahaha. ruang menunggu dia macam kat rumah. Nanti kalau Ai dah ada semangat balik, Ai nak cuba rawatan lain pula di situ. Nak minta doktor yang sama juga. Harap-harap masa semangat Ai dah datang, doktor masih lagi baik macam hari tu.




aisyaismail

Monday 14 December 2020

BERSEDIAKAH AKU?

December 14, 2020 32
BERSEDIAKAH AKU?

 Assalamualaikum and hye readers.



Minggu lepas benda yang Ai tak nak terjadi dah pun terjadi. Ai kena serang sakit gigi di tempat kerja. Sakit bukan sakit manja-manja tau, sakit sangat. Macam biasa lah, Ai tahan sakit tu. Kalau bagi pilihan sakit gigi dengan doktor gigi, Ai rela lagi sakit gigi. Entah apa yang takut sangat pun tak tahu lah.


BERSEDIAKAH AKU?



Kumur dengan air garam

Balik rumah, Ai kumur dengan air garam. Petua ni sangat mujarab tau pada Ai. Sebelum-sebelum ni memang Ai kumur dengan air garam je. Tak lama lepas tu sakit gigi Ai akan bertukar jadi kebas-kebas dan hilang sakit. Tapi kali ni tak elok-elok pula sakit ni. Berkali-kali Coco ajak pergi klinik gigi, memang tidak lah.



Keesokkan harinya Ai pergi kerja macam biasa. Gigi masih berdenyut-denyut sakit. Dalam tengahari Ai nak tengok gigi dekat cermin, mana lah tahu ada sisa makanan tersumbat ke walaupun Ai tak rasa ada. Tak sempat Ai nak belek gigi, Ai dah nampak pipi Ai bengkak sebelah. Masa tu memang nak menangis dah. Terus whatsapp Coco.



Respon pertama dari Coco mestilah dia ketawa dulu. Sambil-sambil tu Ai Google tentang bengkak pipi ni. Seram pula. Nak tak nak Ai kena juga pergi jumpa doktor gigi. Ya, antara sakit gigi dengan doktor gigi Ai pilih tahan sakit tu. Tapi ni dah sampai bengkak pipi. Tak boleh jadi ni.



Pada mulanya Coco ajak pegi Pure Dental Clinic yang terletak di Bukit Raja. Dia pernah dapatkan rawatan dengan doktor di situ. Doktor Fauzan namanya. Ai pun telefon Pure Dental Clinic untuk buat temujanji. Tapi musim Covid ni Pure Dental Clinic tutup pukul 5 petang. Reception yang jawab call tu cadangkan Ai pergi branch mereka, KP Dental Place di Seksyen 7. Kat situ tutup lambat sikit.



Ok, takpe lah Ai cuba klinik kedua iaitu klinik yang banyak Ai jumpa dalam carian di google.com, Klinik Pergigian Khairuddin. Kata mereka Doktor Khairuddin bagus. Tapi sayang juga, tutup awal kerana musim Covid. Dan pilihan terakhir Ai, cari je lah mana-mana klinik gigi yang dekat dengan office. Senang!


BERSEDIAKAH AKU?



Pertama dan terakhir kali pergi

Dalam kepala ni satu je, nak dapatan khidmat nasihat dari doktor. Kalau kena buat rawatan sekali pun, Ai perlukan masa untuk bersedia. Maklum lah, penakut jumpa doktor gigi kan. Tapi mungkin nasib Ai tak baik, dari receptionist sampai lah ke doktor paksa Ai cabut gigi masa tu juga. Ya Allah! Dah lah paksa, suara doktor tu dalam nada yang annoying sangat. Kuat pula tu. Rasanya satu klinik tu boleh dengar suara dia. Tak jaga air muka patient langsung!



Ai memang dah bengang dah masa tu. Siap cakap "saya tak kisah kalau awak tak nak cabut, saya ada banyak lagi patient lain". Lepas tu Ai yang seumur hidup tak pernah cabut gigi kekal ni tanya lah, "sakit tak masa bius tu?" Doktor tu jawab, "sakit lagi sakit gigi, belum pernah ada orang mati masa inject bius" dengan nada annoying. 



Ok, Ai putus asa dah kat klinik tu. Ai terus minta antibiotik je. Cukup lah bekalan sementara Ai cari klinik lain yang Ai selesa. Masa nak bayar, reception tu masih memujuk Ai untuk cabut gigi. Tapi Ai memang dah tawar hati dah dengan doktor tu. Masa nak bayar tu, Ai yang kena minta antibiotik lagi sekali. Padahal dah cakap dah dekat doktor tadi. Ai minta sekali MC. Balik office Ai kemas-kemas terus balik rumah.



Jangan tanya tau klinik pergigian mana yang Ai pergi. Sebab sebelum Ai pergi klinik tu Ai dah google dulu. Ada je review yang bagus dan ada yang tak bagus. Mungkin bukan rezeki Ai, Ai dapat service tak bagus.



KP Dental Place

Petang tu, borak-borak dengan Coco dan dia cakap kenapa tak cuba je KP Dental Place. Branch mungkin ok sama dengan induk. Ok lah, Ai pun telefon lah untuk buat temujanji. Keesokkannya Ai pergi ke KP Dental Place yang terletak di Seksyen 7. Kali ini rezeki Ai, Ai dapat juga rawatan dari Doktor Fauzan.


BERSEDIAKAH AKU?



Pengalaman klinik kedua ni berbeza dari yang pertama. Doktor Fauzan tengok dan dia cakap perlu cabut gigi Ai sebab dah kena jangkitan. Tapi kalau terus buat Ai akan rasa sakit sikit. Jadi dia nasihatkan untuk Ai untuk makan antibiotik dalam 5 hari dan datang balik untuk cabut gigi tu. Tapi kalau Ai taknak, dia tak boleh nak paksa. Tapi sakit tu memang akan datang balik di kemudian hari. Lembut je dia bagi nasihat.



Hari ni gigi Ai dah tak sakit. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Doktor Fauzan "selalunya orang bila gigi dah tak sakit terus tak jadi nak cabut gigi". Eh macam tau-tau je doktor ni. Hahaha! Sejujurnya Ai belum bersedia nak cabut gigi. Tapi takpe, Ai taknak bengkak tu berulang. Boleh membahayakan Ai juga. Harap-harap Ai tak rasa sakit masa kena bius tu. Kalau KP Dental Place tu ok, nanti Ai review ok. Boleh lah warga Shah Alam serbu klink tu nanti. Hehehe!





aisyaismail

Wednesday 9 December 2020

DRAMA KOREA : WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM - PARK SEO JOON, PARK MIN YOUNG

December 09, 2020 13
DRAMA KOREA : WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM - PARK SEO JOON, PARK MIN YOUNG
Assalamualaikum and hye readers.



Drama Korea yang dibintangi oleh Park Seo-jeon dan Park Min-young ini telah disiarkan di tvN pada tahun 2018. What's Wrong With Secretary Kim pada awalnya diterbitkan sebagai sebuah novel dan diadaptasi menjadi komik dan sekali lagi diadaptasi menjadi drama.


DRAMA KOREA : WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM - PARK SEO JOON, PARK MIN YOUNG


Sinopsis


Kim Mi-so (Park Min-young) bekerja sebagai seorang secretary kepada seorang CEO muda Lee Young-Joon (Park Seo-joon) yang sangat perfectionist. Selama 9 tahun bekerja, Mi-so memberikan 100% ketekunan dan kesetiaan kepada pekerjaannya. Tiba-tiba, suatu hari Mi-so meletak jawatan sebagai secretary dan ini membuatkan Young-joon terkejut dan tertanya-tanya apa alasan sebenar Mi-so meletakkan jawatannya. Walaupun Young-joon menerima perletakkan jawatan Mi-so, namun dia mulai rasa kehilangan. Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh Young-joon untuk mengubah keputusan Mi-so, namun Mi-so tetap dengan pendiriannya. 


Ulasan


Hero dalam drama ni kaya gila. Biasalah tipikal drama Korea. Tapi jalan cerita dia menarik. Heroin pun bukanlah orang susah walaupun tak kaya. Drama ni sesuai untuk korang yang sukakan gerne romantik komedi. Yang penting, sejuk mata Ai tengok hero dan heroin dia. Hehehe!


P/S : Drama ni drama pertama lakonan Park Seo-joon yang Ai tengok.




aisyaismail

Sunday 6 December 2020

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN

December 06, 2020 11
PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN

 Assalamualaikum and hye readers.




Kalau sebut pasal zakat perniagaan, dalam kepala ni mesti dah tefikir akan hanya perniagaan yang besar-besar dengan keuntungan yang tak habis pakai sahaja yang wajib membayar zakat. Tidak! Ai dulu pun ingatkan macam tu juga. Sebenarnya, walau sekecil-kecil perniagaan, jika dah cukup syarat kita wajib membayar zakat perniagaan.

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Apa itu Zakat Perniagaan?


Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada perniagaan yang kita jalankan. Perniagaan ini termasuklah dari segi perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, perikanan, pertanian dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja yang kita niagakan sama ada secara persendirian mahupun perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam perlu dizakatkan. 



Perniagaan ini juga termasuk semua jenis perniagaan seperti syarikat, koperasi, saham dan sebagainya. Tidak kira kecil, besar atau bermusim. Berniaga secara atas talian seperti di Instagram, Facebook, Shopee, Lazada dan seumpamanya juga diwajibkan untuk membayar zakat perniagaan.


Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah ayat 267 berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."



Syarat-syarat wajib Zakat Perniagaan


Bila Ai kata wajib untuk semua yang berniaga, masih ada syarat-syarat yang mewajibkan sesebuah pernigaan itu untuk membayar zakat atau pun tidak. Berikut adalah antara syarat wajib zakat perniagaan. 

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Dimiliki oleh orang Islam

Zakat bukan cukai ya. Jadi hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang layak untuk membayar zakat. Jika perniagaan tersebut hasil perkongsian dengan mereka yang bukan Islam, maka pendapatan bersih yang dimiliki oleh peniaga Islam sahaja yang wajib untuk membayar zakat.


Perniagaan yang halal

Hanya perniagaan-perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan untuk membayar zakat. Perniagaan-perniagaan yang berunsurkan arak, khinzir, perjudian, riba mahupun kelab malam tidak diwajibkan untuk membayar zakat. 


Sempurna milik

Harta perniagaan yang dikenakan zakat mestilah sempurna dari segi pemilikan aset dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta tersebut.


Cukup nisab

Bukan semua harta perniagaan perlu dibayar zakat. Terdapat paras minima untuk sesebuah perniagaan diwajibkan membayar zakat. Nisab  wajib membayar zakat perniagaan adalah bersamaan 85 gram emas semasa.


Cukup haul

Zakat perniagaan diwajibkan kepada perniagaan yang telah cukup tempoh setahun. Penilaian harta perniagaan ditentukan daripada hasil perniagaan pada akhir haul.



Cara Pengiraan Zakat Perniagaan


Zakat akan ditaksir dengan mengambil kira semua hasil, jualan, perolehan dan dikumpul dan dikirakan jumlahnya. Jumlah yang diperoleh akan ditolak dengan segala kos dan perbelanjaan yang terlibat di dalam sesebuah perniagaan. Untung bersih yang melebihi nisab bersamaan 85 gram harga emas semasa akan dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Terdapat dua kaedah utama asas kiraan zakat perniagaan bagi syarikat-syarikat yang memiliki akaun dan penyata kewangan atau kunci kira-kia yang lengkap.


Kaedah model bekembang (Growth Model)

Kaedah Growth Model ini sesuai bagi Institusi Kewangan Islam atau Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabilii Semasa. Modal dicampur dengan keuntungan dan menggunakan formula berikut.

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%


Kaedah Modal Kerja (Working Capital)

Kaedah ini biasanya digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat aset semasa dan liabiliti semasa. Kaedah ini menggunakan formula berikut.


[Aset Semasa - Liabiliti Semasa] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%



Rebat cukai setelah membuat pembayaran zakat perniagaan


Mesti ramai yang belum tahu akan rebat cukai ini kan? Haa meh sini Ai nak bagitahu. Peniaga atau syarikat seperti Sdn. Bhd., Berhad dan sebagainya boleh menikmati potongan cukai ke atas zakat perniagaan yang dibayar tertakluk kepada had maksima 2.5% daripada pendapatan agregat syarikat tersebut. Tapi perniagaan milikan individu seperti perniagaan runcit, restoran, perkhidmatan dan sebagainya boleh menikmati 100% rebat penuh cukai.


Perlepasan cukai yang diberikan mestilah mengikut tarikh dan tahun korang bayar seperti yang tertulis di dalam rest. Contohnya, kalau korang bayar zakat pada tahun 2020 maka korang layak untuk mendapat perlepasan cukai syarikat pada tahun 2020 sahaja. Jangan korang kumpul resit tahun-tahun yang sudah pula. Tak lepas nak dapat perlepasan cukai tu!



Cara membayar Zakat Perniagaan


Banyak juga Ai dengar isu-isu tak tahu macam mana nak bayar zakat. Lebih-lebih lagi musim COVID19 ni. Nak keluar rumah pun takut. Jangan risau, selain bayar di kaunter-kaunter zakat, korang boleh bayar secara online je tau! Klik je link-link di bawah ni untuk maklumat lanjut pembayaran zakat perniagaan.


Website : fpx.zakatselangor.com.my

Facebook : Lembaga Zakat Selangor

Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor



Haaa senang je kan nak bayar zakat perniagaan. Tak susah pun. Kalau korang tak pasti dan tak tahu cara pengiraan cukai, website Zakat Selangor ada menyediakan kalkulator untuk senang korang nak buat kira-kira. Apa lagi, jom tunaikan zakat. Tak kan pernah jatuh miskin orang yang membayar zakat.


PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN






aisyaismail